Selasa, 3 April 2012

BERSIH 3.0 SENJATA MAKAN TUAN.


Sudah tersebar di fesbuk mengenai tarikh BERSIH 3.0. Kononnya akan diadakan pada 28hb April 2011 di Dataran Merdeka, Ini kononnya bagi mendesak dan memaksa SPR dan kerajaan BN menerima bulat-bulat tanpa soal kesemua 8 Tuntutan BERSIH. Hamboi. Takkan suara BERSIH dan tuntutan BERSIH sahaja yang penting? sebelum ini kerajaan BN telah menubuhkan JKTP Penambah-baikkan proses Pilihanraya agar ianya tidak diperkecilkan dan dikatakan sebagai tidak adil dan berat sebelah. 

Memandangkan Akta Perhimpunan Aman telah diluluskan kemungkinan perhimpunan tersebut dibenarkan dengan syarat-syarat tertentu oleh pihak Polis. Tetapi pada masa yang sama BERSIH adalah sebuah pertubuhan yang tak berdaftar. Jadi siapakah yang akan mengambi tanggungjawab ke atas keselamatan dan memberikan jaminan bahawa perhimpunan itu tidak menjadi ganas dan agresif? Adakah penganjur sanggup membayar sebarang gantirugi kerosakan kepada hartabenda awam dan kepada para peniaga?

Berdasarkan kepada pengalaman perhimpunan sokongan kepada Anwar Israel di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, PKR yang menganjurkannya pun enggan bertanggungjawab ke atas insiden letupan 3 biji bom. Malah peraturan yang ditetapkan pun tidak dipatuhi oleh PKR. Azmin Ali sendiri berbohong mengenai PKR menerima 10 syarat-syarat yang ditetapkan oleh PDRM.  

Di dalam Teori sains Politik diakui tidak ada sebarang demonstrasi jalanan mampu menumbangkan mana-mana kerajaan. Ianya hanya cubaan untuk menajamkan konflik dalaman di dalam kerajaan sahaja. Jika itu tidak tercapai tidak mustahil demonstrasi tersebut menajdi senjata makan tuan kepada penganjur dan penaja nya sendiri. 

Kita hanya ada beberapa soalan sahaja kepada penganjur BERSIH 3.0 iaitu adakah 8 tuntutan BERSIH itu hasil suara denyut nadi rakyat atau pakatan rakyat ?  Kedua adakah BERSIH sanggup bertanggungjawab ke atas segala kerosakan yang dilakukan oleh para demonstran? Adakah BERSIH sanggup membayar sebarang jumpah pampasan dan gantirugi kepada kerugian yang dialami oleh para peniaga? Apakah jaminan keselamatan daripada BERSIH kepada orang awam? 

Jangan nak syok berdemo sahaja tapi tak nak bertanggungjawab di atas perbuatan tersebut. itu namanya bacol. Kalau anda rakyat Malaysia yang cintakan negara dan sukakan penyelesaian secara perdamaian, eloklah anda menjauhi diri daripada perhimpunan tersebut kerana anda tidak akan dilindungi oleh penganjurnya. Nasib anda lah nanti. Sendiri tanggung. Pihak lain yang dapat untung. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

PKR & PAS SELANGOR LEBIH RELA TENGOK DARIPADA BERTINDAK DALAM ISU MURTAD.

SOAL AKIDAH bukanlah perkara kecil yang boleh di ambil sambil lewa dan ringan oleh mana-mana pihak yang menjadi pemerintah negeri dan pusat di negara ini. Gejala murtad adalah satu masaalah nasional berdasarkan kepada peruntukkan perundangan di dalam Perlembagaan Malaysia dan enakmen pentadbiran hal ehwal agam Islam di setiap negeri. Amat dikesali apabila Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani mengeluarkan kenyataan bahawa gejala murtad adalah perkara kecil berbanding isu besar seperti pengundi hantu. Kenyatan itu amat mengguris hati setiap umat Islam yang menyintai Islam sepenuh hati. Dr  Hasan Ali menyeru pemerintah negeri Selangor pada masakini agar mengambil langkah-langkah serius menangani gejala murtad yang mengancam akidah umat Islam di Selangor. Beliau menegaskan, Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar dan EXCO yang memegang potfolio hal ehwal agama Islam Selangor mempunyai tanggungjawab dan amanah yang amat besar. Penasihat agama Menteri Besar Selangor ialah Badrul Amin yang telah di tangkap berkhalwat tempoh hari di Kuantan, Pahang. Kita dengar dan teliti pesanan yang disampaikan oleh Dr Hasan Ali ini. 


