Khamis, 23 Januari 2014

NASIB BANGSA AMBE DI TANAHAIR SENDIRI - KLIP VIDEO TELUK BAHANG, PEMIMPIN BANGSA AMBE TAKDE TELOR WAIMA SEBIJI PUN @NajibRazak





Inilah nasib bangsa ambe selepas merdeka 56 tahun.

Pemimpin bangsa ambe dari semua parti politik pada masakini hanya tutup mulut dan berpeluk tubuh melihat bermacam-macam penderaan dan penganiayaan ke atas bangsa ambe.

Sejak 2008, untung nasib bangsa ambe terumbang-ambing dijadikan bidak atas papan catur politikal pemimpin bangsa ambe yang kemarok sangat undi puak kiasu cauvinis. 

Sekarang ini, bangsa ambe bila nak pertahankan hak-hak mereka yang termaktub dalam Perlembagaan sudah menjadi seperti pengemis meminta sana-sini. Tidak dipedulikan oleh sesiapa pun. Tapi kalau bangsa kiasu cauvinis baru berdehem, berpuluh juta mereka dapat daripada pemimpin bangsa ambe sendiri.

Bila bangsa ambe minta, mereka di suruh bersabar dan redho serta bersyukur dengan apa yang ada oleh pemimpin bangsa ambe sendiri juga. Ntah di mana silapnya. Akhirnya, bangsa ambe terpaksa mengambil tindakan sendiri. 

Ambe sedih dan kesal melihat layanan tak berperikemanusiaan ke atas bangsa ambe yang di layan seperti binatang di mana-mana saja. Semuanya gara-gara pemimpin bangsa ambe yang berperang sesama sendiri merebut kuasa dan pangkat sesama mereka. Mereka selamat dan tak ada apa-apa kesan, Tetapi bangsa ambe menjadi mangsa keadaan.

Nasib bangsa ambe sudah tidak dipedulikan lagi oleh pemimpin bangsa ambe sendiri. Mereka hanya dipandang bila masa PRU sahaja. Selepas PRU, apa yang berlaku ke atas bangsa ambe, tidak dipedulikan langsung oleh pemimpin bangsa ambe sendiri. 

Semoga Allah Ta'ala masih merahmati bangsa ambe ditanahair sendiri. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...