Kelompok Politikus New Skool mahu Malaysia menjadi seperti Kesatuan Negeri-negeri Amerika (United States Of America). Mereka ini otak ada cuma akal saja takde. Inilah bahananya apabila generasi muda pasca Merdeka tiada lagi jatidiri dan malu nak pakai songkok serta tak pandai ikat kain pelikat.
Masalah ini berpunca dari gerakan awal politikal haluan kiri di Tanah Melayu pada awal 1940an bila anak-anak Melayu yang belajar di Mesir dan di Mekah terpengaruh dengan ideologi Sosialis Islam serta Wahabi.
Mereka bawa balik semua ideologi ekstrem dari Timur Tengah pada waktu itu dengan semangat anti imperialisma / kolonisma kononnya. Mereka tak sedar bahawa di Semenanjung Tanah Melayu pada waktu itu wujud tiga sistem pentadbiran dan dua jenis kedaulatan.
Mereka bawa balik semua ideologi ekstrem dari Timur Tengah pada waktu itu dengan semangat anti imperialisma / kolonisma kononnya. Mereka tak sedar bahawa di Semenanjung Tanah Melayu pada waktu itu wujud tiga sistem pentadbiran dan dua jenis kedaulatan.
Waima British menguasai pentadbiran negeri-negeri namun Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu tak Bersekutu tidak ditadbir dibawah Pejabat Kolonial British.
Sedangkan puak radikal haluan kiri yang silap menafsir situasi pada masa itu berfikir seluruh Tanah Melayu di jajah secara terus oleh British. Sehinggakan mereka melaungkan slogan Kemerdekaan yang mereka sendiri pun tak paham apakah makna Kemerdekaan itu.
Hanya setelah Jepun menyerah kalah pada 1945 dan kembalinya British ke Tanah Melayu, dan cuba memperkenalkan Malayan Union 1946; barulah Melayu bersatu dan bangkit menentang gerakan British berkenaan.
Akhirnya, British akur dengan kehendak majoriti Melayu yang mahukan British mengembalikan semula kuasa-kuasa pentadbiran kepada Melayu. Tapi kelompok bangang radikal haluan kiri Melayu mintak MERDEKA ! Kepala hotak betul la puok bangang tur.
Marhum Dato Onn Jaafar yang memang cerdik daripada puok-puok itu dari awal menyedari bahawa Tanah Melayu tidak dijajah British cuba menyedarkan puok bahlol itu. Tapi dah namanya Bahlol mana puok itu nak cerdik?
Sebenarnya puok radikal haluan kiri yang menggadaikan kedaulatan Tanah Melayu ini kerana terlalu mendesak sangat nak MERDEKA ... walhal negeri-negeri dah pun MERDEKA !
Kini kebahlolan mereka diwarisi oleh puak generasi muda yang pro PKR -DAP-PAS. Dan mereka yang menamakan diri mereka Kelompok New Skool dalam UMNO dan BN. Semuanya Otak Ada Akal Yilek.
Demi menjaga kesatuan Melayu pada masa itu, Dato Onn yang cerdik pandai memohon dan merafak sembah kepada Sultan-sultan Melayu agar perkenan untuk berunding dengan British bagi peralihan sikit kuasa kepada rakyat. Para sultan perkenankan setelah mendapat restu daripada Empat Undang Luhak Asal Asli , Jelebu, Rembau, Sg Ujong dan Johol.
Maka muncul lah akujanji WASIAT TUJUH TANAH JAWI. Kemudian dikenali sebagai WASIAT TUJUH RAJA-RAJA MELAYU. Sebenarnya, ianya adalah WASIAT TUJUH TANAH JAWI yang diberikan sebagai syarat oleh Empat Undang Luhak. Ada la sebab kenapa UNDANG LUHAK NAN EMPAT, JELEBU, REMBAU, SG UJONG & JOHOL menamakannya sebagai WASIAT TUJUH TANAH JAWI.
Setelah 57 tahun berlalu , WASIAT TUJUH TANAH JAWI itu nak diubah dan dipinda oleh kelompok Politikus Generasi Baru New Skool. Sedarkah mereka bahawa tindakan mereka itu hanya mengundang celaka dan sial kepada mereka sendiri?