Di Indonesia, BEERSHIT RM 200.00 cuma ditertawakan sahaja. JS mengambil kebebasan untuk memetik semula artikel yang di tulis oleh TAN SRI SANUSI JUNID yang di petik dalam blog mediacyber. Ianya adalah pengalaman TAN SRI SANUSI JUNID semasa berada di Indonesia dan berbual dengan seorang Professor Riset yang cukup terkenal di Indonesia. Artikel di bawah adalah hasil penulisan TAN SRI JUNID dan bukan penulisan JS. Terimakasih TAN SRI, anda memang seorang yang mempunyai pemikiran tajam dan TAN SRI memang seorang penulis prolifik.
1. Maaf, baru sekarang saya sempat tulis lagi mengenai
demonstrasi 'Bersih'.
2. Pada pendapat saya malang sungguh nasib penganjur
demonstrasi 'Bersih' pada 9hb Julai, 2011.
3. Ianya ditertawa orang.
4. Secara kebetulan saya berada di Jakarta kerana menghadiri majlis perkahwinan anak saudara saya pada hari demonstrasi 'bersih' di Kuala Lumpur.
5. Banyak tetamu yang hadir dalam majlis perkahwinan yang kendurinya diadakan sehingga petang, setelah gambar demonstrasi itu ditayangkan di kaca televisyen di Jakarta, tetapi tidak ada yang bertanya mengenai demonstrasi 'Bersih' yang tersiar dalam TV-TV di Indonesia itu.
6. Bagi mereka di sana pada hampir setiap minggu ada demonstrasi.
7. Jadi saya terpaksa bertanya pada seorang tokoh politik yang sangat mahir dengan demonstrasi di Indonesia. Beliau ialah Professor Riset, nama timangan seorang tokoh terkenal, yang sering diwawancara di dalam TV-TV di Indonesia. Beliau terkenal dengan pandangannya yang cukup berani dan tajam dalam semua wawancara yang melibatkannya.
8. Komennya, 'kecil sekali demo di Malaysia itu. Tidak ramai. Lucu juga ya, bila polisi datang mereka terus lari. Kalau di kita (maksudnya di Jakarta), melawan terus dan tidak takut polisi.'
9. Saya bertanya, 'Ada nampak muka Bapak Anwar Ibrahim dalam siaran TV'.
10. Jawabnya dalam bentuk pertanyaan, 'Ada. Kenapa ya? Apa orang tidak peduli dia lagi sampai dia perlu demo? Kan dia kepala partai dan ahli Parlimen. Apa tidak cukup bicara dalam Parlimen mengenai masalah negara?' Katanya, 'Di Indonesia, dan di serata dunia, anggota Parlimen dan Senate tidak kelihatan berdemonstrasi.'
11. Saya jawab, 'Tidak. Anwar mungkin tidak punya waktu untuk berbahas di dalam Parlimen kerana dia harus meladeni berbagai dakwaan yang dia harus lalui di mahkamah.'
12. 'Dakwaan seksual?' tanya Professor Riset.
13. 'Ya. Mungkin juga dia mengharapkan mendapat cedera di dalam demo ini nanti sehingga rakyat bersimpati dan mengundinya di dalam pemilu (pilihanraya umum) nanti'.
14. Saya terus menyambung, 'Waktu dia dipukul oleh Kepala Polisi Malaysia, Tan Sri Rahim Noor, semasa dia ditahan kerana kes liwat dan rasuah dahulu dia mendapat banyak simpati rakyat sehingga menguntungkannya di dalam pemilu.'
15. Profesor Riset: 'Saya baca mengenai itu, tetapi apa begitu politik di Malaysia?'
16. 'Dalam sejarah UMNO ada tokoh yang sangat disegani bernama Dato' Harun Idris. Beliau dahulunya menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO di Malaysia dan sekaligus menjadi Menteri Besar Selangor.'
17. 'Saya juga pernah membaca mengenai kes itu; apa hubungannya dengan kes Anwar dipukul kepala polisi?'
