Selasa, 28 Mei 2013

BN PARTI TUNGGAL .

Keputusan PRU-13 yang lalu walaupun menyaksikan BN berjaya mengekalkan kuasa, tetap ‘menyentap’ perasaan kita.  Keputusan tersebut secara amnya telah membuka mata kepada realiti hipokrasi-perpaduan di negara ini.   

Dari itu, ia juga seharusnya membuka mata terhadap kesilapan-kesilapan lalu. Secara ringkas, kesilapan itu terserlah dalam masalah yang dihadapi Malaysia hari ini iaitu:  

Pertamanya, kaum Cinanya enggan bersatu dengan kaum-kaum lain.  Puncanya ialah Sekolah Vernakular dan akhbar-akhbar cina yang menghasut, ditambah lagi dengan kewujudan Red Bean Army.  

Keduanya, segelintir kaum Melayu keliru yang hilang jatidiri sehingga gagal memahami taktik dan strategi kaum Cina yang ingin memperoleh kuasa mutlak dan menjadikan kaum majoriti sebagai batu loncatan serta kuda tunggangan.   Puncanya ialah Anwar Ibrahim.   

Ketiganya, perpecahan umat Melayu yang kronik akibat wujudnya golongan yang percaya kepada syurga mudah melalui politik.  Puncanya ialah Ulama-ulama jahat akhir zaman yang sesat lagi menyesatkan.

Namun, entah kenapa beberapa pihak yang memberi pandangan, menasihat dan merangka strategi PRU tidak mampu mengenalpasti mahupun menangani semua masalah ini dengan baik yang mana membawa kepada keputusan yang menyentapkan perasaan itu.  

Kini timbullah berbagai-bagai cadangan dari berbagai pihak yang menawarkan strategi dan nasihat mengenai langkah seterusnya yang perlu diambil oleh kepimpinan.  

Antaranya, termasuklah cadangan menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal.    

Kita tidak tahu dari mana datangnya ide mengenai parti tunggal ini, tetapi suka penulis menekankan bahawa struktur parti BN bukanlah satu masalah mahupun punca masalah.    

Punca masalah telah pun disenaraikan di atas iaitu Sekolah Vernakular, Akhbar-akhbar berbahasa Cina, Red Bean Army, Anwar Ibrahim dan Ulama-ulama jahat seperti Nik Aziz.   

Jika benar kita ingin selesaikan masalah negara, maka punca inilah yang perlu ditangani segera secara tegas dan konsisten.   Kita kini berada di tahap di mana kita sudah tiada masa melayan cadangan yang tidak ada kena mengena dengan penyelesaian masalah.    

Malah, dengan mencadangkan perkara yang langsung tidak relevan dengan masalah menunjukkan yang ada sesuatu yang tidak kena dengan pihak pencadang iaitu, lemah dan gagal memahami permasalahan.   Justeru, inilah disarankan agar kepimpinan terlebih dahulu menangani punca kepada punca masalah itu, iaitu ‘perangka strategi’ dan ‘penasihat’ yang asyik memberi cadangan yang salah dan tidak relevan dengan masalah.   

Pendek kata, jika penasihat asyik memberi nasihat yang salah, adalah lebih baik untuk tidak menerima nasihat langsung.  

Sedarlah bahawa rakyat pada umumnya adalah jauh lebih matang dan bijak dari yang dibayangkan oleh pihak penasihat itu.  

Rakyat muak dengan pihak yang obses dengan publisiti.  Rakyat ingin melihat hasil, bukannya perancangan.  Jika terlalu sangat menunjuk kelembutan, meminta pandangan semua pihak sebelum bertindak, ia sekali gus membuktikan yang kerajaan tidak punya keyakinan diri atau tidak tahu mana yang benar mana yang tidak.  Kepimpinan perlu memimpin, bukan dipimpin penasihat mahupun rakyat.  

Fahamilah bahawa yang meresahkan rakyat kini ialah isu perpaduan, isu campurtangan asing dan isu kelemahan kerajaan.  

Oleh itu, tanganilah isu ini dengan sebaik mungkin.  Berhentilah berkempen menunjuk hebat dengan kenyataan-kenyataan dan gambar-gambar bersosial untuk meraih populariti.   Buktikan kebijaksanaan dan kepimpinan masing-masing jika tidak mahu hati majoriti yang tersentap dari PRU-13 ini hancur lebur dalam PRU-14.  

SPAD: PENAMBAHBAIKAN DALAM PERKHIDMATAN DARAT AWAM.

