Khamis, 1 September 2011

MELAYU ISLAM DAP PKR PAS PSM TAK RETI KE NAK PEGANG TALI TAUHID?


Sembang-sembang merdeka raya baru-baru ini bersama dengan otai-otai lama mereka meluahkan perasaan keresahan dan keluhan terhadap perkembangan politik negara yang di huru harakan oleh Pakatan Sosialis Pembangkang haramjadah. Rata-rata mereka mengatakan kemanakah halatuju Pakatan Sosialis ini? Hendak dikatakan memperjuangkan Negara Islam, mereka sudah membuangkan Negara Islam ke dalam laut. Hendak dikatakan mereka menyanjung nilai-nilai demokrasi, mereka mengiktiraf revolusi komunis. Hendak dikatakan mereka menjaga kebajikan rakyat, semakin banyak rumah mewah di bina. Hendak dikatakan mereka membawa masuk pelaburan asing, mereka lebih banyak membuang masa melalak sana sini dengan membazirkan khazanah negeri. Hendak dikatakan mereka berwibawa telus dan akauntabiliti, isu pembayaran kos perubatan, isu penajaan Kongres PKR dan banyak lagi yang melibatkan dana awam masih belum di jawab oleh mereka. 

Ada seorang otai membuat kesimpulan begini :-

1. Jika DAP yang memerintah, Malaysia ini jadi Negara caca marba Sosialis, agama Islam ntah di mana orang Melayu dah gerenti duduk dalam hutan belantara sebab tidak akan mampu mebeli rumah-rumah kediaman mewah. 

2. Jika PKR memerintah Malaysia, konpem 200% orang Islam akan banyak dimurtadkan. 

3. Jika PAS memerintah, Malaysia akan berpecah-pecah kepada pelbagai jenis pentadbiran tetapi di peringkat Pusat PAS akan angguk-angguk saja kepada DAP dan PKR. Hancur agama negara dan bangsa. 

Ada seorang otai lagi menyimpulkan bahawa orang Melayu ini sepatutnya ambil berat mengenai perkembangan politik tanahair dan jangan hanya duduk sembang-sembang pasal artis dan rancangan menambah isteri.Ini kerana suasana dunia pada hari ini, politiklah yang menentukan siapa pemimpin. Salah pilih parti politik meranalah badan dan keturunan. 

Melayu hendaklah sedar mengenai peranan Politik ini. Tidak menyokong mana-mana parti politik tidak bermakna hal ehwal politik dibiarkan begitu saja. Otai ini memberikan misalan yang berlaku di Sudan di mana beliau pernah bertanyakan kepada seorang anggota askar Sudan mengenai tahap pembelajaran mereka. Askar Sudan itu berkata " Jika rakyat pandai mereka akan melawan kerajaan pula!" 

Sedangkan di sini kerajaan BN / UMNO tidak pun berfikir begitu. Diberikan segala kemudahan pendidikan seluas-luasnya kepada rakyat dan dijadikan salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). 

Otai yang terakhir menyimpulkan bahawa dalam suasana pada hari ini, amatlah bertuah dan beruntung sekiranya salah tafsir mengenai agama tidak berlaku di kalangan para cerdik pandai agama waktu ini. Belaiu berkata amat jauh martabat cerdik pandai agama sekrang berbanding dengan ulama terdahulu. Beliau juga berkata bahawa adalah sukar untuk mencari sempurnanya seorang pemimpin tetapi amatlah bertuah dna beruntung jika penasihat-penasihat pemimpin menegur pemimpin dan bukannya menjadi Pak Angguk. 

Juga alangkah beruntungnya jika pimpinan tetap berpegang kepada tali Tauhid dalam apajua keadaan dan masa. 'Jangan dilepaskan tali Tauhid dan jangan salah tafsirkan agama lagi' kata otai tersebut.

Hambe ingin menyampaikan kata-kata otai tersebut, ' Janganlah lepaskan Tali Tauhid dalam apajua keadaan dan masa serta jangan salah tafsirkan agama lagi ! '

KLIP VIDEO INI MAMPU MEMBUAT RAKYAT KELANTAN, KEDAH, PULAU PINANG DAN SELANGOR MENANGIS TERESAK-ESAK!

