Rabu, 8 Julai 2015

FITNAH 1MDB, JANGAN PREJUDISKAN SIASATAN DENGAN TOHMAHAN MELULU- GANI PATAIL.


Gambar Kilang Fitnah Tempat Iblis Setan Lidah Zionis Bekerja Bawah Jenama WSJ. 

BISMILLAHI ALLAH HU AKBAR 

Berikut adalah kenyataan lanjut daripada Peguam Negara, Gani patail berkenaan Kenyataan Rasmi berkaitan pembekuan 6 akaun & 17 dokumen sebelum daripada ini, di mana pentaksub arwah Tun M dan arwah pengadu domba telah sengaja dengan Niat Jahat menyalah tafsirkan pemahaman sebenar status siasatan dan pembekuan berkenaan :-

(Peguam Negara Sahkan Akaun Yang Dibeku Bukan Akaun PM)
BERHUBUNG SIASATAN PASUKAN PETUGAS KHAS BERKENAAN DAKWAAN DANA DISALURKAN KE AKAUN PERDANA MENTERI
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, menekankan kebimbangannya berhubung pembocoran dokumen berkaitan dengan suatu siasatan jenayah yang sedang dijalankan dan meminta supaya siasatan penuh dibuat ke dalam perkara itu. Kebimbangan itu turut disokong oleh Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Peguam Negara mengambil maklum bahawa dokumen yang didedahkan dalam artikel Wall Street Journal, “Malaysia Orders Freeze of Accounts Tied to Probe of Alleged Transfers to Prime Minister Najib” bertarikh 7 Julai 2015 merupakan hal perkara suatu siasatan dan menekankan kepentingan menjaga integriti siasatan itu agar tidak timbul kemusykilan di kalangan orang awam.
Peguam Negara menekankan bahawa ini bukan persoalan “whistle-blowing” kerana perkara yang berkenaan sudah dalam siasatan. Suatu lagi isu yang membimbangkan adalah bahawa dokumen itu dikatakan telah dibocorkan dari dalam siasatan itu sendiri.
Peguam Negara juga memperjelas bahawa perintah pembekuan yang dikeluarkan pada 6 Julai 2015 tidak melibatkan mana-mana akaun yang dikatakan dipunyai oleh Perdana Menteri.
Peguam Negara turut menyatakan kebimbangannya tentang sindiran dan pengataan yang telah dibuat yang mengaitkan Peguam Negara dengan agenda politik tertentu. Peguam Negara menekankan bahawa tujuan Pasukan Petugas Khas antara agensi itu ditubuhkan untuk menyiasat perkara ini adalah untuk memastikan bahawa tidak timbul sebarang salah guna mekanisme siasatan.
Peguam Negara menekankan bahawa beliau tidak akan teragak-agak untuk mendakwa mana-mana orang yang didapati telah membocorkan maklumat sulit yang berkaitan siasatan kerana adalah merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah masing-masing seksyen 133 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan seksyen 145 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 untuk mana-mana orang yang mempunyai akses kepada apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun mana-mana pelanggan suatu institusi kewangan, termasuk institusi kewangan itu atau mana-mana orang yang ialah atau pernah menjadi pengarah, pegawai atau ejen institusi kewangan itu, untuk mendedahkan kepada seorang lain apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun mana-mana pelanggan institusi kewangan itu.
Adalah juga menjadi suatu kesalahan jenayah di bawah seksyen 203A Kanun Keseksaan untuk mana-mana orang menzahirkan sebarang maklumat atau perkara yang telah diperolehinya pada melaksanakan tugasnya atau menjalankan fungsinya di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan untuk mana-mana orang yang mempunyai apa-apa maklumat atau perkara yang dia tahu telah dizahirkan dengan melanggar undang-undang untuk selanjutnya menzahirkan maklumat atau perkara itu kepada mana-mana orang lain.
TAN SRI ABDUL GANI PATAIL
Peguam Negara Malaysia
8 Julai 2015
Sekarang ini ada plak malaon pengadu domba viralkan gambar kononya Polis serbu pejabat 1MDB. Adeehhh. Makin terok dah puak arwah pengadu domba sekarang neyh sejak penangkapan Xavier atas kesalahan jenayah memeras ugut. 

Pada ambe lah, jika pasukan polis melawat pejabat 1MDB dan mengambil dokumen itu bukan 'Rampasan' tapi prosedur biasa dalam mana-mana siasatan. Dah tentu lah pihak pengurusan 1MDB yang serahkan dokumen secara sukarela kepada pihak polis bagi membantu siasatan Polis. 

Tapi kalau hati sudah hitam legam dan penuh kebencian, maka tindakan kerjasama 1MDB dengan polis itu akan digambarkan seolah-oleh berlaku 'Rampasan'. Citt poddaaahhh !

