Rabu, 1 Februari 2012

1MALAYSIA : KEMBALINYA SOKONGAN KAUM INDIA KEPADA BN.

Kaum India telah mula kembali kepada BN.

Kepada pembaca dan rakan blogger, blog ini merupakan satu blog yang MyMassa yakin perlu diberi perhatian (princeofpilah.blogspot.com).

Suka untuk MyMassa kongsikan entri terbaru blog ini.
Pemimpin BN Diterima Kaum India
Masyarakat terutama kaum India telah sedar tentang komitmen ikhlas kerajaan Barisan Nasional membantu mereka melalui pelbagai Program Transformasi dibawah Gagasan 1Malaysia,dan pada masa yang sama mulai menolak penipuan dan drama parti pembangkang yang menggunakan pelbagai fitnah dan isu rasis bagi menghasut pemikiran masyarakat. Baru baru ini Jawatankuasa Pengurusan Kuil Sri Subramaniam Swami Devasthanam Sungai Petani membuat laporan polis bagi membantah kehadiran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di kuil itu pada 7 Februari ini sempena perayaan Thaipusam. Menurut Pengerusi Pengurusan kuil itu S. Dorai Singam pihak kuil tidak menerima surat rasmi tentang lawatan tersebut melainan sebuah e-mel yang menyatakan Ketua Pembangkang itu akan hadir memberi ceramah di kuil itu.Beliau juga mengatakan hari tersebut adalah merupakan hari untuk sembahyang dan bukan untuk ceramah politik  sehubunngan itu jawatankuasa kuil membantah sekeras-kerasnya kehadiran Anwar bagi menjaga ketenteraman awam selain memelihara keselamatan masyarakat Hindu pada perayaan Thaipusam, yang ditakuti boleh terjadi perkara tidak diingini. Berbeza dengan sambutan yang diberikan terhadap pemimpin Barisan Nasional, Dato’ Hasan Bin Malek Ahli Parlimen Kuala Pilah yang menerima jemputan khas dari Jawatankuasa Kuil Sri Kandhasamy Kuala Pilah untuk hadir bersama dengan masyarakat Hindu pada Maha Kumbavishegam. Kehadiran beliau disambut gembira oleh masyarakat yang memenuhi perkarangan Kuil Sri Kandhasamy sambil bersalaman dan berjalan bersama beliau bertemu dengan pemimpin pemimpin masyarakat India di Kuala Pilah. Baca seterusnya di sini 
(http://princeofpilah.blogspot.com/2012/01/pemimpin-bn-diterima.html).

MyMassa percaya bahawa bukan sahaja blogger princeofpilah yang merasakan sebegitu, malah ramai pengundi masyarakat India turut berkongsi pendapat yang sama.

Jika dahulu memang pembangkang boleh cuba untuk menipu dan membohong masyarakat India. Kini tidak lagi kerana bila pembangkang merujuk kepada KERAJAAN, mereka juga berKERAJAAN. Adakah KERAJAAN MEREKA LEBIH BAIK DARI BN DALAM MENANGANI ISU DAN MASALAH KAUM INDIA?

Mari kita tinjau musibat apa yang pembangkang dah buat kepada masyarakat India. MyMassa petik dua atau tiga insiden seperti di bawah.

# 1 DOSA PAKATAN
LELAKI BAKAR DIRI UNTUK PERTAHANKAN KUIL DARI DIROBOH PAKATAN PEMBANGKANG
Lelaki Kritikal Selepas Bakar Diri Halang Kuil Diroboh 
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki kritikal selepas bertindak nekad membakar dirinya bagi menghalang sebuah kuil di pusat bandar Puchong dirobohkan pagi tadi. 
Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abdul Razak Elias berkata, lelaki tersebut, M.Chakragunasegaran, 52, melecur di muka serta beberapa bahagian badannya, berjaya diselamatkan orang ramai dan sedang dirawat di Hospital Serdang. 
 
