Khamis, 21 Jun 2012

REPUBLIK BENCI ISLAM PAKATAM SELANGOR- SURAU MASJID KENA JUAL .

1MALAYSIA 1SUARA 1MATLAMAT
SAYANGI SELANGOR YAKINI BN 
JADIKAN HARI ESUK LEBIH BAIK DARI HARI INI.
HANYA MALAYSIA, BRUNEI & THAILAND BUKAN NEGARA REPUBLIK SOSIALIS DI 
NUSANTARA INI !

Dulu ....
Sebelum 2008, orang PAS Pakatam hina dan perlekeh UMNO/BN bina banyak masjid dan surau tapi kosong takde jemaah. PAS Pakatam hasut orang Melayu bencikan UMNO/BN sebab isteri pemimpin UMNO/BN tak tutup aurat. PAS Pakatam hasut orang Melayu tumbangkan dan gulingkan UMNO/BN sebab tak perjuangkan Negara Islam! PAS Pakatam ajak orang Melayu marahkan UMNO/BN kerana tak buat Hudud.

Sekarang ....
Selepas 2008, PAS Pakatam kata Negara Islam takde dalam Al Qur'an. Surau dan masjid di jual oleh sekutu mereka PKR & DAP PAKATAM, PAS Pakatam kata itu 'Bagus!'. Bila UMNO/BN hendak membina S.A.R, PAS Pakatam halang ! Bila orang Islam semakin ramai dimurtadkan melalui gerakan Sosialis Religus DAP Pakatam, PAS Pakatam kata ' Pilih Agama Itu Hak Peribadi !' Bila Anwar Ibrahim dan Ambiga kata Hudud bagi seks luar tabi'e adalah lapok dan primitif, PAS Pakatam laungkan TAKBIR!

Ceritanya nasib sebuah surau, sebuah masjid dan sebuah S.A.R di bawah regim Republika Benci Islam Pakatam..........

Nasib Sebuah surau di Selangor.


“Surau ini memang tidak pernah dapat peruntukan dari kerajaan negeri. Seingat saya kali terakhir Jemaah surau ini mendapat bantuan adalah pada 2008, itupun daripada kerajaan terdahulu.“Lepas 2008 tak pernah dapat. Kami terpaksa guna duit sendiri untuk sediakan segala kemudahan. Saya pernah hantar surat di pejabat Menteri Besar sebanyak empat kali, tapi masih tidak dapat peruntukan,” tegas Zaini.Menurutnya lagi, antara perkara yang diusahakan mereka sendiri adalah mendapatkan lampu jalan dan menurap jalan masuk ke surau tersebut.Tambah beliau, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad pernah berjanji untuk memberi peruntukan sebanyak RM5000 pada 2008 bagi membaiki bangsal yang roboh, tetapi sehingga kini wang tersebut tidak diterima yang akhirnya memaksa Jemaah menggunakan wang sendiri untuk membaikinya.Perkara tersebut disokong oleh seorang ahli Jemaah surau itu, Miskiah Ishak, 64.Menurutnya, Jemaah di surau tersebut bertuah kerana terdapat anak-anak kariah yang telah berjaya yang tidak lokek untuk memberikan sumbangan.“Kalau nak harap kerajaan negeri, memang tiada. Dulu kata nak beri RM5000 tapi akhirnya tiada juga. Sudahnya kami kutip-kutip duit antara anak kariah. Ada anak-anak kariah yang sudah berjaya yang sumbangkan RM1000-RM2000.“Nak harap bantuan memang tiada. Dulu waktu Barisan Nasional memerintah, peruntukan tak pernah habis. Tapi sekarang tak pernah dapat sebarang peruntukan,” katanya.

Nasib sebuah masjid .....


"Sejak puak PAS Pakatam menguasai masjid ini, berlaku pertandingan merebut jawatan masjid yang dipertandingkan mengikut resam Sosialis di bawha mana-mana regim Republika Benci Islam mengambil model saranan Kalipah For All Guan Eng, Putera Mahkota Politik Dinastik Lim DAP Pakatam. Masjid ini hanya menerima sumbangan dari ahli kariah dan jemaah sahaja. Puak PAS Pakatam pula berpecah-belah sesama mereka. Ini memberikan kesan kepada ukhuwah ahli kariah setempat. Hari ini selepas solat Jumaat akan berlaku satu demonstrasi perebutan politik dalam jawatan masjid. Apa nak jadi nie?"

