Rabu, 13 Ogos 2014
ANWAR IBRAHIM DISAMAN RM50 JUTA & TSKI PECAT 6 EXCO KERAJAAN SELANGOR.
Ir Jebat Modern13hb Ogos 12.31 ptg
Dahlah Jatuh Ditimpa Tangga, Kena Hempap Plak Bangunan SUK
* Saiful Bukhari Saman Anwar Ibrahim RM 50 juta
Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa beliau diliwat oleh Dato Seri Anwar Ibrahim telah mengemukakan saman menuntut ganti rugi atas perbuatan bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebanyak RM 50 juta.
Saiful menuntut ganti rugi RM50 juta kerana Ketua Pembangkang itu menuduh beliau telah memfitnahnya dan berkonspirasi dengan cara membuat laporan polis berhubung kejadian liwat yang menimpanya.
Kes Liwat Anwar Ibrahim ke atas Saiful Bukhari sekarang ini di peringkat rayuan di Mahkamah Persekutuan setelah Panel Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi hari ini sebulat suara mendapati Anwar bersalah atas pertuduhan meliwat Mohd Saiful selepas membenarkan rayuan pihak pendakwa.
Bekas pembantu peribadi Anwar itu memfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi di sini pada 23 Jun lalu.
Peguam Zamri Idrus yang mewakili Mohd. Saiful memberitahu, pada pengurusan kes saman itu hari ini, Timbalan Pendaftar, Norfauzani Mohd. Nordin menetapkan 8 Oktober depan sebagai pengurusan kes.
Katanya, mahkamah memberikan arahan supaya Anwar memfailkan pernyataan pembelaan dalam masa tiga minggu — bersama Zamzuri Mohamed Tahir dan 46 yang lain.
Sedikit Penjelasan dan Ulasan Mengenai Kuasa TSKI Selaku MB Memecat Anggota EXCO:-
- Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor menetapkan MB mempunyai bidangkuasa dan kuasa untuk melantik mana-mana ADUN SELANGOR menjadi anggota EXCO;
- Nama-nama itu dibawa kepada Sultan Selangor untuk diperkenankan.
- Bermakna MB juga diberikan kuasa untuk memecat anggota EXCO yang sedang berkhidmat.
- Keputusan pemecatan TSKI dari PKR tidak menjejaskan kredibiliti dan jawatan MB yang dipegang oleh beliau. Ini kerana, jawatan MB itu setelah diperkenaan Sultan Selangor maka ianya diluar bidangkuasa mana-mana parti politik. Sebarang keputusan memecat mana-mana individu yang menjadi MB dari parti yang dianggotainya tidak menjejaskan jawatan MB yang dipegang olehnya.
- Ini kerana, jawatan MB itu adalah tertakluk kepada Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor dan tidak tertakluk kepada Perlembagaan Parti Politik.
- Tindakan pemecatan TSKI dari PKR telah menyebabkan timbul persoalan amat besar yakni MASIH BOLEHKAH DIIKTRAFKAN BAHAWA BADAN EKSEKUTIF NEGERI SELANGOR ADALAH PAKATAN DAP-PKR-PAS?
Langgan:
Catatan (Atom)