Rabu, 11 Julai 2012

X-Klusif Klip Video PAPERWARIS Membongkar Insiden NINJA SESAT!

Seseorang yang hanya dikenali dengan nama pena PAPERWARIS telah membuat satu pembongkaran menarik. Kornologi insiden Ninja Sesat di kupas dengan garapan baik. Terbaik ialah garapan kronologi insiden Bloger Ninja Sesat melalui klip video yang muatnaik oleh bloger MiloSuam. Hairan bukan? 

Bagaimana MiloSuam boleh muatnaik klip video tersebut ?  

Jururakam video pula boleh berada di tempat kejadian pada waktu yang tepat ! 
Sedangkan dalam satu artikel AAKJ ternyata ramai kakitangan awam di kompleks tersebut tak mengetahui mengenai kejadian itu pada masa kejadian itu berlaku.

Macamana pula boleh ada satu percakapan melaporkan 'Dah..dah .. sudah kena tembak?" Bukan suara anggota Polis. Pelik bukan? 

Bagaimana talipon berdering tepat pada waktunya?

Satu lagi perkara yang diperhatikan ialah cara rakaman di buat. Seolah-olah mahu menyembunyikan aksi rakaman tersebut.

Sama-sama kita tonton dan sebarkan klip video ini untuk mendesak bloger pro-pakatam yang dikaitakan memberikan penjelasan.


Pembongkaran PAPERWARIS WAJIB DIBERIKAN PERHATIAN SERIUS OLEH SEMUA!

PEMBONGKARAN TERSEBUT MAMPU MENDEDAHKAN WAJAH-WAJAH PENGHASUT / DALANG KEPADA INSIDEN TERSEBUT.

KITA LAKUKAN KERANA CINTAKAN KEDAMAIAN AGAR TIDAK ADA LAGI NYAWA DIKORBANKAN KERANA POLITIK SEMPIT KEBENCIAN SEPERTI YANG DIDEDAHKAN OLEH BLOGER PRAPRUKARI.

Pemimpin Haprak Pakatam Mampu Buat Perkara Ini Ke?

MENDAMAIKAN DI ANTARA MANUSIA.
BAHAWA TUGAS MENDAMAIKAN ANTARA MANUSIA ITU WAJIB, KERANA MENINGGALKAN CAKAP BOHONG JUGA WAJIB. SESUATU HUKUM YANG WAJIB TIDAK AKAN TERLUPUT, MELAINKAN DENGAN HUKUM WAJIB YANG LAIN YANG LEBIH UTAMA ATAU PENTING DARI YANG MULANYA.
Tidak ada satu kaum pun yang melakukan maksiat-maksiat, sedang dalam kalangan kaum itu ada orang yang mampu mencegah mereka dari perbuatannya itu tetapi ia tiada berbuat, tiadakah ia merasa bimbang bahawa  Allah hampir-hampir akan menimpakan siksanya atas mereka sekalian.
BAHAWA TUGAS AMAR MARUF DAN NAHI MUNKAR ITU MENJADI SEPERKARA YANG WAJIB, DAN KEWAJIBANNYA PULA TIADA TERLUPUT SAMASEKALI, SELAGI ADA KEMAMPUAN UNTUK MELAKSANAKANNYA, KECUALI SUDAH ADA ORANG LAIN YANG MEMENUHI TUGAS ITU.
Adakah tuan puan hanya berharap akan ada orang lain yang akan menjalankan tangungjawab bagi pihak ahli waris, dan ahli waris sendiri hanya menunggu dan lihat sahaja tanpa melibatkan diri. Itu bukan nya bertawakal namanya tetapi penakut, kerana tanpa berusaha dan berpecah belah,kesemua ahli waris tidak akan dapat bersepakat dan keturunan yang berdasarkan ahli waris akan hilang untuk selama-lamanya.  Kisah dan siapa sebenarnya  ahli waris tidak akan diketahui.
TIGA PERKARA YANG PERLU DIINGAT OLEH AHLI WARIS
1.       JANGAN TAMAK
2.       JANGAN KEDEKUT
3.       JANGAN BEREBUT
Perkara tamak,kedekut, berebut ini lah yang memecah-belahkan ahli waris dan berperasangka antara satu sama lain.Baca seterusnya di sini LAMAN PAHANG
Adakalanya Tak Berguna Berbalah Di Atas Perkara Yang Benar. 