"Kejadian berlaku 9.30 pagi tadi ketika lebih kurang 200 orang kakitangan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), polis dan Rela terbabit dalam operasi berkenaan, dan lelaki itu (yang) menjerit-jerit jangan roboh, jangan roboh, tiba-tiba membakar dirinya. 
"Lelaki itu lalu pengsan dan diselamatkan oleh mereka yang berada di tempat kejadian, dan dikejarkan ke Hospital Serdang," katanya ketika dihubungi, Isnin. 
Beliau berkata, polis telah membuat satu laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Puchong dan siasatan masih dijalankan. 
Abdul Razak berkata, selepas insiden berkenaan, kerja-kerja meroboh sebahagian daripada kuil itu berjalan lancar. 
Difahamkan, notis arahan yang dikeluarkan MPSJ pada 26 Oktober lepas kepada anggota persatuan kuil itu, telah memberi tempoh tujuh hari untuk berpindah kerana sebuah tadika akan dibina di kawasan tersebut.  
Sementara itu, adik lelaki itu, M.Alagan, 45, memberitahu bahawa abangnya bertindak demikian kerana bimbang kuil berusia 10 tahun itu akan dirobohkan pihak berkuasa. 
"Apa yang saya boleh beritahu, abang saya kini masih tidak sedarkan diri dan ditempatkan di ICU (Unit Rawatan Rapi) hospital itu," katanya. - BERNAMA
# 2 DOSA PAKATAN.
EMPAT BUAH KUIL DIROBOH DALAM MASA 4 TAHUN BERKUASA.
Masyarakat India bantah MBSA roboh kuil 
SHAH ALAM 12 Dis. - Kira-kira 50 penduduk berketurunan India kecewa apabila usaha mereka untuk menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi membantah tindakan meroboh sebuah kuil di Jalan Persiaran Glenmarie di sini gagal kerana tiada wakil kerajaan negeri tampil untuk menerimanya. 
Mereka yang tiba di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) kira-kira pukul 1.20 petang terpaksa menunggu kehadiran wakil dari pejabat Menteri Besar di pintu utama bangunan tersebut selama setengah jam sebelum pengawal keselamatan memaklumkan tiada wakil Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor akan hadir. 
Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat Parti Hak Asasi Manusia (HRP), S. Thiagarajan yang menjadi jurucakap mereka berkata, sepucuk surat telah dihantar pada 9 Disember lalu kepada pejabat Menteri Besar bagi memaklumkan kehadiran mereka hari ini. 
"Kami sedar hari ini cuti umum di Selangor, tetapi kami telah maklumkan kepada pejabat Menteri Besar dan apa salahnya mereka hantar seorang wakil untuk menerima memorandum ini. 
"Mereka tidak boleh menjadikan cuti umum sebagai alasan untuk tidak hadir bertemu kami kerana kami pernah menghantar satu memorandum kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa beliau menjadi Perdana Menteri di pejabatnya pada 27 Julai 2007 yang jatuh pada hari Ahad dan beliau sendiri sanggup meluangkan masa bertemu kami," katanya. 
Thiagarajan berkata, penduduk kecewa dengan tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merobohkan kuil berkenaan pada 24 November lalu tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak jawatankuasa kuil. 
Katanya, ketika proses merobohkan kuil berkenaan, anggota MBSA seolah-olah tidak menghormati rumah ibadat itu apabila bertindak memecahkan beberapa patung berhala menggunakan tukul besi. 
"Kami sangat kecewa, mereka sepatutnya memberi peluang kepada kami untuk mengalihkannya dan bukan memecahkannya yang langsung tidak menjaga sensitiviti kami," tegasnya. 
Tambahnya, pihaknya juga kesal apabila pentadbiran Abdul Khalid tidak mengotakan janji ketika berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-12 iaitu pembangkang tidak akan merobohkan mana-mana kuil di seluruh negeri ini, tetapi sekarang jelas ia hanya janji kosong. 
"Sehingga hari ini, kerajaan negeri telah merobohkan kira-kira empat buah kuil di seluruh Selangor dan tiga lagi akan dirobohkan selepas menerima notis daripada pihak berkuasa tempatan," jelasnya. 
Katanya, penduduk juga menuntut Abdul Khalid supaya memberi sebidang tanah di kawasan berhampiran sebagai ganti kepada kuil yang telah dirobohkan itu.
# 3 DOSA PAKATAN
KAKITANGAN ANWAR IBRAHIM HALAU DAN KOYAKKAN MEMORANDUM DARI MASYARAKAT INDIA

