Sabtu, 25 Ogos 2012

PERLANCARAN TEMERLOH TV -DATO HJ MOHD SHARKAR

EXCO IT INOVASI & TEKNOLOGI -ADUN LANCHANG-Dato Hj Mohd Sharkar melancarkan saluran Temerloh Tv (TTV) bagi memudahkan rakyat dan pelbagai agensi kerajaan menyalurkan makvlumat dan membuat aduan. Dalam sidang media yang diadakan serentak dengan majlis sambutan aidilfitri Dun Lanchang bersama UMNO Bahagian Temerloh Dato Hj Mohd Sharkar menjelaskan bahawa Peranan dan fungsi utama TTV ditubuhkan untuk menjadi saluran efektif antara rakyat dengan agensi kerajaan dalam Parlimen Temerloh dan DUN Lanchang. 

Secara tidak langsung bilangan pengguna dan celik IT akan bertambah di dalam Parlimen Temerloh dan DUN Lanchang. Objektif memajukan minda dan memdedahkan rakyat tempatan kepada pengetahuan dan kesedaran melalui IT mampu dipercepatkan dengan adanya saluran di mana rakyat boleh berinteraksi dengan mudah dan menyalurkan pendapat serta membuat aduan tanpa perlu beratur panjang di kaunter.

Pengendali TTV ialah sebuah firma IT dikenali sebagai The Center Point Of Peninsular Broadcast Media. Menurut Dato Hj Mohd Sharkar diharapkan rakyat dapat memanafaatkan sepenuhnya TTV bagi kepentingan mereka.

SELAMAT TINGGAL HANSAP COCKY & ARROGANT ROBIN GUAN ENG!



Ok UMNO-MCA-GERAKAN-MIC-PPP n IPF...Deal's ON!! Demi masa depan RAKYAT dan PULAU PINANG!!

Shamsuddin Hassan-->

The Penang legislative consists of 40 seats,with 

DAP -----> 19

PKR------> 9

PAS-------> 1 

UMNO---> 11...

In coming GE-13, 

95% Malay voter and 

90% Indian voter are back with BN.

So Penang need 2 to 4 seats from Gerakan and MCA to wrest Penang from "Cocky and Arrogant" Robin Lim Guan Eng (DAP).

UMNO with 11 seats can wrest at least 8 seats from PKR and 1 seat from Pas,

so from Gerakan and MCA,BN need 4 seats from them,to wrest Penang from the "Cocky and Arrogant" Robin Lim Guan Eng (DAP)...

Thus it comes to this:-

MCA ----------------> 2

GERAKAN--------->2

UMNO--------------->20

DAP------------------->15

PKR-------------------->1

So to Penang voter,let's show the way out for Han Sap Robin Lim Guan Eng back where he belong...!!!.

Undilah (X) BN.

"Janji Ditepati". 

- Terimakasih rakan fesbuk Mamluk Qalawun & Shamsuddin Hassan. 

ALHAMDU-LILLAH AKHIRNYA PAS BAKAL BERGABUNG DENGAN UMNO.


Berdasarkan kepada entri sebuah blog yang memetik sumber maklumat dalaman yang boleh dipercayai bahawa dalam masa yang terdekat ini PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat. Ini berlaku kerana desakan beberapa pihak di dalam PAS yang tidak sanggup lagi melihat PAS menjadi diperalatkan dan dimanipulasikan bagi kepentingan agenda peribadi Anwar Ibrahim dan mewarisi persengketaan politik cauvinis rasis tegar DAP. 

Moga-moga ianya terlaksana dengan mudah dan lancar. Mudah-mudahan terlaksanalah hajat rakyat kebanyakan yang mahukan PAS-UMNO bersatu semula demi kepentingan semua agar dapat ditumpukan usaha memajukan ekonomi negara. 

Mudah-mudahan kita doakan agar usaha tersebut berjaya.. Insya Allah Amiiin....

sumber blog & ucapan jutaan terimakasih :- BNPOST

KATAKAN TIDAK KEPADA PERSENGKETAAN PERIBADI PARA PEMIMPIN.


RAMAI YANG TERTANYA APAKAH JALAN PENYELESAIAN KEPADA SEMUA KEMELUT POLITIK PADA MASAKINI? JAWAPANNYA AMAT MUDAH. KITA TIDAK PERLU MEWARISI PERSENGKETAAN PERIBADI PARA PEMIMPIN PADA HARI INI KEPADA GENERASI AKAN DATANG. PERNYATAAN INI DIGAMBARKAN JELAS OLEH DS NAJIB SEMASA BELIAU MEMOHON MAAF BAGI PIHAK UMNO/BN KEPADA RAKYAT DI ATAS APAJUA KESILAPAN DAN KESALAHAN DI PIHAK UMNO/BN.  DILAKSANAKAN DI DALAM PELAN TRANFORMASI KERAJAAN. DIZAHIRKAN DI DALAM WASATIYYAH. 

Kita perlu bangkit dan menyatakan dengan tegas kepada semua pemimpin yang ada pada hari ini bahawa Kita Enggan Mewarisi Persengketaan Peribadi Mereka. 

Kita perlu mengingati bahawa sebarang kesilapan para pemimpin akan menjejaskan kepentingan agama bangsa dan negara bertuah ini.

Kesilapan paling besar bagi mana-mana pemimpin ialah mewariskan persengketaan politik peribadi mereka kepada rakyat dan generasi seterusnya.

Kita lihat bagaimana puak nasionalis sosialis yang berselindung di dalam PKR mahu mewariskan persengketaan lama politik peribadi mereka dengan UMNO yang bermula pada 1948. PKR juga mahu mewarisi persengketaan peribadi Anwar Ibrahim dengan para pemimpin UMNO pada 1998. PKR juga masih mahu mewarisi persengketaan politik dan peribadi Rejimen ke 10 PKM terhadap pemimpin UMNO. PKR juga masih mahu mewarisi persengketaan Revolusi Komunis terhadap para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.

Kita turut merasa kesal dengan sikap agresif dan permusuhan agama serta perkauman para pemimpin DAP yang masih mahu mewarisi persengketaan politik dan peribadi mereka yang bermula dari pemisahan Singapura dan akibat tragedi 13 Mei 1969.

Kita juga amat musykil dan kesal dengan sikap para pemimpin PAS yang ada sekarang kerana masih berterusan mahu bermusuhan dan bersengketa dengan para pemimpin UMNO dalam soal-soal akidah dan hukum hakam sejak tertubuhnya PAS dan bila PAS keluar dari Barisan Nasional pada 1978 setelah bersatupadu dengan UMNO.

Setelah sekian lamanya kita hidup dalam aman damai tanpa sebarang persengketaan pada tahap meruncing seperti sekarang. Hanya kerana disebabkan oleh para pemimpin Pakatam Jahanam begitu cenderung mahu mewariskan persengketaan mereka dengan pemimpin UMNO/BARISAN NASIONAL.

Oleh itu kita rakyat kebanyakan harus tegas menyatakan kepada para pemimpin kita yang bersifat sedemikian dengan satu suara bahawa Kita Tidak Mahu Mewarisi Persengketaan Politik Peribadi Para Pemimpin. 

Sempena Hari Kemerdekaan yang bakal menjelang tiba, kita harus nyatakan hasrat kita ini bersama dan menggemakannya kepada para pemimpin kita semua. Apa faedah dan manafaatnya kepada kita semua untuk mewarisi persengketaan yang membawa kepada kemusnahan dan kemudaratan?

Sudikah anda semua bersama Hamba yang fakir ini untuk menyatakannya kepada para pemimpin kita semua tak kira dari parti mana?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...