TEPUK DADA TANYA IMAN!

KPF & FGVH: SEMALAM INJUKSI PEMBANGKANG DI TOLAK


Usaha pembangkang untuk menghalang peneroka melakukan anjakan paradigma ke hadapan telah digagalkan oleh kurang kefahaman barisan peguam mereka sendiri. Permohonan bagi mendapatkan injuksi telah di tolak oleh mahkamah di atas alasan, pertama pembangkang tidak mempunyai bukti-bukti kukuh pegangan dan penguasaan 51% ekuiti saham bernilai RM13.3 bilion KPF di dalam Felda Holdings Berhad (FHB). Kedua, tindakan itu ada pramatang, Ketiga, Suruhanjaya Koperasi adalah saluran yang betul bagi soal-soal membabitkan hal ehwal koperasi dan bukan mahkamah biasa.

Berita ini pendek je la sebab tak perlu panjang-panjang, Yang penting ternyata alasan yang diberikan oleh hakim menolak permohonan injuksi itu membuktikan pembangkang banyak cakap kosong sahaja. Diharapankan pembangkang tidak meroyan selepas ini.

TEPUK DADA TANYA IMAN!


SIAPA YANG LEBIH LAYAK MENJADI KERAJAAN NEGERI & PUSAT?


POLITIK tidak kotor, tidak jijik dan tidak jahat. Yang kotor, yang jijik dan yang jahat ialah pembawaan peribadi mana-mana politikus. Di dalam amalan memilih kerajaan di peringkat negeri dan Pusat, kita bebas memilih mana-mana pihak yang bertanding di dalam pilihanraya.Pihak yang mendapat undian terbanyak walaupun melebihi 1 undi dari pihak lawan maka pihak itu di kira menang dalam pemilihan. Tapi itu belum bermakna pihak yang menang itu boleh menubuhkan sebuah kerajaan negeri dan pusat. Itu bergantung pula kepada agregat kemenangan parti politik yang diwakili oleh individu tersebut di semua DUN dan kawasan Parlimen. 

Ada beberapa senario yang menarik. Jika ramai calon bebas yang tak terikat dengan mana-mana parti politik memenangi majoriti mudah di peringkat DUN dan di kawasan Parlimen bolehkah sebuah kerajaan negeri dan Pusat di bentuk? Bolehkah kumpulan calon bebas itu mengikat diri mereka dengan mana-mana parti politik yang besar untuk mencukupkan bilangan majoriti mudah bagi membentuk sebuah kerajaan negeri dan pusat samada di DUN mahupun di Parlimen? Jawapannya ialah ya, mereka boleh melakukannya. Bagaimanakah caranya?

Ambil senario Dewan Rakyat. Bilangan kerusi yang ada ialah 222 bagi seluruh Malaysia.Bagi menubuhkan sebuah kerajaan Pusat, mana-mana pihak perlu menguasai kepercayaan 2/3 atau majoriti mudah dari 222 Ahli Parlimen.

2/3 dari 222 ialah 148. Majoriti mudah ialah di antara julat 112 - 147. Sekarang kita lihat pula parti-parti politik yang bertanding dalam PRU 12 yang bakal bertanding di PRU 13. 

1. Barisan Nasional
2. PKR
3. PAS
4. DAP
5. Calon Bebas.

Mana-mana gabungan di antara kelima-lima pihak di atas jika mampu mencapai agregat 112 - 147 atau 148 gabungan itulah yang berhak menubuhkan kerajaan Pusat. 

