Sabtu, 31 Mac 2012

38 SEN SELAMA 1460 HARI YANG SIA-SIA DI BAWAH REGIM ZIONIS PKR-PAS-DAP.


Tahukah anda bahawa sudah berlalu sebanyak 1460 hari selepas PRU 12. Mari kita bertanya kepada diri kita sendiri terutama yang berada di Selangor, apakah yang kita perolehi daripada regim zionis Pakatanista PKR DAP PAS selama mereka mentadbir Selangor selama 1460 hari (Tak termasuk cuti Umum dan cuti hari minggu).

Bagi perkhidmatan air, setiap hari rakyat cuma dapat 38 sen sahaja termasuklah EXCO dan pemimpin PKR DAP PAS yang ada kolam renang kat bungalo mewah mereka. Rakyat yang takde kolam mandi dan cuma ada kolam kumbahan IWK di hujung flat dan pangsapuri yang di bina semasa pentadbiran BN dulu tak dapat pun 38 sen dan cuma dapat KUPON sahaja. Itu pun entahkan sah atau pun tidak.

Ok apalagi ? RM100 buat warga tua yang terpilih sahaja. RM100 untuk setahun. Bermakna warga emas Selangor dapat 27.4 sen setiap hari untuk makan, minum, bayar bil air, bayar bil letrik, kos perubatan, kos pengangkutan dan perbelanjaan-perbelanjaan untuk menampung kehidupan mereka setiap hari. Nampaknya bukan warga emas yang untung sebaliknya tauke hypermarket yang terpilih dan EXCO yang makan komisyen lah yang untung besar.

Ok apalagi ? Aset untuk orang Melayu ? Err ... setahu kita semua mana ada satu unit bangunan di tambah atau di beli oleh Yayasan Selangor dan PKNS atau MBI atau KSSB atau apakejadahlagi dalam tempoh 1460 hari. Yang banyak di jual ada ler. 

Ok apalagi? Pendidikan percuma ? Ehh ada ke diamalkan oleh pentadbiran regim zionis PKR PAS DAP? Nak masuk UNISEL pun masih kena bayar. Nak masuk mana-mana IPTA atau IPTS mana ada EXCO dan pemimpin Pakatanista hulur kos pun. 

Ok apalagi? Kemudahan untuk para peniaga Melayu ? Sewa naik ada la. Tapak perniagaan orang Melayu kena sita dan ditutup atas pelbagai alasan ada ler. Mana tapak perniagaan baru untuk semua kaum di pusat bandar dan kawasan strategik ? Ada ? 

Banyak lagi la perkara-perkara sia-sia yang dilakukan oleh pentadbiran PKR DAP PAS selama 1460 hari ini, Yang banyak untung hamba tengok hanya sekelompok dan segelintir sahaja yakni kroni mereka dapat projek sampah dan rakyat dapat hidu sampah berlonggok-longgok di tepi jalan. Itu baru Selangor je diberikan contoh nyata, bayangkanlah apa jadi jika puak malaon itu semua perintah Malaysia. Habis lah rakyat kena jual di pasar hamba abdi di Baghdad. Ya la bak kata Kit Siang atas nasihat Dr Chan Man Heng ' Jual Rakyat lagi untunglah !"

TEPUK DADA TANYA IMAN!

JANGAN AIBKAN WANITA MELAYU ATAS APAJUA MOTIF.

Ada perbezaan dan jurang amat besar di antara mendedahkan kesalahan akhlak Anwar Ben Israel yang bercita-cita hendak menjadi Perdana Menteri bertaraf Porno dengan beberapa orang gadis-gadis Melayu yang nampaknya sengaja diaibkan di atas kesilapan mereka. Kalau iya pun buat apa nak tunjukkan muka-muka mereka di dada akhbar? Kalau Chinadoll dan lain-lain kemain dijaga dan dipelihara maruah buruk mereka dengan tidak didedahkan wajah-wajah sialan mereka. Kamonlah, ini soal maruah gadis Melayu.Kalau bencikan sangat MELAYU pun buat apalah hendak diaibkan dan dimalukan gadis Melayu yang bukan ahli politik pun? 

Kesianlah kat mak bapak diaorang, adik beradik dan saudara mara mereka. Kenapa tak diberikan kaunseling dan ditawarkan kerja-kerja lain yang lebih bermaruah kepada gadis-gadis Melayu tersebut? Mereka mungkin terjebak dalam kerjaya sedemikian kerana tipu daya dan diperdayakan oleh agen-agen pengusaha pusat maksiat. Dah takde cara lain ke selain mempaparkan wajah-wajah mereka di akhbar? Buat apa hendak dimalukan dan diaibkan mereka? Sebab mereka berbangsa Melayu? Begitu? Hina sangatkah mereka kerana mereka berbangsa Melayu? Takde faedah dan manafaat mengaibkan mereka. 

Jika hendak berikan kesedaran kepada mereka pun bukanlah dengan cara mengaibkan mereka.Diaorang bukan macam Anwar Ben Israel yang kaya raya dan mampu menyaman beratus juta untuk menutup aib yang didedahkan. Mereka mungkin akan menjadi bertambah liar kerana dimalukan dan diaibkan sebegitu rupa.

Suratkhabar berkenaan perlulah berlaku adil kepada semua wanita dan gadis tak kiralah apa bangsa dan agama sekalipun. Kalau bab maruah wanita kaum lain kemain mereka jaga dan pelihara. Kalau bab maruah gadis-gadis Melayu, mereka seolah-olah tak ambil peduli pun. Mereka perlulah juga mengambil tanggungjawab menjaga maruah dan harga diri mana-mana wanita dan gadis Melayu yang terjebak dalam kegiatan tak berapa molek. Perlulah berlaku sopan kepada wanita dan gadis Melayu tersebut. Mereka pun ada maruah dan harga diri waima apa pun kesilapan mereka. Baca seterusnya di sini PRAPUKARI

Kena ingatlah gadis-gadis tersebut bukan Anwar Ben Israel. Maaf lah jika tulisan hamba ini menyinggung perasaan dan tak berapa digemari oleh pihak-pihak berkenaan. Hamba menulis bukan mencari keuntungan dan populariti tetapi mahu menyedarkan semua pihak Tolonglah jaga dan pelihara maruah dan harga diri gadis dan wanita Melayu. Jangan aibkan mereka atas apajua motif. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...