Puak arwah pengadu domba asik nak buat tohmahan sahaja agar kredibiliti 1MDB dicemarikan dan akhirnya siapa yang bakal rugi dalam semua pelaburan yang di buat? 

Berita seperti itu merupakan suatu Jenayah mengganggu Siasatan di bawah Kanun Kesiksaan. Kerana ianya cuba memprejudiskan siasatan yang sedang berjalan. memang patut dikenakan tindakan ke atas puak arwah pengadu domba yang berniat jahat berusaha mencemari siasatan yang sedang berjalan. 

Sejak arwah Tun M buat bising dan memperpanjangkan fitnah Rafizi ke atas 1MDB, Najib telah arahkan siasatan di buat. Audit di buat malah merujuk semua komplen arwah Tun M & Rafizi kepada PAC. Ditubuhkan Pasukan 'Task Force' untuk menyiasat semua komplen & fitnah Rafizi berkenaan. 

Malangnya, arwah Tun M dan arwah Tun Daim tidak menunggu keputusan siasatan Polis. hasil siasatan PAC dan laporan audit. Apa motif sebenar kedua arwah berkenaan? Adakah kedua arwah berkenaan benar-benar berminat nak tahu Kebenaran atau cuma berminat nak 'spin' agar Najib tunduk kepada kehendak kerakusan & ketamakan hawa nafsu mereka arwah berdua? 

Apa yang kedua arwah lakukan sebenarnya memprejudiskan siasatan yang sedang berjalan. Sepatutnya kedua arwah ambil maklum mengenai siasatan yang sedang berjalan dan bukan terus menerus berkelakuan seperti cybertruper mendiang Pakatan Rakyat. Buat apa lah kedua arwah bikin malu diri sendiri dengan berkelakuan demikian kan? 

Kesimpulannya, jelaslah bahwa pembekuan akaun tak membabitkan Najib. Dan siasatan itu adalah siasatan yang bertujuan untuk menyiasat dakwaan WSJ bagi membersihkan imej negara dan pejabat PM daripada serangan fitnah media asing. 

Semua kena ingat dan fikir bahawa SIASATAN SEDANG BERJALAN.  Janganlah dilemparkan lagi pelbagai tohmahan yang akan menggangu dan memprejudiskan SIASATAN, ITU LAH MESEJ PEGUAM NEGARA KEPADA SEMUA. 

Akhirkata dari ambe, persetankan sahaja semua tohmahan, penfasiran & lanjutan fitnah daripada puak arwah pengadu domba kerana mereka BUKAN ANGGOTA PENYIASAT. Kita jangan jadi gelojoh tak bertempat cam puak arwah pengadu domba. 

MANTAN PM 22 TAHUN DIDAPATI BERSALAH TAK PULANG WANG PARTI - PERSEKUTUAN GAMBIRA.


Mpele Mnepo -Mantan PM 22 Tahun Persekutuan Gambira Yang Didapati Bersalah. 


BISMILLAHI ALLAH HU AKBAR 

Artikel ini takde kena mengena dengan sesapa lah kat Malaysia. Ini ambe kutip cerita dari luar negara kat benua Aprika. Jemu gak nak tulis pasal negara sendiri punya kecoh politik. Kita tulis plak apa berlaku di negara oranglain sebagai iktibar teladan. 

Tak ramai tahu bahwa wujud sebuah negara bernama Persekutuan Gambira. Negara ini terletak di sebelah tepi Zimbabwe atas sikit dari Nigeria dan bawah sikit dari Gambia. Negara ini tidak pernah di jajah cam Thailand lah. Suku pribumi nya dari etnik yang di panggil Keralamayalampispus. Susah sikit nak sebut sebab bahasa nya pun diakui seluruh pakar linguistik dunia adalah bahasa paling sukar untuk dituturkan. Bila dituturkan gerenti jadi makna lain daripada yang dituturkan oleh penutur.Contoh, bila penutur kata, 'Katepondek mbau ukelele ' ianya bermaksud ' Saya tak tipu anda' tapi pada pendengarnya akan bermakna , " Ko kena tipu hidup-hidup'. Begitulah. 

So agak payah lah nak bercakap dalam bahasa etnik Keralamayampispus. Kena betul-betul mahir. Silap cakap gerenti kena taji secara berjemaah. Ok lah, penduduk Gambira (yang bermaksud Negara Bajet Suci). Negara ini tidak diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu atas sebab teknikal sahaja. Kan ambe dah kata, bila orang Gambira bercakap waima dalam bahasa lain, akan jadi lain makna kepada pendengar. Tapi PBB telah memberikan mandat sementara kepada Gambira sejak 1912. 

