Di masjid Inilah Ana Mendapat Mimpi ....
Malam semalam malam Jumaat, Malam berkat. Jadi ana bermimpilah. Oleh kerana ana penyokong UMNO maka sudah tentu mimpi Ana tak sama dengan mimpi orang Ikhwanul Muslimiin dan Kadiaq. Atau mimpi para saudagar dalam PKR , PAS dan DAP. Mimpi Ana lain sikit dan agak panjang berjela sampai lah kedengaran azan Subuh pagi tadi.
Ana bermimpi pergi ke sebuah masjid. Ana bertanya kepada seorang jemaah. 'Masjid apakah ini ?"
Jawab jemaah itu " Inilah Masjid"
Ana tanya lagi " Masjid apa?"
Jemaah itu marah ana " Ante mesti orang UMNO punya tak tau apa masjid ni !"
Ana terdiam bukan kerana malu tapi hairan macamana dalam mimpi orang UMNO orang PAS boleh enter frame nie ? Kemudian ana terhingar kata-kata Tantawi yang jadi Ketua Pemuda PAS, " Saya dengar suara Rasullullah s.a.w. suruh pergi berdemo". Betul juga, kalau Ketua Pemuda PAS boleh dengar suara baginda Rasullullah s.a.w. dan anak Pok Nik pun pernah dapat Perintah Terus daripada Allah Ta'ala , tentulah hebat-hebat belaka orang PAS nie. Jadi apalah sulit sangat orang PAS nak enter frame mimpi orang UMNO macam Ana nie. Betul tak?
Kemudian Ana solat Tahiyyatul Masjid dua rakaat. Selepas itu Ana lihat ramai orang berkerumun. Ana ingat majlis ilmu. Ana pergi dekati. Dan Ana lihat seorang perempuan muda pakai baju kebaya seksi kemain. Manakala yang lain semua angguk-angguk senyum-senyum kambing. Ana hairan. Kenapa perempuan itu tak menutup aurat?
Ana tanya ' Siapa perempuan itu?"
Sekali lagi Ana kena marah "Ante ini mesti orang UMNO ! Tak kenal siapa perempuan tu ! Perempuan tu lebih faham Islam daripada ante !"
Terpaksalah ana beralih tempat. Kemudian di satu sudut Ana lihat ada seorang perempuan mengaji Al Quran duduk penuh tertib. Tapi semua jemaah yang lalu di hadapannya mencemuh dan memaki wanita tersebut. Agak hairan kerana wanita tersebut tidak membalas pun ucapan-ucapan buruk kepadanya.
Ana bertanya lagi "Siapa wanita itu?"
Sekali lagi Ana kena marah " Ante mesti orang UMNO ! Itu perempuan puaka tak tutup aurat jambul keluar!"
Sekali lagi Ana kena marah " Ante mesti orang UMNO ! Itu perempuan puaka tak tutup aurat jambul keluar!"
Ana berfikir dalam hati "Perempuan tak tutup aurat pakai baju kebaya takde plak korang nak marah. Tapi wanita yang tutup aurat dan sedang bertilawah dengan penuh tertib korang maki hamun plak" Ana geleng-geleng kepala.
Lalu Ana ternampak sekelompok orang duduk sekeliling seorang yang sedang main gitar dan bernyanyi. Begitu asyiknya mereka mendengar lawak jenaka orang tersebut.
Ana bertanya " Siapakah lelaki itu?"
Macam biasalah pertanyaan Ana di sambut dengan kemarahan " Ante mesti orang UMNO! Lelaki itu pujaan kami. Anak muda kami sukakan lelaki tu ! Ante mana faham soal dakwah ante orang UMNO!"
Kemudian Ana ternampak seorang lelaki lain yang penuh tertib. Seorang anak muda. Wajahnya bersih. Pertuturannya lembut. Sedang mengajarkan beberapa ilmu yang baik-baik. Tapi semua jemaah yang ada di situ memaki hamun dan mencerca beliau.
Ana terfikir dalam hati " Hai sudah butakah penglihatan mereka ini semua? Tak dapat nak bezakan manakah majlis hiburan dan manakah majlis ilmu?" Ana geleng-geleng kepala.
Kemudian Ana terpandanglah satu kelompok manusia yang sedang asik mendengar kata-kata seorang lelaki tua yang berserban tapi agak anih kerana lelaki tersebut bertelanjang bulat!

Ana kena marah lagi " Ante mesti orang UMNO! Tak kenal mana ulama pewaris nabi ! Lelaki itu adalah ulama pewaris nabi kami dan buat kerja macam Nabi. Ante mana tau semua tu !"
Ana kena marah lagi " Ante mesti orang UMNO! Tak kenal mana ulama pewaris nabi ! Lelaki itu adalah ulama pewaris nabi kami dan buat kerja macam Nabi. Ante mana tau semua tu !"
Ana terfikir dalam hati " Hanya kerana orangtua itu berserban saja? Tak nampakkah mereka yang orangtua itu bertelanjang bulat?" Ana geleng-geleng kepala.
Tiba-tiba Ana terpandang seorang lelaki sedang mengejek-ngejek sekumpulan orang yang sedang melakukan kebaikan dan menyeru kepada kebenaran. Ana cukup hairan dengan perlakuan lelaki itu. Ramai orang mendengar dan menyokong perlakuan lelaki itu.
Ana bertanya "Siapakah lelaki itu?"
Macam biasa Ana dimarahi " Ante mesti orang UMNO! Itu adalah Khalifah kami. Agamanya bukan Islam. Bangsa nya bukan Melayu. Tapi lebih Islam dan lebih Melayu dari ante!"
Macam biasa Ana dimarahi " Ante mesti orang UMNO! Itu adalah Khalifah kami. Agamanya bukan Islam. Bangsa nya bukan Melayu. Tapi lebih Islam dan lebih Melayu dari ante!"
Ana terfikir dalam hati " Butakah mereka sehingga tak mengenal mana perbuatan munkar dan mana perbuatan baik?" Ana geleng-geleng kepala.
Tiba-tiba Ana terdengar suara yang kuat ! Dan Ana pun terbangunlah dari tidur. Rupanya Jam Omega Ana yang berbunyi. Ana tersenyum sendiri dan berfikir " Dimanakah jam Omega bang Nom ?"