Tan Sri Syed Hamid Albar Pengerusi S.P.A.D.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat atau ringkasnya , S.P.A.D. lahir dari ilham mentransformasikan penganguktan awam darat. Suatu kesinambungan usaha dari pentadbiran Pak Lah. Dipersesuaikan oleh pentadbiran DS Najib menjadi suatu kenyataan. Tujuannya , tidak lain tidak bukan, sebagai tambah nilai perkhidmatan kepada rakyat di bawah GTP dan NKEA.

Pengerusi S.P.A.D yang pertama, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, "Saya ingat bila dah tak jadi menteri, saya tak payah berdepan dengan masalah orang ramai. Tetapi masalahnya lebih dahsyat daripada ketika saya menjadi menteri! Yelah, pasal kita berurusan dengan orang awam secara direct.". Mengimbas kembali saat di panggil oleh DS Najib untuk memegang jawatan tersebut, Tan Sri Syed Hamid mengatakan beliau telah di beri amaran mengenai tugasan baru yang amat mencabar dan berprofil tinggi. Namun, beliau amat berpuashati dengan kejayaan yang telah dicapai oleh S.P.A.D selama tiga tahun beliau menjadi Pengerusinya. 

Menceritakan cabaran yang beliau hadapi, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, “Ramai betul “pakar” pengangkutan awam darat. Mereka bukan pakar sebenarnya, tetapi semua orang tahu berkenaan pengangkutan awam darat secara langsung atau tidak langsung. Ini kerana ia mempunyai kesan kepada kehidupan rakyat. Jadi semua orang ada pendapat.

“Macam perkhidmatan Go-KL, pada kita, ia bagus.dan rakyat pun suka. Tetapi orang teksi pula mogok! Lepas itu ada masalah lori bawa lebih muatan, merosakkan jalan dan membahayakan keselamatan.

“Ada pula NGO yang tanya mengapa kos di negeri China lebih murah dari kita? Pada kita, perbandingan itu mungkin tak logik. Tetapi pada dia logik. Siap guna statistik dan data. Tapi dia lupa di China ada berapa ramai penduduk? 1.7 billion. Jadi mereka boleh buat apa sahaja dengan kos yang murah kerana economics of scale. Tetapi kita kena terima juga benda-benda macam ini,” katanya.

Antara kejayaan S.P.A.D di bawah beliau ialah jajaran LRT diperpanjangkan dari Ampang ke Kelana Jaya, gerabak KTM bertambah dari empat kepada enam, monorel dan LRT dari dua kepada empat. Projek MRT yang dapat dilaksanakan dengan jayanya dan beroperasi pada 2017 jika tiada aral melintang.

Kini 17%-18% rakyat memilih pengangkutan awam sebagai mod pengangkutan mereka. S.P.A.D mensasarkan peningkatan sehingga 40% pada 2030. Antara lain , Tan Sri Hamid menyebutkan mengenai cabaran menangani masalah 86,000 orang pemandu teksi. Tapi beliau amat yakin ianya mampu diselesaikan bila masalah sistem teksi dapat diselesaikan, masalah lain turut selesai.

Tan Sri Hamid agak kesal dengan usaha sesetengah pihak yang mahu mempolitikkan isu pengangkutan awam. Bagi beliau, pengangkutan awam adalah kepentingan umum dan tak perlu dijadikan isu politik. 

“Kalau boleh, dalam isu pengangkutan awam ini kita tidak berpihak..Kita mahu bebas, tetapi pada masa yang sama menuruti dasar dan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan. SPAD nak buat apa-apa program pun kena dapat dana dari kerajaan. Jadi kita kena ambilkira pandangan kerajaan.Kalau datang parti politik, susahlah.”

“Tujuan SPAD diletakkan dibawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana fungsi kita merentasi kementerian dan agensi. Orang yang mengawasi keseluruhan kementerian dan agensi adalah Perdana Menteri. Tetapi kita bekerja rapat dengan Kementerian Pengangkutan kerana Bidang Keberhasilan Utama Negeri (KRA) di bawah kementerian itu.


PERANG MULUT KE PERANG CEMOLOT NE? SAM KETOT TINJU SIAM HJ HADI


Selepas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menyelar Hadi Awang kerana tidak mengambil tindakan serius terhadap calon PAS yang bertanding di kawasan yang ditandingi mereka dalam PRU 13, kini giliran Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin melakukan tindakan sama terhadap Presiden PAS berkenaan kerana mencerca calon PKR semasa tempoh berkempen Pilihan Raya 2013 lalu tanpa membawa sebarang bukti.