Antara lain mandat itu berbunyi, " Dengan ini diperakui bahawa etnik Keralamayalam diiktiraf sebagai sebuah etnik dan negara yang berdaulat. Ketua Negara adalah Perdana Menteri dengan barisan kabinet seberapa ramai dan sekerap mana diperlukan oleh Perdana Menteri. Selebihnya terpulanglah kepada kebijaksanaan rakyat Gambira ikut suka hati koranglah nak buat camna, Janji tak kacau USA, China & Eropah"

Baru-baru ini, dilaporkan oleh sebuah media asing yang berpengkalan di Hong Kong menyebutkan bahawa seorang mantan PM Gambira yang telah berkuasa selama 22 tahun didapati bersalah atas kesalahan enggan memulangkan wang amanah parti politiknya kepada PM yang baru. Ini skandal terbesarlah kat negara itu selepas ada lagi satu skandal kewangan pada lewat tahun 80an dan 90an dulu. 

Kira kuat gak lah kan Budaya Politik Wang kat Gambira neyh. Menurut laporan media asing tu, mantan PM Gambira tu ditahan selepas terbongkarnya satu skandal mekanisma kewangan parti politiknya. 

Berdasarkan kepada pendedahan yang di buat oleh sebuah Pasukan Khas Tindakan yang ditubuhkan bagi menyiasat skandal kewangan itu yang berpunca daripada komplen mantan PM berkenaan, didapati selama 22 tahun dulu mantan PM tu songlap duit amanah partinya bersama satu lagi rakan syubahatnya yang turut pernah menggangotai kabinet mantan tersebut. 

Rakan syubahatnya pula kini didapati memperolehi suaka politik di British Colombia Islands bersama keluarga mereka. 

Cerita penuhnya begini, sejak 1912, Gambira ditadbir oleh sebuah parti politik sahaja iaitu Pombolo Stomata Roketo Mnetikusi Keralamayalampispus (bermaksud Parti Tindakan Demokratik Keralamayalampispus). Akronimnya POMOKAK. 

Sejak POMOKAK berkuasa, tiada parti lain yang boleh menang. Menurut salah seorang pemimpin dari sebuah parti lawan POMOKAK, itu dikeranakan POMOKAK mengamalkan politik Wang pada setiap PRU yang berjumlah berbiliyun ringgit. Pemimpin berkenaan adalah bekas ahli majlis tertinggi POMOKAK yang pernah terlibat dalam sistem yang di buat oleh mantan PM berkenaan (so sumber sohih dan boleh dipercayai lah). 

Semasa perbicaraan yang berjalan selama lebih 36 bulan, para saksi memberikan keterangan mengenai mekanisma mantan PM itu mengumpul wang untuk dana PRU negara itu. Seramai lebih 125 orang proksi, nomini dan benefisiari akaun-akaun amanah bagi pihak mantan dan POMOKAK telah dipanggil dan di soal-siasat. Ada yang terus jadi arwah. Maka di panggil Pentadbir Pesaka yang terbabit memberikan keterangan. 

Berdasarkan keterangan-keterangan 125 orang saksi berkenaan, dana pru dikompol oleh mantan berkenaan melalui pelbagai syarikat milik POMOKAK. Proksi, nomini dan benefisiari diberikan Surat Kuasa Wakil untuk mentadbir akaun-akaun berkenaan bagi pihak POMOKAK. Mahkamah tertinggi Gambira mendapati bahawa jumlah baki telah di bawa lari oleh mantan berkenaan dan tidak dikembalikan semula kepada POMOKAK. 

Antara lain, timbul keterangan mengenai pelbagai jenis akaun pesisir pantai yang di buka atas nama anak beranak mantan berkenaan. Sesetengah dilaburkan dalam syarikat-syarikat pembuat arak dan dagangan petrol. Didapati bahawa sejumlah baki dana tersebut tidak dikembalikan semula kepada POMOKAK. 

Apabila PM yang menggantikan mantan berkenaan meminta beliau memulangkan kesemua wang amanah itu, mantan berkenaan enggan dan memberikan syarat-syarat yang tak masuk akal, kata seorang saksi. 

Bagi melindungi kepentingannya, mantan berkenaan telah menuduh PM Gambira terlibat dalam skandal kewangan. Mahkamah Tertinggi Gambira dalam membacakan keputusan, mengutuk mantan berkenaan sebagai tidak patritok, kianat dan berniat jahat terhadap POMOKAK dan kepentingan Gambira. Mahkamah Tertinggi Gambira juga memutuskan bahawa PM Gambira yang telah difitnah terok oleh mantan berkenaan bebas dari sebarang pertuduhan penyelewengan dan tidak terlibat dalam skandal kewangan seperti yang dituduhkan oleh mantan. 

Demikianlah kisah teladan dari sebuah negara di benua Aprika yang ramai tak tau akan kewujudannya sehinggalah kisah mantan berkenaan menjadi viral di media sosial dan di internet. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...