Sabtu, 20 Julai 2013

Pesanan Buat PM, Kekalkan Saja Akta Hasutan 1948 Bersekali Dengan Akta Keharmonian, Barulah Kami Tidak Musykil.


Pada hemat ambe yang kecil dan kerdil ini (menyedari penuh status sosial yang jauh lebih rendah daripada PM); biarlah Akta Hasutan 1948 dan Akta Keharmonian wujud bersama. Takde salahnya pun. Melihat kepada objektif dan aspirasi politikal tranformasi PM, Akta Keharmonian Nasional diwujudkan untuk memberikan 'kelonggaran rakyat mengkritik secara konstruktif (menyatakan ketidakpuashati & kritikan) , asalkan tidak berniat jahat dan menghasut. Dan Akta Hasutan 1948 diwujudkan untuk menghukum kesalahan hasutan. Keduanya jika diwujudkan bersama akan saling lengkap-melengkapi. 

Tidak benar samasekali mengatakan PM akan mungkir janji, jika tidak memansuhkan Akta Hasutan 1948. Itu bukan persoalan pokok dan utama. Kerana ambe yakin dan percaya, PM semasa melakukan janji tersebut, terpengaruh dan berada dalam 'tekanan politikal'. Sebarang keputusan yang di buat sedemikian adalah tidak secara relahati kerana 'terpaksa'. Dalam undang-undang, sebarang tindakan yang dipaksakan membolehkan apasaja janji / kontrak dibatalkan sebab ianya bukan di buat secara relahati. 

Lagipun, didikan kepada rakyat adalah unsur terpenting untuk menjadikan rakyat tahu mengkritik dengan betul. Dan bukan kerana 'upah' oleh mana-mana pihak untuk mengkritik dengan niat jahat dan menghasut. Perundangan hanya sebagai peraturan umum yang terpakai meregulasi agar hak kebebasan yang diberikan tidak disalahgunakan sewenang-wenangnya. 

Adalah terlebih relevan jika kedua akta diwujudkan bersama. Satu akta meregulasikan keharmonian dan satu akta lagi menghukum kesalahan hasutan. Ini mampu 'mendidik' rakyat berhati-hati dalam mengkritik, dan menjauhkan rakyat berniat jahat dan menghasut dalam kritikan. Memansuhkan mana-mana akta kemudian menggubal yang baru, kadangkala bukanlah menjadikan akta gantian itu lebih relevan kepada akta yang termansuh. 

Dalam senario perubahan politikal pasca PRU13, yang diakui sendiri oleh PM, adalah lebih relevan mengekalkan Akta Hasutan 1948 dan pada masa yang sama menggubal Akta Keharmonian Nasional. Apabila situasi lebih kondusif, maka lama-kelamaan Akta Hasutan 1948 pun tak dikuatkuasakan ke atas rakyat. Lagipun, sesuatu akta itu 'relevan' bila ianya dikuatkuasakan. Apabila tiada penguatkuasaan maka hujah 'relevansi' sesuatu akta itu tergugur dengan sendiri. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...