Khamis, 16 Mac 2017

PULITIKOS, PULUNTIKOS & FULUSTIKOS

BISMILLAHI
Allahumma Sholli 'ala Mohammad

Dunia Pulitik Malaysia masakini dikuasai sepenuhnya plawok-plawok dan badot-badot pulitik.

Semakin hari, semakin jauh rakyat meninggalkan isu-isu pulitik.

Bermula dari Januari 2017 sehingga kini bulan Mac 2017, takde isu-isu politik yg baru melainkan isu-isu kitar semula sejak 2004.

Lawatan Raja Salman dan pelaburan bernilai RM37 biliyun beserta tambahan kuota Haji melemahkan semangat DAP PKR PAN PPBM.

Di samping isu hubungan diplomatik di antara Korea Utara - Malaysia akibat pembunohan Kim Jung Nam di KLIA, tidak dihiraukan sangat. Waima, Korea Utara mengambil tindakan drastik melarang 11 orang rakyat Malaysia keluar dari Korea Utara.

Antara yang agak menarik perhatian netizen ialah mengenai kemalangan maut melibatkan lapan orang kanak-kanak di Johor Bharu yang berbasikal pada waktu dinihari. Melibatkan seorang pemandu wanita duapuluhan berbangsa Cina. Tapi isu itu tak lah di war-warkan sangat.

Terbaru, kemalangan maut melibatkan pemandu wanita berbangsa Cina yang memandu melawan arus di Pulau Pinang. Wanita itu kini dalam tahanan reman polis.

Selain dari itu tidak ada isu pulitik yang terbaru dan sensasi.

Kecuali mengenai permohonan BRIM yang melibatkan pengesahan SSM.

Isu RUU355 pun hanya sekadar melepaskan Batok Di Tangga. Tiada kesunggohan dan komitmen sebenar dalam merealisasikan ianya menjadi suatu kenyataan.

Nampaknya, gulungan Pulitik boleh lah di pecah bahagi kepada tiga jenis utama;

1. PULITIKOS
Golongan Pulitik yang masih percaya Pulitik adalah wadah Perjuangan Suci sesuci embun pagi. Plaing tidak begitulah pendapat mereka.

Maka banyaklah 'hantu-hantu' di cipta oleh mereka berdasarkan kepada prinsip dan pegangan fahaman pulitik mereka.

Strategi pulitik masih tak berubah yakni menimbulkan ketakotan dengan cerita-cerita tahyul dan kurafat mengeni 'hantu-hantu pulitik'.

2. PULUNTIKOS
Gulungan ini paling bebal waima ada kelulusan tinggi dari segi akademik.

Kerja mereka hanya pulun semua perkara untuk menjadi isu pulitik berdasarkan kepada sentimen kebencian terhadap kerajaan dan pentadbiran Najib.

Puak Opurtunis dan Playsafe paling ramai dalam kategori ini.

3. FULUSTIKOS
Gulungan ini bukanlah ahli pulitik tapi mempunyai hubungan baik dengan Pulitikos.

Kerja mereka cuma balun duit gomen tanpa memikirkan kesan terhadap rakyat bawahan.

Gulungan ini adalah Elit dan akan menyalahkan rakyat serba-serbi bila ada rungutan daripada rakyat.

Termasuk dalam kategori ini adalah mantan-mantan yang pernah berkuasa dulu dan berkuasa di atas Politik Wang.

Tidak memberi sebarang input kecuali hanya memikirkan berapa banyak 'Input' nak masuk dalam bank akaun dan poket sendiri.

Sebenarnya, ada banyak perkara-perkara yang perlu diberikan perhatian serius oleh gulungan pulitik tapi mereka lebih fokus untuk 'berperang' sesama sendiri berbanding saling bantu membantu membangunkan agama, bangsa dan negara.

Mereka lebih fokus kepada mengekalkan status-quo mereka dengan retorik-retorik pulitik usang seusang usia dan penglibatan mereka dalam pulitik.

Amalan Pulitik Hentam dan Pukul saingan pulitik masih menjadi Agenda Utama mereka.