Tidak lupa juga mengenai dosa pakatan kepada penduduk Kg Buah Pala Pulau Pinang.

KOMEN HAMBA

Kaum India di Malaysia diapikan oleh Anwar Ibrahim, Parti Adat & Sukan dan DAP rasis. HINDRAF dan HRP adalah hasil pengapian tersebut.Kaum India harus sedar bahawa mereka perlu berkerjasama dengan BN. Mereka juga perlu menyedari bahawa bukan kepentingan mereka sahaja yang perlu diutamakan. Mereka perlu mengikis sifat rendah diri dan keegoan melampau. Barulah mereka mampu menjadi sebuah masyarakat progresif. Jangan terpedaya lagi dengan kata-kata dan janji-janji manis Pakatan.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

SAYANGI ISLAM: CELIK BUDAYA BUTA AGAMA KERANA UNDI BABI PUN HARUS.

Yang Haram ialah Babi ... Tapi Kenapa Buat Perangai Macam Babi ?


Celik Budaya Buta Agama 
Bukan Untuk Berdakwah Tetapi Untuk Membeli Undi

RBF melapurkan kembali apa yang dilapurkan oleh Malaysiakini mengenai pemimpin Parti Adat & Sukan semakin kemarok kerasokan parasit-parasit Anwarista :-
PAS buktikan ia 'parti celik budaya' 
Ketika kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mengagihkan “angpau bersampul putih” kepada masyarakat Cina sempena sambutan Tahun Baru, parti Islam PAS, menurut warga maya ternyata lebih bijak dalam menghormati budaya bangsa lain.
Beberapa gambar merakamkan pemimpin PAS termasuk di kalangan akar umbi 'celik budaya' khususnya yang membabitkan masyarakat Cina. Antaranya, memaparkan gambar seorang pemimpin akar umbi PAS dari Mersing, Johor memberi angpau kepada penjual daging babi telah mendapat sambutan hangat.
Turut mendapat pujian adalah gambar exco kerajaan negeri Selangor Iskandar Abdul Samad mengagihkan angpau di hadapan sebuah gerai menjual daging babi dan tarian "singa hijau" yang diadakan sempena rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran PAS Perlis.
Negara Islam
"Ini babak yang mahu dielakkan oleh MCA, momokan mereka mengenai negara Islam akan menjadi  sia-sia," kata Denise Yee dalam Facebook.
"Pengerusi PAS bahagian Mersing, Johor (Rosalan Mamat) dan ADUN Cempaka (Iskandar Abdul Samad) menyambut Tahun Baru Cina dengan penjual daging babi sambil mengedarkan limau mandarin. Mereka tidak mengagihkan 'angpau putih’ kepada masyarakat Cina."
Ketika dihubungi Malaysiakini, Rosalan Mamat mengucapkan terima kasih kepada pelayar di Facebook kerana memuji tindakan beliau itu.
Rosalan, 51,  yang juga seorang ahli perniagaan berkata gambar itu dirakamkan dua hari sebelum Tahun Baru Cina ketika beliau dan beberpa pemimpin PAS tempatan mengedarkan angpau, limau dan kad tahun baru di sebuah pasar di Mersing.
Ditanya mengapa beliau menghampiri dan menyapa penjual daging babi berkenaan dan tidak mengelakkan dirinya kerana bagi masyarakat Islam daging berkenaan dianggap tidak "halal", Rosalan berkata agamanya tidak pernah melarang orang bukan Islam untuk memakan daging tersebut.Tak ada masalah
