Isnin, 15 April 2013

#PRU13 VIDEO PENYERAHAN WATIKAH PASUKAN TRANSFORMASI

Calon Baru BN : 33 % Parlimen , 49 % DUN Berdepan PRU 13- https://www.youtube.com/watch?v=Gy-alCupBpM

#PRU13- APAKATA PEMIMPIN KOMPONEN MENGENAI PASUKAN TRANSFORMASI @barisannasional


M. KAYVEAS - PPP:
PPP tanding di Parlimen Kepong, empat kerusi negeri: Kayveas.
KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP), parti komponen Barisan Nasional (BN), hari ini mengesahkan bertanding satu kerusi parlimen dan empat kerusi negeri pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.
Presidennya, Datuk Seri M.Kayveas, berkata parti itu diperuntukkan kerusi parlimen Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan empat kerusi negeri, masing-masing satu di Kota Melaka (Melaka), Kota Alam Shah (Selangor), Pasir Bedamar (Perak) dan Manik Urai (Kelantan).
"Barisan Nasional kalah disemua lima kerusi PPP itu pada pilihan raya umum lepas (2008). Sukar, namun seseorang perlu bertanding di kerusi ini. Memperoleh lima kerusi merupakan kejayaan bagi PPP," katanya dalam mesej Tweetnya.
Pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008, PPP bertanding kerusi Parlimen Taiping dan kerusi negeri Pasir Bedamar, namun tewas kedua-duanya.
Kayveas yang bertanding di Taiping, kalah kepada Nga Kor Ming daripada DAP dengan 11,298 undi.
Di Pasir Bedamar, calon PPP Lee Heng tewas kepada calon DAP, Seah Leong Peng dengan 7,914 majoriti undi.
Pada 2008, calon DAP, Dr Tan Seng Giaw menewaskan Lau Hoi Keong, BN-Gerakan di kerusi Kepong dengan 23,848 majoriti undi.
Sementara itu, Kayveas berkata Pengerusi PPP Wilayah Persekutuan Datuk A. Chandrakumanan akan bertanding kerusi Parlimen Kepong manakala Naib Presiden parti itu Senator Datuk Chiw Tiang Chai bertanding kerusi DUN Kota Melaka.
"Kita tahu (Kota Melaka) ialah kerusi tradisi DAP, tidak pernah dimenangi BN sebelum ini.
"Tapi kita akan cuba dan lihat penerimaan rakyat di sana," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Watikah Pencalonan dan Aku Janji Calon BN kepada pengerusi BN Negeri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di sini.
Bagi kerusi Kota Alam Shah, Kayveas berkata PPP mempunyai dua calon, dan keputusan muktamad akan diketahui esok ketika pengumuman dibuat oleh Pengerusi Perhubungan BN negeri, katanya.
"Calon di Kota Alam Shah ialah antara (Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D' Cruz) dan seorang wartawan, manakala di Pasir Bedamar, Kerk Guan Chuan (Bendahari PPP Perak), disenaraikan.
"(Naib Presiden PPP) Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff pula bertanding di Manik Urai," katanya. - BERNAMA
CHUA SOI LEK, MCA:-
MCA bertanding 37 kerusi Parlimen, 90 DUN dengan 68 muka baru: Soi Lek .
KUALA LUMPUR: MCA akan bertanding bagi 37 kerusi parlimen dan 90 Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.
Sejumlah 68 daripada 127 calon yang akan dipertaruhkan adalah muka baru, selain menampilkan calon termuda parti berumur 25 tahun.
Kesemua lima calon wanita yang akan dipertaruhkan juga adalah muka baru.
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata 19 atau 51.3 peratus daripada 37 calon bagi kerusi Parlimen adalah muka baharu manakala 49 daripada 90 calon kerusi DUN juga adalah muka baru.
MCA bertanding bagi 40 kerusi Parlimen dan 90 kerusi DUN pada pilihan raya umum 2008. - BERNAMA
KOH TSU KOON, GERAKAN:-
Lebih separuh calon Gerakan muka baru: Koh Tsu Koon .
KUALA LUMPUR: Gerakan akan bertanding di 11 kerusi parlimen dan 31 kerusi dewan undangan negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini, kata Presiden parti, Tan Sri Dr Koh Tsu Koo.
Ini bermakna kerusi parlimen yang ditandingi Gerakan kali ini kurang satu berbanding pada 2008.
"Daripada 42 calon, 22 orang atau 52.4 peratus adalah muka baharu yang tidak pernah bertanding, lima orang atau 12 peratus calon wanita dan tiga orang atau tujuh peratus calon berketurunan India, manakala baki daripada kaum Cina.
"Calon termuda berusia 31 tahun," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Terdahulu hari ini, Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan Watikah Pencalonan dan Aku janji BN kepada semua presiden parti komponen dan pengerusi BN negeri, di sini.
Gerakan akan bertanding di dua kerusi DUN di Sabah iaitu Elopura dan Tanjong Papat selepas penyandangnya Aw Kam Wah dan Raymond Tan Shu Kiah daripada Parti Maju Sabah (SAPP) menyertai Gerakan pada 2009 setelah SAPP keluar daripada BN.
Koh berkata di Pahang, Gerakan bertukar kerusi dengan MCA membabitkan DUN Ketari dan Tanah Rata, sementara kerusi Parlimen Kepong di Kuala Lumpur dan DUN Kota Alam Shah di Selangor dipinjamkan kepada Parti Progresif Penduduk (PPP).
Gerakan juga meminjamkan kerusi DUN Skudai di Johor kepada MCA.
Semua kerusi terbabit dipinjamkan hanya untuk pilihan raya umum kali ini, katanya.
Berikut ialah senarai calon Gerakan bagi kerusi parlimen dan DUN:

