Ahad, 3 Mac 2013

ANALISA KEDAULATAN WILAYAH SABAH DALAM MALAYSIA, GENG KIRAM BOLEH BLAH!


geng lanun yang tak tau malu ngaku Sultan Sulu !

AMBE CIPLAK 100% DARIPADA BLOG RAKAN YANG AKAL FIKIRANNYA WARAS DAN CERDIK DALAM MENGANALISA MENGENAI KEDAULATAN WILAYAH SABAH DALAM MALAYSIA.

1. Siapakah Yang Menceroboh?

Kumpulan penceroboh grup KIRAM yang diketuai oleh Agbimuddin datang dari Selatan Filipina dan dianggarkan terdiri daripada kira-kira 200-400 orang, dengan 20-100 orang daripada mereka bersenjata2. Kumpulan ini diketuai oleh 'Raja Muda' Agbimuddin Kiram, adik kepada 'mantan sultan' Jamalul Kiram III dan 'sultan' Ismael Kiram II.3 4 Jamalul Kiram III pernah bertanding untuk jawatan senator dalam pilihanraya Filipina.2. Adakah Kumpulan Penceroboh Ini Mewakili Kesultanan Sulu?

Tidak.

Ini kerana kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986. Kini terdapat dua pihak utama yang mengaku sebagai Sultan Sulu:

Pertama, Muedzul Lail Tan Kiram, anak kepada Sultan Sulu terakhir yang diiktiraf kerajaan Filipina, Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram. Beliau dilantik sebagai Raja Muda pada hari penabalan bapa beliau sebagai sultan.

(BACA: Pencerobohan Tersebar Ke Seluruh Sabah?)

Kedua, Ismael Kiram II, abang kepada ketua penceroboh, 'Raja Muda' Agbimuddin Kiram.

3. Apakah Tujuan Kumpulan Penceroboh?

'Mantan sultan' Jamalul Kiram III menyatakan bahawa kumpulan ini ingin menjadikan Sabah sebagai 'rumah' mereka:

"Mengapa kami harus meninggalkan rumah kami sendiri? Hakikatnya mereka (rakyat Malaysia) membayar sewa (kepada kami). Pengikut kami akan tinggal di Lahad Datu, Sabah. Tiada siapa akan dihantar pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah kami".

4. Adakah Filipina Pernah Membuat Tuntutan Terhadap Sabah?

Ya.

Filipina membuat tuntutan terhadap Sabah kerana menganggap Kesultanan Sulu, yang pernah berpusat di Filipina, memiliki hak ke atas Sabah.

Setiausaha Kehakiman, Kementerian Luar dan Pejabat Presiden Filipina kini telah diarahkan untuk melakukan kajian mengenai tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah.

5. Adakah Malaysia Boleh Membuat Tuntutan Terhadap Wilayah Milik Filipina Sekiranya Kesultanan Sulu Menjadikan Sabah Sebagai Pusat Pentadbiran?

Sabah tidak pernah menjadi pusat Kesultanan Sulu.

Malah, Sabah dianggap kurang penting oleh Kesultanan Sulu sehinggakan ia diserah kepada British North Borneo Company pada 22 Januari 1878.

Pusat Kesultanan Sulu terletak di Maimbung, Jolo.

6. Adakah Pihak Di Malaysia Yang Menyokong Tuntutan Kesultanan Sulu Ke Atas Sabah?

Wakil The Manila Times di Mindanao, Al Jacinto, melaporkan bahawa pencerobohan 'Tentera DiRaja Kesultanan Sulu' berlaku ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua Pakatan Rakyat, mencadangkan agar Sabah diberikan kuasa autonomi.6

ABS-CBN News melaporkan bahawa kumpulan penceroboh tersebut telah dijemput oleh seorang ahli politik pembangkang:

A Philippine military officer interviewed by Reuters also said the men were followers of the heirs of the Sultan of Sulu – an island group off the southern Philippines – who had been invited to Sabah by a Malaysian opposition politician to discuss land issues.7

(Seorang pegawai tentera Filipina yang ditemuramah Reuters juga berkata bahawa kumpulan tersebut merupakan pengikut kepada waris Sultan Sulu – sebuah kepulauan di selatan Filipina – yang diundang ke Sabah oleh seorang ahli politik pembangkang Malaysia untuk membincangkan isu tanah.)