Dalam hal pakatan DAP-PKR-PAS, mana-mana pihak yang memenangi jumlah kerusi yang tertinggi di antara ketiganya maka kerajaan yang di bentuk dan ditubuhkan adalah mengikut fahaman politik parti tersebut. 

Jika DAP yang menang banyak kerusi maka Malaysia akan mengikuti fahaman Sosialis Demokrat. 

Jika PKR yang lebih banyak memenangi kerusi maka Malaysia akan diterajui oleh fahaman politik yang ikut suka hati engkaulah.

Jika PAS yang banyak memenangi kerusi maka Malaysia akan ikut fahaman khawarij PAS.

Namun begitu, selagi gabungan itu kekal selagi itulah kerajaan itu sah. Tapi apa jadi tiba-tiba DAP merajuk dan keluar dari pakatan tersebut? Atau PKR ? Atau PAS ? Atau mana-mana Ahli Parlimen dari mana-mana gabungan tiga parti politik itu keluar dan isytihar menjadi calon bebas sepertimana yang berlaku di Perak?

Kita perlu ingat bahawa PAKATAN RAKYAT tidak bertanding sebagai satu entiti politik seperti BARISAN NASIONAL. Sebaliknya, PAKATAN RAKYAT bertanding secara berasingan sebagai entiti-entiti politik yang berbeza. Jika anda mengundi PAS tak bermakna anda mengundi PAKATAN RAKYAT. Begitu juga jika anda mengundi DAP dan PKR. Anda hanya mengundi DAP-PKR-PAS dengan harapan yang belum tentu lagi menjadi suatu kenyataan. 

Ianya berbeza jika anda mengundi BARISAN NASIONAL. Ini kerana BARISAN NASIONAL bertindak sebagai satu entiti politik. Anda tidak mengundi secara berasingan UMNO, MCA , MIC, GERAKAN dan parti-parti komponen yang lain seperti yang menjadi amalan dalam PAKATAN RAKYAT. 

Oleh itu, soal calun adalah Faktor Penentu bagi BARISAN NASIONAL. Bermakna BARISAN NASIONAL tidak boleh meletakkan sebarang calun. Silap pilih calun alamatnya hilang kerusi. BARISAN NASIONAL perlu memilih Calon Boleh Menang yang diterima baik oleh pengundi.

Manakala bagi PAKATAN RAKYAT, soal Pembahagian Kerusi di antara DAP-PKR-PAS adalah Faktor Penentu. Soal calun bagi PAKATAN RAKYAT tak penting. Oleh itu DAP-PKR-PAS boleh letak apa jua jenis calun pun untuk bertanding. Jika PKR hendak letak ular tedung , DAP letak  ular sawa dan PAS letak buaya sebagai calun, tak kisah. Di dalam satu kawasan DUN atau Parlimen, ketiga-tiga parti boleh meletakkan calon mereka untuk bertanding. Tak ke haru biru dan caca marba nanti?

Sebagai pemilih berdaftar sudah tentulah kita mahu memilih pihak yang sudah terbukti gabungan di antara mereka adalah mantap dan berpengalaman. Gabungan DAP-PKR-PAS adalah amat rapuh. Jika mereka menubuhkan kerajaan pun ianya akan jadi seperti di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor. sukar untuk mereka mencapai kata sepakat menyelesaikan masaalah rakyat. Masing-masing membawa haluan dan fahaman masing-masing.

Berbeza dengan BARISAN NASIONAL. Sudah 54 tahun gabungan ini menempuh pelbagai pahit getir dan melepasi setiap ombak yang datang. Konsensus di antara parti politik di dalam BARISAN NASIONAL adalah lebih mantap dan jitu. Mudah mencapai kata sepakat dalam semua isu. Sudah tentulah ini menguntungakan dan membawa manafaat kepada rakyat.

Kalau hamba lah.. hamba pilih BARISAN NASIONAL sahaja. Sebab BARISAN NASIONAL sudah terbukti kemampuan mereka. Kalau diberikan 2/3 majoriti lagi bagus. Keputusan cepat dan pantas dalam menyelesaikan masaalah rakyat. Yea tak ?

TEPUK DADA TANYA IMAN!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...