Kerusi Parlimen
1. Batu Kawan - N. Gobalakrishnan (muka baru)
2. Bukit Bendera - Teh Leong Meng (muka baru)
3. Tanjong - Ng Song Kheng (muka baru)
4. Jelutong - Ng Fook On
5. Taiping - Tan Lian Hoe
6. Beruas - Chang Ko Youn
7. Telok Intan - Mah Siew Keong
8. Puchong - A. Kohilan Pillay (muka baru)
9. Batu - Dr Dominic Lau Hoe Chai (muka baru)
10. Segambut - B. Jayanthi Devi (muka baru)
11. Simpang Renggam - Liang Teck Meng

Kerusi DUN
PULAU PINANG:
1. Machang Bubuk - Tan Loke Heah (muka baru)
2. Bukit Tengah - Teng Chang Yeow
3. Bukit Tambun - Lai Chew Hock
4. Tanjung Bunga - Chia Kwang Chye
5. Kebun Bunga - H'ng Chee Wey (muka baru)
6. Pulau Tikus - Rowena Yam (muka baru)
7. Padang Kota - Oh Tong Keong (muka baru)
8. Datuk Keramat - Ong Thean Lye
9. Sungai Pinang - Dr Thor Teong Gee
10. Batu Lanchang - Lee Boon Ten
11. Air Itam - Loo Jieh Sheng (muka baru)
12. Batu Uban - Goh Kheng Sneah
13. Pantai Jerejak - Wong Mun Hoe

KEDAH:
1. Derga - Dr Cheah Soon Hai
2. Sidam - Bee Sieong Heng (muka baru)

PERAK:
1. Kuala Sepetang - Loh Swee Eng (muka baru)
2. Aulong - Soo Key Ping (muka baru)
3. Jalong - Liew Yew Aw (muka baru)
4. Canning - Ceylyn Tay Wei Lung (muka baru)

PAHANG:
1. Tanah Rata - Ho Yip Kap
2. Triang - Tan Tin Loon

SELANGOR:
1. Teratai - Ben Liew Pok Boon (muka baru)
2. Bukit Gasing - Juan Sei Chang (muka baru)
3. Bukit Lanjan - Francis Chong Tuck Chiew (muka baru)

NEGERI SEMBILAN:
1. Bukit Kepayang - Wong Oi Foon (muka baru)
2. Senawang - Choong Vee Hing (muka baru)

MELAKA:
1. Bachang - Chua Lian Chye (muka baru)

#PRU13 - PESANAN BUAT MEREKA YANG PEGANG PLAKAD - JANGAN LAWAN TOKEH.



Bagi mereka yang 'RASA HEBAT BEKERJA UNTUK PARTI YANG KEAHLIANNYA MENCECAH 3.3 JUTA' Jiwa kena Beso lah .... sebenarnya ambe kalau boleh taknak kondem sapa-sapa, tapi bila ada yang gatai tangan pegang PLAKAD yang boleh menjejaskan peluang KEMENANGAN, maka ambe keluarkan pesanan-pesanan di atas untuk RENUNGAN. 

Ada jugak yang berselindung di sebalik kata-kata manis dan wajah manis selama ini. Memanglah bila bercakap pasal PERJUANGAN berdegar-degar di atas pentas ceramah; tapi bila benar-benar TERUJI dan DI UJI jangan GAGAL 100% plak kan. 

