Ahad, 16 Februari 2014

SEJARAH MENYEDIHKAN MELAYU SEJAK 1511 SEHNGGA KINI. - IGAUAN MELAYU IMPIAN KIASU.



Gambaran Sebenar KOTA MELAKA semasa Penyerangan Portugis, 



Pintu Gerbang Utama Kota Melaka Yang Sebenarnya, 



Keadaan Melaka semasa Belanda Menguasai 


Kota A Famosa yang didirikan berdasarkan kepada Pelan Asal Kota Melaka. 

Tembok Kota Singgora, yang rekabentuk dan senibinanya menyamai dengan KOTA MELAKA.

Pada masa Feringgi (Portugis) menyerang Kota Melaka, ramai yang tidak tahu bahawa sebenarnya Kota Melaka memang sebuah KOTA dengan dinding dan pintu gerbang diperbuat daripada sejenis batu laut yang diperolehi di Pulau Upeh. Batu Kawi dia pilih kerana ketahanan batu itu dengan air masin laut. Malah batu kawi juga mampu menerima bedilan meriam.

Senibinanya mengikut senibina dan rekabentuk warisan berzaman sejak dari Candi Borobudor dan dengan adunan pembinaan teknologi tamaddun Harappa serta kerajaan purba Melayu. Pembinaan Kota bukan asing lagi kepada orang Melayu. Dan mereka yang menjadi jurutera di sebut Pandai Kota atau Tukang Kota. Biasanya mereka ini adalah golongan daripada pembina-pembina bangunan istana dan tukang kayu. Tapi semua generasi itu sudah hilang dan pupus bilamana penjajah barat menguasai alam nusantara selama 503 tahun (1511- 1957).

Kesemua gambar diambil daripada sumber di sini  dan dari blog Malaysia Military Power

Pada 1511, Kota Melaka jatuh ke tangan Feringgi di atas pengkhianatan pedagang Kanton. Sejak itu, kerajaan Melayu Melaka berpindah-randah dari satu lokasi ke satu lokasi. Mencari tapak baru untuk bangun semula. Dan penguasaan saudagar serta pedagang Melayu mulai merosot dan lemah. Sehinggalah kemerdekaan dicapai pada 1957. Selama 503 tahun penjajah barat menghapuskan hegemoni dan penguasaan ekonomi Melayu. Lohong itu digantikan dengan pedagang-pedagang dan saudagar-saudagar Cina, India serta Barat. 

Apabila Raffles mengalihkan pusat dagangan dari Kota Melaka ke Kota Singapura, sekitar 1800, ianya dibangunkan pada asalnya menggunakan tenaga buruh dan kerja orang Jawa , Bugis dan Bawean. Malangnya, kegiatan ekonomi lebih diberikan kepada saudagar Cina. Orang Cina mendapat perlindungan dan kebebasan daripada British menjalankan kegiatan ekonomi mereka.

Pada 1900 berlaku Revolusi Xin Hai yang menyaksikan dinasti Qing dijatuhkan dan bermula era nasionalisma atau kuomintang. Dr Sun Yat Sen pernah ke Singapura dan pernah berkunjung ke Kuala Lumpur untuk menaikkan semangat orang Cina Nanyang (Cina seberang laut) agar bersatu dan menjaga kepentingan mereka. Nanyang Siang Pau merupakan hasil ilham Dr Sun Yat Sen. Maka bermulalah kesedaran dan gerakan politikal nasionalisma ala Kuomintang.

Berlakunya perang saudara antara puak komunis dan kuomintang dan selepas itu penjajahan Jepun serta kemenangan komunis, menyebabkan ramai orang Cina berlindung di Singapura dan di Tanah Melayu. Sehinggakan bilangan mereka melebihi orang Melayu. Suatu fakta yang diakui oleh Prof Khoo Khay Khim. Tetapi sejauhmana kebenarannya kita tak pasti kerana bancian dan info yang diperolehi adalah daripada sumber British. Kerana sebelum Indonesia merdeka, orang Melayu masih tiada sempadan negara dan negeri seperti sekarang. Mereka masih bebas keluar masuk Tanah Melayu ke Sumatera dan ke Singapura.

Perseteruan puak komunis dengan kuomintang tak terhenti setakat Taiwan dan Tanah Besar China. Sebaliknya merebak sampai ke Singapura, Tanah Melayu, Sumatera dan Pulau Jawa kerana penghijrahan Cina yang berlaku secara en-masse akibat lari dari peperangan dan kekecohan di Tanah Besar China.

Bila Indonesia mengisytiharkan kemerdekaannya, maka timbullah kerisauan dan kecurigaan di pihak kaum Cina mengenai untung nasib mereka di Tanah Melayu dan Singapura. Mereka telah terputus identiti selaku orang Tanah Besar China dan orang Taiwan. Mereka adalah Cina Nanyang di bawah penguasaan British. 

Tempoh sepuluh tahun sebelum merdeka, 1947-1957, Malayan Union, penubuhan Persekutuan Tanah Melayu serta pemberontakan bersenjata Parti Komunis Malaya, adalah tercetus dari kegusaran serta kecurigaan Cina mengenai masadepan mereka.

Ntah macamana, akhirnya kaum Cina, India dan Melayu terpaksa bersetuju untuk berkongsi Tanah Melayu dan menerima syarat-syarat Kontrak Sosial. Maka merdekalah negara ini. Itupun, ada yang bersungut dan marah serta tidak puashati. Komunis meneruskan perjuangan mereka sehingga 1980an. Setelah itu, Singapura, Sarawak dan Sabah dimasukkan pada 1963. Jadilah negara ini bernama Malaysia. Akhirnya, setelah tercetus pelbagai masalah rusuhan kaum sebelum 1965, Singapura dipisahkan dari Malaysia pada 1965. Tidak lama selepas itu, pertelingkahan kaum yang tercetus sejak 1964, menjadi buruk pada 1969. Berlakulah tragedi 13 Mei.

Setelah itu berlakulah Polisi DEB dan penstrukturan semula masyarkat. Kaum Melayu diberikan peluang agar mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum Cina. Tapi, ianya tetap tidak memuaskan hati orang Cina.

Sehinggalah ke tahun 1998 dan sehingga kini. Tertubuhnya Pakatan Rakyat, suatu yang tak diduga dimana DAP dan PAS boleh duduk bersama dan mencapai kata sepakat. Sejak 2008, semua aspirasi dan impian kaum Cina yang bermula sepuluh tahun sebelum merdeka, sudah hampir 90 peratus tercapai.

Dan pada hari ini, kita melihat dengan linangan airmata, bagaimana Melayu masih mengigau dan kiasu bermimpi indah. Tanah ini sudah lama berlumuran dengan darah yang tak sepatutnya sejak 1511. Tanah ini sebenarnya Tanah Berdarah bercampur dengan keringat dan airmata orang Melayu, India, Cina dan pelbagai bangsa di dunia.

Tapi kita masih leka dan masih mengigau mengenai raksaksa dalam almari dan dibawah katil. Kita menakut-nakutkan diri kita sendiri mengenai sudut-sudut gelap dan ruang kosong di dalam rumah yang kita panggil MALAYSIA. Dan Melayu masih mencari-cari Kota Melaka Baru sebagai galang ganti kepada Kota Melaka yang lama. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...