Shamsul yang baru merasa jawatan sebagai ahli Parlimen Bukit Katil, turut meluahkan rasa tidak berpuas hati terhadap tindakan Abdul Hadi mengeluarkan surat watikah calon kepada calon PAS di kawasan-kawasan yang telah dipersetujui menjadi kerusi PKR.

Shamsul dipetik mengeluarkan kenyataan dalam ucapan dasar sempena kongres nasional PKR ke 9, tempoh hari. Beliau turut menyindir Hadi yang katanya "seolah-olah benak tidak memahami ‘tahalluf siyasi’ (kerjasama politik) sehingga menyaksikan masih wujud pertembungan saat-saat akhir di beberapa kawasan seluruh Malaysia.

Semasa kempen Pilihan Raya 2013, Abdul Hadi mengatakan pertindihan kerusi diantara PAS dan PKR adalah untuk menggelakkan calon daripada lompat parti. Tanpa menamakan calon, menurut Abdul Hadi, PAS mengatakan terdapat calon PKR yang merupakan pengedar dadah “pil kuda” dan berideologi komunis.

“Nak jadi calon macam mana edar pil kuda? Orang PAS tak boleh kerja calon macam ni, terang-terang saya sebut.

“Ada calon yang menjulang gambar Lenin, gambar Stalin. Macam mana orang PAS nak sokong? Orang PAS kerjasama dengan Keadilan … dengan DAP je. Tak kerjasama dengan parti Lenin, parti Stalin,” kata beliau merujuk kepada pemimpin komunis Russia, Vladimir Ilyich Lenin dan Joseph Stalin.

Shamsul juga mencadangkan supaya PR menjadi sebuah gabungan formal sepertimana gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN) selain daripada parti komponen PR memecat semua ahli yang mengkhianati arahan semasa Pilihan Raya 2013.

AMK jelas Shamsul turut mendesak agar semua parti komponen Pakatan Rakyat, baik PKR, DAP mahupun PAS, memecat mana-mana pimpinan atau ahli yang gagal akur serta ingkar arahan parti, dan tidak dibenarkan kembali semula ke dalam mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat.

"Hanya pendekatan tegas sebegini sahaja yang boleh memperkukuhkan ukhuwah Pakatan Rakyat sebagai sebuah entiti yang diyakini rakyat,” katanya angkuh sebaik sahaja merasakan dirinya sebagai ahli Parlimen mempunyai satu kekuatan.

Dalam Pilihan Raya 2013, Shamsul berjaya mengalahkan bekas ketua menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam di kerusi Parlimen Bukit Katil di Melaka.

BLACKOUT 505 TERUS BLACKOUT BULAN DEPAN.


Kegagalan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang hadir ke perhimpunan Blackout 505 yang dianjurkan oleh PKR di Amcorp Mall, Petaling Jaya pada 25 Mei 2013 yang lepas menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dalam PR.

Jarang benar para pemimpin utama DAP dan PKR memboikot sebarang perhimpunan bantahan yang dianjurkan apatah lagi hanya menghantar pemimpin bertaraf kelas kedua sahaja sekadar memenuhi undangan.

Alasan kononnya pemimpin utama DAP dan PAS itu berada di luar negara untuk urusan lain agak pelik bunyinya seolah-olah mereka tidak mengetahui penganjuran himpunan tersebut dan langsung tak dijemput untuk menyampaikan ucapan.

Selain mereka berdua, Penasihat DAP Lim Kit Siang juga tidak hadir sementara jumlah kehadiran penyokong PR juga jauh berkurangan berbanding himpunan pertama Blackout 505 di Stadium MBSJ Kelana Jaya sebelum ini.

Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang menyedari sudah wujud sosek-sosek kebimbangan dikalangan penyokong PR dilihat cuba meredakannya dengan menjanjikan lebih banyak perhimpunan sama akan diadakan di seluruh negara.

Dilihat pada senario semasa ini jelas kelihatan penganjuran terbaru himpunan 505 lebih dimonopoli oleh pemimpin PKR dan NGO yang dekat dengan parti itu sahaja, seperti mengiakan DAP dan PAS cuba menjauhkan diri dari PKR.

Jika keadaan ini berterusan tidak sukar menjangkakan kemungkinan momentum blackout 505 akan semakin merudum dan akhirnya menjelang penghujung bulan depan ianya akan padam dan ghaib dari pandangan.

JUSUF KALLA PERLU DEDAHKAN BUTIRAN PERJANJIAN.