Kena ingatlah yang nak MENGUNDI IALAH RAKYAT JELATA YANG RATA-RATA MASIH BELUM MENJADI AHLI MANA-MANA PARTI POLITIK .

PENGUNDI ADA 13.2 JUTA. DALAM 13.2 JUTA ITU BERAPA YANG MENJADI AHLI KEPADA MANA-MANA PARTI POLITIK?

LAGIPUN DUNIA MASIH BELUM KIAMAT LAGI WAIMA DAH DEKAT NAK KIAMAT. TAPI TAK BERMAKNA JIKA ANDA TAK TERCALUN ATAU PILIHAN HATI ANDA TAK TERCALUN ITU BERMAKNA PARTI TAK SAYANGKAN ANDA. CUMA LETAKKAN KASIH SAYANG KEPADA RAKYAT LAH. 

OK. JOM MASUK GEAR KEMENANGAN BERSAMA PASUKAN TRANSFORMASI !


#PRU13 - WOW! KHALID G AKUI CALUN DAP PKR PAS SUKA MELOMPAT & TAK SEPAKAT! @barisannasional



Dan ambe muatnaik lagi video PAS BERA BANTAH PKR.


Dan Bantahan Ahli DAP Johor ke atas Lim Kit Siang;


Dan kemarahan Hj Hadi kerana kerusi PAS DI CURI !,


Dan banyak lagi lah contoh-contoh nya di mana DAP PKR PAS TIDAK SEPAKAT. Adalah benar DAP akan bertanding di 90 buah kerusi Parlimen dengan meletakkan beberapa calun MELAYU di kawasan majorti Melayu sebagai KUDA. PAS akan tetap bertanding di 76 kerusi PARLIMEN. Manakala PKR akan bertanding 80 buah kerusi Parlimen. 

AKHIRNYA, ketiga-tiganya MENINGGALKAN TERUS JENAMA 'PAKATAN RAKYAT'.


#PRU13 - YEAY ! WATIKAH & SENARAI CALUN 'PASUKAN TRANSFORMASI' BN DAH KELUAR - GET REDI MASUK GEAR MENANG !



proxy_storify_com


PASUKAN TRANSFORMASI~ bukan genk bas sekolah. Formulir 33/49/150413 - kaki ekor boleh ambil nombor tapi perbuatan itu dosa main ekor.
Najib berkata, imbangan muka baru dan pengalaman penting sebagai parti dengan mandat baru akan datang kita memerlukan mereka yang boleh mentadbir negara.Senarai calon bukan sahaja untuk menang pilihan raya tetapi untuk masa hadapan bagi memastikan aku janji manifesto dapat dilaksanakan.Bagi mereka tidak dicalon bukan mereka gagal tetapi mereka perlu beri laluan kepada pembahuruan yang dimahukan rakyat. 
Latar belakang muka baru di peringkat Parlimen yang berkelayakan diploma dan keatas ialah 90 peratus dan 31 peratus merupakan profesional seperti doktor dan profesor. 
Ada juga calon kalangan ulama dan mereka yang popular di kawasan mereka. Najib berkata, ini adalah senarai akhir dan harap tidak perlu diubah walaupun ia masih boleh diubah. Najib yakin pasukan BN terkuat yang dapat diketengahkan. Najib berkata, tidak realistik jika kata semua kerusi boleh menang. Cuba ketengahkan calon wanita tetapi tidak mudah.
Perubahan besar di negeri yang BN kalah. ~  GWM - UTUSAN MALAYSIA.
Nama kumpulan calun-calun ialah PASUKAN TRANSFORMASI. Ambe suka dengan  jenama yang diberikan DS Najib. Inilah PASUKAN TRANSFORMASI yang bakal menggalas AMANAH RAKYAT MEREALISASIKAN SEMUA AKUJANJI BN DALAM MANIFESTO BN. 

Ahli PASUKAN TRANSFORMASI bukanlah di pilih dari MANGKUK PUTIH TOK BOMOH selepas POTONG LIMAU dan MANDI BUNGA. Mereka terpilih berdasarkan kepada FAKTA dan INTERGRITI mereka yang diyakini MAMPU BERKHIDMAT 200% kepada RAKYAT. Malah mereka TERPILIH di atas perjalanan TAKDIR QADA' dan QADAR ALLAH TA'ALA ke atas mereka dan kita semua. 

