Khamis, 5 April 2012

SELANGOR KUI- PARASIT PAS LAWAN TOKEH DRAKULA PKR.


PKR 15 kerusi . PAS 8 kerusi sahaja. DAP 13 kerusi. Kelebihan kerusi antara PKR dan DAP berbanding PAS ialah seperti berikut:-

PKR lebih 7 kerusi sahaja.
DAP lebih 5 kerusi sahaja.

Bila di kaji balik ternyatalah kelebihan kerusi PKR dan DAP tersebut banyak di bantu oleh penyokong PAS. Jika tidak di sokong oleh penyokong PAS , sampai kiamatlah PKR dan DAP mampu ada kelebihan kerusi yang disebutkan itu. 

Hanya dengan kelebihan kerusi yang tak seberapa tersebut, PAS diberikan satu jawatan EXCO sahaja berbanding dengan PKR dan DAP yang membolot semua jawatan EXCO penting. Adil ke kepada PAS?

Bayangkan kalau PAS bawa 8 kerusi itu dan isytihar sokong BN yang ada 20 kerusi apa jadi kepada DAP dan PKR ? Kita tengok ....

BN 20 + PAS 8 =      28 KERUSI  / 56
PKR 15 + DAP 13 = 28 KERUSI / 56 

Ahli Bebas 1 kerusi. 

Jelaslah kedudukan PAS adalah penting tapi sumbangan PAS kepada PKR dan DAP tidak di pandang langsung oleh PKR dan DAP. Malah PAS sendiri pun tak pandai nak manipulasikan kedudukannya Tidakkah PAS telah mengecewakan para pengundi yang menaruh harapan besar kepada PAS?

Bagaimana pula dengan para pengundi yang mengundi DAP kerana menyokong PAS? Tidakkah ini menyebabkan para pengundi tersebut berganda-ganda kecewanya ? Kan molek kalau mereka mengundi sahaja BARISAN NASIONAL dah tentu ianya memberikan kemenangan dan penguasaan besar kepada undi Melayu Selangor.

Khalid G yang dah jadi buntu dan pusing kepala nak menipu umat Islam dalam isu murtad telah menubuhkan satu Jawatankuasa Khas mengawal pergerakan Jabatan Agama Islam Selangor. Satu perkara yang tak pernah terjadi di Selangor dan melanggar semua perundangan yang ada.

Dr Rani parasit PAS telah di lantik menjadi Ketua Jawatankuasa tersebut. Kenapa yah? Hamboi, sebuah  parti sekular mengawal selia sebuah parti yang bawa nama Islam? Siapa yang jadi bos dan siapa yang kuli nie? Inilah yang hamba katakan tadi, PAS ni tidak dihormati langsung oleh PKR dan DAP walaupun hakikatnya PAS ini amat penting kepada PKR dan DAP. Kalau hamba ni Presiden PAS lah , Hamba bawa keluar semua ADUN PAS dari pakatan drakula PKR DAP , dan isytihar beri kepercayaan kepada BN.

Biar dirasanya oleh DAP dan PKR hilang jawatan EXCO dan kuasa dalam sekelip mata sahaja.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

SELANGOR-KU MENJADI SELANGOR-KUI RAMAI JADI DRAKULA & HANTU.

SELANGOR KU ... kini sudah tukar lah .. jadi SELANGOR-KUI (SELANGOR HANTU) sebab ramai menjadi hantu dan drakula menghisap darah rakyat. Baiklah kalau setakat cakap tarak guna kalau tidak disertakan dengan bukti dan fakta. Persepsi tak mainlah , itu mainan para hantu jembalang di bawah perintah dan tunjuk ajar Drakula PKR-DAP-PAS. Dimanakah bukti-bukti dan fakta-fakta tersebut yang menjadi dasar kepada kesimpulan SELANGOR-KU menjadi SELANGOR-KUI yakni di mana para pemimpin PKR DAP PAS menjadi hantu dan drakula memeras dan menzalimi rakyat dalam diam-diam.

FAKTA.

Sebelum PRU 12, DAP-PKR-PAS memberikan gambaran bahawa mereka menubuhkan PAKATAN RAKYAT. Tetapi bila bertanding ketiga-tiganya tidak bertanding di atas tiket PAKATAN RAKYAT sebaliknya bertanding di atas kapasiti parti politik memasing. Apabila berlaku komposisi kemenangan bilangan kerusi yang tidak seimbang di antara ketiganya, terdapat kesukaran ketiganya membuat satu konsensus bagi menubuhkan sebuah kerajaan yang efektif dan berkesan serta konsisten.

KES STUDI.

PERAK, di Perak DAP telah memenangi bilangan kerusi lebih banyak daripada PAS dan PKR. Tetapi bilangan itu tidak mencukupi untuk menubuhkan sebuah kerajaan. Berlaku vakum pada waktu itu apabila DAP PAS PKR tidak dapat membuat keputusan segera bagi menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah. DAP berkeras mahu melantik wakilnya menjadi Menteri Besar sedangkan Undang-undang Tubuh Negeri ('Tubuh" di sini merujuk sebagai katakerja dan bukan katanama, 'Tubuhkan Negeri") Sehinggalah Sultan Perak mengusulkan agar DAP PAS PKR jika mahu menubuhkan kerajaan hendaklah membuat Perjanjian Bertulis. DAP PAS PKR meneruskan penipuan kepada rakyat kononnya PAKATAN RAKYAT punya kerajaan. Podah! Apabila berlaku 'Lompat Parti' maka gugurlah keesahan / legitimasi Perjanjian Bertulis tersebut, maka Barisan Nasional yang mempunyai bilangan majoriti mudah boleh mendirikan kerajaan menggantikan kerajaan sebelumnya. Cuma ramai yang agak terkeliru dengan situasi tersebut. 