"Tidak ada masalah untuk Cina makan babi, hanya umat Islamyang tidak boleh makan daging babi. Kita mesti menghormati budaya Cina dan ini adalah hak mereka.
"Hanya Umno dan orang-orang MCA yang akan memutar-belitkan fakta dan mendakwa bahawa apabila PAS berkuasa, orang Cina tidak akan dibenarkan makan babi," katanya.
Menurutnya lagi, ini adalah kali pertama bagi pemimpin tempatan Pakatan Rakyat keluar bersama mengucapkan selamat tahun baru kepada masyrakat Cina. Sebelum ini mereka menganjurkan aktiviti masing-masing secara sendirian.
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin berkata ini bukan kali pertama parti Islam itu menjemput "singa hijau" memeriahkan majlis mereka.
Menurutnya, sejak dua atau tiga tahun lalu, PAS sebenarnya telah menampilkan persembahan tarian singa di jamuan makannya di Arau dan Sanglang.
Bagaimanapun, beliau berkata ini kali pertama parti itu mengadakan rumah terbuka Tahun Baru Cina dengan menjemput "singa hijau" untuk memeriahkan majlis itu di ibu pejabatnya pada 29 Jan lalu.Melayu terhibur
Difahamkan bahawa singa hijau itu dijemput dari sebuah kelab sukan di Kedah.
Apabila ditanya mengapa PAS mengadakan persembahan tarian singa, Hashim menjelaskan bahawa mereka mengikuti jejak kerajaan PAS Kelantan yang sentiasa mengalakkan persembahan  kebudayaan berbilang kaum.
"Bukan sahaja Cina, orang Melayu juga terhibur dengan persembahan tarian singa. Ia amat menarik."
Ditanya sama ada tindakan itu, cubaan PAS untuk meraih sokongan masyarakat Cina, Hashim (kiri) berkata terpulang kepada rakyat untuk menilai bagaimana parti Islam itu berinteraksi dengan masyarkat berlainan agama dan kaum.
Ini katanya, jelas bertentangan dengan dakwaan sesetengah pihak yang menuduh PAS akan “memotong tangan dan kaki orang Cina” apabila mereka berkuasa nanti. 
KOMEN HAMBA: 

  1. Parti Adat & Sukan tidak memertabatkan agama Islam dengan melakukan aktiviti sedemikian. Banyak lagi tempat lain yang boleh diberikan angpau kepada masyarakat Cina. Pilihan tempat sedemikian hanya memberikan satu gambaran bahawa jika pemimpin Parti Adat & Sukan boleh ke tempat sedemikian maka tak salah lah bagi mereka meletakkan kepala babi depan masjid di Rawang.
  2. Perkara yang sama berlaku semasa Guan eng menyerahkan wang tunai kepada masyarakat Islam di dalam Tokong Cina dan menggunakan hasil wang judi.
  3. Samalah juga seperti membenarkan pemimpin DAP rasis wanita melakukan senamrobik dan berucap dalam surau dan di perkarangan masjid.
  4. Memanglah kita digalakkan di dalam Islam menghormati budaya dan agama orang bukan Islam tetapi pernahkah anda mendengar atau melihat atau terbaca di dalam aman-mana sirah Rasulullah s.a.w. atau para sahabat baginda melakukan perkara yang dilakukan oleh Parti Adat & Sukan? 
  5. Jika tiada maka bolehkah lagi dikatakan Parti Adat & Sukan ini sebuah Parti Islam dan UMNO adalah parti Sekular?
TEPUK DADA TANYA IMAN!


SAYANG AGAMA ISLAM: MOHON JANGAN JADIKAN AZHAR IDRUS DEWA ATAS DEWA.

