Ahad, 6 November 2011

BUDAYA BIADAP YANG DAP AJARKAN!

BIADAP! DAP sentiasa mendidik warga Malaysia untuk membenci semua agensi penguatkuasaan berdasarkan kepada sentimen rasisma. Dalam klip video di bawah ini amat jelas menunjukkan kebiadapan melampau hasil didikan DAP ke atas warga Malaysia. Sikap sebegini wujud kerana DAP menggalakkan perlakuan sedemikian melalui siri-siri ceramah mereka yang berterusan. Melalui kerjasama agen-agen perosak dalam Majlis Peguam yang pro DAP, seminar-seminar dan bengkel-bengkel dianjurkan oleh mereka bagi mendidik warga Malaysia melawan agensi penguatkuasaan. Dalam klip video di bawah ini, seorang pemandu wanita dipercayai berbangsa Cina (pelat Cina berbahasa Ingeris dan Melayu) telah sengaja mencabar dan menzahirkan sikap  tidak menghormati dua orang pegawai polis. Tindakannya itu sebenarnya merupakan suatu kesalahan di bawah Kanun Kesiksaan kerana mengganggu tugas penjawat awam. Jelas, wanita tersebut telah melakukan suatu kesalahan dan kemudiannya beriya-iya enggan mematuhi semua arahan dua orang pegawai polis tersebut amalah menuduh mereka mencuri kad pengenalan dan lesen memandunya! Serupa seperti yang dilakukan oleh semua pemimpin pembangkang walaupun mereka bersalah mereka akan mempersalahkan orang lain. Sesuatu tindakan berkesan wajib dilakukan ke atas wanita tersebut. Saksikan klip video ini. 


TEPUK DADA TANYA IMAN!

ANIHNYA PENGORBANAN DI MALAYSIA INI.


PENGORBANAN. Anih memang anih. Dalam suasana ISLAM di cabar dan hak kedudukan bangsa Melayu menjadi suatu penghinaan tiada pula sebarang tindakan tegas menegur sikap DAP secara bersungguh dilakukan oleh pas-pkr. Sebaliknya pas-pkr lebih cenderung menyalahkan UMNO. Kelemahan ketara di pihak Melayu Islam ialah terlalu memfokus persoalan 'SALAH SIAPA' daripada memfokuskan kepada 'BANGUN PERTAHANKAN!'. Dalam semua sudut, segi dan aspek Melayu Islam masih lagi dalam keadaan selesa. Masih lagi lena. Masih lagi mamai. Masih lagi terbuai terhoyong hayang. Kepada siapa lagi kita hendak harapkan untuk mempertahankan kedaulatan martabat ISLAM sebagai agama rasmi negara dan hak kedudukan kita melainkan kita sendiri? dalam kemelut ini ada pula pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan mengaut kekayaan untuk dirinya sendiri. Mereka yang telah diberikan kuasa dan berkedudukan dalam masyarakat lebih banyak mendiamkan diri dan membiarkan pihak lain bertindak. Apabila tindakan itu berjaya, mereka mengakui itu adalah hasil usaha mereka. Apabila tindakan itu gagal merekalah yang paling kehadapan untuk mencemuh pihak yang telah bertindak. Melayu Islam dalam golongan 'atasan' dan mempunyai 'akses' kepada pemimpin tertinggi negara acapkali mempermainkan, memanipulasikan dan memperalatkan orang 'bawahan' yang berkorban mempertahankan ISLAM dan hak kedudukan Melayu. Mereka mencongak bahawa dalam apajua situasi yang terhasil mereka tetap berada dalam keadaan 'selamat'. 

Nasihat hamba kepada semua orang Melayu Islam di negara ini yang mengaku mereka adalah pejuang-pejuang  dalam kelompok mereka ikhlaskan diri masing-masing. Persucikanlah hati masing-masing. Serahkanlah jiwa raga yang suci tubuh badan yang bersih kepada perjuangan kerana Allah SWT. Janganlah jadikan Fi Sabillillah sebagai mainan manis mulut berkata. Ingatlah, Allah SWT mempunyai lebih ramai bala tentera yang lebih hebat daripada kita semua yang mengaku 'pejuang'. Andaikata sesaat dibukakan hijab masing-masing untuk melihat 'kebesaran' dan 'kekuatan' tersebut niscayalah anda sendiri terpinga-pinga seperti orang kemabokan. Janganlah asyik memandang bahawa kitalah yang paling hebat, paling tersohor paling selamat paling itu dan ini. Kesemuanya adalah pinjaman belaka baik bakat, pangkat dan harta.