7. Benarkah Malaysia Membayar Sewa Kepada Filipina Untuk Sabah?

Tidak.

Malaysia membayar 'cession money' sebanyak USD5,000 setiap tahun kepada waris Sultan Sulu.

'Cession money' ialah bayaran penyerahan, dan bukan bayaran sewa. Selain Sabah, terdapat wilayah-wilayah lain di dunia yang diserahkan (ceded) dengan bayaran, contohnya:

(a). Louisiana, diserah oleh Perancis kepada Amerika Syarikat dengan bayaran berjumlah USD15 juta, atau kurang USD0.03 seekar.

(b). Alaska, diserah oleh Russia kepada Amerika Syarikat dengan bayaran USD7.2 juta, atau USD0.02 seekar.


8. Apakah Wilayah Yang Menjadi Hak Kesultanan Sulu?

Royal House of Sulu, laman web rasmi Muedzul Lail Tan Kiram, mendakwa bahawa wilayah-wilayah yang menjadi hak Kesultanan Sulu termasuklah Jolo, Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina, selain Sabah dan Pulau Balambangan di Malaysia. Kepulauan Spratly juga didakwa di bawah hak Kesultanan Sulu.

Jolo, Basilan dan Tawi-Tawi sekarang berada di dalam wilayah pentadbiran Filipina yang dinamakan ARMM (Autonomous Region in Muslim Mindanao – Wilayah Autonomi Muslim Mindanao). ARMM dicadang untuk digantikan dengan wilayah autonomi baru yang dikenali sebagai Bangsamoro.

9. Adakah Filipina Mengiktiraf Kesultanan Sulu?

Tidak.

Kali terakhir kerajaan Filipina mengiktiraf Sultan Sulu ialah pada 24 Mei 1974 apabila Presiden Filipina ketika itu, Ferdinand Marcos, mengeluarkan Memorandum Order No. 427 yang menabalkan Mohd. Mahakuttah A. Kiram sebagai sultan.

Sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram, kerajaan Filipina tidak pernah lagi mengiktiraf mana-mana individu sebagai Sultan Sulu.10. Adakah Ini Bermakna Filipina Memanipulasi Kesultanan Sulu Untuk Menuntut Sabah?

Filipina dilaporkan pernah memulakan 'Operation Merdeka' pada 1967, satu operasi ketenteraan untuk melatih pasukan komando daripada etnik Tausug dan Sama yang beragama Islam bagi menimbulkan ketidakstabilan dan kacau-bilau di Sabah.

Namun, sebaik sahaja mengetahui matlamat sebenar operasi ini ialah untuk memerangi kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam, pelatih-pelatih etnik Tausug dan Sama ini telah menuntut agar dihantar pulang. Walau bagaimanapun, Pasukan Bersenjata Filipina (AFP – Armed Forces of the Philippines) dikatakan telah menembak mati para pelatih ini. Dilaporkan seramai 11-64 orang telah mati ditembak. Kejadian ini dikenali sebagai Jabidah Massacre (Pembunuhan Jabidah) atau Corregidor Massacre (Pembunuhan Corregidor).

William Larousse10, Michael Leifer11, Andrew T. H. Tan12 dan Alfred W. McCoy13 adalah antara para penulis yang telah melaporkan kejadian ini.

11. Apakah Peluang Filipina Untuk Menuntut Sabah Sekiranya Kes Ini Dibawa Ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)?

Tipis.

Pertama, kerana waris Sultan Sulu telah menerima 'cession money' sehingga ke hari ini. Ini bermakna waris Sultan Sulu mengakui bahawa Sabah telah diserah (ceded), dan bukannya dipajak (leased), kepada British North Borneo Company.

Kedua, kerana Kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986.

Geran pajakan yang dijadikan sumber konflik telah ditandatangani oleh Sultan Sulu, Sultan Jamalul A'lam dengan Gustavus Baron de Overbeck serta Alfred Dent, yang mewakili British North Borneo Company, pada 22 Januari 1878.

