Khamis, 6 September 2012

BERSEDIAKAH PEJABAT PEGUAM NEGARA LAKUKAN PENDAKWAAN?

 
Bangunan Mesra Alam Lagi Gah Pejabat Peguam Negara dan Sebelah Lambang Bagi Pejabat Peguam Negara .. Alamak .. Macam Ada Benda Tak Kena Lah Pada Lambang Tersebut .. 

Ok, abang Menteri kesayangan Hamba , Hishamuddin Hussein sudah berkata-kata. Menyatakan hasrat beliau hendak mendakwa dan mengenakan tindakan tegas kepada pelaku-pelaku sumbang mahram di ambang merdeka. Sekur dah mohon maaf dan sekur lagi dah tak keruan. Cuma Pakatam Jahanam saja yang hendak pelaku-pelaku aksi ngeri terhadap gambar berhala pemimpin mereka turut di dakwa. Satu soalan mudah, Perdana Menteri kita ni ada berapa ramai?

Pada kali ini, kemarahan rakyat jelata yang mengundi dan yang tak mengundi Barisan Nasional pun sudah memuncak kemarahan mereka kepada pelaku-pelaku aksi sumbang mahram di ambang merdeka tersebut. Cuma yang tak berapa nak teruja ialah Pejabat Peguam Negara yang sehingga kini masih membisu dan bermain selamat. 

Tidak kedengaran sebarang komen berapi dan komitmen tinggi daripada Pejabat Peguam Negara mengenai insiden berkenaan. Kita menanti juga kenyataan sedemikian daripada Pejabat Peguam Negara. Bila agaknya akan keluar Kenyataan Media nya ?

Abang Menteri KDN dah ok. Polis pun dah ok. Pejabat Peguam Negara bagaimana? 

Sudahkah anda bersedia untuk mendakwa atau bersedia untuk bermain di tepi margin selamat ? 

Samada Pejabat peguam Negara melakukan pendakwaan atau tidak, yang bakal kena bahana adalah abang Menteri Hamba dan rakan-rakan Polis Hamba yang selama ini bekerja keras mengekalkan keamanan negara. 

Pendakwaan adalah dalam kuasa Pejabat Peguam Negara a.k.a Ketua Peguam Negara bukan kuasa Menteri KDN atau Ketua Polis Negara. Kalau Pejabat Peguam Negara kata "Tak Nak Dakwa" maka tiadalah pendakwaan berlaku. Menteri tak boleh paksa. 

Jom baca pendapat bloger ini THE FLYING KICK - Boleh Diharap Ke Kenyataan Hishamuddin Hussein Ini ?

HJ HADI , MAT SABU & SUBKY LATIF DOK MEROYAN PASAL MELAYU & KEMERDEKAAN.



Seorang Presden PAS, seorang lagi Timbalan Presiden PAS dan seorang lagi penulis pojok di Harakah. Kesamaan ketiga orang ini ? Mereka suka meroyan dan kemudian mengatakan bahawa apa yang mereka kata itulah KEBENARAN. Sebelum itu, kami dimaklumkan oleh sumber dalaman bahawa Hj Hadi mengakui bahawa Mat Syabu lebih cenderung kepada Syiah dan sengaja dibiarkan berleluasa. 

Dalam satu penulisan Subky Latif memuji tindakan Mat Syabu menjulang pejuang komunis kerana mencetuskan onani minda oleh bloger Suara Selatan. Beliau turut memuji tindakan muda-mudi pro Pakatam Jahanam yang mengibarkan bendera pengkk membuka kembali lembaran hianat Salahsangka Meliwat. Kononnya mereka melakukan untuk lembaran sejarah yang sengaja di tutup. 

Terus terang Hamba katakan, melalui sistem pendidikan di pertengahan 70an sehingga penghujung 80an, Hamba tau sejarah PKMM, KMM, AWAS, API , Hizbul Muslimin, Dr Burhanuddin Al Helmi, Pak Sako, Ibrahim Yaakob dan semua pejuang Melayu berhaluan kiri. 

Sudah terang lagi jelas, mereka bukanlah kelompok peneraju kemerdekaan negara sebaliknya pejuang-pejuang awal seperti Datuk Bahaman, Mat Kilau, Tok Janggut dan ramai lagi adalah pejuang-pejuang awal.