Mudah untuk peroleh Pahala Ya ... cuma hantar sms kepada 10 orang (publisiti kos percuma kepada penganjur) Antara lain dijanjikan oleh Zahar Idrus ialah Rahmat, Hidayah dan Pahala Percuma jika menghadiri kuliah beliau. Bagaimana dengan Sijil Perakuan adakah sah laku untuk digunakan semasa dalam alam kubur dan di alam akhirat nanti?


" FREE pahala jika sebarkan majlis ini kepada 10 kenalan anda melalui sms/facebook twitter etc. "


Dalam keghairahan puok pas celaka buat program yang kononnya kuliah agama maka bermacam cara iklan d buat supaya manusia datang..iklan saja supaya orang datang dan jangan jual agama seolah-olah ada hadis atau firman baru pula.


Takkan sampai tertekan takut orang tak datang..takkan ada jumlah sms pula baru dapat pahala, kenapa 10 ? rujuk pada hadis atau firman mana ??


Aku yakin azhar dan sekutu ostak pas yang jahil akan adakan kuliah khas tentang entri aku ini hehe nak betulkan juga apa yang salah !!


Kalau d majlis tu azhar idrus dok mengata orang ?? dok kata boddo kat orang ?? dok sesatkan orang ?? sapa pulak yang nak tanggung dosa ?? tukang mengajak terlepas ?? 


Di dalam Kitab Al-Khulaashah Ilmil Hadiits telah dijelaskan bahawa khabar  ( hadis) terbahagi kepada tiga jenis:
  1. Yang Wajib dibenarkan ( diterima )
  2. Yang Wajib di tolak ( didustakan,tidak boleh diterima) iaitu perkhabaran yang digunakan oleh seseorang menggunakan nama Rasulullah SAW.
  3. Yang Wajib ditawaqqufkan ( tidak boleh diamalkan ) dahulu sehingga jelas penelitian tentang kebenarannya kerana ada dua kemungkinan iaitu boleh jadi ia adalah daripada Rasulullah SAW dan boleh jadi ia direka.
Seseorang yang mengetahui bahawa sesuatu hadis itu palsu maka ia tidak boleh sama sekali menyebarkan hadis tersebut kepada sesiapa sahaja walaupun pengajarannya mengandungi unsur-unsur yang baik dalam bentuk motivasi dan sebagainya Melainkan bagi mereka yang menyebarkan hadis tersebut dan menandakannya atau dengan menyatakan kepalsuannya untuk menyedarkan masyarakat Muslim khususnya.

Cara untuk Mengetahui Apakah sesebuah Hadis itu Palsu atau tidak ??


Atas pengakuan orang yang memalsukannya. Misalnya Imam Bukhari pernah meriwayatkan di dalam Kitab Taariikhul Ausath daripada Umar Bin Shub-hin  bin Imran At-Tamiimy sesungguhnya beliau pernah berkata: ” Sesungguhnya aku pernah palsukan khutbah Rasulullah SAW…” Maisarah bin Abdir Rabbik Al-Faarisy pernah mengakui bahawa dia sendiri telah memalsukan hadis yang berhubung dengan tajuk Fadhilat Al-Quran sebanyak lebih 70 hadis.

Terdapat tanda-tanda/qarinah lain yang dapat menunjukkan bahawa Hadis itu adalah palsu. Misalnya dengan melihat dan memperhatikan keadaan dan sifat rawi yang meriwayatkan Hadis itu.

Terdapat rasa janggal atau kelihatan pelik dari segi susunan bahasa dan maknanya.


Sebab-sebab Timbulnya Hadis Palsu
  1. Ditimbulkan oleh golongan yang ingin merosakkan Islam.
  2. Untuk menguatkan hujjah atau pendirian sesuatu mazhab terhadap kebenaran mazhab pegangan mereka.
  3. Untuk mendapatkan pangkat dan kedudukan di dunia.
  4. Untuk menarik perhatian orang lain terhadap syarahan atau khutbah atau cerita mereka.