Semua orang Melayu tak kira apa keturunan dan berasal dari mana wajiblah meninggalkan amalan:-

  1. Favoritisma / Protegenisma
  2. Kenegerian.
  3. Kepuakan,
Orang Melayu wajiblah hilangkan Semangat Berbangga dengan darah keturunan, ilmu yang ada, kenegerian dan kedaerahan. 

Hendaklah Melayu ini hanya memperkenalkan diri mereka sebagai MELAYU dan bukan sebagai orang Kelantan, orang Perak, orang Kay El, orang Pahang dan macam-macam lagi. 

Janganlah ada amalan nepotisma & kronisma di kalangan pemimpin, pengikut dan kelompok. 

@SukanMsiaXVPhg PASUKAN SILAT PAHANG MENCIPTA SEJARAH TERSENDIRI #MGamesXV


TEMERLOH, IKBN, Kg Bongsu , Lanchang 10 Julai, 2012: Acara Akhir kategori Silat Seni Kreatif Solo/ Regu Putera / Puteri telah berlangsung pada malam kelmarin. Bermula dari jam 9.00 malam dan berakhir pada hampir jam 1.00 pagi. Sebanyak empat pingat emas ditawarkan dalam acara akhir tersebut. Berlaku gangguan anih yang boleh disifatkan sebagai kejadian misterius apabila bekalan elektrik selama tujuh minit. Anihnya kerana hanya semua lampu-lampu limpah di dalam dewan pertandingan tiba-tiba terpadam sendiri. Kepantasan bertindak pasukan teknikal berjaya mengatasinya dalam masa begitu singkat. Keadaan pulih dengan segera tanpa menjejaskan pertandingan dan peserta. Tahniah kepada pegawai dan petugas teknikal dan pengurusan sekretariat yang begitu cepat bertindak dan mengawal keadaan. 

Kejadian Anih & Misterius Bilamana Lampu-lampu Terpadan Sendiri.
Hanya Berlaku di dalam Dewan. Di Luar dewan semua lampu terang benderang.

Keadaan Berjaya Dipulihkan Dalam Tempoh singkat Oleh Petugas Teknikal & Pegawai Sekretariat.

Mungkin itu adalah petanda bagi satu kejayaan luarbiasa yang tercipta pada malam tersebut. Satu sejarah tersendiri telah berjaya di cipta oleh pasukan Silat Seni Pahang. Kesemua empat pingat emas telah di bolot habis oleh pasukan Silat Seni Kreatif kategori Solo Putera/ Puteri dan Regu Putera/ Puteri. Siapa sangka anak-anak muda / mudi Pahang mampu mencipta sejarah tersendiri. Kemampuan dan semangat atlit muda pasukan Silat Seni amat membanggakan. Memang membanggakan apabila dewan bergema dengan lagu negeri Pahang sebanyak empat kali berturut-turut.

Juara Silat Seni Kreatif Solo Putera 

Juara Silat Seni Kreatif Regu

Juara Silat Seni Kreatif Solo Puteri 

Juara Silat Seni Kreatif Regu Puteri 

Pasukan  Silat Seni Kreatif Solo/Regu Putera/Puteri Pahang dengan Pingat emas Yang dimenangi oleh mereka Tahniah Anda Semua Memang Mantap !

Kesemua peserta menunjukkan persembahan yang begitu mengujakan dan terbaik. Diiringi oleh kumpulan gendang dan serunai yang mengalunkan irama rentak pencak Silat yang menaikkan semangat. Aluan gendang dan serunai silat dimainkan dengan penuh seni dan mengasyikkan.


Kumpulan Serunai & Gendang Silat

Para atlit mempersembahkan kemahiran gaya dan teknik menarik menggunakan senjata-senjata tradisi seperti keris, kayu panjang, tekpi, pedang panjang, parang, sundang dan sabit.


Senjata Tradisi Pahlawan Melayu Yang digunakan Semasa Persembahan.

Antara Aksi Menarik Para Atlit Seni Silat Kreatif 

















 Acara digamatkan dan diceriakan oleh gelagat-gelagat para penyokong masing-masing.



Di sampin itu aktiviti peniaga turut menjadi tumpuan di luar dewan 



Huh .. rugi tak tengok dan datang sendiri ke tempat pertandingan, Macam-macam ada dan suasana sentiasa gamat dan amat mengujakan melihat gelagat para penyokong dan persembahan bersemangat dan bersungguh daripada para atlit. 

Jadi apa tunggu lagi? JOM KE ACARA PENCAK SILAT SUKMA XV. Tak jauh dekat. tak percaya? Meh tengok gambar ini.






SUKAN MENJANA PERPADUAN 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...