1. Kenyataan yang di buat oleh Zahid Hamidi mengingatkan saya kepada peristiwa sepanjang tempoh tahun 1997 sehingga kini . Saya tidak akan mengupas ebih lanjut atau meneka apakah yang sebenarnya dimaksudkan oleh Zahid Hamidi sebaliknya saya mengambil opsyen bersangka baik terhadap kenyataannya.
2. Sepanjang tempoh berperang di alam siber melalui NADI RAKYAT terutama di dalam Facebook, pengalaman mengajarkan kepada saya untuk bersikap keras dalam setiap isu-isu yang dibangkitkan oleh pencacai pembangkang yang rata-rata isu-isu berbangkit itu tidak mempunyai fakta mahupun berdiri di atas alasan yang munasabah. 100% isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang adalah bersifat kenyataan umum yang berbaur fitnah temberang semata-mata dan tidak masuk akal langsung.
3. Zahid Hamidi sedar bahawa penjelasan dan penerangan secara perincian jelas di buat oleh agensi-agensi kerajaan yang sedia ada dan ianya berada di luar bidang para bloger untuk memperjelaskannya.. Apa yang disarankan oleh Zahid Hamidi ialah keperluan mendesak kepada sebuah Unit Tempur Siber yang tahan lasak dan bersistematik untuk menjawab semua isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang. Apakah Bersistematik yang dimaksudkan oleh Zahid Hamidi biarlah beliau sendiri yang menerangkannya.
4. Sebuah blog pro BN, Audie's61 mengulas kenyataan Zahid Hamidi dan mengambil kesempatan untuk membuat pembantaian lembut kepada kelompok bloger yang menjadi askar upahan dan musuh dalam selimut yang lebih mementingkan kadar rating sehingga menjadi liabiliti kepada kerajaan, benarkah begitu?
5. Saya berpandangan bahawa ianya merupakan pendapat peribadi penulis blog tersebut dan apa yang dikatakan oleh Zahid Hamidi juga adalah pendapat peribadinya sendiri. Besar kemungkinan realitinya adalah lebih jauh dari apa yang sebenarnya berlaku, adakah ianya bersifat negatif atau positif? Adalah mustahil untuk saya memberitahunya kepada umum kerana ianya melibatkan RAHSIA STRATEGIK & PERGERAKAN PEPERANGAN SIBER , TAKKANLAH SEMUANYA HENDAK DICERITAKAN , YEA TAK? ~ wink wink wink
Teringin juga melihat bagaimana jenis sibertruper bersistematik Zahid Hamidi tersebut ditubuhkan untuk melihat sejauhmana kehandalan mereka menghadapi semua isu-isu berbangkit. Adakah mereka akan rebah atau menjadi rubah. TEPUK DADA TANYA IMAN.