Nasib Sebuah S.A.R.....

Bantah Sekolah Agama Rakyat: PAS & PKR Memenuhi Ciri Bangkang Dari Longkang

Dalam sistem demokrasi kewujudan pihak pembangkang bertujuan untuk check & balance tadbir urus kerajaan yang memerintah bagi memastikan tiada penyelewengan atau salah guna kuasa berlaku.

Sebaliknya di Malaysia, kehadiran parti pembangkang lebih berminat mengadu domba dan mencipta kontroversi tanpa berpaksikan realiti kebenaran.

Ambil contoh bangkangan mereka terhadap pembinaan sekolah agama rakyat (SAR) di Taman Pegoh Aman, Perak. Ternampak jelas bantahan oleh PAS dan PKR bermatlamat untuk 'cover issue' yang sedang hangat di Selangor melibatkan pengambilan padang awam PKNS.

Dalam kedua-dua isu tersebut ia kelihatan sama kerana ia melibatkan kawasan padang, hakikatnya banyak beza di antara kedua-duanya. Seakan sama tapi tak serupa.

Padang awam PKNS di SS7 Kelana Jaya merupakan kawasan yang diwartakan sebagai tempat rekreasi manakala pembangunan yang mahu dijalankan di situ pula merangkumi pusat komersial seperti kompleks perniagaan dan kediaman kos tinggi.

Bantahan pengambilalihan padang tersebut pula datang dari majoriti penduduk tempatan kerana mereka akan kehilangan keseluruhan padang rekreasi tersebut.

Selain itu, penukaran status padang tersebut daripada kawasan rekreasi kepada tapak komersial jelas bertentangan dengan perwartaan asal yang diluluskan oleh Rancangan Tempatan Petaling Jaya (RTPJ).

Padang awam di Taman Pegoh Aman pula berbeza situasinya. Daripada keseluruhan luas 1.6 hektar, hanya 0.3 hektar di penjuru padang sahaja dimanfaatkan untuk pembinaan sebuah sekolah agama rakyat.

Bermakna sebahagian besar kawasan padang masih boleh digunakan sebagai tempat permainan dan kawasan riadah untuk penduduk sekitar.

Ia jelas berbeza sekali dengan situasi padang PKNS di Kelana Jaya yang bukan sahaja hilang status rekreasinya tanpa gantian malah keseluruhan luas persegi padang menjadi hakmilik pihak lain untuk kegunaan komersial semata-mata.

Projek pembinaan SAR di Perak itu juga telah mendapat kelulusan Pejabat Daerah serta turut mendapat lampu hijau dari Jabatan Agama negeri dan jelas sekali ia tidak seperti digambarkan sebaliknya oleh PAS dan PKR.

Paling penting, pembangunan sekolah agama di penjuru padang tersebut memenuhi keperluan penduduknya serta disokong oleh majoriti besar penduduk setempat.

PAS yang suatu ketika dulu cukup gah mendabik dada sebagai pejuang sekolah agama rakyat sepatutnya berasa malu dengan tindak tanduk mereka yang semakin hari kian nampak ketidakmatangannya.

Para pimpinan PAS dari serendah-rendah tahap hinggalah ke peringkat tertinggi parti, semacam sudah hilang arah haluan perjuangan.

Masing-masing gagal memainkan peranan sebagai pembangkang yang berkesan dan bermanfaat untuk rakyat.

Mereka lebih cenderung membangkang apa saja semata-mata untuk mencapai kepentingan politik kepartian tanpa memperdulikan soal betul atau salah sesuatu perkara - memang sah layak digelar bangkang dari longkang.

Apalah nasib satu agama rasmi bagi sebuah negara yang berdaulat. hanya semata tiga puak Republika Benci Islam menguasainya buat sementara waktu, sudah begitu hinanya agama Rasmi itu diperlakukan. Sedangkan sebelum ini bukan main melalak melolong dan kuatnya gema takbir daripada mereka mahukan NEGARA ISLAM! Kini bukan sahaja Negara Islam mereka buang malah TAUHID pun mereka buang !

