BAI'AH.
Apakah makna Bai'ah dari segi bahasa?
Apakah makna Bai'ah dalam syariat Nabi Muhammad s.a.w.?
Apakah hukum syarie' mengenai Bai'ah?
Apakah jenis-jenis Bai'ah?
Empat soalan di atas tidak pernah di tanya oleh orang awam selama ini. Kebanyakannya apabila di suruh berbai'ah masing-masing pun main ikut sajalah. Semuanya menjadi pak turut belaka. satu soalan pun tidak di tanya oleh mereka. Tok Guru dan Ustaz suruh bai'ah maka berbai'ahlah. Sepatah haram pun tak faham pasal Bai'ah masih nak berbai'ah. Pelik betul amalan orang Islam di Malaysia kerana perkara yang tidak diketahui pun masih mahu diamalkan oleh mereka.
Bai'ah adalah kalimah yang berasal dari bahasa 'Arab yang digunakan dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu tanpa mengubah bunyinya serta maknanya tetapi di ubah ejaannya dari huruf 'Arab kepada huruf Romawi ikut lidah Melayu. Itulah salah satu keistimewaan orang Melayu dan Bahasa Melayu, Habis semua bahasa dalam dunia ini boleh dibunyikan dan dieja semula mengikut nahu, sebutan dan ejaan bahasa Melayu tanpa makna asalnya di ubah sedikit pun. Hebat bahasa Melayu. Cuma yang tidak hebat ialah orang Melayu yang tidak tahu betapa hebatnya bahasa Melayu ini. Tapi berapa ramai yang tahu makna Bai'ah sebenarnya dan amalan bai'ah yang dibenarkan di dalam syariat Nabi Muhammad s.a.w. ?
Kita membaca sedikit mengenai Bai'ah yang telah di sentuh oleh rakan bloger GAP di sini:-
Soalan: Sebahagian kumpulan moden mengikat bai’at kepada pemimpin-pemimpin mereka yang mereka pilih untuk diri mereka dan mereka berkeyakinan wajibnya dengar dan taat kepada mereka (pemimpin-pemimpin jamaat) sedangkan mereka ini berada di bawah kekuasaan pemimpin-pemimpin yang sah yang dibai’at oleh umum kaum muslimin.Adakah perbuatan ini harus? Yakni adakah boleh di atas tengkuk seseorang itu mempunyai lebih daripada satu bai’at dan sejauh manakah kesahihan bai’at ini?Jawapan Samahah al-Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz –rahimahullah- :Bai’at ini adalah BATIL dan TIDAK BOLEH melakukannya; kerana ia akan membawa kepada perpecahan kesatuan, fitnah (kekecohan) yang banyak dan pemberontakan ke atas pemerintah secara tidak syar’ie. Telah sahih bahawa Nabi s.a.w bersabda:أوصيكم بتقوى الله والسمع والطاعة وإن تأمر عليكم عبد ، فإنه من يعش منكم فسيرى اختلافا كثيرا ، فعليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين من بعدي ، تمسكوا بها وعضوا عليها بالنواجذ ، وإياكم ومحدثات الأمور فإن كل محدثةبدعة ، وكل بدعة ضلالةMaksudnya: “Aku berpesan kepada kamu supaya bertakwa kepada Allahserta dengar dan taat walaupun kamu diperintah oleh seorang hamba,kerana sesungguhnya barangsiapa yang hidup antara kamu dia akan melihat perselisihan yang banyak, maka wajib atas kamu berpegang dengan sunnah ku dan sunnah para Khalifah al-Rasyidin selepasku,berpegang teguhlah dengannya dan gigit dengan geraham kamu sertahati-hati olehmu akan perkara baharu kerana setipa perkara yangdiadakan (-dalam agama-pent-) itu adalah bidaah dan setiap bidaah itu sesat”. [al-Tarmizi, Ibn Majah, dan Ahmad].Serta sahih juga baginda bersabda:على المرء السمع والطاعة فيما أحب وكره ، ما لم يؤمر بمعصية الله ، فإن أمر بمعصية الله فلا سمع ولا طاعةMaksudnya: “wajib atas seorang muslim itu mendengar dan taat dalam perkara yang dia suka dan benci selama mana dia tidak diperintah melakukan maksiat kepada Allah, jika dia diperintah melakukan maksiat kepada Allah maka tidak wajib dengar dan taat”. [Muslim].Dan baginda s.a.w bersabda:إنما الطاعة في المعروفMaksudnya: “Sesungguhnya ketaatan itu hanya dalam perkara makruf”.