Ahad, 15 November 2015

BILA ARWAH MADEY JADI PELAWAK DI PENGHUJUNG USIA


BISMILLAHI ALLAH HU AKBAR 

Ramai yang sentap bila ambe menggelarkan pujaan idola mereka , Tun Dr Madey "Doktor Dalam Rumah M", dengan gelaran Arwah Madey. Tak perlu lah ambe tunduk akur kepada kehendak-kehendak mereka. Ramai alami tak selesa emosi dengan jenama 'Arwah Madey'.

So what? Ambe pun satu hari nanti akan menjadi arwah jua. Bahkan semua manusia dan makhluk tetap menemui ajal mereka. Takut Ajal? Takut Maut? Takut di gelar 'Arwah'? Kita semua ini tayah nak eksyen ler. 

Kita semua bermula dari alam arwah (jama'/plural kepada ruh) dan kembali semula ke alam yang sama. Mengadap DIA sebenar ILLAH/TUHAN untuk menjawab semua amalan-amalan kita. Abu Nawas sahaja agak cerdik bila beliau diberikan kecerdasan oleh ALLAH HU TA'ALA berkata-kata yang mengejutkan malaikat yang bertanya. 

Bila ada saudara-mara arwah madey yang menjadi kenalan ambe bertanya, "Kenapa kamu gelarkan arwah kepada yang masih hidup?" Macamlah arwah madey tu tak akan mati-mati.

Ambe jawab, " Dah lama madey menjadi arwah dan sudah lama mati. Cuma beliau masih belum meninggalkan dunia lagi" 

Ada juga yang menjadi pelawak bila bertazkirah kepada ambe dengan hujah 'mendahului takdir'. Hek eleh. Mendahului takdir apa? Semua kita tahu, salah satu Takdir ke atas semua makhluk termasuk kita ialah menjadi ARWAH SEMULA. 

Apa yang kita nak takutkan sangat akan kematian? Kita tetap akan meninggalkan jasad kita dan dunia ini. Nasib korang lah kalau amalan cukup atau tidak.

Sabda Baginda Rasul Allah yang terakhir, " Orang Bijak ialah Orang Yang Selalu Mengingati Mati'. Maka, ambe follow kata sabda baginda. Cuma cara ambe mengingatkan mati ialah dengan menggunakan jenama 'Arwah Madey". 

Adakah ambe amat membenci serta amat marah kepada arwah madey ? Tidak. Ambe cuma mengingatkan kepada arwah madey bahawa suatu saat kelak beliau akan menjadi arwah. Jenama itu juga sebagai peringatan kepada pemuja nya. Juga sebagai peringatan kepada semua, bahawa kita tetap akan kembali menjadi arwah.

Orang yang tersentap jiwa mereka dengan jenama 'Arwah Madey' itu jenis orang yang takut mati dan cintakan dunia sebab amalan tak cukup buku. 

Adakah ambe tiada mengenang jasa-jasa arwah madey dan kebaikan beliau semasa menjadi PM selama 22 tahun? Sekejap .... sel-sel otak ambe sedang berhubung. Malangnya, Aqal ambe bertanya, Jasa apakah yang arwah madey buat? 

Ya tak ya kan ... betul ke arwah madey ada jasa kepada agama bangsa & negara selama 22 tahun beliau menjadi PM? Jasa kepada keluarga nya, adik-beradiknya dan kepada keroni-keroninya mungkin terhitung dek jari jemari kita. Tapi masih terhitung dalam kitab-kitab amalan Illiyin & Sijjin catitan malaikat Raqib dan Atid. 

Andai setakat KLCC, Menara KL, Litar F1, KLIA, PROTON, PERWAJA serta Sekim Penswastaan Negara.. itu di kira jasa-jasa... maka buruh-buruh pembinaan juga turut berjasa. Adakah itu jasa-jasa seorang negarawan terpuji? Atau cuma Publisiti bagi seorang Doktor Perubatan yang jiwanya tidak tenteram? 

Ada orang berhujah, arwah madey bina Putrajaya tau! Jambatan Pulau Pinang tau! Ko apa jasa? Ehem, beginilah, jasa ambe lebih besar berbanding arwah madey. Yakni, Jasa tak melawan Ketua/ PM dan tidak mendesak beliau letak jawatan sebagai PM/Presiden UMNO. Kerana jasa-jasa ambe itulah, maka arwah madey boleh 'berjasa' membina tugu-tugu jasa beliau. 

Owh yea, pasal Putrajaya. Ambe terfikir juga, kenapa rekabentuk dan susun atur Putrajaya itu 100% sama sahaja seperti sebuah Perbandaran di Amerika Syarikat? Kenapa digunakan Presint? Pelik bukan? 

Maka, ambe pun merisik kabar yang tak pernah dikhabarkan oleh orang. Ambe ketemuilah sebuah cerita yang menarik. Samada cerita ini benar atau tidak, sumbernya daripada seorang bekas Ketua Pemuda UMNO Puchong yang disenarai-hitamkan arwah Madey dari mendaftar dalam UMNO BARU. 

Menurut beliau, di mana peranan arwah madey pada ketika detik-detik awal penubuhan UMNO dan semasa menuntut kemerdekaan? Menurutnya lagi, beliau kenal arwah madey sejak arwah madey membuka Klinik Maha di Alor Setar. Malah, beliau juga berkata, jika benar arwah madey ini pemes dengan klinik Maha, kenapa beliau boleh kalah dengan penjual kitab dalam pilihanraya?

Ehh banyak lagi ler, tokoh itu berhikayat kepada ambe. Penuh khusyu' lah sambil ternganga mulut mendengar hikayat daripada tokoh berkenaan. Memang rare lah. Mujurlah, air liur ambe tiada bercita nak mengalir keluar semasa menganga mulut. Kalu tak, gerenti malu dan aib ambe. 

Kata tokoh berkenaan, arwah madey ni semasa remaja bercita-cita nak masuk universiti di negara-negara barat. Nak ada Kelas lah sikit. Nak bergaya. Tapi malangnya, beliau terpinggir. Akhirnya, di campak ke Singapura menjalani kursus kedoktoran. Besar rahmat tu arwah madey jadi doktor, kata tokoh berkenaan. 

Ambe bertanya, kenapa pula bersimpul begitu? 

Jawab Tokoh berkenaan, " Manakan tidak, andaikata arwah madey jadi peguam, jurutera dan juru masak ... dah tentu lah sukar nak mengubati Jiwa Kacau nya" Sambil derq je kan Tokoh berkenaan belasah arwah madey, Mujurlah ambe bukan 'Pengipas' arwah madey. 

Arwah Madey jiwanya kacau? Persoalan itu terus bermain di benak fikiran ambe. Apa mungkin arwah madey, seorang duktur dalam rumah, jiwa nya kacau? Haish ... naik kacau minda & emosi ambe mikiornya. Boleh percaya ke? 

Bila ambe merenung air muka dan anak mata tokoh berkenaan serta menghitung setiap helaan nafas nya; barulah ambe yakin. Betul kata tokoh berkenaan, arwah madey memang jiwanya kacau. 

Tiba-tiba .... ambe rasa letih lah plak nak menulis ...apakata ambe sambung lagi hikayat daripada tokoh berkenaan selepas ini? 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...