18. 'Waktu Dato' Harun berada di dalam penjara, kerana kes rasuahnya, beliau telah mendapat kemenangan besar dalam pertandingan untuk jawatan Naib Presiden UMNO, kerana perasaan simpati ahli-ahli UMNO terhadapnya.'
19. Saya terus menyambung, 'keadaannya sama Pak dengan kejadian-kejadian di rumah apabila ibu melaporkan kenakalan anak. Tergantung kepada cara reaksi bapanya. Jika si bapa begitu terkesan dengan laporan ibu itu sehingga si bapa memarahi atau memukul anaknya maka ibu mungkin terdiam sejenak. Tetapi jika terus dipukul maka akan timbul simpati ibu sehingga akhirnya mungkin ibu pula yang memarahi bapanya, walau pun yang melapor pada mulanya ialah ibu itu sendiri..'
20. 'Apa Pak Anwar juga menagih simpati?'
21. 'Kira-kira begitu,' jawab saya.
22. 'Kenapa?'
23. 'Kerana Anwar kini ada dua kes di dalam mahkamah. Yang pertama kes liwat dengan Saiful dan yang kedua kes video seksual dengan perempuan China yang sudah disahkan oleh pengkaji terkenal di Amerika Syarikat dan Korea Selatan bahawa video itu genuine dan wataknya 99.99 % mirip Anwar. Ianya hanya menjadi 100% apabila Anwar mengaku.'
24. 'Kalau kes liwat itu sudah kali kedua ......'
25. 'Kes pertama bagaimana?' Tanya Professor Riset.
26. 'Kes pertama Anwar didapati bersalah meliwat Azizan supirnya, tetapi beliau didapati tidak bersalah oleh mahkamah lebih tinggi ...'
27. 'Kok bisa begitu?' Profesor kelihatan hairan.
28. 'Mahkamah yang lebih tinggi itu menolak kes itu kerana waktu liwat gagal dibuktikan oleh pihak pendakwa, walau pun liwat berlaku' saya menjelaskan.
29. 'Bisa lepas ya jika waktunya tidak terbukti?'
30. 'Dari tiga hakim yang mengadili kes Anwar ini dua darinya lelaki dan seorang wanita. Ketiga-tiganya mendapati Anwar meliwat, cuma waktunya tidak terbukti. Ini ada tertulis dalam buku Michael Backman berjodol 'Inside Knowledge' di bawah tajuk 'Malaysia's Dark Cloud'. Hakim wanita berpendapat Anwar bersalah kerana jika seseorang itu terbukti membunuh tetapi waktu pembunuhan berlaku tidak terbukti masakan yang membunuh itu dilepaskan. Dua hakim lelaki menolak pendirian ini kerana bagi mereka ini mahkamah undang-undang dan bukan mahkamah moral.'
31. 'Kok bisa begitu?' Professor Riset menggilingkan kepalanya.
32. Saya menambah, 'Anwar juga mempunyai seorang ahli hukum ketua pembelanya yang pintar. Kes Anwar biasanya memakan masa yang panjang atas alasan Anwar tidak sihat, peguam tidak sihat, hakim tidak layak, bukti tidak jelas, kalau bukti jelas cara pengambilannya tidak teratur ... dan lain-lain.'
33. 'Tetapi imej Anwar di Indonesia tetap baik. Tidak ada yang menjelaskan begini. Bagaimana dengan kes video seksnya?'
34. 'Kes liwat Anwar ini membuat dia popular di Barat, khususnya di Amerika Syarikat kerana di sana masyarakatnya liberal dan 'amalan liwat itu diterima baik oleh masyarakat. Malahan sesama lelaki dan sesama wanita pun bisa bersuami isteri. Malahan cerita mengenai amalan liwat juga boleh membantu untuk melegakan pihak Barat yang sentiasa bimbang jika ada pemimpin yang mereka anggap sebagai tokoh Islam yang fanatik di dunia.Bagi mereka pemimpin Islam yang meliwat tidak mungkin menjadi se orang Muslim yang fanatik atau fundamentalis.'
35. 'Kalau Barat menerima baik seseorang yang dituduh meliwat, apakah pula masalah Anwar?'
