Ahad, 15 Januari 2012

DAH SETEL UMNO SELANGOR? OK LAH.


Mymassa menulis:-
Jadikanlah kekalahan Selangor kepada fuckatan pada PRU lalu sebagai pengajaran. Kalau orang UMNO tegar sokong UMNO, insya-Allah Selangor kembali ke tangan BN.Jadi kurang-kurangkanlah isu dan pertikaian dalaman. Bak kata pengacara Melodi, Kurangkan Kontroversi, Tingkatkan Prestasi. Insya-Allah yang atas pagar pun akan berbondong-bondong menyokong kita. Rakyat Selangor kini sebenarnya dalam keadaan tertekan, terutamanya orang Melayu.Anggaplah pentadbiran fuckatan di Selangor ketika ini sama seperti zaman gelap penjajahan Jepun suatu ketika dahulu. Ia pasti akan berakhir jika kita sama-sama bangkit menentangnya. Insya-Allah!
Kita mahu UMNO Selangor KOTAKAN APA YANG DIKATAKAN. Kita mahu semua rakyat Selangor kembali menyokong UMNO/BARISAN NASIONAL. Kita mahu yang mengundi Pakatan dalam PRU 12 kembali mengundi BARISAN NASIONAL. Kembalikan semula SENYUMAN DI WAJAH RAKYAT.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

PAKATAN MENTALQINKAN PAKATAN HAPUSKAN TOL, HALAL LIWAT & RASUAH.




Semakin dekat dengan pilihanraya semakin Pakatan tertekan mengeluarkan kenyataan-kenyataan dangkal dan tidak masuk akal. Di Konvensyen Pakatan ke 3 bermula semalam di Alor Setar Kedah, kenyataan daripada Ambiga dan Lim Guan Eng adalah bukti dan petanda daripada Allah Ta'ala bahawa Pakatan Sosialis adalah pendusta, penipu, pembohong, pengamal rasuah tegar dan pembawa bencana kepada seluruh rakyat Malaysia.

Ambiga mengakui bahawa Pakatan mengamalkan rasuah di semua peringkat dan menggalakkan rasuah diamalkan jika memerintah. Pakatan juga turut menggalakan amalan seks luar tabie', menggalakkan umat Melayu Islam murtad dan bakal menindas semua pribumi Malaysia.


Lim Guan Eng pula mendedahkan kelemahan dan penipuan Pakatan terutama penipuan DAP mengenai penghapusan tol. 


Kita maklum DAP berjanji akan menghapuskan tol jambatan Pulau Pinang dan Tol Sg Nyior yang sehingga sekarang masih tidak dihapuskan oleh DAP Pulau Pinang. Kini Lim Guan mahu berjanji lagi menghapuskan tol PLUS dengan niat mahu memungkirinya. Lim Guan End menggunakan kaedah saikologi sama dengan dakyah Tentera Jepun untuk menakluk Asia dengan slogan "Asia Untuk Orang Asia'.

Lim Guan End menipu semua pengguna dan pembayar tol melalui justifikasi bahawa semua wang kutipan tol oleh PLUS masuk ke dalam poket kroni. Jumlah RM23 billion adalah hasil pelaburan RM6 billion. Wang RM23 billion tersebut digunakan oleh PLUS untuk kos penyelenggaraan lebuhraya, kerja-kerja kontrak untuk kontraktor bebas, pengusaha bitumen, pengusaha kuari batu, kos baikpulih lebuhraya, kos elektrik dan membayar gaji kakitangan PLUS yang bukan ahli kepada mana-mana parti politik pun. 



Memanglah Lim Guan End mahu mematikan PLUS kerana beliau berhasrat dan berniat untuk memberikannya pula kepada syarikat-syarikat kroni DAP PAS PKR yang lebih mencekik darah rakyat jelata. 


Lim Guan End sedikit pun tidak menyentuh mengenai pembelaan kepada kakitangan PLUS, kontraktor bebas PLUS dan semua pembekal PLUS. Di Pulau Pinang dan di semua negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan jalanraya dan kemudahan asas terabai serta tidak diselengarakan dengan baik. Adakah anda mahu perkara yang sama berlaku kepada lebuhraya yang di bina oleh PLUS? 


Sebenarnya pembayar tol membayar tol untuk memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia kepada PLUS. Pembayaran tol itu menjanakan pelbagai kegiatan ekonomi lain. Bukannya spertimana yang Lim Guan End tipu yakni wang tol masuk ke dalam poket kroni. Itu hanyalah fitnah mega Lim Guan End sahaja!


Anda perlu ingat, Lim Guan End inilah manusia yang mahu mencampakkan RM6 juta kompleks parkir di Bukit Bendera je dalam laut agar beliau dapat mengaut keuntungan dua kali lipat dengan pembinaan kali kedua. 


Pakatan tidak pentingkan kebajikan rakyat. Pakatan hanya mahu memperbodohkan rakyat agar poket mereka sentiasa penuh. Mereka tidak peduli dengan kesusahan rakyat. Pada Pakatan semakin susah hidup rakyat semakin berkuasa Pakatan dan semakin kaya pemimpin Pakatan.


Tolaklah Pakatan. 


TEPUK DADA TANYA IMAN!

AMBIGA DI RASUK JEMBALANG BELAAN SIAPA?


Pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga Sreenevasan berkata Pakatan Rakyat perlu mengemukakan rancangan pengampunan kepada pelaku rasuah sekiranya berjaya membentuk kerajaan.
"Kita mesti hukum perasuah besar tapi boleh maafkan perasuah kecil supaya kita boleh langkah ke depan tanpa halangan," katanya dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 di Alor Setar hari ini.
Beliau memberi cadangan demikian dengan mengambil contoh daripada pengalaman Hong Kong ketika menubuhkan badan anti rasuah ICAC.
Berucap dalam sesi sesi suara nurani rakyat Malaysia dalam konvensyen itu, Ambiga turut menyarankan supaya Pakatan menyediakan dasar untuk mencari kebenaran dan menyelesaikan kes kematian melibatkan agensi awam.
Beliau mengambil contoh proses perdamaian Afrika Selatan melalui pembentukan suruhanjaya untuk mencari kebenaran dalam kes-kes seperti kematian Teoh Beng Hock dan Sarbaini Ahmad.
"Saya mahu tahu apakah pendirian Pakatan dan dalam hal pembentukan commision of truth and reconciliation ini," katanya
Jelasnya, kes berkenaan bertujuan untuk membolehkan anggota keluarga terlibat mendapat keadilan.
Setuju ! Kita patut pinda AKTA RASUAH dan AKTA SPRM serta menetapkan bahawa sebarang jumlah di bawah RM 1 billion atau USD 1 billion mana yang lebih besar adalah JUMLAH KECIL RASUAH. Manakala jumlah RM500,000.00 ke bawah adalah JUMLAH RASUAH BESAR. (Bakal di pinda setiapkali ada syarikat milik isteri pemimpin Pakatan dapat tender dengan sebutharga paling tinggi).

Ambiga dikatakan telah di rasuk oleh jembalang ini (gambar) semasa memberikan ucapan di atas. 


TEPUK DADA TANYA IMAN!

UIKS NAK BOM HELIKOPTER? AWAT TAK JUAL ROTI BOM?

Alarh kecoh benor lah plak pasal ada budak sekur meroyan nak bom helikopter PM. Ugutan-ugutan sebegitu sudah banyak kali di buat oleh puak anti Najib. Maklumlah budak-budak nakal. Sedangkan kejadian letupan tiga biji bom masih belum diketahui siapakah pelakunya. Kita cuma tahu pihak mana yang wajib bertanggungjawab ke atas kejadian itu yakni PKR.

PKR tidak boleh melepaskan diri mereka dari memikul tanggungjawab tersebut. Surat sudah dan telah ditandatangani oleh Shamsul Iskandar selaku wakil sah PKR.



Agak anih bila Azmin Ali menafikan PKR bersetuju menerima sepuluh syarat di dalam surat tersebut. Beliau cuma mengakui bahawa PKR menurunkan tandatangan sebagai Akuan Terima Surat sahaja dan bukan isi kandungan surat. Apa punya tolol Azmin Ali.


Sekali lagi keanihan berlaku bilamana letupan berlaku. Keanihan yang dimaksudkan ialah reaksi PKR dan peserta perhimpunan ke atas letupan. Tidak ada keributan. Tidak ada aksi melatah. Tidak ada kekecohan. Tidak ada sebarang bunyi pun daripada PKR dan peserta. senyap sunyi. Malah di tempat kejadian amat jelas para peserta buat derk sahaja bila mendengar bom meletup tiga kali! Amboi ! yang meletup tiga biji bom dan bukan mercun papan. Anih bukan?


Jadi bila ada budak nakal hendak meletupkan helikopter Najib buat apa nak kecoh? Tangkap dan soal siasatlah budak itu. Takkan nak tunggu helikopter meletop barulah nak cari budak nakal tersebut. Tak masuk akal lah kalau buat begitu. Cuma jangan minta budak nakal itu tandatangan surat yang ada syarat bahawa beliau dibenarkan buat protes aman di helipad tapi tak boleh bawa senjata merbahaya. Kalu boleh jangan panggil Shamsul Iskandar menandatangani surat tersebut. Tandatangan Shamsul Iskandar tak laku di mata Azmin Ali.


Kalau PKR boleh beri alasan Saiful Bukhari rela di liwat, sudah tentu PKR boleh beri alasan helikopter meletop kerana sudah ditakdirkan meletop. Mungkin budak nakal itu terlebih tengok filem aksi kot?


Kita gelarkan budak nakal itu 'Rambo'

TEPUK DADA TANYA IMAN!

ANWAR IBRAHIM & PAKATAN MAKIN MENGADA

Anwar Ibrahim semakin mengada-ngada. Dalam satu temuramah BBC, Anwar Ibrahim mendesak agar perbuatan liwat suka sama suka tidak dikenakan hukuman. Pada pandangan Anwar Ibrahim perbuatan liwat suka sama suka tertakluk kepada hukuman jika dilakukan secara terbuka di tempat awam. Jika liwat suka sama suka dilakukan secara privasi maka ianya bukan suatu kesalahan yang patut dikenakan hukuman. Apa bezanya sesuatu perbuatan salah itu dilakukan secara privasi atau terbuka? Salah tetap salah tidak kira di mana ianya dilakukan. Anwar Ibrahim cuba menghalalkan perbuatan liwat melalui justifikasi lokasi di mana ianya dilakukan. Sila ke pautan ini untuk mendengar sendiri apa yang Anwar Ibrahim katakan BBC.UK.


Gambar di atas adalah gambar kehadiran ramai perwakilan konvensyen Pakatan di Kedah. Memang ramai. Terlalu ramai sampaikan kerusi tambahan terpaksa di bawa masuk setelah kerusi yang sedia ada dipenuhi oleh 'makhluk-makhluk' haluih. Memang handal UMNO melakukan konspirasi sampaikan Pakatan sendiri terpaksa akui. Apa Pakatan boleh lakukan lagi jika rakyat sendiri pun sudah tidak mahu memberikan sokongan kepada mereka. Sampai bila Pakatan hendak menyalahkan UMNO di atas kegagalan Pakatan sendiri? Rakyat semakin celik.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...