Klip video kiriman Papa Gomo ini memperlihatkan bagaimana seorang kanak-kanak di Somalia  meminum air paip yang bekalan airnya kurnag memuaskan (seperti pernah terdengar berlaku bekalan air tidak bersih di sebuah negeri di Malaysia ini tapi di mana yah?)


Walaupun di Selangor, PKR memberikan air percuma setakat 20 meter padu dengan sedikit kelentong sana sini tapi di Kelantan bekalan airnya masih berbayar dan kurang memuaskan. Manakala di Kedah seringkali berlaku banjir kilat. Sementara itu di Pulau Pinang, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang menjadi lembu perahan buat pemimpin-pemimpin rakus tamak Pakatan Sosialis Pembangkang. Tidakkah ianya sama sepreti yang ditunjukkan di dalam klip video di atas? Di mana agaknya keutamaan Pakatan Sosialis Pembangkang haranjadah kepada rakyat jelata? Ada pasir di curi, ada tanah di jual, ada bangunan di lelong, ada duit buat ceramah politik, ada masjid dan surau dijadikan tempat bersenamrobik dan ada balak dijadikan harta pesaka turun temurun di sesama mereka. 

Janganlah anda memperjudikan lagi nasib anda dengan Pakatan Sosialis Pembangkang haramjadah ini Cukuplah tiga tahun anda menderita di bawah kelentong mereka!

Anda juga mungkin meminati pautan ini PAPA GOMO WORLD FOTOPAGES. banyak gambar-gambar di Somalia yang boleh anda jadikan tauladan. Jadilah INSAN bukan setakat MANUSIA dan ingatlah sebagai MANUSIAWI wajiblah kita tolong menolong. Sentuhlah hati-hati anda sendiri ! Anda semuakan pemilih-pemilih yang bijak sana tidak memerlukan kerajaan memberitahu anda apa yang perlu anda lakukan.


KELAB PUTERA 1 MALAYSIA CADANG UNTUK TUBUHKAN KEM BANTUAN DI SOMALIA.


Ok lah tabek hormat kepada Kelab Putera 1 Malaysia yang bercadang untuk menubuhkan sebuah kem penempatan sementara di Somlia bagi memudahkan kerja-kerja penyaluran bantuan kemanusiaan di Somalia. Hambe sokong 300% ! 

Pada masa yang sama hambe juga berharap agar Kelab Putera 1 Malaysia turut menubuhkan seberapa banyak yang mungkin rumah-rumah perlindungan kebajikan di Malaysia ini bagi remaja bermasalah, bekas penagih, mat rempit, golongan geladangan dan anak-anak yatim piatu. 

Anak-anak remaja tersebut kemudiannya boleh di latih menjadi petugas-petugas dan sukarelawan di Somalia dan di mana saja di dunia ini. Sekurang-kurangnya rakyat jelata boleh nampak dengan jelas kegiatan bermanafaat Kelab Putera 1 Malaysia. 

Melalui kegiatan kebajikan, Kelab Putera 1 Malaysia boleh dikenali di dalam dan di luar negara. Cara beginilah kita mampu buat Pakatan Sosialis Haramjadah gigit jari dan semakin sukar untuk mengkaderkan golongan muda dan professional menjadi militan serta bersikap revolusioner untuk suatu tempoh masa lama. Hambe yakin Kelab Putera 1 Malaysia akan berjaya 300% dalam usaha-usaha dan kerja-kerja kebajikan ini. 

