Selasa, 2 Julai 2013

Gabungan NGO Islam-Melayu Desak RCI ke atas RBA.

Gabungan NGO Islam Melayu hari ini mendesak agar sebuah Suruhanjaya Siasatan DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat dan mengekang kegiatan propaganda RBA. Gabungan tersebut turut menggesa kerajaan untuk melakukan tindakan pencegahan bertujuan melindungi kestabilan politik negara. Gabungan memandang serius kegiatan RBA yang menghasut rakyat melaluu media sosial. Kesannya , perpaduan kaum dan keharmonian antara agama terancam. Sudah berlaku jiran tak bertegur sapa. Kegiatan RBA sudah banyak menjejaskan hubungan baik antara kaum yang selama ini di pupuk baik sejak 1969. 

Tujuan gesaan Gabungan sebagai menyatakan bantahan serta mendesak kerajaan menyiasat secara mendalam dan terperinci mengenai kewujudan RBA. Peranan yang dimainkan oleh kumpulan tersebut untuk menyerang institusi-institusi kerajaan dengan tujuan melemahkannya melalui media sosial. Tuntutan berdasarkan kepada pertimbangan , pertama, melindungi perpaduan kaum dan mengelak perpecahan kaum yang serius. Kedua, pencegahan berlaku ketidakstabilan politik akibat perpecahan kaum.

Rasionalisasi yang diberikan oleh Gabungan, meminta ketegasan Kementerian Dalam Negeri mengekalkan ketenteraman dan keharmonian kaum tidak tergugat. Seterusnya, mengenalpasti dan mendedahkan dalang sebenarnya di sebalik operasi dan pembiayaan kumpulan RBA.


Penipuan Polisi Ekonomi Menjadi Pintu Masuk Ideologi Sosialis Merosakkan UMNO.

Bapa Penipuan Polis Ekonomi Yang Sebenarnya Adalah Politik Credo Sosialis 

Polisi 'Liberalisasi Ekonomi' bukanlah membantu pasaran terbuka, tetapi membantu mempercepatkan proses matinya amalan demokrasi. Dan digantikan dengan regim sosialis bercorak kuasa mutlak berbentuk  tirani. Gerakan ini dipelopor oleh grup elit Sosialis Fabian sejak dulu lagi. John Maynard Keynes adalah Bapa Gerakan Penipuan Polisi Ekonomi. Beliau adalah seorang anggota Sosialis Fabian. 

Gerakan Sosialis Fabian adalah gerakan tersembunyi dan berselindung di sebalik nama keintelektualan dan melakukan infiltrasi dogma sosialis di atas nama intelektualisma. Mereka adalah kumpulan elit dalam penyebaran sosialisma. Gerakan ini bermula pada 1887 oleh sekumpulan kumpulan bangsawan dan intelektual di Britain. 

Gerakan ini jugalah yang memusnahkan Parti Liberal Britain yang dahulunya kuat dan mantap macam Barisan Nasional. Merekalah yang menubuhkan Parti Buruh Britain. Pemikiran Gene Sharp adaalh di bentuk oleh Sosialis Fabian yang menghasilkan karya, 'Dari Diktaktor ke Demokrasi'. Puak Sosialis DAP PKR menggunakan kaedah Gene Sharp untuk menumbangkan BN dan UMNO dari luar. Manakala, gerakan elit pakar, pengurus dan pentadbir (Con-Sultan-T) polisi ekonomi sosialis Fabian, bergerak menghancurkan BN dan UMNO dari dalam dengan penipuan polisi ekonomi. 

Gerakan-gerakan merosakkan ini adalah fitnah-fitnah yang perlu diperangi habis-habisan. 



Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim.
(Al-Baqarah 2:193)

Infiltrasi Elitisma Kelompok Kumpulan Sosialis Fabian Dalam Semua Aspek Politikal Malaysia.


"Musuh hanya boleh dikalahkan bila ianya dikenalpasti. Selagi Musuh berada dalam selimut, selagi itu kita hanya menentang bayang-bayang yang tak berkesudahan" 

Petikan, tanpa memprejudiskan mana-mana pihak:-
Through schools, forums, deceptive “fronts” and infiltrated universities (Oxford and Cambridge in England, and Harvard in the United States, are notable examples) the Fabians create both conscious and unconscious socialists.  
The Fabians were more realistic than the Marxian socialists. They understood that it is much easier to subvert sons, daughters and wives of the prominent and well-to-do than it is to impress the laboring classes. They also understood, that socialist movements spring from the middle and upper classes—and not from the proletariat



 Anda semua boleh berfikir,
Ambe perkenalkan kepada anda semua ; SOSIALIS FABIAN, Musuh Dalam Selimut, Musang Berbulu Ayam, kumpulan ELITIS:-
The principle of the specialist, the manager, the administrator, according to the Fabians represents an elite which the Fabians say will dominate society


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...