Mereka enggan bekerjasama dan menjadi matang sebaliknya lebih suka bergadoh siang malam tanpa henti. 

Akibatnya, gulungan kartel-kartel kapitalis mengambil kesempatan di mana harga ikan kembong pun mencanak naik.

Mereka tidak berusaha memulihkan imej negara sebaliknya berusaha memburukkan lagi imej negara.

Kita pun tak tahu lah sampai bila mereka nak sedar dan berhenti bergadoh siang malam.

Seharusnya, mereka berhenti bergadoh kerana perbuatan itu amat sia-sia dan menjejaskan imej negara di mata dunia.

Tapi mereka lebih suka memilih jalan bergadoh sebagai Amalan Menu Utama Pulitik mereka. Kita tidak lagi mendengar sebarang ide-ide bernas daripada mereka. Sebaliknya kita dihidangkan dengan jerit pekik maki hamun mereka dalam Sidang Dewan Rakyat atas isu-isu remeh temeh.

Rakyat masih menanti dan menunggu, apakah Solusi Terbaik untuk rakyat dan masadepan rakyat.

Kita mempunyai barisan Pembangkang yang lebih cenderung menjadi Kaki Gadoh di kaki Bukit.

Bunyi Je Lebih, Kerja nya Tidak.

Balik-balik salahkan rakyat dan kerajaan Pusat.

Jadi kita nak bertanya kepada mereka, apa yang rakyat dapat manapaat dari pergadohan mereka tanpa henti? 

Khamis, 8 Disember 2016

PAKATAN M-DAP , BERAKHIR ERA POLITIK NANYANG

Tugu Peringatan Perjuangan Politik Nanyang Yang Bakal Berakhir 
Pengasas & Pendukong Politik Nanyang
Kit Siang, Mendiang Karpal Singh, Chan Tech Chan,  Dr Chen Man Heng 

BISMILLAHI
Salamun 'Alaikom
anak cucu cicit Nabi Allah Adam alaihis salam & Selamat Sejahtera Tanah Kuning / Tanah Jawi / Tanah Mengandong / Tanah Melayu dari Perlis sampai ke Johor (Johol).

AL KESAH TANAH MELAYU 

Pada zaman Melaka, semasa anak raja Palembang di beri izin menjadi Sultan Melaka oleh Pimpinan dan Pemegang Amanah Pesaka Tanah Melayu, Maharaja Cina menghantar Laksamana Cheng Ho. Dan Cheng Ho meletakkan rombongan Puteri Hang Li Po di mana akhirnya menjadi keturunan Baba & Nyonya.

Dalam Terombo Lisan Temuan, di sebot kan, anak-anak kepada Bathin Terjeli bersama isterinya Puteri Ambong iaitu Maharaja Bepang membuka negara China, Korea dan Jepun. Ini di awal zaman semasa Dunia Bumi mula diduduki oleh keturunan manusia roh rohani insani.

Semasa, penjajahan British, sekitar abad ke 19, British membawa masuk imigran Cina ke Tanah Melayu dan Tumasik. Terutama selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824.

Bila Maharaja Cina dari Dinasti Ching berjaya ditumbangkan melalui revolusi, komuniti Cina di Tanah Melayu dan di Temasik mula berubah. Mereka tidak lagi memegang nilai-nilai beraja. Selepas itu berlaku Perang Saudara berlarutan di Tanah Besar China di antara golongan nasionalis dengan komunis melahirkan dua buah negara China. Satu bernama Republik Rakyat China di bawah regim komunis. Dan kedua bernama Taiwan yang di bawah regim Nasionalis Koumintang.

Kebangkitan Jepun sebagai kuasa besar Dunia pada 1930an-1940an. Menjajah Tanah Besar China dan menewaskan kuasa Imperial British-Malaya. Komuniti Cina di buru oleh Tentera Imperial Jepun di mana saja. Komuniti Cina terpaksa mengangkat senjata terhadap tentera Imperial Jepun.

