di petik seluruhnya dari mykmu.net sumber asal:-
Mungkin sudah ditakdirkan Allah SWT
bahawa PAS akan memerintah negeri Kedah selama sepenggal dan meratah
hasil-mahsul negeri Jelapang Padi itu dengan rakus serta menjahanamkan
segalanya sebelum mengembalikannya kepada UMNO/BN pada PRU ke-13 nanti.
Tidak puas dengan kerakusan menarah hasil
balak sehingga membuat alam menangis hiba, PAS Kedah semakin “ganas”
apabila membenarkan “rompakan” pasir di perairan pantai Kota Kuala Muda,
berdekatan dengan Tanjung Dawai.
Terbaru, Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan
Malaysia (LKIM) Kedah Mohamad Noor Had berkata, pihaknya telah mengesan
aktiviti mengorek pasir di perairan berkenaan di mana ia dijangka mampu
menjejaskan punca rezeki nelayan di kawasan terbabit.
Menurutnya lagi, kerakusan mengorek pasir
di kawasan tersebut akan menjejaskan rezeki nelayan dan menyebabkan
pencemaran di kawasan sekitar.
Malah bukan itu saja, operasi syarikat
yang dikatakan mendapat kebenaran dari Kerajaan PAS Negeri Kedah itu
juga kana menyebabkan pukat nelayan-nelayan kecil di situ rosak teruk
dan mengalami kerugian.
Untuk makluman, boleh dikatakan majoriti
para penduduk di sekitar Tanjung Dawai menjadikan kerjaya nelayan
sebagai punca rezeki mereka secara tradisi dan kawasan berkenaan begitu
terkenal dengan hasil laut di negeri Kedah.
Inilah jadinya bila kuasa memerintah di
sesebuah negeri diberikan kepada mereka yang hanya tahu berceramah di
pentas-pentas politik, memfitnah orang dan memburuk-burukkan sesuatu
pembangunan yang pihak lain buat.
Dulu ketika UMNO/BN memerintah Kedah,
boleh dikatakan hampir setiap hari pak-pak lebai PAS menghentam sebarang
aktiviti ekonomi atau pembangunan setempat yang dilakukan UMNO/BN
walaupun ia mendapat kelulusan dari Jabatan Alam Sekitar dan agensi
berkaitan.
Dan kini, bila sudah diberikan peluang
berkuasa di negeri Kedah, tanpa fikir panjang atau mengambil pakai
nasihat, laporan atau pandangan dari agensi yang bertanggungjawab,
puak-puak PAS “balun” habis-habisan segala yang boleh dijual di negeri
itu.
Mungkin pada mereka, prosedur, peraturan
atau sebarang ketetapan undang-undang tidak perlu diambil kira oleh
Kerajaan Negeri seolah-olah seluruh negeri Kedah itu pak-pak lebai PAS
itu yang punya dan boleh dibuat sesuka hati.
Entah dari mana mereka belajar tamadun
begitu. Mungkin juga dari rejim Zionis Yahudi Israel yang tidak
mempedulikan undang-undang antarabangsa atau PBB untuk menzalimi umat
Islam di Palestin, kan?
Saya terbayang kerisauan dan rungutan
para nelayan kecil yang mencari rezeki di kawasan terbabit, apalah nasib
mereka bila punca rezeki mereka itu hilang begitu saja disebabkan oleh
ketamakan pak-pak lebai yang tidak bertanggungjawab itu.
Mungkin sekarang Tanjung Dawai masih
terkenal dengan kekayaan sumber-sumber laut, namun tidak mustahil suatu
hari nanti kawasan itu akan hilang identiti dan tidak lagi menjadi
tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negara.
Malang sungguh rakyat negeri Kedah.
Walaupun diberikan masa sepenggal mentadbir negeri itu, PAS begitu
gelojoh membolot segalan hasil bumi dan laut tanpa batasan dan sanggup
menghancurkan negeri itu dalam tempoh yang diamanahkan.
Persoalannya, apakah PAS Kedah tidak rasa
bersalah atau berdosa dengan tindakan mereka yang menjahanamkan negeri
itu dengan “sekelip mata”?
Tunggulah nanti pembalasan Allah SWT dan rakyat Kedah pada PRU ke-13.
Majoriti rakyat Kedah kini dilihat sudah
“celik” melihat “kejelikan” pemerintahan PAS yang kononnya buat kerja
cara Islam, tapi jelas sebaliknya menggunakan modul pentadbiran rejim
Zionis Yahudi Israel sebagai idola mereka.
Dan Allah pula tidak mungkin akan
meredhai tindakan zalim yang dilakukan oleh PAS. Kecualilah jika Allah
SWT mahu terus menguji kesabaran rakyat Kedah, kan? Wallahua’alam.