Selasa, 25 November 2014

DS NAJIB BERTANYA ; DI MANA SILAP UMNO BARU , AMBE JAWAB ......


بسم الله لا اله الا الله محمد رسول الله

'DI MANA SILAP KITA (UMNO BARU) ?" tanya DS Najib kepada hadirin di Konvensyen UMNO BARU WPKL. 
  1. Sebelum ambe menjawab pertanyaan itu dari kacamata seorang pengundi BN kerana mempercayai UMNO selaku peneraju dan imam kepada BN akan meneruskan warisan perjuangan orang terdahulu, ambe petik kata-kata DS Najib di Serdang mengenai kapchai, subsidi minyak & petani:-

    SERDANG, 22 NOV: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menganggap kenaikan harga petrol berikutan langkah kerajaan memansuhkan subsidi petrol tidak akan memberi kesan kepada golongan petani negara.Najib berkata, hal itu disebabkan golongan petani negara terdiri daripada mereka bermotosikal enjin berkapasiti kecil yang beliau sebut sebagai ‘kapchai’ berbanding golongan kaya yang menggunakan kereta mewah.“Rugi kita beri subsidi minyak sebab apa? Tuan-tuan semua bawak kapchai. Betul tak? “Orang di sini (bandar) pakai kereta Mercedes, kereta besar. Sekali isi minyak 75 liter, kita isi minyak tujuh liter sebab motor kapchai,” kata Najib dalam ucapan perasmian Expo MAHA 2014, di sini, hari ini. Jelas beliau, kerajaan akan menyalurkan peruntukan yang lebih besar terhadap sektor pertanian jika mekanisme baru ini berjaya menjimatkan perbelanjaan kerajaan. Najib turut membandingkan kenaikan harga minyak di Indonesia 55 sen yang menurutnya lebih tinggi berbanding Malaysia.

  2. Baiklah, kini ambe nak menjawab pertanyaan DS Najib itu.


  3. Kesilapan pertama UMNO BARU dibawah kepimpinan DS Najib ialah kerana gagal menaiktaraf kapchai petani kepada mercedes. Petani-petani tradisional Melayu di kampung-kampung gagal di bantu untuk menjadikan mereka jutawan. Memang ada bantuan diberikan, tetapi tidak mencukupi dan tidak strategik serta praktikal untuk menaiktaraf kehidupan petani Melayu.

  4. Kesilapan kedua UMNO BARU dibawah kepimpinan DS Najib ialah, seringkali mengeluarkan kata-kata yang menguris hati penyokong dan pengundi mereka sendiri seperti kata-kata yang dihamburkan olehnya di Serdang itu. Tak perlulah ambe justifikasikan kenapa dan mengapa. Anda semua lebih berotak berbanding konsultan DS Najib.

  5. Kesilapan Ketiga UMNO BARU dibawah kepimpinan DS Najib ialah gagal memahami kondisi sebenar kesulitan dan kesusahan MELAYU yang sebenarnya.

  6. Kesilapan keempat UMNO BARU dibawah kepimpinan DS Najib ialah gagal melaksanakan suatu polisi berkesan untuk menaiktaraf kehidupan dan ekonomi orang MELAYU baik di bandar mahupun di luar bandar.

  7. Kesilapan kelima UMNO BARU di bawah kepimpinan DS Najib ialah gagal memastikan terlebih dahulu MELAYU di bandar dan Melayu di luar bandar mempunyai ekonomi yang teguh dan simpanan berpuluh juta dalam bank sebelum menarik semua subsidi minyak dalam Pelan Tranformasi beliau.

  8. Kesilapan keenam UMNO BARU di bawah kepimpinan DS Najib ialah sengaja mengambil sikap cuai, lalai, lewa dan selesa dengan sokongan daripada MELAYU.

  9. Kesilapan Ketujuh UMNO BARU di bawah kepimpinan DS Najib ialah gagal memperkasakan ekonomi MELAYU Bandar dan di luar bandar sehingga mereka mampu menempuh cabaran dan bersaing dengan sihat dengan kaum lain dalam bidang ekonomi.

  10. Kesilapan kelapan UMNO BARU di bawah kepimpinan DS Najib ialah tidak mengambil berat pesanan-pesanan dan teguran-teguran yang telah di buat selama 29 tahun melalui surat-surat peringatan yang telah di hantar sejak 1991. Surat terakhir bertarikh pada 31.11.2013.

  11. Kesilapan-kesilapan lain sila fikir sendiri dalam kejujuran. Penat jari nak menulis plak.

  12. Sebenarnya amat mudah untuk UMNO BARU menarik kembali sokongan dan kepercayaan daripada MELAYU samada di Bandar atau di luar Bandar.

  13. Caranya ialah UMNO BARU wajib melakukan Gerak Kerja memastikan setiap keluarga MELAYU mempunyai Simpanan berpuluh juta dalam bank, tiada hutang, mampu memliki aset-aset strategik di bandar-bandar utama dan kembalikan I.S.A.

  14. UMNO BARU di bawah kepimpinan DS Najib juga mampu membuat MLM khas dan khusus untuk MELAYU > Bagaimana cara dan kaedahnya, DS Najib boleh fikirkan kerana MELAYU kan ramai bijak pandai dan amat sukses dalam bidang MLM.

  15. Adakah UMNO BARU dibawah kepimpinan DS Najib Berani Melakukan Tranformasi Hebat untuk mencapai sasaran itu? 

DAP - PARTI POLOTIK YANG MEROSAKKAN SEMUA ORANG & KEHARMONIAN AGAMA.


