Isnin, 20 Januari 2014

POLITIKUS KANGKUNG DARIPADA SEMUA PIHAK MENIPU DAN PERBIDAKKAN KITA DALAM SEMUA ISU POLITIKAL BAWAH TEMPURUNG @NajibRazak

Apalah kelompok Politikus Kangkung Naruto Malaysia ne punya peel ? Sekur-sekur punya peel cam setan gondol tak cukup zat kangkung. Hari ne, ambe nak tulis mengenai PENDAPAT AMBE mengenai apa FIKIRAN AMBE keatas semua ISU-ISU POLITIKAL CAP KANGKUNG NARUTO yang berlaku dalam negara sejak ambang 2014 lagi yang berpunca dari isu politikal kenaikan harga barangan akibat Polisi Tim Kangkung PEMANDU yang tak pernah makan sayur kangkung masak belacan. Kemudian dipolitikan sehingga menjadi OBERKIL oleh puak Vegetarian Kangkung Pakatan Rakyat.

Bermula dengan isu politikal kebiadapan pastor Lawrence Andrew, keturunan Tamil Naido, agama Kristian Katolik dari persatuan Gereja. Yang sengaja buat UNGKAL enggan menerima perundangan negara dan negeri Selangor. Sengaja ingkar perintah mahkamah. Sampailah ke isu Flash Mob biadap kangkung ADUN PKR Bubuk Machang dan flashmob puak UMNO Bukit Mertajam yang membantah kebiadapan flashmob biadap berkenaan. Fiasco terakhir kini berkenaan dengan NARUTO tak kasi Bang Non masuk Nippon.

Diantara episod-episod drama kangkung Naruto itu, prekuel nya bermula dari demo TURUN pada tengahmalam sambutan tahun baru 2014. Diaspirasikan kerana HARGA BARANG NAIK, kononnya. Dengan skrip-skrip tambahan dan tokok-tambah sana-sini untuk memperbodohkan minda rakyat. Agar rakyat bertindak supaya berlaku satu insiden yang dijadikan justifikasi politikus untuk melepaskan tengkuk memasing.

Kita ada SOSMA, kita ada AKTA HASUTAN dan banyak lagi AKTA-AKTA KESELAMATAN yang boleh DIKUATKUASAKAN keatas mana-mana AGEN PROVOKATUR termasuk POLITIKUS yang sengaja MENGAPIKAN SENTIMEN PERKAUMAN dan BERLAKU UNGKAL. 

Tetapi semuanya TIDAK DIKUATKUASAKAN !
Kenapa semua POLITIKUS DARI SEMUA PERINGKAT DAN PIHAK MASIH BERDIAM DIRI TANPA MENGUATKUASAKAN PERUNDANGAN NEGARA?

Kenapa Politikus masih membiarkan para penyokong mereka berdemo berbalah sesama sendiri. Menghasut rakyat agar terseret bersekali dalam isu-isu politikal yang mereka sendiri reka dan cipta?

Satu tindakan yang sungguh tidak bertanggungjawab.
Parlimen akan bersidang dalam bulan Mac ini. 

Penyalahgunaan hak-hak selaku warganegara Malaysia oleh puak-puak politikus kepala senget kaki suntut ngok-ngek hanya boleh ditangani melalui Penguatkuasaan Perundangan. Bilamana, politikus sendiri gagal berdiplomasi dan mengawal tindakan ekstrimis penyokong dan ahli mereka sendiri. 

JANGAN BABITKAN RAKYAT. KERANA RAKYAT SUDAH BANYAK TERBEBAN DENGAN KOS SARA HIDUP YANG TINGGI.

SOLUSI SEBENAR IALAH MENAHAN REMAN DALAM RUMAH SECARA MANDATORI KEATAS SEMUA POLITIKUS BIADAP DAN BANGSAT SEHINGGA KEPALA OTAK MEREKA KEMBALI WARAS,


@SPADChannel PERINGATAN PERUBAHAN LALUAN & PERHENTIAN BAS HENTI-HENTI DI WPKL

Helo brader warga Kotaraya Metropolitan Kuala Lumpur dan Lembah Kelang yang menjadi pengguna setia perkhidmatan bas henti-henti Rapid KL, Metrobus, Selangor Omnibus, Len Seng dan Setara Jaya. Anda tentu agak terkejut pagi ini dan sejak Sabtu lepas bila mendapati anda laluan biasa dan perhentian biasa berubah. Jangan bimbang. Sebagai pengulangan dan peringatan mengenai perubahan sementara tersebut dan kenapa ianya berubah, sila lah baca sampai habis artikel ini. Dan simpan molek-molek kerana anda akan diingatkan mengenai laluan baru yang bersifat sementara.

Ini berlaku disebabkan untuk menjaga keselamatan penumpang dan mengurangkan kesesakan lalulintas di sekitar kawasan pembinaan "Heritage Trail'. Jangan bimbang, bukan semua laluan yang terbabit. Hanya empat .... empat destinasi perhentian akhir diubah sementara ke destinasi hentian akhir Bandar di Jalan Munshi Abdullah.

Jangan panik. Tarik nafas dulu, pertama, hafal dan fahami dulu , laluan yang terbabit. Laluan terbabit ada dua kategori :-
  1. LALUAN JARAK DEKAT.
  2. LALUAN JARAK JAUH.
Sila rujuk rajah dibawah :-


PENERANGANNYA PERUBAHAN LALUAN:-

Laluan Jarak Dekat :-
Laluan No: 
  1. U4 
  2. U7
  3. U8
  4. U209
  5. U222
  6. 26
  7. 49
  8. W12
  9. 144B
Hentian Akhir Bandar bagi semua laluan ini telah dipindahkan dari Lebuh Ampang (HSBC) ke Jalan Ampang (berhampiran Jalan Munshi Abdullah).

Bas di laluan ini hanya dibenarkan untuk mengambil dan menurunkan penumpang dan tidak boleh berhenti di City Stop Akhir (HSBC, Lebuh Ampang).



PENERANGANNYA PERUBAHAN LALUAN JARAK JAUH:-

Hentian Akhir Bandar bagi semua laluan jarak jauh diatas telah dipindahkan dari Lebuh Ampang (HSBC) ke Jalan Ampang (berhampiran Jalan Munshi Abdullah).

Bas-bas akan melalui Jalan Munsi Abdullah dan Dang Wangi sebelum meneruskan ke Jalan Raja Laut seperti biasa.

Harap maklum. Selanjutnya, jika ada sebarang kemusykilan, anda boleh membuat pertanyaan terus ke emel SPAD dengan melawati laman web rasmi SPAD dan kaunter-kaunter syarikat pengendali bas yang berkenaan yakni:- 
  1. RapidKL
  2. Metrobus 
  3. Len Seng 
  4. Selangor Omnibus
  5. Setara Jaya 
Sekian harap maklum. Malu Bertanya Sesat Laluan Bas. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...