BISMILLAH
Hutan Belantara Pahang Tengah, 1hb Jun 2015; Faktanya orang duduk berdiam dalam gua di dalam hutan belantara yg dapat kemudahan WiFi sebab dekat dengan Menara Telekomunikasi lebih cerdik dan bijak daripada yg dalam label Orang Urban (bunyi cam Urkoo).
Terutama berbanding puak-puak yang bukak Parlimen kat restoran milik bukan Melayu di tepi tebing sungai Gombak yang terpacak bangunan PWTC.
Mahupun berbanding dengan orang netizen yang sarap dan diner kat rangkaian franchise bukan milik Melayu tapi beri komen di media sosial pasal untung nasib Melayu.
Mahupun berbanding mereka yang keje gomen dalam tahap JUSA JUSI yang ada PHD macam-macam dan berteori sakan tulis buku tebai pakai spek tebai tapi selalu melepak di padang golof yang bukan milik Melayu.
Mahupun berbanding dengan orang yang asalnya dari keluarga penoreh getah, guru, peneroka FELDA, pesawah, petani, kerja kampong, buruh bandar dan pekerja am gomen akhirnya dapat peluang naik dalam kehidupan menjadi wakil-wakil rakyat baik di peringkat negeri dan persekutuan.
Mahupun berbanding dengan mereka yang masih muda dan berbangga dengan sertifikit unibersiti luo negara jenama oxpod kamberij Habad dan macam-macam jenis jenama termasuk jenama tok Arab badui yang merasa sel otak mereka lebih beso dan power berbanding sebuah janaleterik kuasa IPP 30 megawat yang asik tak berfungsi.
Bijak pandai cerdik pintar yang tak buleh pakai dan tak buleh di ajor. Takat selpi dalam fesbuk dengan tokoh-tokoh berlatarbelakang lambang genggam penumbuk, lambang bulan purnama, lambang roket takde angkasawan dan kaler tema pinki itu memang mereka terlebih pakar dan habat.
Orang duduk dalam gua (baca ORANG GUWA) di dalam hutan belantara yg dapat akses wifi percuma pun lebih faham dan tahu kenaikan rega minyak takde kena mengena dengan 1MDB.
Orang Guwa pun tahu penubuhan 1MDB bukan dirahsiakan oleh PM. Semua kabinet tahu dan terlibat semasa penubuhan 1MDB.
Orang Guwa pun tahu bila PM tanya semua anggota kabinet selepas pembentangan halatuju 1MDB samada mahu bersama beliau atau relahati letak jawatan jika tak setuju adalah suatu ketegasan seorang ketua ke atas yang bersama dengannya dalam kabinet dan parti. Kerana sebelom ne ada kabinet bercakap beri gambaran salah macam PM sisihkan dan sembunyikan pasal 1MDB ne daripada pengetahuan mereka.
Orang Guwa pun tahu lah Permainan dan perwayangan politik puak-puak broker kuasa.
Orang Guwa pun tahu gak yang ada konsultan memang bingai dan bengap dan syok sendiri manjang. Yang jenis camtu pun PM perlu sergah takpun pakai kasut but bola tendang masuk gol lawan je.
Baguslah, PM dah tahu bahawa ramai yang beri salah info kepada beliau sebelum ini dan tak buat kerja.
Orang Guwa sapot PM dan minta PM jadi lebig tegas seperti seorang Lelaki Berhemah ikut acuan terbaik Laksamana Melayu.
Sekian terimakasih
Sempena Nifsu Syaaban dan Ramadan al mubarak yang akan datang ambe mohon maaf banyak-banyak yer.
Jangan gado-gadoh dah yer