1. Pernahkah anda membaca halaman 5 Berita Harian pada suatu hari? Jika belum, silalah berkunjung ke kedai mamak berhampiran yang tidak kedekut menyediakan kemudahan bacaan awam dan bacalah ! Bolg Taiping Mali dengan bersahaja memetik halaman 5 Berita Harian berkenaan Kerajaan Selangor pimpinan PornoKroniRasuah telah memfailkan lagi permohonan agar SPRM tidak membuat soal siasat saksi pada malam hari.
Halaman 5 Berita Harian Checkmate Lagi ? |
2. PornoKroniRasuah sudah kepanasan dek runtunan rasa bersalah terlampau di atas pembohongan mereka kepada rakyat yang sebelum ini menjanjikan pelbagai janji manis. Apa sudah jadi dengan slogan KETUANAN RAKYAT ? Bagi PornoKroniRasuah, ketuanan rakyat adalah lesen untuk merompak dan memperbodohkan rakyat.
3. Pada 2008, mereka menjanjikan syurga bulan dan bintang kepada rakyat Malaysia. Pada hari ini, janji mereka menjadi igauan ngeri . syurga mereka menjadi neraka, bulan dan bintang menjadi meteor dan tahi bintang. Mereka yang dahulunya lantang dengan slogan REFORMASI , keadilan sosial itu dan ini, kesamarataan, bebas rasuah, benci kronisma, benci nepotisma, agenda pembaharuan, urustadbir telus, kredibel dan akauntabel kini semuanya itu hanya tinggal pada cetakan-cetakan bisu kepingan kertas manifesto mereka.
4. Untuk memperbaharuinya, mereka kembali mencetak helaian-helaian kertas yang di sebut pula sebagai BUKU JINGGA. Hari ini menang esuk minyak turun, tol percuma, wifi percuma, air percuma, merakyatkan ekonomi pendekata apa janji yang mereka tidak buat kepada rakyat? Komitmen mereka hanya tinggal di bibir dan lidah bercabang pemimpin mereka.
5. Apabila berkuasa, mereka lupa segala janji dan komitmen mereka. Malah, apabila di cabar berulangkali, barulah mereka melakukannya tapi sekadar melepaskan batuk di tangga dan bukan dilakukan di atas komitmen yang ikhlas. Sebaliknya, perhatian rakyat dikalihkan kepada dusta dan fitnah rekaan mereka terhadap kerajaan Barisan Nasional. Pantang ada sedikit kesilapan, berteriaklah mereka mengatakan RASIS ! TIDAK ADIL ! ZALIM ! RASUAH ! dan bermacam kata nista dan cela yang tiada kesudahan.
6. Jika ada pendedahan di buat mengenai kebobokan di pihak mereka, dengan pantas mereka mengatakan bahawa itu adalah KONSPIRASI JAHAT. Amalan meresapkan semangat jahat kultus personaliti kedalam roh dan minda rakyat amatlah menjijikan dan mencelakan. Mereka telah berlaku zalim dan curang kepada rakyat Malaysia selama 14 tahun sejak 1998 lagi, 14 tahun telah mereka rompak daripada rakyat Malaysia !
7. Dalam tempoh 14 tahun, mereka menghasut rakyat Malaysia dan membutakan semangat perpaduan antara kaum. Mereka juga menyemai bibit-bibit prasangka, kebencian dan mematikan semangat jatidiri rakyat Malaysia. Mereka menghentam dan melanyak rakyat Malaysia dengan pelbagai fahaman lapok dan bersifat melampau.
8. Harapan rakyat untuk melihat perubahan besar dalam senario politik negara akhirya berkecai-kecai dan hanya menyaksikan satu demi satu kedamaian yang pernah dinikmati dihilangkan satu persatu oleh mereka. Mereka membawa rakyat Malaysia mengundur 34 tahun kebelakang. Semangat dan fahaman politik tahun 60an disuburkan kembali. Berkumandanglah di corong-corong pembesar suara suara-suara keldai mereka mengutuk dan mengeji tanpa usul periksa. Kerja-kerja pentadbiran dilalaikan.
9. Sebarang pengaduan dan penulisan mengenai kejahatan dan kebobrokan mereka, meraka akan menepisnya dengan mengutarakan kesalahan dan kesilapan pihak lain. Mereka tidak pernah menyelesaikan sebarang masalah sebaliknya 1 masalah akan ditangani dengan menimbulkan 10 masalah remeh temeh lain. Begitulah keadaan hal mereka yang menjadi Saudagar Mimpi.