Penyerahan kalah tentera Imperial Jepun, menyaksikan gerakan penentangan komuniti Cina terhadap Tentera Imperial Jepun, cuba mengambil alih Tanah Melayu dalam peristiwa 14 hari Komunis melakukan kekejaman tanpa belas kasihan.

Apabila golongan nasionalis politik Tanah Melayu menuntut kemerdekaan daripada Ingeris, sekali lagi komuniti Cina menjadi resah gelisah. Menyebabkan mereka hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap mana-mana golongan tempatan asal di Tanah tempat mereka berlindung. Keadaan ini tambah burok apabila aktivitis politik komuniti Cina rata-rata nya terpengaroh dengan aliran nasionalisma Taiwan dan komunisma Tanah Besar China.

Komuniti Cian sentiasa dihantui oleh peristiwa-peristiwa hitam sejarah lampau berkenaan. Menjadikan mereka begitu ekslusif dan mengamalkan Dasar Tutup Pintu dan kerjasama terhad. Budaya Kiasu semakin menebal. Mereka juga menjadi komuniti yang amat sensitip.

Sudah tiba masa komuniti Cina keluar dari kepompong ketakotan mereka sendiri. Sekarang zaman moderen dan berada di alaf baru. Tak perlu lagi mereka hidup di dalam kegelapan peristiwa-peristiwa hitam lampau. Mereka perlu belajar menjadi pemaaf dan melupakan masa lampau.

Kembali kepada pergolakan politik masakini akibat hasutan-hasutan golongan politik seperti Dr Chan Man Heng, Kit Siang, Teresa Kok, Tony Pua, Guan Eng dan ramai lagi di dalam DAP, komuniti Cina perlu membebaskan diri mereka dari belenggu-belenggu yang di bawa golongan politik mereka sendiri.

Komuniti Cina perlu memberanikan diri mereka menyahut cabaran-cabaran transformasi masakini dan masa depan. Ini kerana, apa yang diperjuangkan oleh DAP sendiri tidak menjaminkan sebarang masa depan kepada komuniti Cina.

Sebaliknya, perjuangan DAP akan tetap kekal membawa komuniti Cina hidop bernostalgia mengenai sejarah-sejarah hitam yang mereka lalui sejak British membawa mereka masuk ke Tanah Melayu. Perjuangan DAP mahukan komuniti Cina bersaing dengan Melayu demi survival mereka. Sedangkan, mereka tak perlu bersaing dengan Melayu dan agama Islam.

Kelangsongan survival komuniti Cina di masa depan bukan lagi bergantung kepada sejauh mana mereka mampu bersaing dengan Melayu dan agama Islam, tetapi sejauh mana mereka mampu menjadi pemaaf dan membuka tangan serta hati mereka untuk bersama-sama Melayu demi survival Tanah Melayu.

Ramai tak semestinya Kuat, Seorang tak semestinya Lemah. Kaya Tak Semestinya Bahagia, Miskin Tak Semestinya Merempat. Perjuangan DAP tidak di terima oleh generasi muda mana-mana kaum di Tanah Melayu. Sebaliknya, generasi muda sedang menolak dan merubah perjuangan DAP itu sendiri. Kerana itu, Pakatan M-DAP bakal berakhir kerana perjuangan nasionalisma Nanyang sudah tak relevan pada masa kini dan di masa depan.

walaikumus salam 
  

Rabu, 7 Disember 2016

IKUT SUKA PEJABAT PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA LAH NAK JEMPUT SIAPA


ISTANA NEGARA
Ikut Suka Hati Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja lah Nak Jemput Siapa
Takde Kaitan Dengan Politik 

BISMILLAHI
Salamun 'Alaikom
Anak cucu cicit Nabi Allah Adam alaihis salam & Selamat Sejahtera Tanah Kuning / Tanah Jawi / Tanah Mengandong / Tanah Melayu

AL KESAH TANAH MELAYU 

Heboh di media sosial bila Surat Pemberitahuan daripada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia memaklomkan kepada Mahathir dan isterinya mengenai ketiadaan 'kerusi' di majlis angkat Sumpah YDPA dan Timbalan YDPA. 

