Rabu, 29 Ogos 2012

JANJI DITEPATI #Merdeka55 FELDA AKAN TELAN SEMUA HUTANG PENEROKA @NajibRazak


JANJI DITEPATI:-

BERNAMA melaporkan di sini FELDA AMBIL ALIH HUTANG PENEROKA BELI SAHAM MULAI 1 SEPT..  Lanjutan daripada janji DS Najib terdahulu yakni FELDA memperuntukkan dana sebesar RM360.7 juta untuk 800 unit saham yang di beri kepada setiap seorang peneroka bagi meringankan beban peneroka. Kini, Mat Maslan pula memaklumkan bahawa peneroka yang berhutang dengan pihak bank untuk membeli 800 unit sahama FGVH tidak perlu lagi membayar kepada bank apabila FELDA ambil alih hutang tersebut.

Peneroka hanya perlu membayar RM50 sebulan sahaja kepada FELDA mulai bulan depan selama lima tahun sahaja. Pembayaran balik adalah tanpa faedah. Cara pembayaran boleh di buat melalui pemotongan pendapatan setiap bulan. Mudah , Cepat dan Telus. 

Melalui cara ini peneroka akan mendapat keuntungan lebih berbanding dengan kaedah pinjaman dengan bank. Kerana peneroka tidak akan menanggung sebarang kadar faedah bagi pembayaran balik. Peralihan berlaku secara automatis. 

JSE: Sebab itulah jangan biarkan Pakatam Jahanam menguasai Putrajaya nanti Mazlan Aliman nak jual semua aset FGVH dan FELDA serta saham-saham peneroka. Sudah tentu lah peneroka akan mengalami kerugian besar. 

Jadi Tolak Pakatam Sampai Pakatam Terbungkam.

TARIF AIR NAIK - PAKATAM JAHANAM DI SARAN JANGAN TEMBERANG,

Post Pic
Jangan Kuta Temberang Maaa !!!                        Kita orang Pakatam Memang Kuat Temberang!

PUTRAJAYA: Dakwaan kerajaan Selangor kononnya tarif air di negeri itu akan naik sehingga 70 peratus apabila projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 siap, adalah pembohongan.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin, yang menafikan dakwaan itu menegaskan pembinaan loji tidak ada kaitan dengan kadar tarif air.

Beliau berkata kerajaan Selangor perlu lebih teliti sebelum menyebarkan alasan yang semata-mata untuk bantah pembinaan loji.

“Ia alasan semata-mata untuk menghalang perancangan kerajaan pusat membina loji. Ini adalah antara helah meyakinkan rakyat kononnya pembinaan loji tidak wajar diteruskan," katanya.

Malah beliau membidas tindakan pihak tertentu yang mempolitikkan kenaikan tarif air.

“Kita tidak pernah menyatakan akan berlaku kenaikan tarif air selepas loji siap. Apa yang kita lakukan bertujuan mengelakkan krisis air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menjelang 2015,” katanya kepada BH.

Baru-baru ini, EXCO Kerajaan Selangor, Xavier Jayakumar, berkata dasar kerajaan negeri yang tidak mengenakan bayaran untuk 20 meter padu pertama air, tidak boleh diteruskan jika pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 diteruskan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri itu, berkata walaupun kos pembinaan ditanggung kerajaan, sumber pembiayaan adalah daripada Agensi Koperasi Antarabangsa Jepun (JICA).

Sehubungan itu, beliau mendakwa Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) selaku syarikat konsesi tunggal mengagihkan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, akan terpaksa menaikkan tarif air.

Chin juga berkata, Kerajaan Pusat akan memastikan loji yang menelan belanja RM3.744 bilion itu dimulakan tahun ini dan siap sebelum 2015.

Sumber: AntaraPos

JSE: Kepada semua pemimpin Pakatam Jahanam Terbungkam adalah dinasihati agar jangan terlalu kuat sangat temberangnya. Kalau kuat sangat temberang nanti cepat sangat tersungkur , Hamba belum puas lagi menghentam pemimpin pakatam jahanam terbungkam.

JOM #Merdeka55 TWEET MERDEKA @TwtUpMerdeka@NajibRazak


Apa Itu Tweet Merdeka?

Tweet Merdeka adalah satu program anjuran JASA di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sempena dengan Sambutan Hari Merdeka Ke-55 yang bakal dianjurkan pada 31 Ogos 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Apakah Matlamat Tweet Merdeka?

