Jumaat, 12 Ogos 2011

PEMBALUNAN KHAS KEPADA MALIK ITIK KASIM. SIRI SATU,

DALAM MENJAWAB ISU LARANGAN PEMBACAAN AL QUR'AN MENGGUNAKAN PEMBESAR SUARA DI SELURUH MASJID & SURAU DI PULAU PINANG, MANGKUK HAYUN SOSIALIS RELIGUS PKR YANG BERNAMA MALIK 'ITIK' KASIM menyatakan di dalam Kenyataan Media (Rasmi) beberapa perkara pokok dan kita maklum kenyataan tersebut hanyalah kosmetik yang telah diskripkan bersifat 'Udang di Sebalik Mee Udang'. Terlebih dahulu kita gariskan beberapa poin penting di dalam kenyataan Media yang telah dibuat oleh Malik 'Itik' Kasim. MALIK 'ITIK' KASIM tanpa segan silu menyatakan di dalam Kenyataan Media seperti berikut:-
  1. Beliau sebagai EXCO HAL EHWAL AGAMA ISLAM yang duduk makan gaji dan elaun buta di dalam JHEAIPP yang tidak mengatasi MAIPP berdasarkan kepada ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM  [PP] 2004 bahawa beliau TIADA TAHU MENGENAI FATWA YANG DIKELUARKAN OLEH MAJLIS FATWA NEGERI PULAU PINANG berkenaan dengan larangan tersebut.

  2. Beliau hanya mengetahui mengenai FATWA tersebut setelah membaca suratkhabar. 

  3. Bahawa pentadbiran negeri Pulau Pinang (tanpa menyebut dengan jelas siapa) tidak campurtangan di dalam FATWA berkenaan

  4. Bahawa FATWA berkenaan adalah ATAS TINDAKAN & USUL MAJLIS FATWA NEGERI PULAU PINANG sendiri.

  5. Bahawa beliau telah memberikan hadis yang dijadikan dalil oleh FATWA berkenaan. Hairan Di dalam suratkhabar tidak menceritakan mengenai hadis tersebut tapi bagaimana beliau boleh tahu?

  6. Beliau telah memberikan butiran terperinci FATWA berkenaan, rujukan mesyuarat Majlis Fatwa Negeri Pulau Pinang yang membuat FATWA berkenaan dan tindakan yang di buat oleh JHEAIPP selepas menerima pemberitahuan daripada MAJLIS FATWA NEGERI melalui MAIPP. Hairan bilakah ini berlaku sebelum atau selepas Malik Itik membaca suratkhabar?
Apakah yang anda dapat simpulkan daripada apa yang Malik Itik nyatakan dalam kenyataan Media nya?

Malik Itik tidak menyebutkan samada MAJLIS FATWA NEGERI PP [MFN] dan MUFTI mempengerusikan MESYUARAT MFN memperbincangkan mengenai isu pembacaan al Qur'an dengan menggunakan pembesar suara bertindak di atas arahan YDPA, atas usulnya sendiri atau mana-mana pihak sepertimana mengikut seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam [PP] 2004.  Lihat di bawah seksyen 47 berkenaan.



Seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam [Pulau Pinan] 2004 menyatakan dengan jelas bahawa Jawatankuasa Fatwa menyediakan sesuatu fatwa dan bermesyuarat atas suatu persoalan yang belum muktamad atau yang menimbulkan kontroversi atau yang berhubungan dengan Hukum Syarak apabila :-

1. Di atas arahan YDPA atau 

2. Di atas kehendaknya sendiri, atau

3. ATAS PERMINTAAN MANA-MANA ORANG MELALUI SURAT YANG DIALAMATKAN KEPADA MUFTI

KESIMPULAN:-

1. Malik Itik telah secara halus mempersalahkan MUFTI dan JAWATANKUASA FATWA kononnya mereka membuat FATWA berkenaan di atas KEHENDAK MEREKA SENDIRI. Betul ke ? Kalau begitu apakejadahnya minit ke 6.2 ini?


HELO MALIK ITIK SIAPAKAH YANG MEMBUAT PENGADUAN KEPADA MUFTI SEHINGGA MEMAKSA MUFTI & JAWATANKUASA FATWA BERMESYUARAT MENGENAI ADUAN TERSEBUT MENGIKUT SEKSYEN 47 EPAI?

SIAPAKAH YANG MENGADU INI ?

BOLEH TAK MALIK ITIK BERIKAN PENJELASAN?

TAPI DALAM KENYATAAN MEDIANYA 
KITA SUDAH TAHU SIAPA MENGADU KEPADA MUFTI
SUDAH TENTULAH 
'PENTADBIRAN NEGERI PULAU PINANG'
YANG DISEBUTKAN OLEH MALIK ITIK.

KEPALA HOTAK KO LAH MALIK ITIK !

