Selasa, 17 April 2012

SPR BUKTIKAN MEREKA AGEN PKR - ISU KHALID G KENA UNDI NURUL IZZAH.

alt
SPR TAMBAH BILANGAN PEMILIH UNDI NURUL IZZAH PUN KORANG MARAH KE?

Tak berapa lama dulu selepas pembahasan Lapuran JKTP Penambahbaikkan Sistem Pilihanraya diluluskan Parlimen sebagai melayani 8 tuntutan BERSIH di mana ianya di tentang hebat oleh ahli Parlimen Pembangkang kerana cuba memasukkan usul Lapuran Minoriti yang telah pun di tolak oleh mereka sendiri semasa di dalam JKTP, Pembangkang menimbulkan isu mengenai perpindahan alamat dan lokaliti mengundi Khalid G. Alasan tersebut digunakan oleh mereka untuk mengapikan BERSIH 3.0. Kononnya SPR adalah agen/ jentera BN. Sehingga menyebabkan Pak Samad Said mengkhayalkan 500,000 orang hadir BERSIH 3.0.

Baru-baru ini, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof selaku pengerusi SPR membuat sidang media bagi menjawab tuduhan yang dibangkitkan oleh pembangkang tersebut. Memetik daripada KLPOS:-
"SPR telah menghantar 12.6 juta senarai pemilih kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk disemak mengenai status terkini agar tidak berlakunya keraguan. Semua 12.6 juta pemilih itu telah disemak dan kita dapati semua itu tidak berlaku. Cuma yang berlaku ialah 42,051 pemilih tidak dapat disahkan oleh JPN sama ada pengundi-pengundi ini hidup atau mati, warga negara ataupun tidak kerana bila JPN hubungi mereka, tidak ada jawapan.
"Yang diklasifikasikan sebagai pemilih ragu hanya lebih kurang 42,000 iaitu lebih kurang 0.3 peratus. Adakah itu boleh ditafsirkan sebagai daftar pemilih di Malaysia kotor? Hanya kerana 0.3 peratus yang ragu," katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang di bangunan Parlimen di sini, Isnin.
Abdul Aziz juga menjelaskan jumlah Pendaftar Pemilih yang meragukan atas faktor kematian telah dikemaskini dari semasa ke semasa. Malah sehingga 25 Januari tahun ini,  hanya 41,750 rekod masih lagi ragu malah jika undang-undang memberi kebenaran, SPR akan merujuk kepada agensi kerajaan yang berkaitan.
Dalam pada itu, beliau turut menolak tuduhan yang pernah dikeluarkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar bahawa SPR bertanggungjawab memindahkan pengundi dari satu kawasan ke kawasan lain.
"Perubahan tempat mengundi membabitkan 19,342 pengundi tersebut dibuat berdasarkan pembetulan lokaliti pemilih berkenaan. Contoh paling mudah ialah kes Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Semasa didaftarkan pada 1985 alamat yang digunakan oleh beliau ialah 16/2 Petaling Jaya.
"Apabila disemak kita dapati kedudukan alamat rumah beliau bukan di negeri Selangor serta bukan berada dalam tempat mengundi Petaling Jaya Selatan sebaliknya dalam kawasan Universiti iaitu Parlimen Lembah Pantai."
 Antara fakta menarik ialah :-

42,051 PEMILIH RAGU (0.3%) daripada 12.6 juta Pemilih.

19,342 Lokaliti Pemilih diperbetulkan dan bukan dipindahkan.

Setakat pada 25hb Januari 2012, rekod meragukan berjumlah 41,750.

Lokaliti Khalid G diperbetulkan dari DUN Selangor ke Parlimen Lembah Pantai ( Nurul Izzah)  


kah kah kah kah PKR marah SPR betulkan dan menambah bilangan pengundi yang bakal mengundi Nurul Izzah


TIADA PEMMINDAHAN TETAPI PEMBETULAN LOKALITI
KHALID G TERNYATA TAK TAU BEZAKAN 
PR DRAKULA TAK LAYAK BERCAKAP PASAL PLIHANRAYA BERSIH SEBAB TERLALU TOLOL UNTUK BEZAKAN PEMBETULAN DENGAN PEMINDAHAN.

TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS DI BULI SEKUTU

AISEH KHALED NORDIN .. ANTI KLIMAKS LA LU.

Halamak Khaled Nordin .. Hang Punya '3 Cakaran' Tu Tak Begitu Menyakinkan Mahasiswa lah

CABARAN KHALED NORDIN kepada mana-mana mahasiswa yang anti PTPTN sebenarnya bersifat anti-klimaks. Sewajarnya, Khaled Nordin mengambil iktibar daripada jawapan spontan daripada Tun Dr Mahathir atau jika tiada jawapan yang menarik eloklah berdiam diri sahaja seperti Pengerusi PTPTN yang juga seorang ahli Parlimen. Cabaran Khaled Nordin sudah menjadi ejekan dan diperlekehkan. Ini amatlah memalukan dan mengaibkan. Pada peringkat nak masuk ke medan perang eloklah semua para pemimpin BARISAN NASIONAL jaga mulut, jaga tingkahlaku dan jaga segala-galanya kerana anda tidak kebal daripada sebarang serangan mengejut jentera perang PKR yang di latih oleh NED, NDI dan KAF. Perbaikilah segala kelemahan berbicara dan mahirkan segala kepakaran dialektika. Gunakan logika mudah dalam nada berjenaka mengejek kembali serangan-serangan puak jentera perang saraf PKR. 

Berikut adalah contoh-contoh jawapan kepada mahasiswa yang anti PTPTN:-
  1. PTPTN dimansuhkan .. sila perolehi Ijazah Sarjana Kelas Pertama. Kalau berkhemah di Dataran Merdeka itu tidak menambah mata CGPA anda semua. 
  2. Saya amat berbangga kerana usaha gigih mereka untuk mengulangkaji pelajaran mereka di Dataran Merdeka. Saya doakan mereka perolehi Ijazah Sarjana Kelas Pertama selepas ini agar boleh dihadiahkan kepada mereka pemansuhan hutang PTPTN sebagai tanda terimakasih tak terhingga kepada mereka. 
  3. Saya akan pastikan mereka tidak ketinggalan sebarang kuliah pengajian dengan membuat tele-conference melalui skrin besar di Dataran Merdeka. Saya tak nak mereka ketinggalan memperolehi Ijazah Sarjana Kelas Pertama dan skor CGPA melebih 3.5 mata.
  4. Jika mereka masih tak berpuashati saya berharap agar PKR DAP PAS mampu membayar hutang-hutang mereka dengan memastikan mereka mendapat kelas tutorial tambahan nanti. Moga-moga dengan itu mereka semua mampu mencapai mata CGPA 3.5 lebih bagi memperolehi Ijazah Sarjana Kelas Pertama. Ini akan melayakkan hutang PTPTN mereka dimansuhkan.
  5. Tak susah nak mansuhkan PTPTN nie, mereka hanya perlu memperolehi Ijazah Sarjana Kelas Pertama dan belajar rajin-rajin serta jangan ponteng kuliah.
Hamba mohon maaf lah jika artikel ini menyinggung perasaan Khaled Nordin atau sebagainya. Bukan apa, Hamba tak nak lagi tengok mana-mana pemimpin BARISAN NASIONAL ini diperlekehkan dan dijadikan bahan ejekan serta cacian oleh jentera perang siber PKR, DAP dan PAS. Jangan berikan pihak musuh laluan yang mudah untuk mengutuk anda. Selama ini anda berbaik hati dengan mereka tapi pada akhirnya anda menjadi mangsa mereka. Tak serik lagi ker ?

TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS DI BULI SEKUTU

TAKTIK DIVERSI ANWAR IBRAHIM & OPSYEN ANDA SEBAGAI PENGUNDI.

