Jumaat, 24 Mei 2013

SPR TELAH MEMBUAT LAPORAN POLIS.


Bertemu dengan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar merupakan pengalaman yang tak boleh dilupakan. Beliau seorang yang mudah mesra. Jelas nampak kewibawaan dan pengalaman beliau sebagai orang paling mustahak dalam sebuah Suruhanjaya yang memikul amanah berat dan kepercayaan rakyat. Kata-kata beliau jelas mempaparkan kejujurannya. Pemikirannya kritis dan seorang yang benar-benar menghormati kedaulatan negara. Sifat kebapaan beliau amat jelas terserlah. 

"SPR telahpun membuat laporan polis minggu lepas. Semua bukti-bukti mengenai fitnah-mehnah ke atas SPR telah diperincikan di dalam polis repot tersebut" Katanya sebagai memulakan perbualan santai. 

Apabila di tanya kenapa SPR kelihatan begitu berlembut dengan karenah puak pembangkang, beliau berkata SPR perlu menghormati proses undang-undang negara. SPR tak perlu melatah menurutnya. Sebaliknya SPR akan terus menerus memberikan penerangan yang betul dan tepat kepada masyarakat. Beliau turut melahirkan kekesalan beliau ke atas anak-anak muda yang diperalatkan oleh puak pembangkang. Beliau mengatakan:-
"Saya tak fikir setiap mereka yang pergi berdemonstrasi baju hitam itu baca undang-undang pilihanraya. Tapi disebabkan oleh fitnah, mereka percaya apa sahaja dan menggunakan cybertroober yang tidak bertanggungjawab ini, yang saya panggil sebagai ‘pasukan penyebar fitnah’ ini, berterusan." 
Anak-anak muda ini tak faham ini semua..diracuni fikiran mereka dengan maklumat yang palsu..fitnah.
Berkenaan kempen Black 505, Beliau berkata:-
"Terlalu banyak maklumat-maklumat yang tak betul yang dituduh, yang disebar, yang dicanang oleh mereka yang tak bertanggungjawab semata-mata untuk mengelirukan rakyat generasi muda yang tidak faham, yang tidak ada masa nak membaca undang-undang pilihanraya, yang ada memupuk semangat perasaan benci.."
Mewujudkan satu budaya benci, budaya tidak menghormati undang-undang, tidak menghormati keluhuran perlembagaan dan tidak mahu menerima keputusan pilihanraya yang telah diputuskan oleh rakyat melalui proses demokrasi yang sah.
Rakyat telahpun membuat keputusan dan mereka menolak keputusan pilihanraya. Kawasan yang menang mereka terima, kawasan yang kalah mereka menolak. Ini satu budaya double standard yang sungguh tidak profesional dan tidak bertanggungjawab.
Dan apabila menang, cepat-cepat mereka angkat sumpah..dan apabila mereka kalah mereka pergi ke jalan raya membantah."
Ini adalah satu budaya politik di bawah sistem demokrasi yang kalau tidak dibendung, kalau kita tidak sama-sama membetulkan pemikiran yang serong ini di kalangan rakyat terutama sekali generasi muda kita yang telah diperalatkan ini, maka masalah akan jadi bertambah besar.
SPR akan terus bertanggungjawab menjalankan pilihanraya..tetapi negara, masyarakat dan kedaulatan undang-undang, keluhuran perlembagaan akan tercabar. Ini perkara yang pihak-pihak yang berwajib patut fikir secara serius.
Jangan kita benar mereka yang nak mengambil kesempatan ini, yang tolak undang-undang, mengenepikan undang-undang negara ini.
Mengenai laporan polis seorang pemuda Kuantan, Pahang yang mendakwa boleh mengundi dua kali, beliau mengulas:-
Daftar pemilih lah peringkat di mana kita menyekat orang daripada mengundi dua kali.
Polis kena menyiasat aduan dia, macam mana dia boleh masuk undi dua kali..nama dia telah dipotong, kenapa petugas-petugas SPR begitu tidak patuh kepada arahan dan undang-undang sehinggakan beri pula dia kertas undi walhal nama dia telah dipotong.
Kenapa agen-agen dalam bilik mengundi itu semuanya senyap berdiam diri macam kena pukau..budak ini dapat masuk mengundi mengundi dua kali, nama dipotong pun diberikan kertas undi.
Dan dia dapat kertas undi, dia pun terus keluar pergi meninggalkan tempat mengundi dia kata. Dia tak mengundi pun kali kedua, dia bawa keluar kertas undi katanya nak tunjuk yang kononnya boleh mengundi dua kali.
Seksyen 3 bawah akta kesalahan pilihanraya
Orang yang sudah mengundi sekali, dia tidak berhak mengundi sekali lagi.
Tanpa kuasa yang sewajarnya membawa keluar dari tempat mengundi mana-mana kertas undi atau didapati memiliki mana-mana kertas undi di luar sesuatu tempat mengundi.
Apabila disabit kesalahan, ia akan dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi RM5000 atau dipenjara atau didenda kedua-duanya sekali dan tidak boleh didaftar atau disenaraikan sebagai seorang pemilih atau tidak boleh mengundi dalam mana-mana pilihanraya dalam tempoh lima tahun dari sabitan itu.
Budak di Kuantan ini telah diperalatkan. Dan dia ini sudah menjadi mangsa ataupun menjadi orang yang bersalah di bawah akta kesalahan pilihanraya. Bukan saya kata, dia yang membuat aduan polis.
Polis akan menyiasat sedalam-dalamnya, apabila polis ada kesnya maka polis akan dakwa dia pula yang dia ini sudah menipu hendak mengundi dua kali.
Dan dia juga telah mengaku sendiri melalui aduan polis itu yang dia telah membawa keluar kertas undi.
Kita serah kepada polis menyiasat sedalam-dalamnya. Tapi SPR akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis dalam penyiasatan ini sebab ini satu kes (yang) bagi saya satu kes perundangan yang bagus untuk mendedahkan bahawasanya ada orang cuba nak menipu (atau) nak membuat cerita.
Samada benar atau tidak kata-kata dia, tapi secara dasarnya ia tak masuk akal. 
Memang betul kata Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, puak pembangkang memang banyak menyebarkan fitnah-mehnah yang tak masuk akal. Manakala kecenderungan kebanyakan masyarakat kita ialah mudah percaya khabar angin. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...