Ikut suka Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia lah nak jemput siapa. Mana boleh netizen dan puak Mahathir nak kritik dan memaksa Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja untuk menjempot dan menyediakan kerusi untuk Mahathir dan Isterinya dalam mana-mana majlis rasmi dan tak rasmi Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.

Mahathir semasa berkuasa, beriya tunjuk peel 'Ikut Suka Beliau' haposkan imuniti Raja-raja Melayu, melanggar Wasiat Raja-raja Melayu, bubarkan UMNO 1946. Kini, bila tiba giliran Mahathir terkena 'Tulah' sendiri. kenapa nak kecoh? 

Di pihak Pimpinan dan Pemegang Amanah Pusaka Pesaka Tanah Melayu, selama 23 tahun menghantar Surat Beritahu. tapi tak diendahkan oleh golongan yang membuat salahlaku-salahlaku yang di buat semasa zaman Mahathir menjadi PM.

Sehingga muncul gambaran israk mikraj pada 1992 yang disahkan benar oleh Mufti Negeri Selangor pada masa itu. 


6 orang pawang Besar Mahathir di lawan habis-habisan oleh Pimpinan & Pemegang Amanah Pusaka Pesaka Tanah Melayu. Dua orang Pawang nya memohon maaf. 

Mahathir semasa berkuasa, sentiasa berbuat ikut suka hati nya terhadap orang-orang yang tidak disukai olehnya.

Maka, pada hari ini, Mahathir tak boleh berkecil hati. Kerana, orang dah lama sangat bersabar dengan beliau.

walaikumus salam

BIJAK NAJIB BERBANDING PAKATAN M-DAP

Fenomena Alam Yang Biasa Terjadi Sekarang "Singking Hole" Lubang Tenggelam/ Lubang Polos Yang Muncul Tiba-tiba di Tengah Jalan dan Di mana-mana Sahaja. Tanpa Amaran dan Tanpa Petanda Sebelum Ianya Berlaku. 

BISMILLAHI
Salamun 'Alaikom
Bani Adam alaihis salam & Selamat Sejahtera Tanah Melayu / Tanah Kuning / Tanah Jawi / Tanah Mengandong

AL KESAH TANAH MELAYU
(Atas Sifat Mengulas & Memerhati Apa Yang Berlaku Dan Bukan Atas Sifat Campur Tangan Urusan Politik)

Seni Bergadoh Politik Najib lebih handal berbanding Seni Bergadoh Politik Pakatan M-DAP (Mahathir-DAP). Sengaja di pilih jenama Pakatan M-DAP kerana sebutan nya berbunyi "Mendap" (Lihat gambar Hiasan).

MENDAP (M-DAP) begitulah nasib Pakatan M-DAP bila berhadapan One-To-One dengan Najib selama ini. Bayangkanlah, selepas Pakatan Rakyat gagal, PAS bercerai dengan DAP, kini Mahathir di terima sebagai Menantu DAP, Najib masih tegak berdiri menerajui BN / UMNO.

" Your Game, My Rules " mungkin itu bisik hati Najib kepada Pakatan M-DAP. Kita melihat, walaupun Pakatan M-DAP 'kelihatan' mahir kalih tiang gol, tapi Najib amat mahir Kalih Padang Permainan.
Najib tahu masa yang paling tepat untuk memaksa Pakatan M-DAP mengalih Tiang Gol mereka yang mana sebelom Pakatan M-DAP kalih Tiang Gol, Najib dah kalih dulu Padang Permainan. Maka sesia lah semua perbuatan manuver politikal Pakatan M-DAP. 

Betul kata Orang-orang Tua Tanah Jawi dulu, Kalau Kail Sejengkal Jangan Menduga Lautan Dalam. Kecik Jangan Di Sangka Anak, Besar Jangan Di Sangka Bapak. Ramai Tak Semestinya Kuat, Seorang Tak Semestinya Lemah. Kalah Namrod Kerana Nyamuk Sekur. Golongan Yang Sedikitlah Selalu Mengalahkan Golongan Yang Ramai. Ini memang di sebut di dalam Al Quran Nur Kariim Kalam Allah Hu Ta'ala. 

