Isnin, 30 Januari 2012

KEBATHILAN : DILEMA & POLEMIK AZHAR IDRUS.


Azhar Idrus dikatakan membawa fenomena baru di Malaysia. Bermula dari laman youtube dan di fesbuk beliau mencipta nama dan memperolehi populariti di luar jangkaan. 

Beliau berasal dari Ladang, Terengganu (kawasan perbandaran Kuala Terengganu). Beliau mendakwa telah belajar agama atas inisiatifnya sendiri dan berguru dengan beberapa orang guru agama di Terengganu. Cerita itu disahkan oleh beberapa tokoh tempatan yang mengenali beliau. Tidak dipastikan samada beliau mempunyai tauliah mengajar agama ataupun tidak. 


Namun MAIK telah melarang Azhar Idrus berceramah di mana-mana bahagian dalam negeri Kelantan.


Beliau dikatakan memberikan ceramah dalam gaya penyampaian yang kurang menyenangkan ramai pihak tetapi amat diminati oleh golongan anak muda.

Tidak dinafikan beliau banyak menggunakan kata-kata kesat, sumpah seranah dan melontarkan pelbagai tuduhan di dalam ceramah-ceramah beliau. Perkara tersebut telah mengundang pelbagai persoalan samada beliau berceramah untuk menyampaikan ilmu atau sekadar mahu melariskan penjualan produk beliau seperti cd ceramah, kaset ceramah dan buku-buku tulisan beliau.


Kontroversi beliau lakukan pada malam sambutan tahun baru miladiah telah mengundang banyak kritikan dan teguran kepada beliau. 


Beliau menganggap diri beliau sebagai seorang pendakwah yang mahu menyampaikan ilmu kepada anak-anak muda. Anihnya pada masa yang sama beliau turut mempromosikan diri beliau dan produk-produk komersil beliau. Adakah beliau menyampaikan ilmu atau mencari nafkah melalui agama?

Ada pihak mahukan agar Azhar Idrus di tegur agar beliau tidak terlalu jauh menyimpang. Ada pihak yang agak keberatan menyentuh isu Azhar Idrus kerana memikirkan sokongan anak-anak muda kepada beliau. Masing-masing mempunyai alasan dan sebab-sebab tersendiri. 

Manakah yang lebih penting kepada semua pihak? Membiarkan Azhar Idrus terus tenggelam di dalam arus populariti sehinga didewakan oleh anak-anak muda atau melakukan usaha untuk menyelamatkan beliau dan seluruh anak muda pengikut beliau dari terjerumus ke dalam perangkap mempertuhankan manusia kerana terpesona dengan kata-katanya?

TEPUK DADA TANYA IMAN!



HATI-HATI ADA FESBUK PALSU.


TQ rakan fesbuk, Encik Asam.


TEPUK DADA TANYA IMAN!

MALAYSIAKU ANIH: DAH MATI PUN NAK BERKHIDMAT?



Tak ingat akhirat puak-puak Parti Adat & Sosial ....

TEPUK DADA TANYA IMAN!

PEMIMPINKU ADIWIRA KU: ' DONT PLAY-PLAY' NAZRI AZIZ.

United Malays Number One !



Pakatan mampu menipu dan berdusta kerana Pakatan tidak pernah berdaftar sebagai sebuah pertubuhan sah. 

Papa Gomo mengingatkan semua mengenainya dan menulis:-
Siapa yang tidak kenal dengan Nazri Aziz ini yang merupakan salah seorang Otai dalam dunia politik tanahair Malaysia. Bukan sahaja kejantannanya ditakuti pembangkang malah dikalangan BN sendiri pun tidak berani nak bercakap panjang dengan beliau. Ada kisah terbaru yang mana beliau Nazri Aziz telah memalukan ramai pemimpin pembangkang dan juga ahli serta penyokong mereka.
Sebelum itu harap layan apa yang Gomo nak nyatakan mengenai POINT utama artikel ini. He he he
Hari ini Gomo nak ingatkan satu pekara mengenai apa yang WAJIB rakyat Malaysia tahu mengenai Pendaftaran nama PAKATAN RAKYAT yang mana merupakan gabungan PAS,PKR,DAP dan juga mungkin parti parti lain yang sealiran dengan anutan PR.
Untuk makluman Rakyat Malaysia didalam politik ini banyak sandiwara dan taktik dalam meraih undi. Gomo tidak menafikan bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak lari dari sandiwara dan taktik untuk meraih undi rakyat. Namun demikian cara yang dilakukan Barisan Nasional adalah JANTAN dan tidak MEMBOHONGI Rakyat Malaysia sebagaimana Pakatan PAS,DAP,PKR.
Pilihanraya yang pertama diadakan pada tahun 1959 dibawah nama Parti Perikatan yang mana terdiri daripada tiga parti iaitu UMNO mewakili kaum Melayu, MCA mewakili kaum Cina dan MIC mewakili kaum India.
Baca seterunsya di PAPA GOMO

TEPUK DADA TANYA IMAN! 


SAYANG MELAYU KU: UNITED MALAYS NUMBER ONE!


Adiwira Kebanggaan Hamba 
Tiada protokol 
Berhati waja 
Tegas
Penuh keyakinan diri
Tahniah !

MB TERENGGANU DARUL IMAN
"PAS diluluskan pendaftaran oleh British bila British mengetahui PAS di pimpin oleh  seorang yang kecewa dalam UMNO .. British melihatnya sebagai suatu peluang menjahanamkan UMNO ."

TEPUK DADA TANYA IMAN!

SELANGORKU TERLINGKUP: SELAMAT JALAN PAKATAN.

Menteri Besar merangkap Ahli Parlimen merangkap ADUN merangkap EXCO Multi-Agama di Selangor meluluskan GERAN SELANGORKU RM300 JUTA. Dan inilah hasilnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...