Jumaat, 30 Mac 2012

BAFIA NAK TANGKAP RAFIZI, ZURAIDA & NURUL IZZAH.

alt

NFCorp telah membuat laporan polis terhadap Rafizi, Zuraida dan Nurul Izzah. Aduannya? Ketiga-tiga malaun tersebut di dakwa oleh NFCorp telah melanggar kerahsiaan maklumat akaun milik NFCorp dengan mendedahkannya kepada umum. Di bawah BAFIA ( Bank And Financial Institutions Act 1989) maklumat dan kerahsiaan akaun pelanggan bank tidak boleh didedahkan kepada umum oleh mana-mana pihak ketiga. Berikut adalah petikan peruntukan dalam BAFIA mengenainya:-
PART XIII
 INFORMATION AND SECRECY
Restriction on inquiring specifically into affairs of a particular customer
96.Except as provided in section 43 (2), and without prejudice to the powers of inspection, examination, investigation or inquiry conferred on the Bank or on an investigating officer under this Act, nothing in this Act shall — 
(a)  authorise the Minister to direct the Bank; or 
(b) authorise the Bank, to inquire specifically into the affairs of any individual customer of any licensed institution. 
Secrecy
97. (1) No director or officer of any licensed institution or of any external bureau established, or any agent appointed, by the licensed institution to undertake any part of its business, whether during his tenure of office, or during his employment, or thereafter, and no person who for any reason, has by any means access to any record, book, register,correspondence, or other document whatsoever, or material, relating to the affairs or, in particular, the account, of any particular customer of the institution, shall give, produce, divulge, reveal, publish or otherwise disclose, to any person, or make a record for any person, of any information ordocument whatsoever relating to the affairs or account of such customer.
97. (3) No person who has any information or document which to his knowledge hasbeen disclosed in contravention of subsection (1) shall in any manner howsoever disclose the same to any other person.
Ianya adalah sebuah kesalahan jenayah yang jika disabitkan kesalahan membawa hukuman penjara 3 tahun. Rafizi adalah berkelulusan akademi di bidang perakauanan. Seorang akauntan yang terlatih, seorang ahli Institute Chartered Accountants England dan Wales dan ahli Malaysia Instituteof Accountants (MIA) sewajar tahu mengenai kesalahan jenayah menyebarkan dan mendedahkan sebarang dokumen sulit dan  maklumat akaun milik pelanggan bank kepada umum. Baca seterusnya di sini KLPOS.

Adalah wajar bagi pihak berkuasa menyiasat lapuran NFCorp tersebut dengan kadar segera. Jika didapati ketiga-tiga malaun PKR itu telah melakukan kesalahan jenayah maka moleklah mereka di dakwa di mahkamah. 

Tapi macam biasalah kita bakal melihat macam-macam drama dan dio-drama di pihak PKR nanti, Maklum pepepuak Regim Zionis PKR nie mana boleh tahan kalau mereka dikatakan melakukan kejahatan sebab mereka kan sudah disucikan dengan air liur Pok Nik dan kibasan tangan Anwar Ben Israel.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

ANWAR BEN ISRAEL ENGGAN TERIMA SEPINA. SKANDAL RM445 JUTA!

Seot ! Habis lah Punah Ranah Kali Ini .. Apa alasan nak beri taknak Terima Sepina HLFB dan Low Thiam Hoe ? Kang abis semua rahsia RM445 juta terbongkar pasai ceq tipo semua orang! Jijaaahhhhhh ... Mai Tulun Abang !!!!!!!!!

Pada 1998, Anwar Ben Israel selaku Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri melakukan sesuatu yang menyebabkan pada hari ini Hong Leong FinanceBerhad (HFLB) menyaman Low Thiam Hoe. Siapa Low Thiam Hoe? Low Thiam Hoe ialah seorang ahli perniagaan yang telah diperalatkan oleh Anwar Ben Israel di dalam satu transaksi yang mencurigakan membabitkan pembelian Kewangan Bersatu Berhad yang dimiliki oleh Arus Murni Corporation Sdn. Bhd. 