Perjuangan PKMM di bawah teraju Ibrahim Yaakob dan Dr Burhanuddin Al Helmi menjadi punca utama penjajahan tentera Jepun selama 3 tahun 4 bulan. Begitu menderita rakyat Malaya. ramai rakyat Malaya di bunuh dengan kejam dek kerana kebodohan PKMM. Kerana itulah selepas merdeka dan sepuluh tahun sebelum merdeka PKMM tidak di terima oleh majoriti rakyat Malaya. 

Kerana perjuangan AWAS, API dan KMM jugalah negara ini terlibat dalam dua darurat yang menyaksikan banyak korban nyawa. Untuk apa? Mereka jugalah menjadi gunting dalam lipatan semasa Konfrontasi Indonesia-Malaysia. Akhirnya pejuang seperti Pak Sako menyedari kesilapan beliau. Manakala Dr Burhanuddin Al Helmi berjaya meresapi PAS dan menjadi ahli Parlimen. Hanya Ibrahim Yaakob melarikan diri ke Indonesia dengan harta yang banyak.

Pada waktu ini, Isham Rais pula mengambil alih peranan untuk menyambung semula persengketaan lama di antara puak haluan kiri dengan UMNO. Bukan UMNO yang menolak mereka sebaliknya mereka sendirilah yang menjauhi diri daripada UMNO sehingga terlepas peluang keemasan untuk bersama UMNO mendapatkan kemerdekaan negara. Salah UMNO kah? Tidak. Itu kesilapan perjuang berhaluan kiri kerana mereka terlalu egoistik. 

Sejarah perjuangan mereka tak pernah dipadamkan dan sengaja dipadamkan. Itu hanya sangkaan buruk terhadap UMNO untuk menimbulkan kebencian kepada UMNO. 

Buat apa untuk UMNO? Bukankah lebih baik buat smeua Melayu Islam dan rakyat Malaysia jika UMNO-PAS bersatu dan kemudiannya memayungi semua ? Lagipun sudah terbukti selama ini kaum lain mampu hidup sejahtera di atas kepintaran kepimpinan Melayu yang di bantu oleh kepimpinan kaum lain?

KERANA TAKUTKAN UMNO-PAS, PKR & DAP DALANGI SEMUA INSIDEN.

BARISAN NASIONAL TERTUBUH HASIL PERBINCANGAN DAN PERPADUAN DI ANTARA UMNO-PAS PADA WAKTU ITU. MALAH POK NIK MENJADI SALAH SEORANG YANG BEGITU MENGGALAKKAN PERPADUAN TERSEBUT.
PERPECAHAN KEMBALI BERLAKU BILAMANA ADA UNSUR-UNSUR SABOTAJ DARI DALAM DAN LUAR YANG MENGHASUT  KONFLIK BERLAKU. 
JIKA KONFLIK INI DILUPAKAN DAN DIMAAFKAN MAKA UMNO-PAS AKAN BERSATU KEMBALI. DALAM CONGAKAN PUAK PENDAJAL DALAM DAP & PKR JIKA INI BERLAKU AGENDA ZIONIS AKAN TERBANTUT.