Kepada para pemimpin Melayu Islam janganlah anda fikir pula bahawa pengorbanan orang bawahan ini dikhususkan untuk anda dan ianya merupakan kewajiban bagi mereka untuk melakukan pengorbanan itu. Ingatlah, Allah SWT itu mempunyai ramai lagi pemimpin-pemimpin yang lebih hebat daripada anda semua.Justeru itu anda tidak berhak melakukan apasaja terhadap mereka dan memikirkan bahawa mereka tidak perlu diberikan ganjaran. Ya mereka tidak meminta ganjaran dan balasan tapi adakah wajar anda mengambil 'sesuatu yang bukan hak' anda? Ketahuilah andaikata anda memperolehi kemenangan itu kerana sudah ditakdirkan dalam Qada' dan Qadar Allah SWT sejak diciptakan olehnya Qalam dan Ummul Kitab di Lauh Mahfuz. 

Ingatlah semua bahawa ALLAH SWT tidak pernah leka dan alpa. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!


ANTARA MEKAH DENGAN MALAYSIA


LUCUNYA MANUSIA DI SEBELAH SINI
PADA WAKTU MANUSIA DI MEKAH MELAKUKAN LONTARAN BATU-BATU KERIKIL DI TIGA JAMRAH (STRUKTUR YG MENYERUPAI OBELISK [PERLAMBANGAN IBLSIETANIROJIM LAKNATULLAH) SEBAGAI SIMBOLIK PEMBERSIHAN PENYUCIAN ANGGOTA TUBUH BADAN MENOLAK PERSETERUAN & KEJAHATAN IBSLIETENAIROJIM LAKNATULLAH
MANUSIA DI SEBELAH SINI MELAKUKAN SEBALIKNYA.
MASIH MELONTARKAN PELBAGAI TUDUHAN DAN FITNAH HASUTAN SESAMA SENDIRI


TEPUK DADA TANYA IMAN!

AIDIL ADHA PENGORBANAN TANPA BATASAN


AIDIL ADHA. Sejak pagi tadi umat Islam di seluruh dunia sibuk melakukan qurban. Memperingati bagaimana pengorbanan tanpa batasan Nabi Ibrahim a.s. menta'ati perintah Allah swt. Bagaimana Nabi Ibrahim a.s. tidak meminta balasan di atas pengorbanannya itu. Bagaimana Nabi Ismail a.s. dimuliakan oleh Allah s.w.t. kerana sanggup mengorbankan dirinya dan menyakinkan bapanya untuk mentaati suruhan Allah swt yang seketika termenung memikirkannya. Bagaimana pada akhirnya Allah swt menyelamatkan Nabi Ismail a.s. dan Nabi Ibrahim a.s. dengan pengantian korban sekur kibasy. Keduanya semasa melaksanakan perintah Allah swt melakukannya dengan tekad dan nekad yang bulat tanpa sebarang syak wasangka. Saling tolong menolong, ingat memperingati dan bantu membantu untuk melaksanakan perintah Allah swt tersebut. Bila diperincikan peristiwa tersebut yang menjadi asbab musabab kepada aidil adha tidakkah kita terfikir bahawa pada zahirnya sesuatu perintah dan larangan Allah swt itu memerlukan pengorbanan tanpa batasan dan tanpa meminta balasan? Ianya memerlukan persatuan hati, kesepaduan tindakan dan kesamaan niat dalam melaksanakan perintah Allah swt. Barulah kita akan dapat kesan yang mutlak. 

Dalam suasana kita pula, dimanakah pengorbanan tanpa batasan dan tanpa balasan tersebut? Dimanakah persatuan hati? Dimanakah kesepaduan tindakan? Dimanakah kesamaan niat? Setiap tahun kita korbankan haiwan ternakan yang halal lagi baik untuk melaksanakan ibadah pada aidil adha tapi dimanakah pula pengorbanan kita menentang segala gejala dan unsur maksiat di sekeliling kita? Dimanakah pula pengorbanan kita untuk mensucikan, memperkuatkan, mengutuhkan, mempertahankan dan menyebarluaskan TAUHID?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

THE BAR LEGAL FLUSHIN' - DESAK PARLIMEN TUBUHKAN JAWATANKUASA KHAS MENYIASAT SALAHLAKU MAJLIS PEGUAM!


MAJLIS PEGUAM & AKTA PROFESION GUAMAN. Tahukah anda bahawa MAJLIS PEGUAM tertakluk kepada AKTA PROFESION GUAMAN? Segala fungsi dan aktivitinya sudah ditentukan oleh akta berkenaan. Apakah peruntukan yang ada di dalam Akta Profesion Guaman jika didapati MAJLIS PEGUAM bertindak melakukan sesuatu yang dibenarkan oleh AKTA PROFESION GUAMAN? Di bawah adalah petikan peruntukan yang berkaitan. Peguam Negara mempunyai kuasa untuk melucutkan 


Sila lihat Seksyen 46A (1)(c)(iii) dan (2). Peguam Negara mempunyai kuasa untuk bertindak. Jadi kita desak agar PEGUAM NEGARA MENGAMBIL TINDAKAN DI BAWAH SEKSYEN 46A (1)(c)(iii) dan (2) AKTA PROFESION GUAMAN. Nak tungga apalagi?

TEPUK DADA TANYA IMAN!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...