Nah ! Pihak manakah yang selama ini benar-benar menjaga martabat dan kesucian Agama Rasmi itu di Tanah Yang Masih Bertuan ini ?

Kalau Agama Rasmi pun puak Republika Benci Islam Pakatam mampu injak-injak dan perlekehkan dan menghinanya sesuka hati apatahlagi agama-agama lain yang telah di jamin dalam Perlembagaan Malaysia. 

Pernah dengar tak baru-baru ini seorang pemimpin kanan puak Republika Benci Islam Pakatam menghina agama Hindu dengan menyamakan Thaipusam itu seperti satu demonstrasi jalanan !

Mau undi lagi pepuak Republika Benci Agama Islam Pakatam? 

Tolak  puak Republika Benci Islam Pakatam ... Semua Agama Menjadi Tenteram !

REPUBLIK BIA-DAP PAKATAM - DUN PLAY-PLAY !


Tolong sikit ! Jangan nak berlagak pandai dan masuk campur urusan Malaysia .... JANGAN TERLAMPAU BIA-DAP SANGAT !

WOW ! REPUBLIK BISEKSUAL PAKATAM -AMOKAN MADU TUA -RAFIZI HILANG JAWATAN !



OH TIDAK ! AMOKAN MADU TUA !!!! 

Ehsan Rakan Bloger GAP !

Telah kedengaran sederas angin taufan lebih kuat dan kuat dari tsunami 2008 mengatakan bahawa Rafizi telah meletakkan jawatannya di Pejabat Penasihat Kewangan sejak semalam.

Kenapa?

Apakah sebabnya?

Rafizi sudah gila?

Amokan Madu Tua Azmin Ali?

Tekanan kepada Khalid G ?

Rakan bloger GAP menulis katanya :-
Rafizi lembu telah letak jawatan sebagai pegawai penasihat ekonomi kerajaan selangor. semalam azmin declare akan taat setia pada kalid gagap. rupanya ia tak seindah kabar.Jelas perletakan jawatan rafizi lembu di pejabat kalid sebenarnya bermotifkan politik. Azmin/anwar/rafizi lembu nak bagi tekanan pada kalid gagap! namun  mengikut sumber pkr, rafizi telah diasak oleh beberapa exo kerajaan negeri selangor kerana keterlanjuran melampau beliau memainkan isu PTPTN dan pendidikan percuma hingga menyebabkan kerajaan pakatan mendapat malu besar. 
 selamat hancur pkr !
SELAMAT GAGAL MENUMBANGKAN BN/UMNO !


REPUBLIK RUMAH URUT PAKATAM SELANGOR! SATU LAGI KEJAYAAN M.E.S.

Rumah Urut Terkini Di Sekinchan Di Bawah Program
Memaksiatkan Rakyat Selangor (MES) 
Foto ihsan bloger Jawa Bernam. 

SEKINCHAN: ADUN bagi Sekinchan ialah Ng Suey Lim parti DAP PAKATAM. Di atas adalah satu lagi kejayaan besar parti DAP PAKATAM Selangor dalam program ekonomi  MEMAKSIATKAN  EKONOMI SELANGOR (MES) membantu semua imigran yang di impot dari Tanah Besar China dan Taiwan. Sebelum mereka dijadikan pengundi berdaftar di masa depan. 

Sekinchan kini dipenuhi dengan rumah maksiat. Tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. di seluruh Selangor kini menjadi sebuah Hub Maksiat Terpenting di bawah Regim Republika Lembu Kepala Hitam. PAS Pakatam pula kelihatan sudah layu dan kuyu untuk bersuara mengenai program Memaksiatkan Rakyat Selangor. Dalam soal akidah pun PAS Pakatam sudah tak berani nak melawan Tuan Besar DAPnya. Nak kato apo kan? Jangan bercakap buat tindakan dengan meminggirkan puak Republik Pakatam di PRU 13 nanti.


SYABAS DI LARANG BERCAKAP ! PAKATAM MARAH.