36. 'Masalahnya ialah kes Video Seksual yang sudah disahkaan oleh pakar terkenal di Amerika Syarikat dan di Korea Selatan sebagai tulin dan wataknya 99.99 % mirip Anwar. Bapak kan tahu masyarakat Amerika Syarikat tersangat sensitif jika ada skandal seksual di pihak atasannya. Imej Anwar pasti terjejas di Barat dengan kes Video ini.
37. 'Ya, saya teringat kes Monica Lewinsky dengan Bill Clinton yang menggegar Amerika Syarikat, kes Presiden Bank Dunia Paul Wolforwitz, katanya kawan Bapak Anwar, dengan wanita Iran bernama Shaha Riza sehingga Paul terpaksa berhenti dari jawatannya; dan kini kes Presiden Bank Dunia lagi Dominique Strauss-Kahn dengan ..... lupa namanya.'
38. 'Masalah Anwar yang kedua ialah kekalahan-kekalahan yang dialami oleh partainya dalam pemilu-pemilu kecil di Malaysia dan kekalahan teruk partainya dalam piliharanraya Negeri Sarawak baru-baru ini.'
39. Saya menyambung, 'Anwar juga menghadapi masalah kerana jika partainya kalah teruk sekali dalam pilihanraya umum nanti bukan sahaja cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia akan gagal tetapi jika partai PAS dan DAP mendapat lebih banyak kerusi dalam pilihanraya umum akan datang dan prestasi partainya mendukacitakan bukan sahaja kredibilitinya untuk terus menjadi Ketua Partai Kolusi Pakatan Rakyat tercabar malahan kekalahan begitu tidak membantu kesnya yang di dalam mahkamah sekarang. Oleh itu Anwar perlu menyediakan sebab atas kekalahannya. Makanya kumpulannya menyerang Suruhanjaya Pilihanraya atau KPU (Komisi Pemilihan Umum) di sini sebagai persiapan untuk berdemonstrasi lagi apabila kalah nanti. Kesimpulannya nanti ialah mereka kalah kerana KPU Malaysia menyeleweng.'
40. 'Mesir, Tunisia dan demonstrasi-demonstrasi di negara-negara Islam sekarang ini menjadi sumber inspirasi baginya. Itu ramalan saya'
41. 'Tidakkah Malaysia bimbang dengan imej Anwar yang baik di Indonesia?'
42. 'Banyak anggota keluarga saya di Jakarta yang bersimpati dengan Anwar kerana melihat isteri dan anaknya. Sebagai isteri Wan Azizah perlu dihormati kerana setianya kepada suami. Asal suaminya tidak menyuruhnya membuat sesuatu yang bertentangan dengan Islam Wan Azizah patut di hormati. Dia tidak perlu menyelidik peranan suaminya di belakangnya.'
43. Profesor Riset meminta penjelasan, 'Apakah Malaysia tidak bimbang dengan imejnya yang dicemarkan oleh Anwar dalam omongan dan wawancaranya di media Indonesia?'
44. 'Saya tidak bimbang kerana TKI (Tenaga Kerja Indonesia) yang berjumlah hampir 2 juta, cukup ramai yang mengetahui keadaan sebenar di Malaysia. Kita harus percaya bahawa kebenaran itu akan menang akhirnya.'
45. Saya sambung, 'Imej Malaysia dalam media Indonesia tidak mempengaruhi pemilu di Malaysia. Imej Indonesia dalam media di Malaaysia boleh mempengaruhi pemilu di Indonesia kerana TKI juga mengundi dan mereka dipengaruhi media di Malaysia.'
46. Professsor Riset bertanya lagi, 'Bagaimana dengan pekerja Indonesia yang dianiaya oleh tuan rumah, atau majikannya, di Malaysia?'
47. Saya menjelaskan, 'Itu berlaku di mana saja. Di Saudi Arabia ada pekerja Indonesia yang dihukum pancung walau pun TKI di Saudi Arabia tidak seramai di Malaysia. Indonesia hanya mendengar, melihat dan membaca, melalui media, mengenai TKI diazab di Malaysia dan tidak pula mengetahui mengenai rakyat Malaysia yang diazab atau dibunuh oleh TKI.'
