Jumaat, 5 Oktober 2012

REFORMASI MB SELANGOR-DARI TAUKE KELAPA SAWIT KE TAUKE AISKRIM JAMBAN.


SINAR HARIAN telah melapurkan kenyataan Azmin Ali bahawa kemungkinan besar beliau lah bakal pengganti Khalid G sebagai Menteri Besar Selangor selepas PRU 13. Kenyataan balas Khalid G pula telah disiarkan oleh SINAR HARIAN pada hari ini. Khalid G di petik sebagai berkata Azmin Ali tak perlu minta maaf di atas kenyataan itu dan itu adalah pendapat peribadinya sahaja tidak mewakili keputusan Pakatam. dengan berkias Khalid G menyatakan tekadnya untuk terus kekal menjadi MB Selangor selepas PRU 13. Ada kemungkinan juga Khalid G meluat dan culas dengan kenyataan angkuh bersifat egoistik Azmin Ali. 

Tapi itulah pakatam sebuah kesepakatan yang hanya tahu berkhianat dan menjahanamkan agama bangsa dan negara. Bukan sahaja Pakatam merosakkan segala-galanya malah Pakatam bersifat destruktif menghancurkan segala-galanya kerana ketamakkan dan sifat hewani yang menguasai minda dan hati mereka.

Pakatam adalah kelompok manusia yang tidak perlu dihormati dan dilayani dengan baik. Mereka adalah agen-agen kemusnahan dan begitu jahat sifat mereka. Hipokrit dan bermuka-muka menjadi pakaian mereka di hadapan rakyat demi meraih simpati belas kasihan dan undi. Tiada maaf bagi mereka. 

Inilah realiti slogan Jom Ubah dan Harapan Baru Ketuanan Rakyat di mana rakyat diperbodohkan dan digula-gulankan dengan pelbagai fitnah tak berasas setiap hari. 

Jangan benarkan Pakatam berkuasa.

Binasalah Pakatam dan cai Pakatam.

KISAH PAKATAM HILANG INTERGRITI KERANA SUARAM.


Malang Sungguh Nasibnya Ketam
Jatuh Terlentang Macam Pakatam.


Kisah SUARAM semua orang sudah maklum. Bagaimana SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) dengan kerjasana R.O.S. (Registrar Of Society / Pendaftar Pertubuhan) melakukan siasatan mendalam. SSM melakukan siasatan ke atas Suara Inisiatif Sdn. Bhd manakala R.O.S menyiasat SUARAM kerana disyakki merupakan sebuah pertubuhan tidak berdaftar waima lah apa pun alasan yang telah diberikan oleh Ketua Pendaftar Pertubuhan. 

Terkini Jaringan Melayu Malaysia mendakwa mempunyai maklumat mengenai seorang pegawai kerajaan yang menjual rahsia kerajaan kepada SUARAM. Semua orang maklum juga  SUARAM telah menerima DANA SOROS sejumlah RM100 juta selama beberapa tempoh. 

Semua orang tahu juga SOROS mempunyai dendam terhadap Malaysia gara-gara kritikan keras Tun Dr Mahahtir semasa krisi kewangan pada 1997. Semua orang juga tahu tiada kakitangan Melayu di dalam SUARAM dan SUARA INISIATIF SDN. BHD. 

Akibat pendedahan demi pendedahan bertali arus mengenai siapa sebenarnya dan peranan SUARAM akhirnya SUARAM terpaksa berbohong lagi mengenai sepina dan kes Scorpene di Perancis. Sensasi SUARAM kini ialah mahu membawa masuk dua orang hamlau peguam upahan mereka untuk memberikan taklimat mengenai kes Scorpene di Perancis di Parlimen. Belum pernah terjadi dalam sejarah Malaysia di mana orang asing diberikan peluang dan ruang untuk masuk campurtangan di dalam Parlimen. Jika berlaku bermakna keduanya tidak boleh diajukan sebarang soalan oleh mana-mana ahli Parlimen. Ianya juga suatu penghinaan kepada institusi tertinggi di Malaysia. 

SUARAM tidak pernah menunjukkan Surat Pengadua Rasmi mereka. Tidak pernah mendedahkan nama hakim, pegawai Polis dan gendarmarrie serta mahkamah yang terbabit dalam siasatan awal pengaduan SUARAM. Yang ada cuma gambaran-gambaran samar mengenainya. No rujukan fail Kes Dossier pun tidak pernah didedahkan oleh SUARAM. Timbul satu pertanyaan wujudkah siasatan rasmi sedemikian? Sememangnya pendedahan telah di buat mengenai pembohongan dan putar belit SUARAM mengenai pengaduan mereka di Perancis. 

Oleh kerana pembohongan dan penipuan SUARAM mengenai Scorpene terbongkar dan terdedah seluas-luasnya maka ianya turut mempalitkan lumpur kepada intergriti Pakatam. Kini Pakatam gagal mempertahankan semua dakwaan mereka mengenai isu Scorpene. 

Pakatam dan SUARAM gagal membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa pengaduan mereka mengenai dakwaan rasuah komisyen PERIMEKAR kepada DCNS benar-benar wujud. Kita hanya disogokkan dengan momokan spekulasi dan permainan persepsi semata-mata. 

Bertanyalah kepada mana-mana pemimpin, ahli danc ai pakatam mengenai nombor siri kes dossier Scorpene  dan mereka hanya memberikan jawapan merepek dan merapu di luar topik soalan. Pendekata mereka tak mampu nak menajwab soalan tersebut. Banyak lagi soalan-soalan boleh dikemukakan kepada mereka mengenai kesahihan siasatan pembelian Scorpene. Kesemua soalan tersebut tidak akan dapat di jawab oleh Pakatam. Kenapa ?

Kerana Pakatam dan SUARAM hanya berbohong dan menipu mengenai dakwaan mereka berlakunya penyelewengan pembelian Scorpene. Ianya tidak wujud. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...