Tweet Merdeka bertujuan untuk memecahkan rekod dunia dan menempa rekod baru di dalam Malaysia Book of Records berdasarkan kepada 2 kategori yang berikut:

A. Perhimpunan Pengguna Twitter Terbesar di Dunia

B. Jumlah Tweet Terbanyak dalam Tempoh 1 Jam Dengan Menggunakan Hashtag

Apakah Sasaran Tweet Merdeka Untuk Memecahkan Rekod Tersebut?

Untuk melayakkan Tweet Merdeka untuk menempa rekod baru di Malaysia Book of Records, Tweet Merdeka perlu mendapatkan sekurang-kurangnya:

A. 10,000 pengguna Twitter

B. 20,000 tweets dalam masa 1 jam menggunakan hashtag #Merdeka55

Siapa Boleh Sertai?

Sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Twitter. Sekiranya anda belum lagi mempunyai akaun Twitter, masih sempat lagi untuk anda mendaftar di Twitter.com

Bagaimana Untuk Sertai?

Untuk kategori A:

1. Daftarkan diri anda di www.twtupmerdeka.blogspot.com

2. Hadir pada hari kejadian dan sahkan pendaftaran anda di kaunter pendaftaran. (Seperti rajah A)

RAJAH A

3. Pastikan anda menerima tag peserta beserta nombor siri, t-shirt Tweet Merdeka (selagi stok masih ada), topi Tweet Merdeka (selagi stok masih ada) dan lain-lain yang ada di dalam beg goodies.

4. Masuk ke dalam Stadium dan duduk di kawasan yang telah ditetapkan untuk program Tweet Merdeka. (Seperti rajah A)

5. Pengiraan peserta akan dibuat berdasarkan pengesahan yang dibuat di kaunter pendaftaran sehingga jam 8.00 malam.

6. Peserta akan turut serta menulis tweet untuk kategori B.

Nota tambahan: Peserta dinasihatkan hadir sebelum jam 6.00 ptg bagi mengelakkan kesesakan di pendaftaran.

Untuk kategori B:

1. Pada hari kejadian, tepat jam 8.15 malam, kesemua pengguna Twitter tidak kira di stadium ataupun di mana sahaja akan memulakan Tweet Merdeka dengan menulis tweet.

2. Perkara yang perlu ada di dalam tweet anda untuk melayakkan kiraan untuk kategori B adalah #Merdeka55 dan @NajibRazak. cth:

"Bersama kita jayakan #Merdeka55 bersama @NajibRazak"

3. Tweet Merdeka akan berlangsung selama 1 jam sehingga jam 9.15 malam.

4. Pengumuman akan dibuat setelah 1 jam.

Apakah Tarikan Lain Yang Ada Semasa Program Tweet Merdeka?

1. Selebriti tempatan seperti Fizo Omar, Lisa Surihani, Elfira Loy, Mia Sara Nasuha, Remy Ishak, Iqram Dinzly, Kamal Adli, Intan Ladyana, Adi Putra, Scha Al Yahya, Awal Ashaari, Kenchana Devi, Yana Samsudin, Amber Chia, Shaheizy Sam, Johan Asari dan ramai lagi akan turut serta bersama peserta di Stadium dan juga menulis tweet pada hari kejadian.

2. ****Cabutan bertuah yang sangat lumayan seperti Iphone 4s, New Ipad, Macbook, Blackberry Curve, dan banyak lagi termasuk sebuah kereta Proton Preve. Belum dapat dipastikan lagi!!!****

3. Sijil Pencapaian sebagai Penempa Rekod Dunia bagi kategori A.

4. Pada masa yang sama, terdapat juga sambutan hari raya peringkat kebangsaan yang diadakan di perkarangan stadium itu sendiri!

5. PM DS Najib Razak akan memilih 3 tweet bertuah pada hari tersebut untuk diberikan hadiah istimewa. (Mungkin makan malam bersama PM)

Bagaimana Untuk Mendapatkan Maklumat Terkini?

Pastikan anda follow @TwtUpMerdeka di Twitter dan Like FanPage 55 Merdeka, Janji Ditepati di Facebook.

Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan, bolehlah e-mail kepada twtupmerdeka@gmail.com ataupun terus bertanyakan di twitter ataupun Facebook seperti link di atas.


