Ahad, 29 Julai 2012

HUBAYA .. HUBAYA ... LAJIM UKIN PERKUATKAN LAGI BN & UMNO SABAH.


LAJIM UKIN telah melepaskan semua jawatan di dalam parti tapi mengekalkan keahlian UMNO nya. DS Najib telah mengumumkan kabinet akan membuat keputusan mengenai jawatan Timbalan Menteri yang di pegang oleh Lajim Ukin. 

Sabah di bawah Ketua Menteri sekarang berjaya mengekalkan kemenangan 99% Barisan Nasional dalam dua pilihanraya lalu. Sebarang pra-keputusan dan analisis memperkaitakn tindakan Lajim Ukin dengan peluang kejayaan Barisan Nasional mengekalkan kemenangan adalah pra matang dan prejudis semata-mata. 

Ramai penganalis bebas politik tanahair berpendapat bahawa Lajim Ukin bukan lagi faktor utama penentu politik di Sabah. Tindakan Lajim Ukin di lihat bukan pencetus sebarang perubahan di Sabah. Pola politik Sabah tidak mampu dihuraikan dengan melihat realiti di masa lampau. Sabah mempunyai katakuncinya sendiri. Bukan mudah untuk Anwar Ibrahim mempengaruhi mana-mana politikus Sabah untuk menyertai Pakatam dan mencetuskan suatu gelombang yang mampu mengugat dan merubah struktur kekuasaan sedia ada. 

Kuasa autonomi dan penglibatan politikus Sabah di dalam Keputusan Eksekutif di peringkat Pusat sudah dilaksanakan. Segala hajat dan kehendak rakyat Sabah turut dilaksanakan. Suatu perkara yang perlu diingati, Lajim Ukin ini orang politik. Kerjayanya adalah politik. Punca rezekinya pada politik. Silap percaturan mengakibatkan beliau dan penyokong-penyokong beliau alami kerugian besar. 

Di Sabah apabila mana-mana pemimpin otai sudah kehilangan momentum kerjaya politik mereka tak mampu lagi mendaki naik ke atas. Bukan mudah persaingan politik di Sabah. Pihak yang masih memegang kuasa akan tetap mempertahankan status dan kedudukan mereka dari di ganggu gugat oleh saingan mereka. 

Setakat membuat persepsi itu dan ini memang boleh lah. Tapi sejauhmana kebenarannya pula? Yang nak mengundi dan menentukan kekuasaan di Sabah ialah para pengundi mereka sendiri. Bukannya mana-mana pihak yang berada di luar Sabah. Orang Sabah lagi kuat semangat Sabahan mereka berbanding Kelantanisma. 

Pengundi dan orang Sabah menghargai kebebasan mereka. Semangat mereka tinggi dalam mempertahankan hak-hak mereka. Pada masa Borneo di pelawa masuk ke dalam Malaysia, orang Sabah dan orang Sarawak menyetujuinya. 

Hanya Pakatam sahaja masih berangan-angan dengan sokongan segelintir pengundi tegar komuniti Cina di Sabah. Bagi orang Sabah mereka mempunyai halatuju dan pendirian yang selari dengan majoriti rakyat Malaysia. Kesetiaan orang Sabah untuk bersama di dalam Persekutuan Malaysia masih tetap utuh dan jitu. 

Kerana itulah tindakan Lajim Ukin tidak menggugat Barisan Nasional dan UMNO Sabah. Malah tindakan Lajim Ukin itu menghanyutkan terus Pakatam dalam mimpi-mimpi ngeri ciptaan mereka sendiri,

TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SMAA LU
DAP MUSUH ISLAM & MELAYU 
PKR KAKI PENIPU
PAS SENDIRI KELIRU 



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...