[al-Bukhari dan Muslim].Dan baginda s.a.w bersabda:من رأى من أمره شيئا من معصية الله فليكره ما يأتي من معصية الله ولا ينزعن يدا من طاعةMaksudnya: “Barangsiapa yang melihat pemerintahnya melakukan sesuatu maksiat kepada Allah maka hendaklah dia membenci apa yang dia lakukan daripada maksiat kepada Allah itu namun jangan pula dia mencabut tangan daripada ketaatan (bai’at)”. [Muslim].Hadis-hadis dalam perkara ini sangat banyak semuanya menunjukkan wajib taat kepada para pemerintah dalam perkara makruf serta tidak boleh memberontak kepada mereka melainkan mereka melakukan kekufuran yang jelas yang ada pada pemberontak bukti daripada Allah. Tidak diragukan lagi bahawa wujudnya bai’at kepada sebahagian manusia akan membawa kepada perpecahan dan pemberontakan kepada pemerintah maka WAJIB MENINGGALKANNYA, dan HARAM MELAKUKANNYA, kemudian wajib atas mereka yang melihat pemerintahnya melakukan kufur yang jelas untuk MENASIHATINYA sehingga dia (pemerintah) meninggalkan perbuatan itu, dan tidak boleh memberontak kepadanya jika pemberontakkan itu membawa keburukan yang lebih banyak kerana mungkar tidak dihilangkan dengan perkara yang lebih mungkar, seperti yang dinyatakan oleh para Ulama seperti Syeikhul Islam Ibn Taimiah dan al’Allamah Ibn al-Qayyim –rahmatullahi ‘alaihima-. Wallahu waliyyut Taufiq.[Sumber: Majmuk Fatawa Ibn Baz, jil 28, m.s 250-253].Hendaklah kita bezakan antara bai'at kepada pemerintah dengan bai'at kpd parti.. sama ada parti itu UMNO atau PAS atau Lainnya, bai'at kepada parti-parti ini TIDAK BOLEH sama sekali kerana yang ada di dalam ISLAM ialah bai'at kepada pemerintah. konteks Malaysia Raja2 dan Sultan2 kemudian PM dan MB dan KM yang dlantik oleh baginda2 raja tidak kiralah mereka tu dari parti mana.
Dalam penjelasan di atas masih ada sedikit kekurangan. Adakah kita turut diharuskan atau diwajibkan berbai'ah kepada Perdana Menteri, Ketua Menteri dan Jemaah Menteri yang bukan beragama Islam di atas usul Dewan Undangan Negeri dan/atau Dewan Rakyat dan/atau Perdana Menteri untuk diperkenankan oleh Yang DiPertuan Agong dengan persetujuan Majlis Raja-raja?
Soal bai'ah ini perlu diperjelaskan dengan terperinci oleh para ulama' yang bukan di dalam kategori ulama' berkepentingan. Soal mengenai hukum-hakam bai'ah ini adalah termasuk di dalam soal syarie bagi orang Islam tanpa mengira keturunan mereka. Tetapi adakah rakyat Malaysia yang menganut agama selain Islam turut diperhatikan di dalam permasalahan Bai'ah ini?
Jadi kita perlu kembali mengambil jalan Wassatiyyah dalam menerangkan sejelas-jelasnya mengenai bai'ah ini kepada semua rakyat Malaysia tidak kira apakah agama mereka dan keturunan mereka.
Kesimpulannya kepada pihak yang berkenaan wajib memperjelaskan mengenai hukum-hakam Bai'ah ini kepada semua rakyat Malaysia melalui jalan Wassatiyyah. Jadi Hamba dok tunggu la nie penjelasan terperinci mengenainya.
TEPUK DADA TANYA IMAN!