Pemergiannya arwah Tun Abdul Razak telah membuka peluang dan jalan kepada penghasut untuk memecah-belahkan kembali perpaduan UMNO-PAS yang telah di bina. Kemerosotan pengaruh Presiden PAS arwah Datuk Asri menyebabkan berlakunya perebutan kuasa melantik Menteri Besar Kelantan. Berpunca dari situ UMNO-PAS kembali berpecah. Kini usaha menyatukan kembali UMNO-PAS semakin cerah dan prospek ini begitu menakutkan DAP dan PKR. Kedua parti PKR dan DAP banyak bergantung kepada kekuatan jentera PAS sejak 2008. Merosotnya sokongan majoriti Melayu kepada Dap dan PKR akibat Hasan Ali di pecat, pendedahan video salahlaku seksual Anwar Aib brahim, foto eskrim Azmin Ali, penyelewengan dana RM 350 juta, hanky panky dalam pembelian hutang talam dan keegoan melampau Guan Eng . Kerana terdesak maka Isham Rais berbohong mengenai bendera Sang Saka Malaya yang menjadi mercu tanda perjuangan Malaya Raya yang anti Islam dan anti Raja-raja Melayu. Perjuangan itu dah lama di tolak oleh majoriti penduduk Tanah Melayu sejak 1948 dan tertubuhnya UMNO serta Parti Perikatan. Insiden di ambang merdeka bertujuan untuk melengahkan dan membantutkan usaha yang sedang dijalankan bagi mengeluarkan PAS dari Pakatam Jahanam. DAP tahu dan sengaja meletakkan model sambilan berusia 19 tahun untuk turut memijak gambar Ds Najib. Harapan DAP ialah menggunakan isu penangkapan watak suci bersih gadis Cina tersebut bagi meraih simpati komuniti Cina dan rakyat Malaysia amnya. Fikirkan dalam dalam. Dua orang remaja dari dua komuniti terbesar diperalatkan pada malam ambang merdeka tersebut. Seorang lelaki dan seorang remaja perempuan. Insiden yang dicetuskan oleh keduanya telah menimbulkan kemarahan dan menajamkan konflik dalaman. Bila keduanya ditangkap adakah anda fikir pendakwaan akan dilakukan? Jika pendakwaan dilakukan maka pihak DAP akan menggunakan keduanya sebagai bahan propaganda yang bakal di usung ke sana ke mari semasa berkempen oleh DAP dan PKR. Jika pendakwaan tidak dilakukan maka DAP dan PKR perolehi dua objektif yang mampu memenangkan mereka dalam PRU 13 dan seterusnya mengagalkan usaha membawa keluar PAS dari Pakatam Jahanam. Apalah caranya dan tindakan terbaik buat kita untuk mengagalkan usaha-usaha jahat tersebut? Pihak UMNO dan BN perlu mencari idola remaja bagi mengatasi idola ciptaan Pakatam Jahanam. Kita mahu menangkap dan memberikan tekanan kepada penghasut utama kedua remaja tersebut. Kedua remaja tersebut telah diperalatkan oleh pemimpin Pakatam Jahanam demii kepentingan peribadi mereka sendiro. Kebajikan kedua remaja itu hanya bersifat sementara manakala insiden yang dicetuskan oleh keduanya juga bersifat sementara. Kepada penyokong UMNO dan BN anda semua perlu mencari idola remaja lelaki dan perempuan untuk dijadikan adiwira penyelamat Malaysia yang berani dan vokal menentang arus yang di cipta oleh Pakatam Jahanam. Carilah idola remaja yang menjadi ikon dinamis bagi penyatuan semua kaum dan mempertahankan kedaulatan negara ini.

PRONO-KR SEMAKIN TAK WARAS LAH.

Insiden Terbaru Semalam Jam 12 Tengahari Di hadapan Ibupejabat PronoKR Yang Terhutang Sewa di Mana Seramai 30 Orang ahli NGO bernama NAMBIKKEI diketuai oleh Kalai & Ramesh Rao Melakukan Bantahan Aman Ke atas Penghinaan Jalur  Gemilang Di Ambang Merdeka. Ahli PronoKR telah melakukan provokasi terhadap Bantahan Aman Tersebut (Gambar) 

SALAHSANGKA MELIWAT 
Bendera Pengkhianat Yang PronoKR dan Sekutunya dalam Pakatam Jahanam Hendak Gantikan JALUR GEMILANG .. Kita Bakor .. Kita Bakor..Kita Bakor ...

Model Sambilan berusia 19 Tahun Telah Menyerah diri Di Johor, Ternyata Pengerusi DAP Johor Yang Mengiringi Beliau. Terbukti DAP TETAP ANTI ISLAM , ANTI MELAYU ANTI RAJA-RAJA MELAYU dan TETAP MAHU TUBUHKAN REPUBLIK. 

Di atas tanggungjawab dan amanah mempertahankan kedaulatan negara dan Jalur Gemilang, sebuah NGO BARISAN BERSATU NAMBIKEI yang diketuai oleh Kalaivanar dan Rames Rao mengadakan satu bantahan aman di hadapan ibupejabat PKR pada tengahari semalam. Kecoh beb ! Sebab mereka menerima provokasi daripada 50 orang gengsters dan samseng PKR.  Akhirnya Polis berjaya mendamaikan kedua pihak. 

Agak anih kerana sebuah NGO seperti Nambikkei begitu berani mempertahankan kedaulatan dan maruah negara. Hairan dimanakah suara PEMUDA UMNO dan PEMUDA BN dalam hal ini? Nambikkei membuktikan mereka adalah anak Malaysia sejati dengan laungan DAULAT TUANKU !


TEPUK DADA TANYA IMAN .... 
PKR, DAP & PAS MEMANG TAK WARAS DAH.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...