Read more: 

HUBAYA HUBAYA LAJIM NAK LOMPAT BALIK MASUK BN,

"Bagaimana aku mau beli mereka jika wang yang Anwar janji tidak masuk?. 
Hanya air liur sapa mau masuk?"
"Aku bukan tentang DS Najib, kalau CM tukar, ini jam aku lompat balik sama BN, 
enda da hal bah"

Berita yang baru diterima dari Sabah memaklumkan, kegagalan Lajim membawa masuk YB-YB UMNO dan BN ke dalam Sabah Front dan seterusnya menyokong Anwar telah membuatkan Anwar kembali melenting dan membuli Lajim.

Lajim gagal menarik YB Datuk Ghapur dan 4 ADUN UMNO, Lajim juga gagal menarik YB Bung, malah kegagalan Lajim menarik Datuk Osu Sukam, Datuk Hajiji, Datuk Karim Bujang, Datuk Datu Amir Kahar menyertai Anwar pada 12 Ogos yang lalu menunjukkan kelemahan Lajim yang membuatkan Anwar melenting.

Mantan SU Lajim memberitahu kita bahawa Lajim telah diperdaya dan terpedaya, janji-janji Anwar untuk membawa masuk jutaan Ringgit ke dalam saku Lajim sebenarnya hanya janji. Kata Lajim, "bagaimana aku mau beli mereka jika wang yang Anwar janji tidak masuk?. Hanya air liur sapa mau masuk?"

Akibat dari itu, Lajim telah menyampaikan kepada seorang wakil rakyat UMNO untuk kembali semula kepada BN, malangnya dengan syarat Ketua Menteri ditukar. "Aku bukan tentang DS Najib, kalau CM tukar, ini jam aku lompat balik sama BN, enda da hal bah".

Bagaimana pandangan anda?

* Laporan dari wakil mymassa  di Kota Kinabalu.

JSE: Rupa-rupanya Anwar Ibrahim tawar wang ringgit beratus juta yea untuk menarik keluar YB-YB UMNO Sabah. Selama ini cacai pakatam jahanam menuduh UMNO membayar wang tapi sebenarnya PKR lah yang mengamalkan Rasuah Politik Wang.

Bermakna Pakatam bukanlah Malaikat sebalik Setan.


SETAN APA DAN MALAIKAT APA ?


KALAU NAK BERCERITA TENTANG ISU KEBURUKAN PERIBADI DAN FAMILI PEMIMPIN PAKATAM JAHANAM, IANYA MEMERLUKAN PALING TIDAK SERAMAI 4,000 BLOGER UNTUK MENCERITAKANNYA SELAMA 100 TAHUN. PEMIMPIN PAKATAM JAHANAM SENTIASA MENAMPILKAN WATAK 'MALAIKAT' DI DEPAN RAKYAT DAN MENYEMBUNYIKAN SIFAT 'SETAN' SEBENAR MEREKA. 

Tidak hairanlah para pemimpin Pakatam Jahanam dan pencacai mereka menggelepur bilamana Tun Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan berbentuk bidalan Inggeris " It is Better To work With the Devil You Know Than The Angel You Do Not Know" . Ini adalah kata bidalan dan membawa maksud tersirat. Barangsiapa yang memahamkannya dalam bentuk harfiah itu petanda orang tersebut hanya berniat hendak putar-belit alam luas ini. 

Apakan tidak, bila idiom/ kata bidalam bahasa Ingeris tersebut di putar belitkan oleh puak pakatam. Nampak sungguhlah mereka tidak berpelajaran tinggi tapi bercita-cita tinggi nak takluk Putrajaya.

Dalam keghairahan pepuak pakatam memutarbelitkan idiom tiba-tiba muncul berita memeranjatkan semua. Melibatkan pemimpin Melayu di dakwa berlaku sumbang mahram terhadap anak perempuannya. Entahlah Melayu ini. Semakin tinggi kedudukan mereka dalam politik semakin kurang pula akhlak mereka.

Di puak pakatam pula menafikan yang terbabit adalah dari puak mereka. Mereka mendakwa pemimpin berkenaan adalah dari parti politik lain. Apa pun lah dakwaan masing-masing pihak, di sini kita melihat bagaimana orang Melayu berpolitik.

Kenapalah kita masih hendak mewarisi persengketaan politik peribadi para pemimpin ? Tak bolehkah kita mengubah haluan dan halatuju dari persengketaan kepada perdamaian sesama kita? Adakah kita hendak tunggu bila kuasa hilang di tangan barulah kita nak berdamai?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...