Malam tadi sampai ke pagi ini, ramailah calun-calun yang bertanding jawatan dalam sayap Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO akan 'Patigeni' (amalan tak tidur malam). Atau dalam bahasa intelektual puak Politik Baru, Insomnia. Selepas itu, akan menjalar pula sindrom Amnesia (buat-buat lupa ingatan pernah jadi mulut longkang). Dan diikuti dengan sindrom 'Kita lupakan apa yang lepas....kita mesti move forward'. Alarh, andaikata ambe menjadi calun pun, camtu juga. Jadi tak perlu lah sesiapa nak tersinggung. Anggap saja lawak tak lucu. dalam politik ini, kalau terlalu serius, lautan luas pun boleh menjadi kering kontang. Hal mengenai politik ialah ehwalnya politikus serta para pengikut mereka. Sikap mereka. Pemikiran mereka. Perbuatan mereka.
Sayap Pemuda UMNO.
Sebelum kepimpinan 'mamat' berkenaan, Pemuda UMNO memang 'boleh diharap'. Sebut saja, nama Pemuda UMNO, timbul gerun dihati-hati parti lawan. Bila 'mamat' berkenaan menerajui Pemuda melalui proses pengiraan selama lapan jam bagi 700 undi yang berakhir dengan teriakan, Pemuda dibawa kearah berbeza. Ramai yang skeptikal. Ada yang kata halatuju Pemuda untuk mengukuhkan kedudukan 'mamat' berkenaan. Ada yang kata, halatuju itu untuk membawa 'kelainan' kepada Pemuda. Entahlah. Hanya mereka yang benar-benar terlibat didalam Pemuda UMNO sahaja yang mampu mengupasnya. Pada ambe yang memerhati dari luar, memanglah ambe dapat rasai Pemuda 'kurang Power' tapi 'Terlebih Material'. Part ekonomi memang Pemuda melonjak-lonjak kehadapan. Jika dulu, susah nak tengok pemimpin Pemuda berkereta mewah , sekarang cukup mudah dilihat. Tapi sukar untuk melihat Pemuda 'beraksi'. Kebanyakan gerak kerja mereka memang tak nampak 'gempaq' tapi sikit sebanyak ada juga hasilnya. Si mamat tu lebih utamakan Politik Intelektual dan Material untuk mematangkan Budaya Politik. So, kelihatan lebih banyak 'defensif' daripada posisi 'menyerang'. Cuma, Budaya dan amalan lama mencari pengaruh dan memperkuatkan pengaruh dikalangan ahli-ahli sahaja masih ikut cara lama dan kurang berkesan. Ada masanya, saf kepimpinan Pemuda perlu lebih banyak bekerja daripada berfikir terlalu panjang dan terlalu banyak membaca serta mengambil hati musuh untuk menawan musuh. Mereka juga perlu 'rendah' kan lagi egois dan lebih banyak mendengar. Dan perlu Sifar Syok Sendiri.
Sayap Wanita.
No komen. Tapi terlalu ramai sangat yang sudah berusia. Perlukan lebih ramai yang muda. Banyak terpalit dan tercalar kerana fitnah isu NFC. Tapi masih kuat bekerja untuk parti dan dilihat oleh DAP sebagai 'ancaman besar' kepada Pakatan Ahzab. Imej lama masih kuat terpalit. Perlukan imej baru dan kekalkan komitmen sedia ada. Lebih ramai ahlinya perlu diberikan peluang menjawat jawatan penting diperingkat cawangan dan bahagian. Serta didalam kabinet. Suara mereka sepatutnya diambilkira.
Sayap Puteri.
Boleh dikatakan macam 'Silencer'. Tak banyak diketahui aktiviti Puteri dan gerak kerja mereka sekarang ini. Sentiasa menjadi mangsa fitnah dan dilabel 'Gediks'. Dulu ada juga kedengaran beberapa kumpulan kecil Puteri membuat kempen pendaftaran pemilih. Ketua Puteri , otomatisnya menjadi Naib Presiden UMNO. Itulah peri pentingnya peranan Puteri. Kerana mereka ada 'suara' diperingkat tertinggi. Kita memang amat jarang mendengar 'suara-suara' Puteri dalam pelbagai isu. Orang luar lebih banyak berprasangka buruk mengenai Puteri. Puteri UMNO memang perlukan lonjakan Imej. Seharusnya Puteri menjadi pemangkin dalam mengembalikan keyakinan pengundi-pengundi remaja di bandar, di kalangan profesional dan IPTA/IPTS.
Ketiga-tiga sayap UMNO ne, ada suara diperingkat tertinggi. Ketua-ketua mereka adalah Naib Presiden UMNO. Dua daripadanya membawa suara orang muda. Satu darinya membawa semua suara. Tapi kalau terlalu banyak 'Suara Orang Muda' maka akan tenggelam pula suara-suara lain. Aspirasi Orang Muda tak sama dengan aspirasi Orang Muda Purba. Bila ketiganya mampu berkordinasi dalam semua gerak kerja bagi mencapai satu Objektif/Sasaran bagi satu tempoh masa, ambe yakin mereka mampu melakukan berbagai keajaiban. Perlumbaan sesama sendiri adalah tidak sihat.
Akhirnya, kesemua mereka akan dinilai oleh rakyat melalui peti undi pada setiap PRK dan PRU. Pada masa itulah, mereka akan tahu samada Langit itu rendah atau tinggi.