Hukum Meriwayatkan Hadis Palsu


Secara Mutlaq hukum meriwayatkan Hadis Palsu adalah haram bagi mereka yang telah mengetahui dengan jelas bahawa sesuatu hadis itu palsu.

Bagi mereka yang menyampaikan Hadis Palsu kepada orang lain dengan tujuan untuk memberitahu bahawa hadis tersebut adalah palsu maka tidak ada dosa baginya.

Bagi mereka yang tidak tahu sama sekali akan kepalsuan hadis tersebut dengan menyampaikan hadis palsu kepada orang lain dengan tujuan mengambil makna yang baik tidak ada dosa padanya tetapi setelah dia mengetahui bahawa hadis yang diamalkannya itu palsu maka hendak dia serta merta meninggalkan amalannya itu. Jika diteruskan maka hukumnya haram melainkan jika terdapat sanad lain yang sohih berkaitan hadis terbabit..

Kesimpulannya….apa-apapun untuk mengetahui ilmu hadis ini tidak dapat tidak,kita mesti belajar ilmu Mustolah Hadis..barulah kita akan faham…InsyaAllah di sini saya akan paparkan terus menerus berperingkat-peringkat antara hadis-hadis palsu yang saya telah kenalpasti dan mesti dijauhkan daripada beramal dengannya melainkan jika terdapat riwayat lain yang menunjukkan hadis tersebut adalah Sohih….Wallahua’lam…

Contoh Hadis Palsu:
” Barang Siapa yang membaca Tasmiyah ( Bismillah ) pada waktu dia berwudhu maka dua Malaikat tetap mencatatkan kebaikan baginya sehingga wudhu’nya batal.” ( rawi bernama Ulwan Al-Kalby. )

Menurut Imam Al-Sayuti dalam Kitab Al- Maudhu’aat menyatakan: ” Ulwan Al-Kalby ini adalah seorang rawi yang terkenal dengan suka memalsukan hadis..”

catatan : Jadi berhati-hati dengan hadis yang diriwayatkan oleh Ulwan Al-Kalby ini…maaf hadis tidak dapat ditulis sempurna kerana saya takde perisian plugin Bahasa Arab/ Al-Quran…jika ada sesiapa boleh bantu saya mendapatkannya dialu-alukan.
Bersambung…..


TQ AAKJ !


Janganlah jadikan Zahar Derus ini seorang DEWA ATAS DEWA.


TEPUK DADA TANYA IMAN!


SAYANG UMNO KU: PERSONA NON GRATA MENJADI GRATIS.


ANNUAR MOHD NOR -UMNO REFORM ATAU DEFORMED? POLEMIK, TEGURAN , SOKONGAN & KRITIKAN MEMBINA.

Tanyalah kepada mana-mana bloger pro UMNO, Adakah anda sayang UMNO? Mereka akan menjawab YA KAMI SAYANG UMNO LEBIH DARIPADA KAMI SAYANGI DIRI KAMI !

Kemudian bertanyalah soalan ini lagi, Adakah percaya UMNO Parti Keramat ? Dengan penuh keyakinan mereka menjawab ' YA KAMI YAKIN UMNO SEBUAH PARTI KERAMAT!

Jika ada bloger pro UMNO yang memberikan jawapan selain daripada itu , adakah anda akan mempercayai komitmen beliau?

Sabda Rasullullah s.a.w:- 
"Jika mahu tahu kebaikan seseorang bertanyalah kepada sahabatnya, jika mahu tahu keburukannya bertanyalah kepada musuhnya"


PROFIL LATARBELAKANG ANNUAR MOHD NOR
(UMNO REFORM atau  DEFORMED?)