Ketiga, geran pajakan yang ditandatangani antara British North Borneo Company dan Kesultanan Sulu itu telah diatasi oleh Protokol Madrid 1885.

Sepanyol, yang menguasai wilayah-wilayah Kesultanan Sulu ketika itu, telah menandatangani perjanjian dengan Jerman dan Great Britain pada 7 Mac 1885 untuk melepaskan segala tuntutan terhadap kedaulatan Sabah:

Article 3

The Spanish Government relinquishes as far as regards the British Government, all claim of sovereignty over the territories of the continent of Borneo which belong, or which have belonged in the past, to the Sultan of Sulu (Jolo), including therein the neighboring islands of Balambangan, Banguey and Malawali, as well as all those islands lying within a zone of three marine leagues along the coasts and which form part of the territories administered by the Company styled the 'British North Borneo Company'.

(Kerajaan Sepanyol melepaskan kepada Kerajaan British, semua tuntutan kedaulatan ke atas wilayah-wilayah benua Borneo yang dimiliki, atau yang telah dimiliki pada masa lampau, oleh Sultan Sulu (Jolo), termasuk pulau-pulau Balambangan, Banguey dan Malawali yang berhampiran, dan semua pulau-pulau yang berada di dalam zon tiga liga marin di sepanjang pesisir pantai dan membentuk sebahagian wilayah yang ditadbir oleh Syarikat yang digelar 'British North Borneo Company'.)14

Keempat, Kesultanan Sulu dianggap telah tamat sebaik sahaja Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915, yang menyerahkan segala kuasa politik beliau kepada Amerika Syarikat.

Kelima, kerajaan Malaysia telah mengambil tanggungjawab untuk membangunkan prasarana bagi kemudahan para penduduk Sabah sejak 1963 tanpa bantahan Kesultanan Sulu mahupun kerajaan Filipina. Ini membuktikan pemilikan dan pentadbiran yang aman secara berterusan oleh kerajaan Malaysia ke atas Sabah. Mengikut dasar effectivites yang diambil kira oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ – International Court of Justice), Malaysia boleh dianugerahkan hak ke atas Sabah, sepertimana yang pernah diberikan kepada kerajaan Malaysia dalam kes Ligitan-Sipadan.

Keenam, laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan pada 1 Ogos 1962 mendapati bahawa 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong kuat pembentukan Malaysia, 1/3 lagi menyokong projek Malaysia dengan syarat hak mereka dilindungi, manakala kumpulan 1/3 yang terakhir terbahagi antara mereka yang mahukan kemerdekaan dan mereka yang mahukan pentadbiran British diteruskan.

Ketujuh, Setiausaha Agung PBB, U Thant, telah melaporkan pada 1963 bahawa penduduk Sabah "ingin menamatkan status kebergantungan mereka dan merealisasikan kemerdekaan mereka melalui penyekutuan yang dipilih secara bebas dengan bangsa lain dalam rantau mereka" ("wish to bring their dependent status to an end and to realize their independence through freely chosen association with other peoples in their region").15

Kelapan, jika Kesultanan Sulu mendakwa bahawa Sabah adalah milik mereka, maka adalah konsisten bagi Kesultanan Sulu untuk tidak sahaja membuat tuntutan terhadap Sabah semata-mata, malah juga menuntut dan menguasai pusat pentadbiran mereka sendiri di Jolo, selain wilayah Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina yang juga mereka dakwa merupakan milik mereka.

Walau bagaimanapun, Kesultanan Sulu tidak memiliki apa-apa kuasa politik terhadap wilayah-wilayah yang terletak di Filipina ini.

THE SO-CALLED STUPIDITIES ON CLAIM OF 'OWNERSHIP' AND SOVEREIGNITY' 'SUZERAINTY' OF FILIPINO BANDITS OVER SABAH.

   

Entah MALAON BAHLOL manalah dok sibuk nak promosikan kebodohan Hujah-hujah THE INQUIRER dalam isu LAHAD DATU. 

Isu Lahad Datu ini sebenarnya TIDAK MELIBATKAN UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA PUN.

KESULTANAN SULU TAK WUJUD sebab Kesultanan itu sudah lama berakhir.
Dan kini pewarisnya adalah RAKYAT BIASA WARGANEGARA REPUBLIK FILIPINA.