                                                                   
                                                                   
                                                                   
                                           
Jusof Kalla Perlu Dedahkan Butiran Perjanjian Najib-Anwar


Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusof Kalla ada sebab untuk merasa kecewa apabila rakan baiknya, Anwar Ibrahim gagal mematuhi perjanjian bertulis yang dibuat dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Antara terma pernjanjian yang sudah diketahui ramai ialah perlunya kedua-dua pihak menerima dan menghormati keputusan PRU-13, yang mana ia dicadangkan sendiri oleh Ketua Umum PKR namun akhirnya Anwar sendiri yang memungkiri janji.

Anwar seperti sengaja melupakan perjanjian yang dimeterainya dan cuba berdolak-dalih menyalahkan SPR yang didakwanya sebagai punca pakatan pembangkang yang diketuainya melakukan siri bantahan terhadap keputusan PRU-13.

Walhal umum tahu, jika wujud penipuan seperti yang didakwa, tentu sahaja prestasi BN jauh lebih baik dari sekarang manakala PR di negeri Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang akan memboikot acara angkat sumpah.

Sebagai orang tengah yang bertanggungjawab menguruskan perjanjian tersebut, tentulah Jusof berasa seperti dipermainkan apabila rakan baiknya sendiri bertindak demikian sedangkan Dato' Seri Najib sehingga kini mematuhinya.

Inilah keperibadian sebenar Anwar yang terkenal dengan sikap hipokrit dan mungkir janjinya yang gagal difahami oleh bekas Naib Presiden Indonesia itu.

Difahamkan, antara isi kandungan perjanjian itu turut melibatkan isu pencerobohan Lahad Datu, dendam politik dan persaraan Anwar seandainya pakatan pembangkang yang diketuainya kalah. 

Perkara ini memerlukan pengesahan rasmi dari Jusof Kalla. Anwar sudah mungkir janji maknanya tiada guna lagi untuk Jusof menyimpan rahsia yang berada dalam pengetahuannya.

Berikutan itu, amatlah wajar sekali untuk Jusof tampil mendedahkan keseluruhan butiran kandungan perjanjian tersebut supaya rakyat lebih memahami dan dapat mengenali betapa munafiknya Anwar Bin Ibrahim.

TAHNIAH UTUSAN MALAYSIA & DS DR ZAHID HAMIDI, DAP & RBA SEMAKIN RESAH DAN GABRA.






Tahniah kepada Utusan Malaysia dan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi ! Kerana keberanian dan ketegasan anda lah, kini pasukan RBA RM108 juta terasa bahang yang amat panas sekali ! Kerja-kerja mereka semakin sukar. Mereka sentiasa terpaksa berpindah-randah dan berpecah kepada kluster-kluster kecil. Terpisah dari grup utama. Menyukarkan komunikasi di antara mereka.

Manakala, granpa Lim Kera Sodom sudah terasa bebanan semakin meningkat untuk pertahankan RBA RM108 juta (kini mengikut entri granpa Lim Kera Sodom ianya meningkat kepada RM500 juta, 2,000-3,000 RBA !). Semakin kuat DAP menafikannya, semakin jelas kepada kita kewujudan RBA dan perbelanjaan besar kepada mereka.

Dari mana DAP perolehi wang yang banyak? Sudah tentulah dari penyumbang dana tempatan, luar negeri dan dari sumber yang diselewengkan oleh DAP-PKR dalam perbelanjaan negeri selama 5 tahun. RBA hidup mewah dengan gaji antara RM3,000 - RM8,000 mengikut kepakaran memasing. Hidup di tanggung berak cangkung di hotel 5 bintang. Sedangkan Rakyat miskin-bandar diabaikan oleh DAP-PKR yang merupakan pengundi majoriti DAP-PKR.

Ada DAP-PKR nak ambil berat pasal kebajikan warga bandar miskin sepertimana layanan 'Kelas Pertama' kepada RBA mereka? Jauh panggang dari api! RBA hidup senang-lenang, warga miskin-bandar hidup melarat menyokong DAP-PKR.

10 KATAK LOMPAT & TONGKANG CINA PECAH, DI AMBANG PERDAMAIAN NASIONAL.

Ada ambe nak kisah pasal Tsunami Tongkang Cina Pecah? Pepatah Melayu, 'Kecoh Macam Tongkang Cina Pecah' dah lama tak kedengaran. Kali ini pepatah itu bakal berkumandang semula. Bakal menjadi terkenal dan meniti di setiap bibir termasuklah orang tua kutok nyanyuk nama Lim-Kena-Sodom.