Hamba memetik dari dua sumber yang amat hamba percayai iaitu 
  1. The Unspinners
  2. SelangorDaily.com
Berdasarkan kepada kedua sumber itu :-
  1. Annuar Mohd Nor adalah pengendali Mahafiraun dan Mahazalim pada tahun 1988. Blog tersebut di buat atas sokongan kepada Anwar Ibrahim dan berdasarkan kepada kebencian kepada Tun Dr Mahathir.
  2. Annuar Mohd Nor adalah anak didik Universiti Bangsar Utama kendalian bebas Hishamuddin Rais. Hishamuddin Rais cukup dikenali dengan gaya pemikiran tersendiri dan tidak begitu menggemari perjuangan UMNO.
  3. Annuar Mohd Nor adalah aktivis aktif gerakan Reformasi sejak 1988 sehingga kini.
  4. Annuar Mohd Nor berkawan baik dengan Chegu Bard, Nora Reformasi, Isham Rais, Razman Hakimi, Tun Faisal. Pendekata beliau mempunyai rakan-rakan akrab dari kedua belah pihak baik di pihak PKR mahupun di pihak UMNO.

PEMIKIRAN & PERJUANGAN ANNUAR MOHD NOR.

Hamba amat mempercayai bahawa pemikiran dan perjuangan Annuar Mohd Nor tidak sama dengan pemikiran dan perjuangan UMNO. Beliau membawa pemikiran dan perjuangan mengikut acuan yang di terima olehnya dari Universiti Bangsar Utama. Beliau menganggap UMNO adalah terkebelakang dan masih terikat dengan nilai-nilai feudalisma lapuk.

Ini membawa kepada persoalan:-
  1. Apakah Agenda Annuar Mohd Nor?
  2. Adakah beliau membawa Agenda Sendiri atau Agenda UMNO atau Agenda PKR atau Agenda Reformasi?
  3. Apakah idealisma Annuar Mohd Nor?
  4. Kepada siapakah Annuar Mohd Nor meletakkan kepercayaan, ketaatan dan kesetiaannya?
  5. Adakah beliau membawa manafaat kepada UMNO atau sebaliknya?
  6. Adakah tanpa beliau UMNO akan kalah?
  7. Adakah tanpa beliau UMNO akan lebih berjaya?
  8. Sejauh manakah kerahsiaan maklumat pejuang maya UMNO di simpan rapi oleh Annuar Mohd Nor?
  9. Adakah kebocoran maklumat dan strategi UMNO disebabkan olehnya?
Persoalan paling penting bagi hamba mengenai Annuar Mohd Nor ialah:-
  1. Apakah pendirian beliau?
  2. Adakah beliau mahu memainkan peranan tersendiri dalam memperjuangkan kepentingan agama, bangsa dan negara?
  3. Adakah beliau membawa aspirasi kepimpinan UMNO?
  4. Adakah beliau mahu memainkan satu peranan sebagai pengimbal dan pencatur kekuasaan politik Melayu Islam?
  5. Bolehkah beliau dipercayai?
Bagi hamba kepimpinan UMNO mempunyai tanggungjawab sepenuhnya kepada seluruh jentera pejuang maya untuk menjawab kesemua persoalan-persoalan di atas.

Apakata satu pertemuan khas SIDANG DIALOG diadakan antara pejuang maya UMNO dengan Annuar Mohd Nor dengan kehadiran kepimpinan tertinggi UMNO.

Pejuang-pejuang maya UMNO perlu diyakini oleh kepimpinan tertinggi UMNO mengenainya.

Adakah Annuar Mohd Nor dan Tun Faisal akan bersetuju dengan cadangan ini atau mereka akan memberikan sejuta alasan yang tak masuk akal?

Untuk pembacaan selanjutnya sila klik di sini 

  1. THE UNSPINNERS 
  2. LAWYER GARANG 
  3. APA 
  4. SELANGORDAILY 
  5. SINISMALAYSIA
TEPUK DADA TANYA IMAN!

SAYANG AGAMA ISLAM: SIRI JELAJAH HASAN ALI DAPT SAMBUTAN HANGAT DI BANGI.







Penuh sesak ! .... 


Anwar berjaya memecahbelahkan dan meletakkan PAS dalam krisis yang amat serius.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...