BUBAR SEMUA DUN ATAU TUNGGU. Lim Guan End telah menyatakan pendiriannya enggan membubarkan DUN Pulau Pinang serentak dengan pembubaran Parlimen. Lima alasan akan diberikan olehnya.Salah satunya beralasankan ISA masih belum dimansuhkan dan lapan tuntutan BERSIH masih belum dilaksanakan, Alasan sahaja. Beralasan memang mudah, Berikanlah apasaja alasan. Apa niat sebenarnya? Niat sebenarnya ialah mengelak daripada menghadapi pilihanraya. Pakatan Haramjadah sudah mempersiapkan diri mereka dengan pelbagai rencana 'merampas kuasa'. Ini sudah jelas diperkatakan oleh Sam Ketot. Jika mereka tewas dalam pilihanraya mereka akan 'merampas kuasa' di jalanan pula. Pada waktu itu segala kuasa-kuasa asing akan masuk campurtangan seperti yang berlaku di Libya, Mesir dan Tunisia. Sememangnya Pakatan Haramjadah merupakan ancaman keselamatan terbesar buat rakyat dan negara ini. Pendirian Pakatan Haramajdah adalah jelas dalam soal pembubaran DUN di bawah penguasaan mereka yakni mereka tidak samasekali akan membubarkanya serentak dengan pembubaran Parlimen.
BARISAN NASIONAL sewajibnya mempunyai Pelan Tindakan Bersepadu, Pelan Tindakan Susulan dan Pelan Tindakan Balas pada setiap masa unutk menghadapi Pakatan Haramjadah. Pada masa yang sama, BARISAN NASIONAL amat perlu menyatupadukan semua jentera-jenteranya untuk menghadapi Pakatan Haramjadah, Bak kata pepatah, "Biarlah Ada Daripada Tiada". Memantapkan semua jentera di semua peringkat adalah amat perlu sekali, Berbelanjalah untuk itu. Jangan terlalu kedekut dan kikir. Semua jentera Barisan Nasional amat perlu di suntik dengan semangat kental.
Kita mengharapkan agar kepimpinan BARISAN NASIONAL mampu melakukan tindakan terbaik menghadapi karenah Pakatan Haramjadah dalam hal ini. Kalau Hamba mudah sahaja, Hamba tidak akan membubarkan DUN juga jika Pakatan Haramjadah enggan membubarkan DUN di bawah pentadbiran mereka.
TEPUK DADA TANYA IMAN!