XAVIER JEYAKUMAR , ADUN yang terkenal kerana kuat tidur dalam sidang DUN Selangor. Pada kali ini beliau mahu agar SYABAS turut 'ditidurkan' daripada bercakap dan menyebarkan fakta mengenai penyusutan Rizab Air Bersih dan mengenai Krisis Air Mentah Selangor yang amat tercemar. Berikut adalah kenyataan Xavier yang di petik dari Keadilan Daily:-
“Kita ingin mengingatkan Syabas agar jangan terus menakut-nakutkan rakyat Selangor dengan pengumuman-pengumuman gangguan air yang palsu sejak kebelakangan ini kerana Kerajaan Negeri Selangor sedang memantau ‘tingkah laku’ Syabas .
“Kita juga bertanggungjawab kepada rakyat Selangor yang memilih kerajaan Pakatan Rakyat sedia ada agar mereka tidak terus ‘diperas ugut’ oleh Syabas dengan berita gangguan bekalan air sewenang-wenangnya,” tegas Dr Xavier dalam kenyataan medianya.
“Kerajaan Negeri akan terus memberikan 20 meter padu air percuma kepada rakyat Selangor.
“Kerajaan Selangor juga tidak teragak-agak untuk mengambil alih semua loji-loji air yang dikendalikan oleh Syabas atau Puncak Niaga bagi menjamin rakyat Selangor terus mendapat bekalan air,” kata beliau.
“Kerajaan Negeri ingin menegaskan bahawa Projek Langat 2 yang bernilai RM6 bilion adalah terlalu mahal untuk ditanggung oleh rakyat dan ia hanya menguntungkan syarikat-syarikat kroni Umno yang mahukan projek ini diteruskan,” tambahnya.
SYABAS MERE ADUN TIDUR HEY ... hari ini kos RM6 billion tidak di tanggung oleh rakyat tapi kos  Penstrukturan Semula akan di tanggung Rakyat jelata sampai berpuluh-puluh keturunan, Subsidi 20 meter padu air kepada rakyat Selangor kian menyebabkan merosotnya penghargaan kepada air. Sumber air di Selangor semakin tercemar. Ini tidak mampu dibersihkan oleh Republik Pakatam dengan hanya melakukan demonstrasi BERSIH ataupun dengan membuat ugutan politik kepada SYABAS.

HOI JEYAKUMAR ! Bangunlah dari tidur ! Rakyat Selangor kalau susah nanti ko cuma enak-enak tidur sahaja dalam DUN !

REPUBLIK DEFORMASI PAKATAM ! WAJIB BACA.


TRANS-FORMASI bukan RE-FORMASI 
dua istilah ad-Hominem yang bersifat Positif dan negatif.
Tidak pernah ada dalam peradaban dunia mana-mana kaum dan negara yang melakukan 
RE-FORMASI menjadi lebih baik sebelum nya. Sebaliknya mereka menjadi sebuah masyarakat dan budaya yang amat pincang penuh dengan cacat cela dan kudis. Kata lain mereka menjadi 
DE-FORMASI
Tetapi terbukti dalam peradaban manusia apabila masyarakat Arab berTRANS-FORMASI di bawah panji-panji ISLAM , mereka mencapai kegemilangan !
Itulah serba ringkas mengenai perbezaan ketara di antara dua polisi yang di bawa oleh 
UMNO - TRANSFORMASI 
dan 
REPUBLIK REFORMASI PAKATAM yang kini semakin menjadi DE-FORMASI penuh dengan kudis hapak dan kepincangan cacat cela.

Rakan bloger GAP menulis:-
Islah. ia perbendaharaan bahasa arab. ia bermaksud perubahan. dalam terminologi baru yang kerap didengar halwa telinga ia dipanggil transformasi.
transformasi umno semakin laju dan menakutkan pengkritik.
pengkritik umno enggan mengakui kelajuan transformasi yang dilakukan oleh umno sejak berlakunya reformasi ganas 1998.
ada beza dalam pemaksudan reform dan transform.
reform adalah langkah pertama ke arah transform. 
di mana umno ketika ini ? umno sudah berada dalam landasan transform. menukar gaya dan pendekatan dalam ertikata yang menarik dan memudahkan rakyat.
anwar hingga ke saat ini masih bernostalgia mengenai ide reform.
manakala najib pula tanpa banyak cakap terus melakukan ide transformasi.
anwar dan reformasi tidak boleh dipisahkan. reformasi anwar bermula selepas dia dipecat.
anwar mengaplikasi perkataan reform dengan berharap agar rakyat dan menentang kerajaan yang pada saat itu dianggapnya sebagai zalim.
pada saat itu rakyat terpinga dengan keagresifan anwar melaung agenda reform. reform bila dimelayukan bermakna reformasi.
sayang perkataan baik seperti reform,perubahan ini telah dipuakakan maksud nya oleh anwar.
bagi anwar, reform itu perlu ditunjukkan dalam perhimpunan ganas penyokong dalam menjatuhkan kerajaan. BACA SETERUSNYA DI SINI  