Tak kisahlah pun kalau RUMAH PEWARIS nak berikan Gelaran mengikut Adat Resam Budaya mereka kepada mana-mana individu. Itu bukan PEMBUKTIAN KESULTANAN SULU MASIH WUJUD.

Lantaklah pewarisnya nak guna apajua gelaran pun asalkan tak menyalahi undang-undang REPUBLIK FILIPINA.

Soal pembayaran saguhati , jika benar berlaku lah , di atas kapasiti apa sebenarnya? Ianya bukan pembayaran UFTI, pembayaran SEWA TANAH tetapi bersifat SAGUHATI. 

Pada 1878, Sultan Sulu menyerahkan kuasa dan kedaulatannya ke atas seluruh Sabah kepada Syarikat Sabah Utara. Kemudian bagi menghalang pembentukan MALAYSIA, sekali lagi Sultan Sulu menyerahkan wilayah kedaulatan ke atas Sabah kepada Presiden Filipina. Kemudian Filipina menggugurkan tuntutannya ke atas Sabah. Kapische !

Seluruh dunia termasuk PBB mengiktirafkan WILAYAH KEDAULATAN SABAH DALAM MALAYSIA. Dah takde kena mengena lagi dah dengan REPUBLIK FILIPINA atau mana-mana pewaris Kesultanan Sulu.

Malah para pewaris Kesultanan Sulu pun mengakui kedaulatan Malaysia ke atas Sabah. 

Mengikut PERLEMBAGAAN MALAYSIA mana-mana negeri yang tiada BERSULTAN ATAU BERAJA maka YANG DIPERTUAN AGUNG SELAKU KEPALA NEGARA AKAN MELANTIK WAKILNYA YAKNI DI SEBUT SEBAGAI YANG DIPERTUAN NEGERI ATAU GABENUR. Lihat di sini http://www.sabah.gov.my/istana/

Kemasukan SABAH ke dalam Persekutuan Malaysia adalah sah dan mengikut prosedur PBB. Kini Sabah berada dalam Persekutuan Malaysia. Badan legislatif yang tertinggi ialah DEWAN UNDANGAN SABAH yang mempunyai WAKIL SAH DI PARLIMEN MALAYSIA.

Apa kena mengena pula dengan pewaris Kesultanan Sulu yang berada di Jolo, Mindanao yang merupakan WILAYAH KEDAULATAN REPUBLIK FILIPINA? Depa pun dah jadi rakyat REPUBLIK FILIPINA!

Waima PERJANJIAN PERDAMAIAN telah dimeterai di antara PUAK TAUSUG dengan REPUBLIK FILIPINA melalui MALAYSIA sebagai orang tengah, adakah itu bermakna OTOMATISNYA WUJUD SEMULA KESULTANAN SULU?

Sebab itulah yang tuntutan pertama yang di minta oleh para BANDIT FILIPINO ialah meminta kerajaan MALAYSIA MENGIKTIRAF MEREKA ADALAH 'TENTERA DIRAJA KESULTANAN SULU'.  Kerana apa?
Kerana REPUBLIK FILIPINA TAK MENGIKTIRAF WUJUDNYA KESULTANAN SULU. Mana ada SULTAN DALAM SEBUAH NEGARA REPUBLIK?
Untuk apa pula MALAYSIA NAK IKTIRAF SEKUMPULAN BANDIT BERTARAF WARGANEGARA REPUBLIK FILIPINA SEBAGAI TENTERA DIRAJA KESULTANAN SULU ?

Sedangkan pewaris Kesultanan Sulu pun tak mengaku adanya SULTAN SULU DALAM SEBUAH NEGARA REPUBLIK.

Apakah kesan dan implikasinya ?
Bermakna mereka pun menggugurkan tuntutan hakmilik TANAH SABAH.

Apa yang kita ketahui ialah Anwar Ibrahim berjumpa Nur Misuari dalam keadaan mencurigakan sebelum berlakunya insiden pencerobohan oleh BANDIT FILIPINO dari puak KIRAM dan AGBIMUDDIN yang bertindak sendiri bagi kepentingan sendiri.