48. Saya katakan, 'Bukan semua orang Malaysia baik, begitu juga dengan TKI. ....bukan semuanya baik'
49. 'Seterusnya, agak susah bagi Malaysia untuk menjelaskan bahawa kebanyakana TKI yang dianiayai di Malaysia ialah oleh majikan yang bukan Melayu dan bukan Islam kerana di bawah Pancasila tidak ada perbezaan antara suku, ethnik dan ugama di Indonesia. Jika TKI yang berugama Islam hanya dibenarkan bekerja di rumah-rumah orang Islam mungkin jumlah tragedi yang berlaku akan berkurangan. Orang Melayu di Malaysia menganggap orang Indonesia sebagai saudara serumpun dan turut sedih apabila membaca mengenai majikan bukan Melayu menyiksa TKI.'
50. 'Tidakkah pemerintah Malaysia berusaha membaiki imej buruk yang didedahkan dalam media Indonesia oleh Anwar? tanya Profesor Riset.
51. Jawapan saya, 'Agak susah, dan sebenarnya tidak perlu, kerana Anwar banyak kawan di Indonesia khususnya di kalangan wartawan dan pengusaha. Belia mengenal mantan tokoh-tokoh HMI (Himpunan Mahasiswa Islam) Indonesia sejak dari waktu Anwar menjadi pemimpin mahasiswa. Hubungan beliau dengan wartawan dan pengusaha terpupuk waktu beliau menjadi Menteri, Menteri Pendidikan, Menteri Kewangan dan Wakil Perdana Menteri. Beliau memegang jawatan-jawatan ini kerana lantikan Bapak Tun Dr. Mahathir. Contohnya, ada mantan Menteri Indonesia yang dibantu oleh Bapak Anwar waktu belajar untuk S3 (PhD) di Universiti Sains Malaysia dan ada mantan Menteri Indonesia yang pernah dibantu oleh Bapak Anwar waktu beliau dalam swasta.'
52. 'Anwar tidak mungkin dapat mengumpul begitu banyak kawan di kalangan wartawan dan pengusaha jika Bapak Tun Dr. Mahathir tidak memberi kesempatan untuknya memegang jawatan dalam Kabinet. Tetapi wartawan dan pengusaha yang menjadi kawan Anwar, kerana Anwar dilantik oleh Bapak Tun Dr. Mahathir, tidak menjadi kawan Tun Dr. Mahathir.'
53. Oleh kerana ibu mertua saya sampai ke restoran, dengan kereta roda, kerana ada majlis menyambut hari lahir di restoran itu, maka saya menamatkan perbicaraan dengan menyatakan, 'Bapa Professor, kita sambung lagi perbicaraan di lain kesempatan.'
54. 'Terima kasih. Saya akan ke Kuala Lumpur nanti untuk mengarang buku mengenai hubungan Tan Sri dengan Indonesia.' Kami bersalaman.
55. Saya tambah, 'Saya menunggu ....... kesimpulannya, susah untuk mempersembahkan yang benar mengenai Anwar dalam media di Indonesia jika banyak wartawan dan tokoh media adalah kawannya.'
56. 'Sebabnya ...?'
57. Saya menjawab, 'Kerana bangsa Melayu, termasuk yang dari rumpun Melayu, lebih menyokong kawan daripada prinsip dan kebenaran.'
59. 'Terima kasih. Selamat hari jadi.'
60. Waktu saya menghantar Professor Riset keluar restoran, beliau, sambil ketawa berlulucuan, menambah, 'Oh ada satu lagi ... kasi tahu pada Bapa Anwar jika lain kali dia mahu adakan demonstrasi undang saja dari Indonesia tenaga TKD ( Tenaga Kerja Demonstrasi ) yang perlu dibayar hanya Rp50,000-00 (lebih kurang RM18-00) sehari dan bukan RM200-00 lebih seperti di Malaaysia. TKD juga akan demo sepanjang hari dan tidak takut pada polisi.'
61. 'Menarik. Assalaamu'alaikum.'
62. 'Wa'alaikumussalam.'
'Idea yang cukup baik.'