Tiru macam akaq anak beranak ini ... lagi ramai akaq kelentong lagi kaya akaq !
Kita ini kan seringkali mendabik dada sendiri dan mengaku "si polan itu naik sebab aku penaikkan." "Si polan itu dulu siapa yang kenal kalau bukan jasa-jasa aku" Kemudian apasaja si polan itu lakukan semuanya adalah HASIL KERJA KITA. Patut ke kita mengakui hasil kerja orang lain sebagai hasil kerja kita kerana kita pernah beri sedikit pertolongan dan ruang kepadanya?
Dalam senario politik masakini pun sama. Khalid G mendabik dada kata Pakatan Haramjadah berjaya kumpul simpan RM1.1 billion. Betul ke? Pada masa pentadbiran Khir Toyo dahulu asas-asas kepada kejayaan pengumpulan tersebut telah di buat terlebih dahulu. Tanpa asas tersebut jangan RM 1.00 malah sepuluh sen pun belum tentu pentadbiran Khalid G mampu lakukan.
Budaya kerjasama di kalangan rakyat semakin terhakis kerana besarnya pengaruh sifat individualistik. Semuanya berkisar kepada 'Kalau bukan kerana AKU....' Dalam kesetiakawanan pun sama. Tidak ramai yang mampu berterus terang dengan rakan-rakan seperjuangan mengenai perkara sebenar. Takut rakan-rakan lain persoalkan dan pertikaikan itu dan ini.
Hambe hanya manusia kerdil sahaja dalam dunia ini. Segala keperluan kehidupan hambe di tanggung beres oleh Allah Subhanahu wa ta'ala. Pada masa yang sama, hambe kesal melihat majortiti kita seolah-olah meletakkan untung nasib seseorang itu dalam tangannya sendiri.
Kesetiaan kepada Ketua bergantung kepada seramai mana yang mampu di kelentong. Bukan lagi kepada seramai mana yang menerima manafaatnya. Orang ramai pula lebih bersedia meneriima pihak yang sangggup menanggung kehidupan mereka dari A sampai Z.
Pemerintah kita sudah berusaha untuk melakukan transformasi dan perubahan drastik tetapi adakah kita mengikuti jejak langkah pemerintah kita? Kita masih berada di takuk zon selesa dan enggan berubah mahupun bertransformasi. Kita hanya mengharapkan pemerintah saja. Ya lah ... ' Kalau bukan kerana undi .. si polan tak menjadi pemerintah" Yea Tak?
TEPUK DADA TANYA IMAN!