Hambe turut yakin Dato' Azeez Rahim mampu membawa golongan remaja, muda dan professional Malaysia ini menyertai kerja-kerja amal dan kebajikan Kelab Putera 1 Malaysia. Golongan tersebut akan dapat menyalurkan tenaga dan masa mereka kepada kerja-kerja yang lebih berfaedah daripada menjadi cacai percuma menyebarkan dakyah dan fitnah sesama sendiri. Ini mungkin dapat membantu mengurangkan gejala penyertaan golongan muda remaja dan profesional di dalam kegiatan menunjuk-nunjuk perasaan dan perasan di jalan raya di bawah panji-panji kemusnahan Pakatan Sosialis Pembangkang haramjadah, 

Kepada golongan muda, remaja dan profesional di Malaysia, apakata 'uolls' daftar masuk Kelab Putera 1 Malaysia di sini KELAB PUTERA 1 MALAYSIA, rugi beso jika anda anak muda remaja dan profesional tidak mendaftar! Jangan lepaskan peluang untuk berbakti kepada bangsa sendiri dan kepada dunia. Anda mampu melakukannya melalui KELAB PUTERA 1 MALAYSIA! ANDA BOLEH!

Kita sememangnya perlu memberikan penampor dan penerajang Jepun kepada DAP PAS PKR dan PSM melalui kerja-kerja amal dan kebajikan. Apakata dato' Azeez? Gomo silalah perpanjangkan idea ini kepada Dato Azeez Rahim. Pakatan Sosialis Pembangkang bila lagi hendak buat kebajikan ? Takkan setakat bazirkan bakat tenaga dan masa anak muda renaja dan profesional Malaysia hanya di jalan-jalan raya? 


PAS DAP PKR PSM WAJIB BELAJAR PENGALAMAN SOMALIA!

ANDA WAJIB MENGIKUTI PERKEMBANGAN PASUKAN BANTUAN KEMANUSIAAN DI SOMALIA YANG SEDANG DIKEMASKINIKAN OLEH PAPA GOMO.

Anda boleh melihat dan menilai sendiri bagaimana sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam tetapi mengambil fahaman sosialisma, komunisma dan bersikap ekstrimis telah menjadi sebuah negara yang lumpuh dan rakyatnya hidup dalam kedaifan.

Somalia yang dulu pernah gah dan sebuah negara yang kuat menjadi hancur lebur dek kerana fahaman sosialisma dan komunisma melampau. Ini di tambah dengan sikap enggan bekerjasama sesama sendiri dan berpecah belah. Akhirnya, apa jadi kepada Somalia?

Lim Kit Siang hanya pandai bercakap tapi dia sendiri pun tidak pernah memberikan sebarang jasa kepada rakyat Malaysia. Samalah seperti Hj Hadi Mat Sabu Tian Chua Dr Xavier Jeyakumar Pok Nik Anwar Ibrahim Nik Nazdmi Khalid GG Khalid G dan ramai lagi pemimpin bangang pala lutut Pakatan Sosialis Pembangkang Rakyat.

Akhir-akhir ini, mereka semua semakin menunjukkan sikap kebahlolan melampau mereka dalam isu-isu berbangkit. Kit Siang dan kepimpinan DAP tidak berminat untuk hidup bersama dengan etnk lain di Malaysia melainkan berniat untuk memperhambakan dan mengabdikan etnik lain.

Sikap cauvinistik dan ultra kiasu DAP merupakan agen pemusnah dan bukannya agen pembaharuan. Samalah seperti PAS PKR dan PSM. Mereka inilah agen-agen pemusnah yang datang dari neraka jahanam.

Pemimpin Pakatan Sosialis Pembangkang Rakyat sejak dulu lagi mempermainkan rakyat. Mereka sebenarnya tidak berminat untuk memajukan ekonomi dan sosio budaya rakyat sebaliknya mereka mahu rakyat sentiasa hidup dalam ketakutan melampau-lampau.

Semakin hari semakin jauh pemimpin Pakatan Sosialis Pembangkang Rakyat dari rakyat. Mereka tidak sayangi rakyat tetapi mereka sebenarnya amat membenci rakyat. Jika mereka memerintah, jurang perbezaan antara miskin dan kaya semakin melebar. Mereka akan memerintah Malaysia dengan kuku besi dan kediktaktoran adalah gaya kepimpinan mereka,

Usahlah lagi mempercayai Pakatan Sosialis Pembangkang Rakyat. Anda tidak memerlukan mereka sebaliknya merekalah yang memerlukan anda. Jika anda memilih mereka, anda akan dijadikan seperti keldai oleh mereka. Penolakan anda kepada mereka akan menyelamatkan anda, keluarga anda dan seluruh keturunan anda di masa depan! Termasuklah negara ini!


