“Di Malaysia, kita tak boleh bandingkan situasi Malaysia sebagaimana situasi yang dikenali sebagai ‘Arab Spring’. Bahkan negara kita ini, semenjak kita mencapai kemerdekaan sehingga sekarang kita ada kebebasan, kita ada demokrasi, kita ada pembangunan ekonomi, kualiti hidup bertambah baik”. satu kenyataan dari seorang veteran politik Tan Sri Syed Hamid Albar, juga seorang bekas Menteri kabinet zaman Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah.
Tan Sri Syed Hamid memberikan pandangannya mengenai gerakan Malaysia Spring meniru gerakan Arab Spring yang pada pendapatnya:-
“Kita tengok negara-negara di Arab Spring, sistem demokrasi pun tiada dalam negara mereka. Jadi bila kita nak bandingkan (dengan Malaysia) tak kena. Kita tidak mengatakan demokrasi kita sempurna”,
Demokrasi sebenar tiada di negara-negara Arab yang mengamalkan sistem pemerintahan diktaktor sosialis dan politik dinasti keluarga. Rakyat tidak mempunyai suara dan hak memilih siapa yang menjadi kerajaan. Arab Spring jelas sekali tidak menjadi penyelesaian kepada apa yang dikehendaki oleh rakyat mereka. Konflik sentiasa berterusan di antara kumpulan yang bersetuju dengan kumpulan yang tidak bersetuju.
Menyentuh mengenai kecenderungan anak-anak muda di Malaysia, Tan Sri Syed Hamid memberikan contoh Budaya Hippi atau dikenali 'Flower People' pada era 60an. Gerakan tersebut adalah gerakan anak muda yang anti kerajaan dan mahukan kebebasan total. Akhirnya gerakan itu tidak memuaskan hati mereka. Sebabnya ialah, glongan muda akhirnya sedar mereka memerlukan kestabilan , ada rumah, ada pekerjaan, ada keluarga dan menjadi sebahagian pembangunan negara.
Tan Sri Syed Hamid memberikan pandangannya mengenai apa yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan dalam mendekati anak-anak muda:-
"Soalnya ialah bagaimana kita hendak mendekati golongan muda?. Jika kita punya bercerita pada golongan muda bahawa kita harus berterima kasih kepada kerajaan, pada mereka itu tak relevan. Pada mereka memang itu fungsi kerajaan”.“Bukan kita minta dia (gulungan muda) terima kasih, Kita harus menyatakan Syukur dan Alhamdulillah kerana negara kita telah mengecapi nikmat keamanan dan kedamaian, dan kita nak terus mereka (orang muda) terus terlibat dalam proses ini supaya mereka akan menjadi sebahagian daripada arus perdana di dalam pembangunan negara kita"“Itu yang paling penting pada fikiran orang muda. Tak usah kita cakap dekat mereka kena buat ini..buat itu..ikut ini..Bila disuruh macam itu dia memberontak”.“Bagi pemerintah pula, mereka mesti faham dan boleh bercakap bahasa orang muda, lenggok dia, irama dia..jika tidak kita akan terpisah dari pengelibatan mereka..apa yang kita anggap betul, dia anggap tak betul”.