DS Najib bakal memperkenalkan Pelan Tindakan di sebut Perdamaian Nasional (National Reconciliation). Pelan itupun sudah di sanggah oleh Bapa Cauvinis Malaysia, si Lim-Kena-Sodom. Ditertawakan olehnya sebagai Tindak Balas Nasional (National Retalliation). Apa nak heran dengan minda si tua nyanyuk tu yang dah jadi Kecacatan Nasional (National Retardiation). Kita nak berdamai, orangtua nyanyuk tu nak bergaduh.

Peel Cina DAP memang sebiji macam 'Tongkang Cina Pecah'. Dok riuh sana-sini, ajak orang Cina menolak pilihan menjadi warga Malaysia. Berapi-api menghasut orang Cina berlawan dengan orang Melayu. Memetik kata-kata Tun Daim, orang Melayu tak memilih dilahirkan Melayu, orang Cina tak memilih dilahirkan Cina, tapi kita semua memilih menjadi warga Malaysia. Oleh itu, berdamailah kerana kepentingan negara didahulukan. 

Kepimpinan radikal sosialis cauvinis anarkis DAP dan PKR bukan lagi sudah hilang kewarasan, malah mereka telah hilang nilai kemanusiaan sejagat mereka. Kepimpinan mereka adalah kepimpinan bayangan Raja Iblis. Sekutu kuat Zionis dan Dajal Al Masikh.

Dalam kekalutan sindrom Tongkang-Cina-Pecah, dikatakan ada 10 ahli parlimen PKR bakal melompat masuk ke BN. Mungkin sebagai 'Bebas' yang mesra BN. Pertemuan sulit telah di buat. Mungkin ramai lagi bakal mengikuti jejak langkah mereka. Mereka pun dah muak dan culas dengan sindrom Tongkang -Cina-Pecah yang melanda kempimpinan anarkis radikal PKR-DAP.

Ini diperkuatkan lagi dengan apa yang berlaku di dalam Kongres PKR baru-baru ini. Ramai yang sudah mengutuk keras Khalid G. Ramai yang mahu tendang keluar Wan Azizah. Ramai yang mahu halang gandingan Azmin-Nasution. Ramai yang mahu Sam Ketot digantikan. Kemelut dalam kemelut. Lama-lama tenggelam dalam selut. Semua jadi badut dek kerana Anwar Ibrahim kalut kelam kabut.

Semakin banyak kalut yang di buat badut-badut dalam DAP-PKR, semakin hebat Kempen Boikot Barangan Cina-DAP akan digerakkan. Semakin banyak demo kelam kabut, kempen Boikot Barangan Cina-DAP diperhebatkan. Kepada 97% pengundi Cina di Malaysia, silalah anda membuat pilihan sekali lagi, Samada anda mahu kekal menjadi CINA CAUVINIS atau menjadi CINA MALAYSIA yang menerima KONSEP KONGSI KUASA.

Setiap pilihan anda akan tetap mendapat tindak balas. Anda pilih yang baik dapat tindak balas baik. Anda pilih yang buruk maka tunggulah saat di mana semua bisnes anda melingkup.

'CACIAN ADALAH MAKANAN AHLI POLITIK' SINDIRAN DS DATUK ZAHID HAMIDI KEPADA KANAK-KANAK RIBENA RED BEANS ARMY.


Kanak-kanak Tak Sunat RBA Punya Komen. Mereka sudah tiada lagi sebarang perasaan KEMANUSIAAN lagi. Mereka Mengaku Mereka di Bayar. Kantoilah Granpa Lim Kit Sodom.

Datuk Seri Dr Zahid Hamidi menyindir sinis kanak-kanak Ribena RBA bebanan  DAP RM108 juta. Utusan Malaysia melapurkan:-
Cacian memang makanan buat orang politik. Saya telah maafkan mereka yang mencaci dan akan terus memaki hamun saya. Kebanyakan mereka ini masih berdarah muda.
"Mereka sedang menanam kebencian sebab gagal menawan Putrajaya. Biarlah mereka melayani kekecewaan itu dengan melepaskan perasaan kecewa secara menyalahkan semua orang lain, kecuali diri sendiri,"
KDN meneruskan usaha dan mengambil tindakan bagi membanteras penyebaran maklumat dalam media sosial yang menyentuh isu perkauman, mencabar perlembagaan serta fitnah, khususnya yang didalangi oleh kanak-kanak Ribena Red Beans Army,

Dengarkata mereka tinggal di Hotel 5 bintang di Concorde, sekitar KL Sentral dan di KOMTAR. Mudah je nak kenal mereka, muka mereka serabut dan umur mereka rata-rata muda, selalu bersama I-Phone dan I-Pad. Kalu terserempak, sila lah ludah mereka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...