Pada tahun itu (1998)  pinjaman RM445 juta diluluskan oleh HLFB kepada Low Thiam Hoe bagi pembelian KBB yang tak pernah berlaku. Wang tersebut dimasukkan terus ke dalam akaun AMC. Ini dilakukan dengan tergesa-gesa dan secara cepat kerana maklumlah pada masa itu (1998) Tun Dr Mahathir sedang melengkapkan siasatan ke atas Anwar Ben Israel mengenai dakwaan Ummi Hafilda mengenai salah kelakuan seksual Anwar Ben Israel meliwat. Malah pada masa itu Mat Syabu amat lantang berceramah di seluruh negara melabelkan Anwar Ben Israel sebagai Al Juburi. Manakala di Parlimen, ahli-ahli Parlimen DAP seperti Karpal Singh menjadikannya sebagai isu terhangat untuk menjejaskan kredibiliti kerajaan Barisan Nasional.

Siapakah pemilik AMC pulak? AMC dimiliki oleh Hamzah Harun dan Mohd Faiz Abdullah yang merupakan penulis ucapan bagi Anwar Ben Israel pada waktu itu. Jeng .. jeng .. jeng ..... Ok ada lagi kejutan. Transaksi RM445 juta dilakukan tanpa melalui prosedur biasa. Ianya dilakukan dengan pengaruh Anwar Ben Israel dan hubungan baiknya dengan Tan Sri Quek Leng Chan, Pengerusi Hong Leong Finance Berhad (HLFB).

Wow ! Bayangkanlah dengan wang sebanyak itu RM445 juta ! Pada pendapat dan pandangan anda ... apakah yang mampu dilakukan oleh Anwar Ben Israel pada waktu itu (1998). Bukankah pada waktu itu Anwar Ben Israel memulakan gerakan REFORMASI? Dari mana gerakan REFORMASI 1998 mendapat wang untuk bergerak ke sana dan ke mari ? Tenaga sukarelawan? Ha ha ha .. jangan nak buat lawak derrr ! 

Pada 1998 dan selepas itu ,gerakan tersebut dan Anwar Ben Israel  mendapat liputan meluas dari wartawan dan media asing. Ya la RM445 juta di tabur yea tak? Mao tak berlari media dan wartawan asing macam Road Runner buat liputan. Sebab tu pada tahun 1998 punya la banyak drama boleh diterbitkan oleh Anwar Ben Israel. 

Jadi, ada berani ka Anwar Ben Israel mahu terima itu sepina beri keterangan di dalam mahkamah dalam kes saman HLFB dengan Low Thiam Hoe? Tak mampos Anwar Ben Israel beri keterangan dan semua benda keluar ? Dah tentu semua reformis pun akan meloncat sama kerana akan terdedah segala pembohongan mereka kononnya berjuang secara suka dan rela. Itu dulu, sekarang ini suka-sama-suka. Ini semua pasal duit ler. Suci sangat ke mereka itu semua? Jangan fikirlah masa Anwar Ben Israel dalam penjara, akaq Wan Jijah anak beranak hidup dalam kesempitan dan susah payah, RM445 juta beb!

Percayalah, Anwar Ben Israel akan melewat-lewatkan kes tersebut sehingga selepas PRU 13. Kerana itulah kemenangan Pakatanista amat penting buat Anwar Ben Israel. Bukan kerana rakyat atau menghabis hapuskan kezaliman ke hapa tetapi untuk menyelamatkan dirinya. sebab itu Anwar Ben Israel kerahkan semua jentera PKR dan Pakatanista untuk menghancurkan UMNO dan BARISAN NASIONAL. Kalau tak dihancurkan habis semua rahsia-rahsia kejahatan dan penyelewengan beliau akan terdedah satu persatu.

Jom tanya sama Anwar Ben Israel, mana mao lari brader ???? Tak nak terima sepina ke ? Takut ke ??? Brader Nalla dah bersedia untuk dedahkan semua aktiviti songsang Anwar Ben Israel, tapi mengapa saman tak muncul-muncul jugak?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

RAHSIA BESAR TAJAAN DANA ASING DALAM KEMPEN ANTI-LYNAS.


Pihak pembangkang khususnya PKR telah menjadikan isu kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang yang dibina oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd sebagai isu politik.