Pakatan M-DAP di kata penuh Bijak Pandai Cendikiawan Sarjana, tapi masih gagal menguasai Padang Permainan. Yang cuma mereka mampu lakukan hanya kalih Tiang Gol sahaja. Dan Tiang Gol mereka pun sentiasa dapat dibolosi oleh Najib. 

Najib tak perlu susah-susah sangat nak mengalahkan Pakatan M-DAP. Sejak 2009, Najib sudah berjaya selama ini, memaksa semua pihak yang berlawan dengan beliau termasuk Pakatan M-DAP (yang terbaru) bermain mengikut Peraturan yang Najib Kawal. Najib berjaya mengawal Padang Permainan. Dan pihak lawannya sentiasa skor gol sendiri bila kalih tiang gol. 

Malah dalam setiap manuver politikal yang di buat oleh Pakatan M-DAP kini kelihatan begitu memperbodohkan diri mereka sendiri. Dan mengeluarkan kenyataan-kenyataan politikal yang semakin memperbodohkan setiap tindakan manuver politikal Pakatan M-DAP. 

Pada setiap malam, Najib tidur lena dan setiap pagi Najib bangun tergelak mengenangkan kejayaan beliau memperbodoh-bodohkan Pakatan M-DAP di mata rakyat.

Dahulu nya Pakatan M-DAP selesa 'Buang Air Besar' setiap pagi, kini selepas PAU 2016, Pakatan M-DAP alami cirit-birit dan hilang nikmat 'Buang Air Besar'. Wajarlah, Najib tersenyum dan tergelak.

Najib tak perlu susah-susah sumbatkan kasut kilat ke dalam mulut lawan nya. Kini, kita melihat pihak lawannya sendiri sumbatkan 'Kasut Kilat' ke dalam molot mereka sendiri. Najib berjaya memperlihatkan kepada seluruh dunia, hipokrasi dan kehandalannya bermain dengan Pakatan M-DAP seperti Boneka Di Ikat Pada Tali (Puppets-On-The-Strings).
Sebijak-bijak di kata Mahathir dan DAP, akhirnya Najib berjaya memaksa Pakatan M-DAP berselfi Poyo memperbodohkan diri mereka sendiri. Hebat Najib, heh. 

Pengalaman Najib selaku seorang Politikus berpengalaman amat jelas tampak sekarang. Kebijaksanaan Najib berjaya memeningkan kepala puak pembelot, penentang, pendurhaka yang menjadi Duri Dalam Daging, Gunting Dalam Lipatan serta pengadu domba dalam parti. 

Puak-puak itu pun sudah Melatah Hebat semasa dan selepas PAU 2016 akibat penangan Najib. 

Itulah sahaja ulasan pada masa kini.

walaikumus salam.

Selasa, 6 Disember 2016

PROPA DAP YANG MENIPU MELAYU, CINA & INDIA.

  
Politik Pun Ada Seni nya macam Main Game
Seni Politik DAP Lebih Merbahaya dari Ekstrimis Agama 

BISMILLAHI
Salamun 'Alaikom
Bani Adam a.s. dan Selamat Sejahtera Tanah Melayu / Tanah Kuning / Tanah Jawi / Tanah Mengandong,

AL KESAH TANAH MELAYU

Tak pelik ke tiba-tiba Kit Siang & anak nya amponkan musuh politik DAPigs paling utama selama ini, yakni Mahathir baru-baru ini?

Apakata mereka? Bahawa tiada musuh dan kawan yang kekal dalam politik.
Apa maksodnya?
Maksodnya, untuk mencapai objektif politik, Matlamat Menghalalkan Cara.

Apa maksod ungkapan itu?
Maksodnya , Menghalalkan Yang Bathil Membatalkan Yang Haq.

Adakah ini yang kita semua mahukan untuk masa depan kita?

Hari ini kita diberikan Haq, esok lusa Haq kita boleh di rampas oleh mereka. Hari ini kita kaya-raya, esok lusa, bila mereka nakkan harta benda kita, maka mereka boleh rampas ikut suka hati mereka.

