Sabtu, 4 Ogos 2012

PAKATAM BUAT PENING PASAL KRISIS AIR. BENGAP TAK SUDAH.


PAKATAM memang haprak lagi menyusahkan rakyat. Air tak sepatutnya dipolitikkan oleh Pakatam pun. Teruskan saja projek LANGAT 2 . Untuk apa Pakatam yang buat fenin dan jadi bengap? Krisis Air pernah berlaku pada 1998 sehingga menjejaskan teruk industri. hasil dari pengalaman tersebut, kerajaan BN membuat perkiraan teliti dan terhasil lah Projek Langat 2 bukan untuk kroni.

Perkhidmatan Konsesi Air kepada Puncak Niaga dan Syabas meliputi bekalan air bersih terawat ke seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Bayangkanlah berapa ramai pengguna domestik dan industri yang sedia ada. 

Pertambahan kegunaan sentiasa dalam pola menaik. Tak pernah turun pun. Loji-loji rawatan air bersih yang sedia ada di Selangor ada yang di bina pada 1971. Loji-loji rawatan air ini sentiasa beroperasi melebihi kapasiti sampai mesin-mesin pun naik jem. 

Terbantutnya Projek Langat 2 kerana berlaku peralihan kekuasaan daripada BN kepada Pakatam. Pentadbiran Khalid G telah mengerahkan semua pemimpin Pakatam menyebarkan maklumat salah kepada rakyat mengenai isu air. Ianya dimulakan dengan Kempen Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat. 

Sebenarnya isu Air amat mudah diselesaikan yakni Pakatam bersetuju sahaja dengan Projek Langat 2. Loji rawata air bersih yang canggih dan mampu beroperasi memenuhi permintaan di masa-masa depan. Tak perlu nak kecoh-kecoh persalahkan SYABAS atau PUNCAK NIAGA atau BN. 

Bila Air dipolitikkan oleh Pakatam hingga ke tahap seperti ini akhirnya rakyat yang menjadi pengguna menjadi mangsa keadaan. Pakatan takde hati perut sebenarnya. Keutamaan diberikan kepada kepentingan politik mereka sahaja. Kepentingan rakyat dibiarkan. 

Projek Langat 2 bukan mengenai kroni, bukan mengenai berbilion wang ringgit dibazirkan dan bukan mengenai Hak rakyat di rampas tapi ianya berkenaan menyelesaikan permasalahan rakyat sebelum ianya menjadi parah.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...