Mat Jenin Alaf Baru
Negara lain sibuk nak ke hadapan dan meningkatkan ekonomi serta menjadi pemain-pemain utama dalam bidang teknologi, industri pemakanan, industri tenaga dan menguasai segala jenis perdagangan. Suasana politik negara mereka mencapai satu tahap kematangan yakni berjaya memperhambakan rakyat pada tahap 70%-80%. Mereka masih mampu mengemblengkan tenaga dan usaha memperkuatkan ekonomi negara mereka walaupun terpaksa impot tenaga kerja profesional dan mahir dan meletakkan rakyat mereka menjadi hamba abdi sahaja. Tahap intelektual hanya boleh dibanggakan dalam skim-skim penipuan taraf pencapaian peperiksaan penilaian matematik antarabangsa.
Di Malaysia ini segala macam kemajuan sudah di buat. Tapi rakyat Malaysia yang majoritinya celik huruf tapi buta intelek masih berada di tahap minda kelas ekonomi ekspres malam KTMB. Laju tapi selow. dan kadangkala macam servis Poslaju. Laju tapi alamat silap. Akhir-akhir ini saja bila Pakatam dapat sikit kuasa maka anak-anak muda yang terpengaruh dengan dakyah dan permainan licik politik mula nampak macam cerdik dengan melakukan pelbagai aksi-aksi liar. Mat Rempit pun semakin pudar popular mereka kerana diatasi oleh Adam Adli dan para demosntrans UPSI.Itulah sahaja pencapaian dan perubahan yang nampak kepada anak muda bila Pakatam berkuasa.
Dari penagih ke Mat Rempit ke Demonstrans ke Penurun Bendera. Tak pernah lah pula kita dengar kisah WOW! Anak-anak muda menjadi bilionir dalam sekelip mata. Dulu ada la kisah jutawan internet termuda. Sekarang ini paling banyak kisah para demonstrans di jalanraya.
Paling klasik dalam perlumbaan kuasa di antara semua parti politik. Paling kelakar bila timbul macam-macam isu yang tak berkesudahan. Kebiasaannya akan berakhir dengan macam-macam episod lucu. Balik-balik pakai baju kuning kemudian terlalak menjerit minta kebebasan bayar hutang.
Belum pernah lagi terjadi dalam sejarah negara di mana semua parti politik di Malaysia ini mampu duduk bersama dan menghasilkan satu polisi yang WOW ! Produk yang mampu dihasilkan di Parlimen dan di DUN hanyalah isu-isu WOW ! Tapi faedahnya kepada rakyat ...... WOOOOOO !
Isu SUARAM sebuah ngo yang tak berdaftar tapi dikendalikan oleh sebuah syarikat swasta menerima dana asing daripada Soros. Isu sehebat ini mampu ditenggelamkan oleh isu bang Non naik jet peribadi. Hamba pelik lah takkan rakyat Malaysia ini masih tak tahu yang abang Non itu memang kaki pembelit dan penipu besar. Mana ada manusia yang menjadikan politik sebagai kerjaya mereka pernah bercakap benar pun? Mereka hanya bercakap benar semasa mengangkat sumpah jawatan sahaja dan mengisi borang pencalonan.
Perjuangan menjulang untung nasib rakyat sudah tiada dalam kamus mereka. Hanya DS Najib sahaja mengekalkan tradisi lama kepimpinan menjulang kebajikan rakyat lebih dari segalanya.
Rakyat Malaysia lebih gemarkan isu sensasi daripada memikirkn betapa pentingnya memelihara kemerdekaan negara dan mengisinya dengan penuh makna. Ahli politik pun memanipulasikan isu tersebut sehingga akhirnya ada pengakuan daripada pemilik jet berkenaan. Tapi apa manafaatnya isu itu kepada rakyat?
Sebenarnya pada pemerhatian Hamba, sejak Pakatam berkuasa soal keselamatan negara kita terlalu terdedah kepada pihak musuh. Bukan rahsia lagi ada sebuah negeri yang benar-benar berminat menjadikan Malaysia ini sebagai penguasaan wilayah baru mereka. Tapi untuk mencapai tujuan itu UMNO mestilah dihapuskan dan BARISAN NASIONAL mesti dikuburkan.
Rakyat Malaysia perlu dibangkitkan kembali semangat mereka mengenai keberadaan mereka di persada antarabangsa. Semenjak merdeka selama 55 tahun, negara dan rakyat negara ini sentiasa dicemburui oleh pihak lain. Kekayaan dan kemewahan negara yang melimpah ruah nampak macam suatu pembaziran pula bila segala peluang memperkayakan diri dan memperkasakan ekonomi dikuasai oleh rakyat negara lain!
Anih dan pelik lah bila ada ahli politik dan rakyat Malaysia yang bersungguh-sungguh hendak menjahanamkan semuanya itu dan menyerahkan negara ini kepada pihak lain. Lebih anih lagi bila di pihak Barisan Nasional usaha mempertahankan dan menghalang perbuatan-perbuatan subversif itu seperti di buat sambil lewa. Tapi tak tahulah apa yang sebenarnya dilakukan di luar pengetahuan Hamba dan rakyat sekelian.
Namun yang jelas, kini suara dan keluhan rakyat hanya didengari oleh DS Najib dan beberapa kerat pemimpin sahaja. Selebihnya lebih tertumpu bagaimana hendak kekal menjadi calun dan mencaturkan politik tanpa menghiraukan apa akan terjadi kepada rakyat di masa depan. Manifesto pun bukan janji sampai rakyat perlu ke mahkamah untuk mendapatkan pembelaan. Bayangkanlah tahap budaya politik kotor amalan pakatam.
Sejak 1998 sehingga kini, kita sudah banyak terlepas peluang dan melepaskan peluang untuk menjadi sebuah masyarakat maju dan berintelektual. Kerana apa? Kerana kita lebih suka membuang masa dan tenaga untuk melanjutkan semua persengketaan politik yang usang dan lapok. Kita lebih banyak membuang masa mengkritik kerajaan sana sini dan menyalahkan kerajaan dalam serba serbi.
Majoriti rakyat menjadi bosan, kuyu, kurang produktif dan longlai kerana setiap masa dan detik mereka terbelenggu dengan isu-isu politik yang merimaskan, melemaskan, memualkan dan meloyakan mereka. Tidak mustahil pada akhirnya rakyat menyedari bahawa slogan dan dakyah yang mengatakan Kerajaan Tidak Tahu Semuanya adalah satu kepalsuan. Sebenarnya rakyat Malaysia ini pun Tak Tahu Apa Yang Baik Untuk Mereka.