Selasa, 20 November 2012

BILA DAH KAUT UNTUNG RM8.6 JUTA PAKATAM AHZAB NAK ROBOHKAN UPTOWN SHAH ALAM.

 
 
Setelah berjaya mengaut keuntungan beratus-ratus juta ringgit daripada penyelewengan kuasa membuka tapak-tapak gerai uptown di merata tempat di Selangor, kini satu persatu uptown akan dirobohkan mengikut susunan abjad.

Dalam bulan April 2012 lalu sebanyak 27 buah gerai milik rakyat biasa yang tak mampu nak menyewa tapak RM350-RM900 dalam uptown di Shah Alam di halau keluar termasuklah 6 buah gerai kepunyaan Persatuan Ibu Tunggal, kini seluruh kawasan Uptown tersebut telah diberikan NOTIS BOLEH BLAH oleh kerajaan Prihatin roboh-meroboh pakatam ahzab. Satu lagi kejayaan pakatam ahzab menipu rakyat.

Uptown Shah Alam yang terletak berhampiran LKSA di seksyen 24 yang menempatkan sebanyak 500 buah gerai akan tinggal kenangan. Di bawah pakatam ahzab mana ada satu perkara atau program kekal pun. Semuanya bersifat 'Langgar dan Lari". Puak pengganas pakatam ahzab pun tak konpiden nak kekalkan kuasa di Selangor hatta dah bermacam-macam program dan dakyah yang mereka lancarkan selama empat tahun merompak dan menyamun di Selangor.

Pada pengamatan Hamba, skim labu peram uptown ni sebenarnya bertujuan untuk membuat kekayan segera kepada kroni pakatam ahzab dan membuka pasaran modal Ah Loong kepada penyewa-penyewa. Akhirnya, penyewa-penyewa menjadi mangsa pengautan untung oleh kroni pakatam ahzab.

Memang benar pun. Kroni pakatam ahzab mengaut keuntungan berlipat kali ganda berbanding penyewa-penyewa di semua tapak uptown di Selangor. Malangnya kegiatan menganiayai dan menipu rakyat amat jarang di bongkar dan didedahkan kepada pengetahuan umum. 

Ramai yang tertipu dan terpedaya dengan Skim Labu Peram Uptown ni adalah peniaga Melayu yang belum pernah ada pengalaman berniaga di pasar malam. 

Kini kita nak bertanyalah kepada Exco kerajaan prihatin Xavier Jayakumar, exco pbt Ronnie Liu, exco Teresa Kok. exco Yakob Sapari KENAPALAH KORANG SANGGUP MENIPU PENGUNDI DAN PENYOKONG KORANG SENDIRI DALAM SKIM LABU PERAM UPTOWN ?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...