PARLIMEN & DUN TERGANTUNG - KENAPA PUAK REPUBLIK PAKATAM MELATAH?

KUALA-LUMPUR:  Buletin TV3 menyiarkan secara ringkas dan pendek kenyataan Pengerusi SPR yang mahu mengelakkan berlakunya Parlimen Tergantung dan DUN Tergantung. Jika berlaku maka sudah tentulah akan menyusahkan rakyat jelata. Oleh kerana amalan demokrasi negara ini berdasarkan Siapa ada majoriti kerusi pihak tu akan menjadi kerajaan walaupun mempunyai majoriti satu kerusi di Dewan Rakyat dan DUN. Bagi mengelakkan wujudnya Parlimen tergantung dan DUN tergantung bilangan kerusi di Dewan Rakyat dan di DUN mestilah dalam bilangan ganjil.

Berdasarkan kepada peruntukan perundangan sedia ada , prosedur bagi Persempadanan semula adalah seperti berikut:-
Laporan Kajian Semula Persempadanan dengan syor awal persempadanan dikemukakan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Perdana Menteri. Pada masa yang sama, suatu notis dikeluarkan dalam sekurang-kurangnya satu akhbar dan disiarkan dalam Warta, serta dipamerkan di semua bahagian-bahagian pilihan raya selama satu bulan untuk pemeriksaan dan rayuan orang ramai.
Proses persempadanan bermula dengan arahan oleh Ibu Pejabat SPR kepada. Pengarah-pengarah Pilihan Raya Negeri mengumpul maklumat-maklumat seperti bilangan pemilih di bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri, kemudahan-kemudahan baru yang ada seperti bangunan dan sekolah-sekolah untuk digunakan sebagai tempat pengumuman pilihan raya dan kemudahan perhubungan dan pengangkutan. Arahan ini dikeluarkan setelah tamat tempoh lat 8 tahun dengan selesainya kajian semula persempadanan sebelum ini.
Suruhanjaya mesti mengadakan siasatan tempatan untuk mendengar rayuan yang diterima dalam tempoh pameran itu dari mana-mana Kerajaan Negeri, pihak berkuasa tempatan dan kumpulan 100 orang pemilih dan lebih, dari bahagian-bahagian pilihan raya yang terlibat dengan kajian tersebut.
Sebaik sahaja selesai siasatan berkenaan, sebarang perubahan kepada syor persempadanan mestilah dipamerkan semula kepada orang ramai untuk tempoh sebulan. Suruhanjaya tidak perlu mengadakan lebih daripada dua siasatan tempatan.
Cadangan persempadanan yang akhir akan dikemukakan kepada Perdana Menteri untuk dibentangkan dalam Dewan Rakyat bagi mendapatkan kelulusan. Bahagian-bahagian pilihan raya yang baru hanya terpakai apabila Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dibubar.
Sekarang adalah masa paling sesuai untuk melakukan Persempadanan Semula bagi menambah bilangan kerusi Parlimen dan DUN. Tujuan utamanya ialah untuk mengelakkan daripada berlakunya Parlimen Tergantung dan DUN tergantung. Jika ini berlaku maka tiada pihak dapat menubuhkan kerajaan untuk berkhidmat kepada rakyat. Natijahnya, rakyat dan negara terdedah kepada ketidakstabilan politik yang berkemungkinan besar akan membawa kepada kekecohan berpanjangan. Jika itu berlaku maka mudahlah campurtangan kuasa-kuasa aing terjadi. 

Persoalannya adakah puak kepala lembu Hitam Republik Pakatam akan bertindak rasional dan matang bilamana syor penambahan kerusi DUN dan PArlimen di buat? 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...