Khamis, 14 Oktober 2010

PLANET ZARGOS : PEJUANG BANGSA.

PLANET ZARGOS
(1 SATIRA POLITIK)

(1) Saya berani katakan bahawa MALAYSIA berada di PLANET ZARGOS dan bukan di bumi di cakerawala Bima Sakti sebenarnya. Ini kerana, MALAYSIA di Planet Zargos ini didiami oleh bangsa MELAYU yg merupakan PENDATANG ASING dari Bumi. Menurut cerita dongeng, 4 ribu tahun cahaya dahulu ada sebuah kapalangkasa yg terhempas di planet Zargos nie. Beranak pinak lah keturunan MELAYU dari jenis baka manusia BUMI di situ.

(2) Pada masa itu dan pada masakini, PLANET ZARGOS ini diperintah oleh sejenis makhluk pribumi yang di gelar ZARCIDIA. Rupa bentuk makhluk pribumi ini adalah separuh putih separuh kelam kelabu asap. Kepalanya berbentuk kepala biawak Komodor manakala badannya bersisik. Lidahnya bercabang-cabang dan matanya merah menyala-nyala. Di atas kepalanya seolah-olah memakai serban. Warna badannya ialah Hijau dengan 1 bulatan besar putih di dada, muka berwarna biru laut dan kedua tangan berwarna merah. Bangsa ZARCIDIA ini cukup benci dan meluat kpd baka manusia keturunan Melayu yang terdampar di situ. 

(3) Janganlah sebot nama MELAYU atau ISLAM, gerenti kena sepak dan terajang diikuti dengan pelbagai sumpah seranah dan maki hamun daripada bangsa ZARCIDIA ini.

(4) Itu semua tdak menghairankanlah kerana di planet ZARGOS. Tapi di bumi di sebelah benua Asia di Tenggaranya di dalam wilayah yang di sebot NUSANTARA, ada sebuah negara, namanya pun MALAYSIA, penduduk pribuminya MELAYU ISLAM dan penduduk majoriti, cuma jangan sebot pasal MELAYU ISLAM gerenti kena sumpah seranah, maki hamun dan herdikan serta dicap sebagai RASIS ! Oh .. bukan daripada bangsa ZARCIDIA tapi dari bangsa MELAYU sendiri !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...