Maka di mana kah Jaminan Keselamatan dan Keamanan untuk kita dalam sistem begitu?

Jelas dan teranglah, DAPigs menipu dan temberangkan kita semua.

DAPigs mendakwa lagi, mustahil mereka tadbir dan menjadi PM di Malaysia dengan hanya 52 kerusi di Dewan Rakyat. Temberang itu hanya dipercayai oleh mereka yang akalnya dah hilang dan otaknya tak berfungsi.

Teori mana kata DAP tak boleh mentadbir dan menguasai Tanah Melayu / Tanah Kuning / Tanah Mengandong / Tanah Jawi dengan 52 kerusi di Dewan Rakyat?

Majoriti Mudah untuk menjadi Kerajaan Persekutuan ialah 112 kerusi sahaja. Sekarang kita buat kira-kira guna Ilmu Hisab yang betol.

112 - 52 = 60
60 kerusi tersebut  di bahagi-bahagikan kepada PKR, PAN & MUNGER maka,
PKR ada 20 kerusi,
PAN ada 20 kerusi,
MUNGER ada 20 kerusi.

Boleh ke PKR PAN MUNGER lawan majoriti 52 kerusi DAP?
PAN dah konfem akan sapot DAPigs 100%
Maka DAPigs ada sokongan tambahan 20 kerusi lagi.

Menjadikan Kuasa DAPigs bertambah menjadi 72 kerusi.
Itu belum masuk lagi kerusi PKR yang dimenangi oleh calon-calon DAPigs yang bertanding di bawah bendera PKR.

Tak ke DAPigs akhirnya ada 52 + 20 + 15 = 87 kerusi secara tak langsong?

Kalah UMNO punya jumlah kerusi di bawah BN.

Maka Perwakilan Melayu-Islam dalam Dewan Rakyat di bawah Pakatan DAPigs akan bertambah kurang lah. Tapi Perwakilan DAP yang mewakili puak cauvinis kiasu yang minoriti akan lebih berkuasa dan menjadi majoriti plak di Dewan Rakyat.

Adakah ini Adil Saksama kepada Melayu, India dan etnik-etnik lain di dalam Persekutuan Malaysia?

Bukan ke nanti dalam jemaah Menteri / Kabinet Dapur Pakatan DAPigs, DAPigs mempunyai majoriti dan undian lebih besar berbanding dengan malaon yang menjadi PM?

Kenapa puak Mahathir tak fikir jauh-jauh pasal persengkongkolan dan setongkolan dengan DAPigs akhirnya merugikan Melayu.

Perkara ini perlu lah di ambil berat oleh golongan politik yang sedang bertelagah dan merugikan Melayu. Jangan lah kerana seorang berdua maka habis seluruh golongan politik serta rakyat hidup sengsara dan tak aman damai.

Jangan rosakkan Tanah Melayu / Tanah Jawi / Tanah Kuning / Tanah Mengandong Seulas Pinang Setampok Manggis Sepiak Sireh ini. 

Perlulah di ingat bahawa Lubok Politik ini di jamin oleh Lubok Pesaka Tanah Melayu / Tanah Jawi / Tanah Kuning / Tanah Mengandong di bawah Wasiat 7 Raja-raja Melayu, Perkara 153 dan DURBAR 1932-1939. 

Janganlah plak, golongan politik macam DAPigs dan Mahathir berleluasa dan bermaharajalela berbuat onar sesuka hati mereka. DAPigs dan Mahathir cuma bawak amalan kleptokrasi, nepotisma & kronisma.

Akan wujud nanti di bawah regim Pakatan DAPigs, famili-famili Dinasti Politik yang menjadikan jawatan-jawatan terpenting sebagai Haq Warisan Pesaka mereka ini. Itu dah melampau lah. Sebab itu Hak Orang bukan Hak mereka pun.

Sebab itulah amalan politik Pakatan DAPigs ini amat merbahaya kepada masa depan kita semua. Pedooh je lah bila Pakatan DAPigs kata hidup kita lebih terjamin dan selesa di bawah Regim Pakatan DAPigs. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...