OK, baru-baru ini amaran tsunami dikeluarkan kerana berlaku gempa bumi di Acheh pada skala 8.7 Richter. Tidak lama selepas itu amaran Tsunami di tarik balik. Semasa amaran Tsunami dikeluarkan, majoriti rakyat Malaysia masih fobia dengan kejadian Tsunami pada 2004. Semuanya agak panik dan mula beremosi. Berdasarkan kepada penelitian tersebut, Nik Hussien telah menulis satu artikel yang telah diterbitkan semula oleh Badut Rakyat. Artikel berkenaan menganalisa kejadian gempa bumi tersebut dengan taktik diversi Anwar Ibrahim dengan memetik salah satu strategi di dalam 'Seni Peperangan Sun Tzi'. 

Ringkasnya, Nik Hussien menyebutkan mengenai Jeneral Perang Pakatan iaitu Rafizi Ramli yang berjaya menumpaskan Shahrizat Jalil melalui isu NFC. Tertumpasnya Shahrizat Jalil tanpa sebarang bukti kukuh berlakunya sebarang salahlaku dan penyelewenga sehingga DS Najib sendiri terpaksa mengambil alih tugas Menteri Wanita, Masyarakat dan Pembangunan Keluarga. Kejayaan tersebut adalah bukti kejayaan Pakatan mempengaruhi minda dan pendapat awam. 

Menurut analisa Nik Hussien, apa yang sedang berlaku sekarang yakni mengenai Pendidikan Percuma dan penghapusan PTPTN sehingga berlakunya rundingan meja bulat merupakan satu lagi kejayaan Pakatan mempengaruhi minda rakyat dan menakutkan pegawai-pegawai kerajaan. Fee pengurusan PTPTN dimansuhkan. Sebab itu lah bebudak reriang angkat dan cabut khemah. Ha ha ha ha.

Ok lah, apakah matlamat dan sasaran seterusnya Rafizi dan Anwar Ibrahim? Nik Hussein kata selepas ini Aman adik beradik di Sabah bakal kecundang dalam taktik Pembunuhan Karekter. Apa yang perlu Rafizi atau mana-mana panglima perang Pakatan lakukan ialah hanya menebarkan satu persepsi bahawa ' Ada Kemungkinan Berlakunya Penyelewengan dan Salah Guna Kuasa melalui amalan Rasuah'. Lepas tu depa pun berpesta lah macamana Pesta NFC. Kalau Aman adik beradik berjaya ditumbangkan melalui persepsi sedemikian maka pada saat-saat akhir menjelang PRU 13 ianya akan menjejaskan peluang BN. Begitulah pendapat Nik Hussien.

Bagi pendapat hamba pula, kita lakukan pertimbangan sebegini, DAP adalah pihak yang amat jahat perilaku mereka, PKR pula adalah pihak yang amat suka berkhianat dan PAS adalah pihak yang amat busuk hati mereka. Bagaimana pula dengan UMNO? UMNO kini di dalam proses pemulihan dan kesedaran serta menuju kepada pembaikan. 

Kita sering mendengar Pakatan mengatakan bahawa jika UMNO tiada pun orang Melayu dan Islam tetap terbela kerana ada PAS dan PKR. Apakah ianya benar? Apabila UMNO tewas di Selangor, Kedah dan di Kelantan, adakah kita melihat nasib orang Melayu dan martabat Islam semakin naik dan harum? Helo ! Tengok apa jadi kepada Yb Zulkiflee dan Hasan Ali.  Sebenarnya, tanpa UMNO, orang Melayu dan Islam semakin di injak dan di pijak serta semakin mengundur ke belakang. Tanpa UMNO, orang Melayu di dalam PKR dan PAS akan saling berbunuhan di antara satu sama lain. Dan selepas itu , mana-mana pihak yang menang akan berbunuhan pula dengan orang Melayu lain. Akhirnya siapakah yang untung ? Adakah Melayu dan Islam itu sendiri? Jawapannya sudah tentulah Melayu dan Islam itu di dalam kerugian yang amat besar. Oleh itu, dengarlah .... tanamkan satu tekad, TOLAK LAH PAKATANISTA RAKYAT!

TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS DI BULI SEKUTU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...