Ambe tak ambil pusing dan tak ambil peduli apa oranglain nak kata dan dakwa-dakwi. Bagi ambe salah satu KUNCI KEJAYAAN ialah MELETAKKAN KEPERCAYAAN KEPADA TERAJU PIMPINAN tanpa ada PREJUDIS (setelah banyak pertimbangan di buat dan bukan mempercayai secara membabi buta seperti puak-puak DAP PKR PAS)

INSYA-ALLAHU TA'ALA dengan izin ALLAH TA'ALA dengan kekuatan kederat empat kerat tulang yang ada, AMBE AKAN BEKERJA UNTUK MEMENANGKAN SEMUA CALUN. Ketentuannya pada ALLAH TA'ALA JUA.

YANG BAIK PASTI MENANG ~ janji ALLAH TA'ALA kepada kita semua.

#PRU13 - GAMBAR INI PERLUKAN TAFSIRAN ANDA !


#PRU13 - AMALAN PERKAUMAN TEGAR DAP YANG BERSELINDUNG SEBAGAI PARTI BERBILANG KAUM

Bloger Helen Ang mengupas isu amalan perkauman tegar DAP yang diwarisi daripada PAP sejak 1965 lagi. Kupasan yang menyeluruh. Memang betul pun, DAP mewarisi semua amalan perkauman sejak dulu lagi. Nama je parti non-komunal tapi sebenarnya sebuah parti dominasi keluarga Lim Kit Siang yang majoritinya adalah Cina. 

Kali ini Helen Ang buat perbandingan dengan memetik hansard Parlimen pada tahun 29 Mei1965 (m/s 77-82), kenyataan Tun Dr Mahathir pada masa itu berkenaan amalan perkauman cauvinistik PAP yang kini diwarisi oleh DAP generasi kedua:-
Dr Mahathir bin Mohamad: “They know very well that racialism can lead to inter-racial conflagration which will only end with the disintegration of Malaysia.”
“It is a peculiarity of this country that those who openly accept the fact of racial division are the people less prone to racialist politics. The Alliance is based on racialism where its party structure is concerned, but its decisions are the results of mutual ‘give-and-take’ amongst its constituents and no longer represents a purely racialist stand-point.
“On the other hand, the so-called non-communal parties are the most communal and racialist in their attitudes. Basically, they are pure Chinese chauvinists, or they derive inspirations from a common dislike for the Malays.
“Let us take the Socialist Front. Ostensibly this is not a communal party. This is a party based on class ideology where the people of all races who subscribe to socialist thinking are supposed to be equal within the party. But does the party fight for the establishment of socialist ideas in Malaysia? No.
“What does the Socialist Front, and in particular the Labour Party of Malaya, demand? Not socialised medicine , not nationalisation, but Chinese should be the official language of Malaysia, that Malays should be deprived of their so-called privileges, that the Chinese Nanyang University should he recognised, that the Chinese Schools should be accorded the same treatment as the national schools, that we should favour Communist China, that we should be friendly with China’s good friend, Indonesia. The whole appeal, Mr Speaker, Sir, is to Chinese chauvinism, to Chinese communal sentiments.
“At times this will escalate to blatant anti-Malay offensive. Despite obvious evidence to the contrary, the Malays were pictured to the Chinese as a privileged super-race who gets everything, leaving nothing at all for the Chinese. The result of all this is that the Socialist Front of today is almost purely a Chinese organisation, led and supported by .. .
Dr Tan Chee Khoon: Mr Speaker, Sir, on a point of clarification – Does the Honourable Member for Kota Star Selatan realise that almost all the top Malay leaders of the Socialist Front are behind bars?
Dr Mahathir bin Mohamad: Mr Speaker, Sir, I realise that, but I know that there are stooges in every party. (Laughter). May I continue, Mr Speaker, Sir?
Mr Speaker: Yes.
Dr Mahathir bin Mohamad: Mr Speaker, Sir, the result of all this is that the Socialist Front is almost and I repeat almost, not completely purely a Chinese organisation, led and supported by people whose only reason for associating with . 
Interruption by the Honorable Member for Menglembu, S. P. Seenivasagam.
Dr Mahathir bin Mohamad: “Sir, the result of all this is that the Socialist Front of today is almost purely a Chinese organisation, led and supported by people whose only reason for coming together is their desire to propagate a “Chinese uber-Alles” ideology as against a Malaysian nationalism of the so-called communal Alliance Party.
“It is significant that at the Socialist Front demonstration in Kuala Lumpur in February this year, almost all the demonstrators were school children — school boys and school girls still in the uniforms of Chinese schools. It is significant that the posters, banners and placards were in Chinese. It is also significant that the swearing at the Policemen during that demonstration was also in Chinese.“
Baca seterusnya di sini HELEN ANG

Jangan lupa mengenai setiausaha politik Nurul Izzah yang pernah didapati bersalah kerana memfitnah dan di hukum 100 kali tewit memohon maaf:-



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...