DAP - Parti Keturunan Lim Kit Siang. 
  1. DAP wujud selepas Republik (Cha imigran) Singapura dilepaskan oleh Tunku Abdul Rahman pada 1965. Ditubuhkan pada 18 Mac 1966. Dan kita pun hairan lah kenapa Pendaftar Pertubuhan dan SPR menerima pendaftaran DAP setelah beberapa kali menolak permohonan Devan Nair untuk mendaftarkannya. Ini menunjukkan bahawa polotikus Malaysia memang sejak dulu tak pernah peka dan sentiasa leka. Sebab itulah PKR boleh didaftarkan.

  2. DAP adalah sebuah parti polotik khas untuk memperjuangkan hak-hak dan budaya kaum cha Malaysia sahaja. Tiada dalam dasar dan polisi DAP untuk memertabatkan kaum lain dan agama Islam. DAP membawa fahaman polotik Rasis Cauvinis dalam ruang litup sosialis demokratik semangat kebangsaan cha imigran. Ianya adalah sebuah parti polotik sekular 100% yang tak angkat pot pasal agama. DAP membawa aspirasi polotikal PAP atau lebih tepat aspirasi politikal Lee Kuan Yew.

  3. DAP memang asalnya adalah cawangan PAP di Semenanjung Tanah Melayu. Ini berlaku akibat rasa tak puashati Lee Kuan Yew terhadap cubaan dan usaha Perikatan bertanding di Singapura. Menurut sejarah lisan, sebelum Singapura dimasukkan ke dalam Malaysia; Tunku Abdul Rahman berjanji kepada Lee Kuan Yew bahawa Perikatan tidak akan bertanding di Singapura. Ini adalah balasan kepada janji bersilang yang diberikan Lee Kuan Yew bahawa menerimapakai dan mematuhi janjinya kepada Tunku Abdul Rahman tidak mengembangkan fahaman dan pengaruh PAP ke Semenanjung Tanah Melayu. Tapi janji itu Lee Kuan Yew mungkiri setelah mengkritik hak-hak istimewa Melayu secara berterusan

  4. Apabila Singapura dipisahkan atau lebih tepat PAP dipisahkan dari senario politik Malaysia, semua cawangan PAP dibatalkan pendaftaran. Devan Nair yang menjadi ahli PAP dan Ahli Parlimen atas tiket PAP, telah berusaha mendaftarkan PAP, tetapi gagal. Kemudian cuba mendaftarkan DAP pula. Setelah di tolak berkali-kali akhirnya diterima juga pendaftaran DAP.

  5. Devan Nair akhirnya menerima tawaran Lee Kuan Yew menjadi Presiden Singapura. Ini sebenarnya untuk memberi laluan kepada Lim Kit Siang untuk naik menguasai DAP. Dr Chan Man Heng pula menjadi mentor utama mengasuh dan mendidik Lim Kit Siang menjadi Adiwira kepada kaum cha di Malaysia menyaingi MCA. Sebenarnya Lim Kit Siang adalah Baruah kepada Lee Kuan Yew.

  6. DAP membawa aspirasi dan cita-cita politikal Lee Kuan Yew. Memang Lee Kuan Yew masih berdendam dengan UMNO atas sebab-sebab peribadi. Bukan disebabkan oleh beliau mahu menuntut hak samarata sangat pun. Lee Kuan Yew dah lama bercita-cita nak menjadi Perdana Menteri Malaysia. Beliau pun pernah dilabelkan oleh badan perisikan British sebagai seorang yang amat takut kepada bayang-bayang sendiri. Beliau akan mencantas dnegan kejam semua saingan dan musuh politikal beliau. Dan inilah Budaya yang bakal menyubur dan gaya kepimpinan yang akan dilaksanakan oleh DAP jika diberikan kepercayaan lagi oleh pengundi.

  7. Apakah wujud persefahaman polotikal dan kerjasama senyap di antara DAP-MCA-GERAKAN? Ya benar memang wujud pun. Di lihat dari rekod kawasan pdm serta DUN & Parlimen, MCA & GERAKAN memberi laluan kepada DAP menang selepas dua penggal.

  8. Kenapa wujud persefahaman polotikal dan kerjasama senyap itu? Ini kerana sejak 10 tahun sebelum merdeka, selepas merdeka dan masa penubuhan Malaysia,polotikus cha memang tidak berpuashati dengan terma-terma dan syarat-syarat perjanjian PERSEKUTUAN TANAH MELAYU dan MALAYSIA. Mereka memang menentang Hak-hak Keistimewaan Melayu dan taraf ISLAM sebagai agama Persekutuan. Mereka juga tidak mahu menerima institusi Raja-raja Melayu.

  9. Hujah-hujah mereka sejak dulu ialah kaum cha imigran yang membangunkan ekonomi. Jasa mereka adalah terlalu besar dalam ekonomi. Merekalah yang membina bandar-bandar di seluruh Singapura dan Tanah Melayu. Benarkah begitu? Sebenarnya, kaum cha imigran berjaya di dalam ekonomi disebabkan pihak British memberikan keutamaan kepada mereka. Polisi British yang berpaksi kepada Pecah dan Perintahlah yang menjadi faktor utama kaum cha imigran berjaya dalam ekonomi. Jadi dimanakah sumbangan sebenar kaum cha imigran dalam ekonomi?

  10. Soalan yang patut kita tanya kepada semua polotikus cha imigran dalam DAP ialah dimanakah Kesetiaan Kamu Sebagai warganegara Malaysia yang telah diberikan secara Percuma?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...