SERANGAN BERMULA.
(Perebutan Kuasa Politik)
Siapakah yang menyerang, siapakah di serang dan siapakah dalang? Rakan bloger The Flying Kick menerbitkan sebuah emel yang diterimanya daripada seorang pembacanya. Sila ke pautan ini THE FLYING KICK. Berikut hamba memetik sebahagian emel tersebut yang pada pendapat hamba merupakan intipatinya:-
Pelbagai perkara yang menimbulkan tanda tanya tentang FELDA sejak PM melantik orang kuat politik menjadi Chairman .........DG FELDA dikurangkan kuasanya, direhatkan... sedangkan ramai peneroka begitu percaya pada beliau dan dekat dgn DG Felda.
Mengapa perlu menambahkan kemarahan peneroka pada kerajaan? Apa keutamaan yang peneroka FELDA akan dapat dalam penyenaraian FELDA? Pink form? Blue form? Ataupun mereka langsung tak tahu apa itu account CDS? UMNO dan kerajaan BN mesti sedar yang mereka telah tersilap langkah dalam menjaga kebajikan pengundi tetap mereka di Felda-Felda.
Jangan salahkan orang lain jika terjadi tsunami yang tidak dijangka pada PRU13!
-pu3 kbb-
FELDA Global Ventures Sdn Bhd (FGVH) adalah ilham DS Najib. Kita teliti pula kenyataan ini yang di petik dari laman sesawang LAMAN KL TODAY.
Minggu lalu, Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa bekas pengerusi Felda Tan Sri Yusof Noor Yusof dan Rozali kemungkinan bergandingan dengan pembangkang dalam menentang penyenaraian FGVH. Katanya, beliau ada maklumat Rozali, yang juga Pengerusi Eksekutif Syabas menyasarkan jawatan pengerusi Felda.
Ini pula petikan kenyataan Tan Sri Rozali (dari LAMAN KL TODAY):
“Masalahnya ialah soal penerangan tidak terurus. Sekarang ia mudah. Felda Global boleh datang kepada kami dan membuat penjelasan, hanya satu pihak. Jadi, kami akan berurusan dengan mereka.“Sehingga kami memahami cadangan penyenaraian, kami tidak akan ya atau tidak. Saya berharap Felda Global Ventures dan Felda akan memahami kekangan kami,” kata beliau. Rozali juga menafikan beliau mahu menggantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda Holdings.“Persoalan mengenai jawatan tidak timbul buat saya. Kami bekerja untuk melindungi kepentingan Felda dan generasi semasa dan akan datang.
NGO ANAK di bawah Mazlan Aliman pula sering berkata penyenaraian FGVH bakal merugikan peneroka dalam jangkamasa panjang tetapi tidak menyebutkan bagaimanakah ianya merugikan peneroka.
Banyak persoalan yang sengaja dibangkitkan oleh pihak tertentu mengenai penyenaraian FGVH. Apakah matlamat dan tujuan mereka sebenarnya?
Adakah benar-benar untuk kebajikan dan kemajuan peneroka FELDA atau untuk kepentingan kerjaya politik mereka sendiri?
Adakah tindakan pelan transformasi FELDA bagi kepentingan jangkamasa panjang peneroka FELDA dan generasi FELDA seterusnya itu adalah salah?
Atau yang cuba menghalanginya daripada berlaku itulah tindakan yang salah?
Kenapa Tan Sri Rozali perlu menyibukkan dirinya dalam soal FGVH sedangkan isu konsesi perkhidmatan air di Selangor pun tidak dapat diselesaikan olehnya dengan bijaksana?
Apakah benar semua peneroka menentang penyenaraian FGVH di bursa saham?
Adakah DS Najib menzalimi peneroka FELDA sedangkan FELDA adalah ilham dan cetusan warisan arwah bapanya sendiri?
Apakah NGO yang dipengerusikan oleh Tan Sri Rozali benar-benar mewakili suara majoriti peneroka FELDA di seluruh Malaysia?
Sejak bilakah NGO yang dipengerusikan oleh Tan Sri Rozali itu mendapat mandat daripada semua peneroka FELDA untuk mewakili suara mereka?
Di atas kapasiti apakah Tan Sri Rozali bertindak?
Apakah jasa-jasa tampak Tan Sri Rozali kepada semua peneroka FELDA selama ini?
Apa hendak dikejarkan sangat dalam kerjaya politik ini? Melainkanlah jika benar-benar mampu memberikan manafaat besar kepada ramai orang.
Kuasa bersifat sementara sahaja. Tidak ada yang kekal berkuasa. Politik ini sebenarnya adalah amanah dan tanggungjawab yang amat berat serta menjadi penyesalan di akhirat kelak kecuali bagi mereka yang ditakdirkan mampu melaksanakannya. Fikir-fikirkanlah.
TEPUK DADA TANYA IMAN!