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PULAU PINANG) 2004. SIRI DUA

SEKARANG KITA LIHAT PULA PERUNTUKAN YANG BERKAITAN DENGAN MAJLIS FATWA NEGERI PULAU PINANG, KUASA-KUASANYA, TATACARANYA DAN PROSEDUR SESUATU FATWA ITU DI BUAT, DI RUJUK DAN DIKUATKUASAKAN BERDASARKAN KEPADA ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM PULAU PINANG 2004.



ITULAH PERUNTUKAN-PERUNTUKAN PERUNDANGAN YANG TERPAKAI KEPADA MAJLIS FATWA NEGERI PULAU PINANG.
JELAS TEPAT & BETUL.
BACA & FAHAMI DENGAN TELITI SEMUA PERUNTUKAN YANG BERKAITAN
KERANA SELEPAS INI KITA AKAN MENGANALISA 
KENYATAAN AKHBAR JHEAIPP
YANG DI BUAT
OLEH MALIK ITIK KASSIM 
PKR
SOSIALIS RELIGUS.

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PULAU PINANG) 2004.

DALAM ISU LARANGAN PEMBACAAN AL QURAN MELALUI PEMBESAR SUARA OLEH JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG, KITA KETAHUI TERLEBIH DAHULU PERUNTUKAN PERUNDANGAN YANG ADA. BERIKUT DIBERIKAN BEBERAPA SEKSYEN YANG BERKAITAN. PENUBUHAN DAN KUASA-KUASA SERTA TATACARA SESUATU FATWA ITU DIBUAT DAN DIKUATKUASAKAN TERKANDUNG DI DALAM BAHAGIAN III ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM [PULAU PINANG] 2004.

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM [PULAU PINANG] 2004




TENGOK BETUL-BETUL YEA.
Ini kerana tidak lama lagi kita bongkarkan PENIPUAN puak SOSIALIS RELIGUS dalam hal ini.

KENYATAAN MEDIA REPUBLIK PENING LARANGAN PEMBACAAN AL QUR'AN.

INI ADALAH KENYATAAN MEDIA YANG DIKELUARKAN OLEH PUAK SOSIALIS RELIGUS REPUBLIK PENING BERKENAN DENGAN FATWA LARANGAN PEMBACAAN AL QUR'AN MENGGUNAKAN  PEMBESAR SUARA SEBELUM SUBUH DI SELURUH MASJID DI PULAU PINANG.  INI HAMBE CILOK DARIPADA BLOG MPP mediapermatangpauh.blogspot.com   termasuk gambar ( BRO WA TOLONG SEBARKAN)

Kenyataan Media 

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pulau Pinang

YB Abdul Malik Kassim, 12 Ogos 2011


PIMPINAN KERAJAAN NEGERI TIDAK CAMPUR TANGAN KEPUTUSAN MAJLIS FATWA NEGERI BERHUBUNG ISU LARANGAN PENGGUNAAN PEMBESAR SUARA SEBELUM SUBUH 

Pimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak pernah campur tangan dalam sebarang keputusan Majlis Fatwa Negeri yang dipengerusikan oleh Mufti Negeri Sahibul Samahah Datuk Seri Haji Hassan Ahmad dan dianggotai oleh para ulamak, professional agama, serta wakil daripada istana.

Saya hanya mengetahui keputusan Majlis Fatwa berhubung larangan menggunakan pembesar suara sebelum subuh, berdasarkan laporan akhbar yang disiarkan pada hari ini.
Justeru, saya menolak dengan sekeras-kerasnya tohmahan pihak yang mengaitkan pimpinan kerajaan negeri terlibat dengan keputusan Majlis Fatwa tersebut.

Namun begitu, kerajaan Negeri Pulau Pinang menghormati keputusan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang bil. 2/2011 yang bersidang pada 7 April 2011, mengenai hukum membaca Al-Quran sebelum subuh dengan menggunakan pembesar suara.

Mesyuarat Majlis Fatwa Bilangan 2/2011, yang dipengerusikan Mufti Negeri Pulau Pinang kemudiannya telah disahkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Bil.3/2011 pada 6 Jun 2011 memutuskan bahawa bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara dari surau dan masjid
sebelum waktu subuh adalah dilarang menurut Hukum Syara'.

Namun, kerajaan negeri berpendirian pentadbiran masjid dan surau boleh
mempertimbangkan sama ada mahu meneruskan tradisi dan amalan sedia ada atau sebaliknya, setelah menerima pemberitahuan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam ( JHEAIPP) tentang keputusan Jawatankuasa Fatwa.