ASTAGHFIRULLAHAL ADZHIIM ! KERANA KOMUNIS, HJ HADI MENUDUH BAGINDA RASULLAH S.A.W. SEBAGAI PENGKHIANAT!

Amat melampau lagi mengaibkan! Hanya kerana mahu mempertahankan kenyataan berunsur subversif yang telah di buat oleh Mat Sabu, Hj Hadi dalam khutbah hari raya aidil fitri di Marang Terengganu sanggup memperlekehkan dan mempertikaikan tindakan baginda Rasullullah s.a.w. memerangi bangsa Arab jahiliyah dan menyifatkan tindakan baginda Rasulullah s.a.w. akan di hukum oleh dunia sebagai PENGKHIANAT!

ASTAGHFIRULLAHALADZHIIM ! ASTAGHFIRULLAHALADZHIM ! ASTAGFIRULLAHALADZHIIM ! SUDAH HILANG AKAL WARASKAH HJ HADI DAN SELURUH GEROMBOLAN PAS ?

Parti Komunis Malaya yang turut disertai oleh orang Melayu yang terpedaya dan terkeliru mengenai perjuangan kemerdekaan Tanahair menyerang bangsa mereka yang beragama Islam! Adakah perjuangan PKM untuk menegakkan TAUHID sepertimana jihadnya baginda Rasullullah s.a.w.?

Atau adakah PAS ini menerima sebarang watikah dan pengiktirafan daripada Allah subhanahu wa Ta'ala dan baginda Rasullulah s.a.w. bahawa di akhir zaman nanti semua umat Islam wajib menuruti apa saja kata PAS ?

Jika tiada dan sememangnya tiada ! Atas alasan apakah Hj Hadi memperkatakan dan menyifatkan baginda Rasulullah s.a.w. sebagai PENGKHIANAT?

Kenapakah Hj Hadi memberikan isyarat dan penerangan yang amat menyimpang dari ajaran Islam dan terkeluar dari landasan manhaj yang di terima?

PAS menentang bangsa sendiri yang beragama Islam, adakah ianya sama dengan perjuangan menegakkan Tauhid baginda Rasullah s.a.w terhadap bangsa Arab Jahilliyyah?

Adakah UMNO mengisytiharkan Perang kepada PAS selama 54 tahun ini sepertimana Arab Jahilyyah mengisytiharkan perang terhadap baginda Rasullullah s.a.w. atas dasar perbezaan agama yang amat ketara? UMNO tidak pernah melakukannya tapi sebaliknya banyak terjadi dalam tempoh 54 tahun ini PAS mengisyitharkan Perang terhadap UMNO hanya semata berdasarkan kepada salah faham dan salah tafsir ISLAM !

Pakatan Sosialis Pembangkang Rakyat nampaknya semakin hari semakin bersifat ganas dan provokatif melampau-lampau ! PAS sudah membenarkan murtad dan perjuangan komunis disamakan dengan fisabilillah. Mengapakah tololnya PAS pada hari ini semata-mata mahu menghalalkan Tahaluf Syaitahonirojim laknatullah dan Tajdid Syaithonirojim laknatullah?

Mengapakah PAS pada hari ini menjadi angkuh dan sombong?

Mengapakah PAS pada hari ini sanggup mempertahankan Sosialisma dan Komunisma?

Mengapakah PAS sanggup membuka pintu-pintu penghinaan kepada baginda Rasullah s.a.w.?

Sungguhlah PAS pada semalam, hari ini dan mendatang sudah tidak mengenal lagi siapa Allah Ta'ala dan Rasul NYa !

Undi PAS anda undi Sosialisma dan Komunisma !


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...