Rabu, 8 Mei 2013

PASCA #PRU13 - KITA PERLU MENGHENTIKAN POLITIK PERKAUMAN DAP RASIS !


1946 - 1957 merupakan tahun-tahun tribulasi politik di Tanah Melayu. Demi mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu secara aman damai , UMNO terpaksa menerima syarat British agar menerima imigran Cina dan India menjadi warganegara secara Jus Soli (bunyinya pun dah jadi JUST SORRY). Seramai 1 juta orang Cina di terima menjadi warganegara Tanah Melayu yang merdeka.

Terbentuklah PERIKATAN yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC. Berkongsi kuasa dan berkorban agar pihak lain dapat menikmati hak mereka. Pada waktu itu jugalah di terima oleh pemimpin MCA dan MIC Hak-hak Istimewa Orang Melayu dan Raja-raja Melayu serta kedudukan ISLAM sebagai Agama Persekutuan.
Generasi awal tersebut kini sudah hampir tiada lagi. Kini generasi baru melupai apa yang telah generasi terdahulu lakukan. Akibatnya, mereka tertipu dengan DAP dan PKR yang memperjuangkan semula semua perkara kelompok perkauman dan ekstrimis yang pernah di tolak oleh rakyat Malaysia pada tahun 1948 - 1957.

Kini, setelah hampir 56 tahun berlalu, ianya diulangi dan dibangkitkan semula oleh DAP dan PKR.  Tanpa rasa bersalah dan malu, DAP dan PKR mahu rakyat Malaysia berpecah belah yakni:-

Orang Cina undi DAP
Orang Melayu undi PAS
Orang India undi PKR 

Bagi mencapai matlamat itu DAP dan PKR memecahkan hegemoni BARISAN NASIONAL melalui dakyah dan menuduh BN mengamalkan PERKAUMAN. Hanya kerana MCA MIC DAN UMNO adalah parti politik berasakan kepada kaum. Sedangkan BN adalah parti campuran semua parti politik yang ada.

Waima UMNO, MCA dan MIC adalah parti-parti berasaskan kepada kaum tapi mereka bukan parti PERKAUMAN. Calun-calun MCA dan MIC di undi oleh pengundi majoriti Melayu tetapi di tolak di kawasan majoriti pengundi Cina sejak 1969. Sehingga kini, MCA gagal memulihkan imej mereka dan meneruskan legasi PERIKATAN yang dah cantik tu.

DAP lebih menarik perhatian kerana DAP menyambung dan meneruskan legasi Ketuanan Hegemoni Cina yang diperjuangkan sejak 1948 kemudian di sambung pada 1963 oleh PAP. Hegemoni Ketuanan Cina lah yang telah di tolak tetapi dihidupkan semula oleh PAP semasa masuk Malaysia. Kemudian di sambung oleh DAP dan GERAKAN sejak 1969 sehingga kini.

Bila berlakunya rusuhan 13 Mei 1969, gerakan tersebut menjadi senyap sekejap sementara mencari momentum kembali untuk memuncak. Ianya terbuka luas pada 1997-1998-1999 semasa skandal seks Anwar Ibrahim didedahkan oleh Karpal Singh dan Mat Syabu dalam Parlimen.

Bila bermula gerakan REFORMASI yang akhirnya membawa kepada situasi sekarang ini. DAP mempunyai ruang luas untuk menghasut dan menyisihkan pengundi Cina dari Barisan Nasional.

Kini DAP semakin menyisihkan pengundi Cina dari masyarakat lain yang menyokong Barisan Nasional. Semakin jauh pengundi Cina dari masyarakat lain semakin cerah peluang DAP untuk berkuasa dan menjadi hegemoni baru.

Adalah sebab kenapa DAP certuskan Tsunami Cina pada PRU13 lalu.

Bahaya DAP akan diperjelaskan lagi dalam artikel-artikel seterusnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...