Sungguhpun begitu, sebagai pentadbir institusi agama, mereka sewajarnya menghormati keputusan Majlis Fatwa yang membuat keputusan berdasarkan hukum Islam, tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

Majlis Fatwa memutuskan bahawa perbuatan tersebut boleh mengganggu orang lain sama ada yang berada di dalam atau di luar masjid demi maslahah ummah. Ini berdasarkan hadis dan dalil yang berkaitan, bermaksud…

"Daripada Abi Sa'id al-Khudri berkata ia : ketika Nabi s.a.w beriktikaf ( beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda : Ketahuilah setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain dan jangan kamu mengangkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat." ( sunan Abi Daud, hadis ke 1332, juzuk 2, cet. Dar al Hadis)

Keputusan tersebut kemudiannya telah dimaklumkan kepada JHEAIPP pada 12 Julai 2011 untuk tindakan selanjutnya.

Saya yakin, demi kepentingan politik sempit pihak-pihak tertentu akan mengambil peluang mengekploitasi keputusan majlis fatwa tersebut. Pihak berkenaan pastinya akan menabur fitnah kononnya kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang anti-Islam.

Dalam semangat Ramadan Al-Mubarak ini, demi kepentingan umat Islam, kerajaan negeri sentiasa membuka pintu rundingan dan mengalu-alukan muzakarah dan perbincangan dengan mana-mana pihak bagi memartabatkan Islam di negeri bertuah ini.

Malah, saya mengalu-alukan pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa bermuzakarah dengan pihak terbabit dalam semangat saudara seagama
Ok baca-baca puas-puas dulu, sebelum ini ambe sudah membuat entri berkenaan bantahan terhadap larangan tersebut dan kini ambe siarkan pula kenyataan media rasmi daripada EXCO HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALIK ITIK KASIM dari PKR (SOSIALIS RELIGUS) 

REPUBLIK PENING , LARANGAN TILAWAH AL QUR'AN.

WHOA! Mula-mula mereka mengembangkan doktrin dan kepercayaan agama mereka di kalangan umat Islam, sebelum itu mereka ubah nama jalan, sebelum itu mereka menggunakan tulisan Cina pada papantanda jalan, sebelum itu mereka menghapuskan polisi DEB, sebelum itu mereka persoalkan kenapa masjid dapat peruntukkan besar, sebelum itu mereka mempersoalkan kenapa Bumiputera dapat kuota, sebelum itu mereka persoalkan kenapa orang bukan Islam yang memeluk Islam tidak boleh murtad, sebelum itu mereka persoalkan kenapa tiada bahagian dalam harta pesaka bagi ahli keluarga yang bukan Islam, sebelum itu mereka mempersoalkan kenapa perlu memakai pakaian rasmi berdasarkan kepada kebudayaan Melayu Islam, sebelum itu mereka mempersoalkan kenapa perlua larang orang Islam bekerja di premis arak, sebelum itu mereka persoalkan kenapa arak tidak boleh di jual di kedai serbaneka, sebelum itu mereka melarang penggunaan logo 1 Malaysia  dan kini mereka mengarahkan JHEIPP melarang tilawah al Qur'an melalui corong pembesar suara sebelum subuh berkuatkuasa di semua negeri Pulau Pinang. Adakah selepas ini mereka akan melarang azan dan solat Jumaat serta puasa?


GAMBAR-GAMABR SEMUA AMBE CILOK DARIPADA PISAU.NET. TAPI BELIAU MUSTI TAK KESAH SEBAB DEMI KEPENTINGAN AGAMA ISLAM.

TAKPE INI ENTRI AKAN BERSAMBUNG.
TENGOK PUAS-PUAS DULU YEA.

WHOA ! SOSIALIS RELIGUS LAKNATULLAH MASIH MENERUSKAN MAJLIS BERBUKA PUASA !


Berdasarkan kepada maklumat yang di terima , bloger mymassa memaklumkan kepada semua bahawa Pusat komuniti yang di siasat oleh JAIS mengadakan lagi Majlis Berbuka Puasa . 

Dikhabarkan juga bahawa 12 orang keturunan Judas Iskariot akan diberikan ganjaran wang RM30,000.00 seorang jika di dakwa di mahkamah. 

Mereka juga sedang menyediakan sebuah Rumah Selamat bagi menyembunyikan 12 orang tersebut dan jika boleh membawa keluar 12 orang tersebut ke luar negara. 

Esok 12 orang tersebut akan diajar oleh peguam mereka bagaimana hendak menjawab di hadapan JAIS.

sebarkan maklumat ini dengan meluas.

CHINA MILIKI KAPAL PENGANGKUT PERTAMA [CARRIER]

Republik China sudah memiliki sebuah kapal pengangkut pesawat pejuang yang canggih sebagai usahanya memperkuatkan lagi kelengkapan perang mereka. 



Dari gambar memanglah kapal pengnagkut tersebut kelihatan amat canggih dan mempunyai landasan penerbangan yang cukup panjangselain bentuknya yang memudahkan kawalan dengan ciri-ciri yang istimewa.
  