SELANGOR, PKR memenangi jumlah kerusi yang terbanyak. Bilangan kerusi DUN Selaingor ialah 56. Barisan Nasional mempunyai 20 kerusi. PKR 15 kerusi. DAP 13 kerusi. PAS 8 kerusi. Bebas (1) di atas kelicikan penipuan dan propaganda sebelum PRU 12, semua menyangka bahawa kerajaan negeri Selangor ialah kerajaan Pakatan Rakyat sebenarnya tidak. Legitimasinya ialah bilangan kerusi yang dimenangi oleh PKR DAP PAS melebihi 20 kerusi BN. Oleh kerana PKR (15) mempunyai bilangan kerusi yang lebih tinggi daripada DAP (13) dan PAS (8) maka MB daripada PKR. Itu saja. Hakikatnya kerajaan negeri Selangor sekarang bukan sebuah kerajaan Pakatan Rakyat sebaliknya adalah sebuah kerajaan campuran PKR DAP PAS. Ketiganya tidak berfikir dan bertindak sebagai satu entiti tetapi bertindak di atas kapasiti masing-masing. Sebab itulah sekarang ini keadaan di Selangor amat sukar.

Selebihnya hamba minta pembaca fikirlah sendiri dan pertimbangkan sendiri. Apa guna mempunyai kerajaan berdasarkan kepada idealisma dan cara PKR DAP PAS? Kita nak sebuah ENTITI seperti BARISAN NASIONAL. Semua kepentingan rakyat dari pelbagai lapisan dan iltizam politik mampu disatukan di bawah satu ENTITI bukannya nampak seperti bersatu tapi membawa haluan sendiri seperti berlaku pada PKR DAP PAS. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

INTERGRITI & KREDIBILITI REGIM DRAKULA PKR DIPERSOALKAN AKAR UMBINYA SENDIRI.

Ketua Penerangan PKR Cabang Ampang Mohd Isa Mohd Saidi


Hamba fikir tak perlu nak ulas panjang-panjang mengenainnya. Jika akar umbi di cabang menjadi kubu kuat Azmin Ali di mana Mak Lempira Zuraida tumpang popler mempersoalkan dan mempertikaikan intergriti dan kredibiliti PKR Pusat, apalagi yang tinggal pada PKR? Itu belum BERSIH 3.0 lagi di mana intergriti dan kredibiliti A Samad Said melibatkan dirinya dalam Sistem Pilihanraya yang memberikan kemenangan mudah 4 buah negeri kepada Regim Drakula PKR DAP PAS menjadi tanda tanya kepada semua. Masih belum BERSIHkah Sistem Pilihanraya Malaysia yang memberikan kemenangan kepada PKR DAP PAS? Pelik kan apabila PKR DAP PAS mempersoalkan Sistem Pilihanraya tetapi tidak mempersoalkan kemenangan mereka yang diberikan oleh Sistem Pilihanraya yang kini mereka pertikaikan.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

BERSHIT 3.0 PKR DAP PAS SEMAKIN HILANG INTERGRITI DAN KREDIBILITI.

AZMIN ALI berkata:
“Pada mesyuarat jawatankuasa induk 28 Mac lalu, pengerusi PSC memilih topik tertentu untuk dimuatkan dalam laporan terakhir yang bukan perkara pokok bagi menjamin PRU bersih. 
“Antara isu utama yang dibangkitkan adalah masalah daftar pemilih yang masih lagi tidak dibersihkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). 
“Oleh itu kita mengemukakan notis kepada Yang Di Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk meminda menurut peraturan mesyuarat 30 (1). (Kita akan) bawa usul memuatkan laporan minoriti dalam laporan akhir PSC esok,”
WONG CHIN HUAT (AJK Pemandu BERSIH) berkata:-
Anda boleh mendapati bahawa kita telah begitu maju dalam teknologi pengklonan sehingga kita boleh mengalahkan Korea dan semua orang lain di dunia,” kata pensyarah Universiti Monash itu sinis.
A  SAMAD SAID berkata:-
"Saya sendiri berada dimana-mana dan orang tanya bila Bersih 3.0. "Daripada interaksi, berjumpa dalam majlis atau dalam facebook, saya mengkhayalkan setidak tidanknya kita akan mengumpulkan seramai 500,000 (akan hadir)," katanya. Menurut Sasterawan Negara itu juga, jumlah itu tidak mustahil kerana ianya akan berlangsung serentak di seluruh negara malah seluruh dunia. "Jadi dengan apa yang diwawarkan kalau tidak melakukan ini dengan penuh ghairah, kita tidak akan dapat merubah pemerintahan yang menggunakan semua cara untuk kekal selama 54 tahun," tambahnya lagi. Terdahulu beliau mengumumkan bahawa himpunan besar-besaran Bersih 3.0 akan diadakan pada hari Sabtu 28 April ini. Ianya akan diadakan jam 2 petang bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Himpunan itu juga akan diadakan serentak seluruh negara dan lebih 32 negara lain di seluruh dunia. "Jawatankuasa pilihan khas dan kerajaan tidak mengambil serius terhadap tuduhan penipuan. Justeru, Bersih 3.0 akan berkumpul duduk bantah secara aman di seluruh negara dan diseluruh dunia. Sabtu 28 April jam 2 hingga 4 petang...ini adalah Bersih 3.0," katanya.



TEPUK DADA TANYA IMAN!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...