Ini berlaku kerana mengikut perisikan Filipina sendiri satu pertemuan sulit di antara ANWAR IBRAHIM dengan NUR MISUARI telah berlaku. Termasuklah TIAN CHUA.

Geng Bandit yang menceroboh pula adalah pro Nur Misuari.

Menurut perisikan luar negara yang di petik oleh MANILA TIMES dan THE INQUIRER , geng BANDIT FILIPINO yang menceroboh diketuai oleh seorang askar upahan berambut perang.

Yang menceroboh bukanlah sebuah ENTIT BERDAULAT atau yang diiktiraf berdaulat pun.

Yang menceroboh ialah ENTITI BANDIT TERORIS GENG KIRAM & AGBIMUDDIN yang membuat kacau kerana didalangi oleh ANWAR IBRAHIM & NUR MISUARI.

Jadi tak salah kerajaan guna PDRM & ATM pun untuk menjaga kedaulatan wilayah negara dari di ancam oleh puak BANDIT TERORIS LANUN.

SYABAS ATM & PDRM YANG MENGAWAL SITUASI DENGAN BAIK DI LAHAD DATU & SEMPORNA SABAH!















Menurut sumber rasmi Utusan Malaysia dan Bernama, ATM & PDRM sedang mengawal keadaan di Lahad Datu dan Semporna. Kebanyakan sumber maklumat di Media Sosial kurang tepat dan boleh dikatakan TAK TEPAT LANGSUNG!

Biarlah ATM & PDRM yang mengendalikan situasi tersebut.
Janganlah pula kita pengamal media sosial nak mengada-ngada tunjuk pandai dan memandai dalam situasi tersebut,
Helo kita bukan berada di sana !

Dan jangan sampai membahayakan pula nyawa anggota ATM & PDRM yang bertugas di sana kerana nak TUNJUK TERER MENYAMPAIKAN MAKLUMAT serta INFOKINI. 

Biarlah media rasmi seperti UTUSAN MALAYSIA dan BERNAMA sahaja yang menyiarkan kenyataan-kenyataan media rasmi.

Kepada SKMM pula dan Kementerian Penerangan , jangan lah pula nampak seolah-olah berpeluk tubuh!
Kamonlah !
Inilah masanya KUATKUASA MAKLUMAT!
Jika tersinggung harap maaflah sebab INI BUKAN MAIN-MAIN BRO!

Kita semua sudah tahu bahawa KEDAULATAN WILAYAH MALAYSIA TIDAK BOLEH DINAFIKAN OLEH SESIAPA PUN JUGA.

Tidak AKAN mampu di gugat oleh geng TERORIS KIRAM, AGBIMUDIN ATAU SESIAPA PUN!

Dan kita semua tahu ATM & PDRM cukup terlatih dan berpengalaman mengendalikan situasi-situasi seperti di Lahad Datu tersebut. 

Kita perlu memberikan SOKONGAN MORAL YANG TINGGI kepada ATM & PDRM mengendalikan situasi di Lahad Datu, 

Jangan kita nak MEMANDAI-MANDAI LEBIH DARIPADA ATM & PDRM.

HOI JANGAN JADI BANGANG BOLEH TAK??? !!!
Maaf kalau terkasar bahasa.

ATM & PDRM KITA DI IKTIRAF SEBAGAI PASUKAN KESELAMATAN YANG TERBAIK DAN PALING PROFESIONAL DI DUNIA!

JOM BERI SOKONGAN MORAL YANG PALING MAKSIMUM KEPADA ATM & PDRM KITA !

KITA LANYAK TIAN CHUA, DAP , PKR & PAS WALAU DI MANA MEREKA BERADA KERANA MEREKALAH GENG-GENG TERORIS SEPERTI AGBIMUDIN & KIRAM BERANI NAIK TOCANG!

KITA PERLU INGAT BAHAWA GENG TERORIS KIRAM & AGBIMUDIN BERTINDAK SENDIRI MELAWAN KEHENDAK MAJORITI TAUSUG KERANA TERPEDAYA DENGAN JANJI-JANJI MANIS ANWAR IBRAHIM DAN DAP PKR PAS!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...