Sungguh mengkagumkan usaha negara China memperkasakan kekuatan pertahanan mereka . Kalau di Malaysia ini belum sempat hendak buat cadangan, pembangkang Sosialisma sudah bising bangat kerana bimbangkan MALAYSIA mempunyai kekuatan pertahanan yang ampoh dan kuat dari serangan kuasa-kuasa asing.  Nampaknya hubungan diplomatik antara Malaysia dengan CHINA mungkin membolehkan Malaysia memperolehi teknologi pembuatan kapal-kapal perang canggih dan Kapal pengangkut pesawat pejuang bagi menjaga dan memelihara negara daripada ancaman-ancaman musuh.              

VIDEO YANG BIKIN DUMC PANAS HATI.

Video ucapan YB Zulkifli Nordin pada Perhimpunan Anti Murtad di Masjid Biru Negeri Shah Alam. S

CHUPPP ! JUADAH BERBUKA PUASA SENARAI TERATAS PADA HARI INI.






JOM UJI DIRI SENDIRI SEJAUH MANA KETAHANAN ANDA MENAHAN NAFSU SELERA ANDA LAGI 2 JAM 30 MINIT HENDAK BERBUKA

WHOA! FESBUK DI ANCAM 'BUNUH' OLEH PENGGODAM.

Berita menarik yang disirakan oleh Utusan Malaysia mengenai ancaman 'bunuh' oleh pengodam Anonymous terhadap laman sosial FACEBOOK pada November 5 ini . Sila lihat gambar di bawah ini 




UTUSAN MALAYSIA INI BANYAK MAKLUMAT-MAKLUMAT MENARIK. SILALAH KUNJUNGI LAMAN WEB RASMI NYA.


DALAM MASA YANG SAMA PM BRITISH ENCIK CAMERON MULA BERCADANG UNTUK MENYEKT KEBEBASAN KEGUNAAN TWITTER, FESBUK DAN LAMAN SOSIAL DI INTERNET BAGI MENYEKAT KEGIATAN KRIMINALITI, JENAYAH DAN RANGKAIAN RUSUHAN AWAM. BRTISH PUN SUDAH MULAI AKUI ANCAMAN DAN PENYALAHGUNAAN INTERNET


KPDNKK MENYENARAIKAN 20 BARANGAN BAGI KAWALAN HARGA.

PUTRAJAYA 11 Ogos - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini menyenaraikan 20 barang borong dan runcit sebagai harga terkawal di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2011.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kawalan harga barang berkenaan akan berjalan selama dua minggu iaitu bermula dari 22 Ogos hingga 5 September ini dengan dua jenis barang ditambah dalam senarai harga kawalan tersebut.

"Pada tahun lepas sebanyak 18 barang terlibat dalam skim kawalan tersebut dan untuk tahun ini kita akan tambah beberapa jenis barangan lain.

"Antaranya ayam, daging, telur termasuk semua jenis bawang seperti bawang besar, bawang kecil dan bawang putih," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Program Jom Beli Barang Raya@Putrajaya di sini.

Program tersebut yang diadakan di tapak Presint 2 menawarkan pelbagai jenis barang kelengkapan menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri seperti pakaian, kasut, barangan elektrik, perabot dan lain-lain lagi dengan harga yang murah.

Dalam pada itu, Ismail Sabri memberi amaran kepada semua peniaga di bazar Ramadan supaya tidak sewenang-wenangnya meletakkan harga makanan atau bakal berdepan dengan tindakan tegas penguatkuasaan.

"Sepanjang bulan ini kita sudah ambil beberapa tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 disebabkan harga terlampau (mahal).

"Biasanya kita akan keluarkan surat tunjuk sebab kenapa harga sedemikian dinaikkan, kalau kita berpuas hati, peniaga tersebut akan dilepaskan dan jika tidak, satu tindakan keras akan diambil," katanya.

Di bawah akta itu, peniaga atau individu yang ingkar boleh didenda sehingga RM100,000, dipenjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000. Bagi pertubuhan pula, ia boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.

Mengulas mengenai masalah bekalan minyak masak yang didakwa berkurangan sejak beberapa minggu lalu, beliau berkata, masalah tersebut hampir selesai apabila Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mula menambah kuota bekalan itu.

"Sebelum ini terdapat sedikit masalah apabila kuota MPOB ditambah pada 1 Ogos lalu dan jika ditambah lebih awal mungkin tidak timbul masalah sebegini.

"Bagaimanapun, pengguna jangan risau kerana saya sendiri yang akan pantau bekalan minyak masak dengan menerima laporan setiap dua kali sehari dan jika pengguna ada masalah boleh terus mengadu kepada kita," katanya.- SUMBER ASAL UTUSAN MALAYSIA.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...