Penyokong pembangkang serta rakyat tempatan telah digembeleng sejak setahun lalu untuk menentang projek tersebut.

Tujuan utamanya ialah untuk menutup kilang Lynas yang yang menelan belanja dan pelaburan asing lebih RM700 juta bagi negeri Pahang.

Bermacam-macam tohmah dan dakwaan dilemparkan terhadap projek tersebut antara lain bahawa projek tersenut membahayakan rakyat Pahang serta alam sekitar kerana kononnya risiko bahan buangan beradioaktif hasil pemprosesan bahan mentah nadir bumi yang dilombong dari Australia.

Bagaimana pihak kerajaan pusat dan kerajaan negeri termasuk semua agensi yang bertanggungjawab dalam pelesenan dan pemantauan kilang tersebut telah memberi jaminan bahawa kilang tersebut selamat dan tidak berisiko tinggi seperti mana yang didakwa oleh pembangkang.

Malah ahli parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat yang merupakan pakar kajian nuklear telah mengesahkan tapak loji memproses nadir bumi Lynas adalah selamat dengan pemantauan yang mengikut prosedur.

Sekaligus kenyataan yang datangnya dari seorang pakar dan professional seperti Dr Che Rosli menyanggah dakwaan-dakwaan berbaur politik dan tidak berasas daripada kumpulan kempen anti-Lynas yang diketuai oleh Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Jka dikaji sejarah kempen anti-Lynas, agak menghairankan mengapa DAP yang juga rakankongsi PKR dan PAS dalam Pakatan Rakyat membantah penubuhan jawatankuasa bagi menilai penubuhan kilang Lynas.

DAP mahu menampakkan bahawa parti itu tidak anti-pembangunan dan pelaburan tetapi secara senyap dan sembunyi memberi dokongan kuat kepada kempen tersebut.

Ini terbukti dengan kehadiran dalam setiap demonstrasi dan bantahan yang diadakan sama di Kuantan atau di Kuala Lumpur.

Lebih daripada 90 peratus yang hadir terdiri daripada ahli dan penyokong DAP, hanya segelintir kecil penyokong PKR dan PAS menyertai mana-mana perhimpunan anti-Lynas.

Ini membuktikan bahawa wujud agenda tersembunyi yang tidak mahu didedahkan oleh DAP.

Menurut sumber dalaman kempen anti-Lynas sendiri, Fuziah dan kuncu-kuncunya mampu menerajui kempen mampu bertahan lebih setahun kerana sokongan dana yang besar.

Dana tersebut dikatakan diberikan oleh sebuah negara Asia yang juga merupakan antara pengeluar terbesar nadir bumi dunia.

Kalau tidak, masakan Fuziah dan kumpulan anti-Lynas yang besar mampu mengadakan kempen yang tersusun dan teratur, malah mampu membawa aktiviti-aktiviti mereka hingga ke Australia.

Semuanya ini memerlukan kewangan yang besar dan pembiayaan hanya mampu diberi oleh pihak yang mempunyai kepentingan dan berasa terancam dengan wujudnya kilang Lynas di Gebeng.

Ertinya DAP dan PKR telah menjadi kuada tunggangan negara asing untuk menjejaskan ekonomi dan iklim pelaburan Malaysia.

Tindakan Fuziah dan kumpulan anti-Lynas merupakan usaha berkhianat terhadap negara mereka sendiri dan sudah tentunya pihak berkuasa harus menyiasat sumber dana yang diperolehi serta agenda tersembunyi pembangkang yang memanipulasikan rakyat.

PAS telah menghidu agenda jahat PKR dan DAP dan oleh kerana itu sejak awal lagi telah menunjukkan sikap dingin terhadap usaha menentang projek tersebut.

Hakikatnya kempen anti-Lynas adalah contoh yang menjadi bukti kukuh kepada dakwaan pihak pembangkang menerima dana asing bagi mewujudkan ketidakstabilan politik di negara ini.

Pembangkang menggunakan apa jua cara untuk merampas kuasa politik hatta bersekongkol dengan negara asing melalui penerimaan tajaan dana-dana dalam jumlah besar.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...